Utama Blog Laman 306

Astro NJOI : Hidup Biar Enjoy

0

Salam 1 MALAYSIA warga MHAH semua. Petang ni baru terasa nak menulis setelah mood biasa bertukar kepada mood ‘panas berapi’ setelah artikel-artikel di sini ‘dicuri’ keluar dengan selamba oleh warga yang mengaku negara mereka lebih berbudaya dari kita. Tak pastilah apa yang dia tak puas hati sangat, tapi yang pasti beliau cemburu agaknya melihat perkembangan blog IT dari MALAYSIA yang super duper hot ini atas sokongan anda semua rakyat bertuah negara MALAYSIA!!

Terbaru, tahun 2012 Astro bakal melancarkan satu wacana kepada semua rakyat jelata, iaitu Astro NJOI. Bagaimana pelan tersebut? ASTRO MALAYSIA dengan bangganya memberi saluran Astro kepada orang ramai tanpa CAS BULANAN. Apa yang perlu dibeli ialah dekoder (harga belum pasti). Hanya beli sekali dan sebanyak 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio akan disiarkan secara PERCUMA seumur hidup!

Jika anda berkenan dengan pakej lain barulah anda melanggan. Lumayan bukan? Beli dekoder sekali sahaja, dan siaran-siaran tersebut boleh didapati secara percuma tanpa yuran bulanan. Sangat bagus! Kita tunggu dan lihat apa yang bakal ditawarkan Astro kepada semua rakyat negara MALAYSIA tahun hadapan!

Via: MyHDChannels

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Avira AntiVirus Premium 2012 : 180 Days

0

Salam…

SELAMAT PAGI WARGA MALAYSIA. Sihat wa’afiat lah hendaknya. Sejahteralah siang dan malam jadilah warga MALAYSIA yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 14 jalur berbelang itulah lambang perpaduan KITA MALAYSIA. Keteguhan semangat warga bersama MALAYSIA. Dibawah payungan Duli Tuanku yang satu dan dipimpim Perdana Menteri yang satu. Tidak kira apa fahaman dan tanggapan…Semoga MALAYSIA maju dan terus padu.

Pada entri [ pr67am™ ] beberapa hari yang lepas, kita telah ketahui bagaimana caranya untuk mendapatkan lesen sah percuma 6 bulan terus dari kilang Eset. Dan pada kali ini, giliran pengguna Avira pula khasnya Avira AntiVirus Premium 2012 mendapat laba. Promosi ini hanya untuk negara Asia termasuk negara kita lah, MALAYSIA. Jadinya anda tak payah risau pasal proxy.

Rutin biasa, hanya dengan email anda boleh mendapatkan lesen sah Avira AntiVirus Premium 2012 untuk tempoh 180 hari. Sebenarnya promosi ini telahpun bermula sejak awal November lagi. Sepatutnya entri ini berkembar dengan Eset tetapi baru teringat / tak sempat nak posting sehinggalah terserempak semalam. Haiissh…jangan kata anda pengguna Avira dilupakan. Ini adalah Antivirus terawal yang saya gunakan dalam hidup sebelum jadi nomad. Dan kepada warga MALAYSIA yang masih kelabu, Avira adalah Antivirus ciptaan Jerman terbaik diantara yang bertahap kelas tinggi dunia.

Di luncurkan bersama system scanner yang lebih cekap untuk mengesan Virus, Worm dan Trojan serta system pertahanan;
*AntiAd/Spyware eliminates stubborn adware pop-ups and other spying tactics
*AntiSpam weeds out junk and scams before you see them
*AntiPhishing protects you against identity theft attacks
*Rootkit Protection keeps you safe from hidden malware
*AntiBot stops crimeware from hijacking your PC

Untuk meneruskan misi warga MALAYSIA yang ingin merebut promosi lesen sah Avira AntiVirus Premium 2012 ini secara percuma anda perlu rujuk [ pr67am™1 ] ATAU [ pr67am™1 ]. Dan untuk memuat turun perisian pula anda rujuk [ pr67am™ ].

Sekian.

