Atas permintaan dari seorang pembaca, Mr.Hac mengemaskini pos sebelumnya iaitu Cara Tonton Hulu Dari Luar US Tanpa Menukar IP. Bagi pengguna Ubuntu atau mana-mana sistem operasi Linux yang menggunakan tetapan seakan dengannya, maka anda boleh gunakan tutorial ini untuk mengubah tetapan DNS pada sistem operasi anda.
Mudah saja caranya!
Anda ikut sahaja langkah-langkah yang ditunjukkan pada gambar di bawah. Walaupun Mr.Hac menggunakan Elementary OS Luna, tetapi menu untuk membuka tetapan rangkaian pada Ubuntu sepatutnya tidak jauh berbeza.
Cara Pertama (GUI):
1. Buka tetapan untuk mengubah DNS pada rangkaian anda dengan mengklik pada ‘Edit Connections…’.
2. Klik (untuk highlight) pada rangkaian anda dan klik ‘Edit…’
3. Klik pada ‘Automatic (DHCP) addresses only’ dan masukkan DNS Tunlr pada ruangan ‘DNS servers’ dengan dipisahkan oleh ‘koma’. Contohnya:
148.154.158.186, 199.167.30.144
Cara Kedua:
Anda boleh gunakan cara ini sekiranya anda jenis ‘pening’ dengan GUI (ada ke orang macam ni?).
1. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:
sudo vi /etc/resolv.conf
2. Jika terdapat baris nameserver default pada resolv.conf ini, sila catatkannya untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
3. Gantikan atau tambah pada baris nameserver itu baris berikut:
nameserver 149.154.158.186
nameserver 199.167.30.144
4. Simpan dan keluar (save and exit). Mulai semula rangkaian anda.
5. Seperti biasa periksa status DNS anda di sini : Status | tunlr.net
Bukti:
Mr Hack…ada x cara kalau nak toton HULU & HBO GO guna android…?
yup… thanks mr hac…
yup… thanks mr hac…