System Requirements:
Windows 7 (32-bit or 64-bit) Windows Vista SP1 (32-bit or 64-bit) Windows XP SP3 (32-bit) Windows XP SP2 (64-bit)
RAM:
Min. 1024 MB RAM (Windows Vista, Windows 7)
Min. 512 MB RAM (Windows XP)
HDD:
Min. 150 MB available disk space (additional temporary and quarantine space needed)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] iSkysoft iPod Movie Converter : Windows & Mac

0

Salam…

Ambil perhatian! Pengguna iPod di alu-alukan. Sila tampil ke depan. Ambil kesempatan ketika peluang ada didepan. Rebutlah ketika masih ada tawaran. Janganlah segan kelak ketinggalan. Bila dah habis jangan pula nak meroyan. Disini ada sebuah perisian. Jom kita shopping sakan. Pssst..! Jangan lupa khabarkan dekat kawan. Mungkin ada hati yang berkenan. Atau boleh juga buat simpanan. Mana tahu hari esok ianya diperlukan.

iSkysoft iPod Movie Converter nama diberikan. Penukar format video sebagai tugasan. Untuk pengguna Windows dan Mac. Membolehkan anda menukar semua format video popular seperti MPEG, AVI, MKV, WMV, MOV, FLV, MP4, 3GP, 3G2, TS / TP (Video HD) dan fail audio untuk iPod video dan audio termasuk MP4, M4V, M4A, MP3, WMA, AAC dan lain-lain. Anda boleh menukar video ke iPod nano, iPod touch (4G sentuhan termasuk iPod) dan klasik iPod pada Mac OS X (termasuk Leopard) dengan output kualiti yang sangat baik dan kelajuan penukaran yang cepat.
* Menukar mana-mana video format seperti WMV, FLV, AVI to play pada iPod dengan mudah.
* Pratetap Dioptimalisasi untuk semua model iPod: iPod nano, iPod classic, iPod sentuh, iPod shuffle
* IPod Sokongan generasi baru, seperti sentuhan iPod 4

Untuk mendapatkan lesen sah percuma iSkysoft iPod Movie Converter yang bernilai USD35.00 anda disyaratkan terlebih dahulu bermain cari barang tersembunyi yang disediakan. Haissshhk! Main budak-budak pulak dah! Dengan tiga jawapan betul anda sudah boleh meneruskan proses tawaran dengan mengisi email pula. Dan seperti biasa tunggulah balasan email anda dalam beberapa saat.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman [ pr67am™ ]. Dengam megahnya sila dapatkan harapan dan habuan anda di sana. Selamat mendapat tuah!

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Aviosoft DVD to iPod Converter : Last Day!

0

Salam…

Entri tak sempat cakap banyak. Cerita Giveaway lagi. Kali ini Aviosoft DVD to iPod Converter menawarkan lesen halal percuma yang bernilai USD29.95. Di maklumi perisian ini adalah untuk pengguna iPod sahaja. Jadi kepada pengguna iPod sila ambil peluang ini. Promosi akan berakhir pada hari ini juga 20 Disember 2011. Dan hari ini merupakan hari terakhir untuk promosi ini.

Dengan ringkas permohonan lesen halal percuma boleh diminta melalui email sahaja. Dalam beberapa saat anda akan mendapat balasan. Jadi pemasangan anda boleh lakukan kemudian. CEPAT…! Sila rujuk sini [ pr67am™ ]

Selamat Berjaya.

Sekian.

Laman Web: http://www.clonedvd.net/dvd-to-iPod/index.html

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Firefox 9 Rilisan Stabil : Apa Yang Baru?

0

Seperti yang kita ketahui, sepatutnya hari ini Firefox 9 rilisan stabil dilepaskan kepada umum, seperti paparan skrin di bawah:

Tetapi setakat ini ia masih belum lagi dilepaskan pada laman web rasminya. Namun, untuk pada pengguna Linux khususnya Ubuntu dan terbitan darinya (derivative), anda boleh memasang Firefox 9 menggunakan PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-next

sudo apt-get update

Dan untuk memasangnya gunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install firefox

Atau naik taraf dari versi yang lama kepada Firefox 9:

sudo apt-get upgrade

Mr.Hac juga memasang versi Nightly 11.0 Alpha 1 dengan menggunakan PPA berikut:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install firefox-trunk

Dalam Firefox 9, ia bakal mengimplementasikan teknologi yang digelar sebagai ‘type inference’. Teknologi ini bakal membuatkan enjin Javascript Firefox untuk memproses kod Javascript dengan lebih pantas lagi, dan ini akan membuat Firefox lebih laju menerjemahkan laman atau aplikasi yang menggunakan Javascript.

Silakan mencubanya dan berikan pendapat anda pula.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] uRex Video Converter Platinum : Sokong Pelbagai Format Video

0

Salam…

Jangan katakan tidak sebelum anda nampak. Fikir dan cepat bertindak adalah pilihan khalifah yang bijak. Warnai hidup dengan putih bercorak. Menang jangan terus disorak. Kalahpun janganlah disepak. Kutiplah pengalaman dan simpan dalam otak. Jadikan ilmu ketika hari terdesak. Jadikan panduan ketika akal membeliak…

uRex Video Converter Platinum sebuah aplikasi yang bekerja sebagai penukar format video seperti AVI, MP4, DivX, MPEG, H264, WMV, MKV, MOV, VOB, ASF, DV, 3GP, format HD, seperti HD VOB, MKV HD, TS HD, HD AVI, HD MPEG, MP4 HD, HD ASF, WMV HD, HD MOV dan audio MP3, WMA, WAV dan seumpamanya. Selain itu ia juga boleh membantu anda menikmati media dari PSP, PS3, iPod, iPhone, Apple TV, Xbox, telefon Google, iPad, iPad2 dan lain-lain peranti multimedia digital dengan mudah.

Fungsi utama:
1. Menyokong semua video & audio format popular, malah HD video seperti AVI, TS, H.264/AVC, MKV;
2. Tukar kepada format popular seperti AVI, MPEG, WMV, MP4, DivX, MOV, FLV;
3. Menyokong hampir kesemua peranti multimedia seperti PS3, iPhone, iPod, iPad/iPad2, Apple TV, Xbox, Wii, telefon Google;
4. Sokongan NVIDIA Cuda & teknologi ATI Stream;
5. Sunting, membahagi dan menggabung video serta menukar.
6. Menukar Video HD dengan kemudahan & hampir 01:01 kualiti

Dengan penukar video yang mengagumkan ini, anda dengan mudah boleh menukar semua HD (definisi tinggi) video seperti MKV, AVCHD (M2TS, MTS), Tod, MOD untuk iPhone / iPad, MOV, AVI, MP4, MPEG, VOB, dan lain-lain tanpa apa-apa sokongan codec dari pihak ketiga tanpa menjejaskan kualiti asalnya.

Menyokong pelbagai teras CPU & NVIDIA ® CUDATM, uRex Video Converter akan mengagihkan tugas kepada pelbagai teras secara automatik untuk mendapatkan kelajuan proses penukaran video pada tahap yang maksima.

uRex Video Converter Platinum pada harga asal USD39.95 akan diberi secara percuma bersama lesen yang sah dari kilang. Promosi akan berakhir pada 31 Disember 2011. Tiada caj tersembunyi dan tiada naiktaraf untuk perisian giveaway ini. Tetapi anda boleh mendapatkan bantuan teknikal percuma dari server kerana khidmat sedemikian disediakan untuk anda.

Jangan berlenggang-lenggang Mak Limah…burung tempua dah buat sarang. Ayam berkokok di dinihari…Bangun! Jom pakat ramai-ramai serbu [ pr67am™ ].

Sekian.

System Requirements: Windows NT4/2000/2003/XP/Windows Vista/Windows 7

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Wondershare Vivideo : Untuk Mac & Windows

0

Salam…

Malu bertanya…sesat jalan pulang. Sibuk sangat bertanya…tak pulang-pulanglah jadinya. Bertanya + Berfikir…itulah darjat seorang manusia di muka alam. Ada mata…pandang-pandang. Pandang-pandang pun kalau dah terlepas pandang…itulah kelajuan namanya.

Terlepas pandang perisian bernama Wondershare Vivideo sebenarnya sudah lebih 5 hari giveaway Vivideo ini dalam pengetahuan pr67am™. Endah tak endah! Tiba-tiba je terserempak pada kali ini…Hah! Wondershare Vivideo untuk Windows? Serius…selama ini Vivideo yang dikenali hanyalah untuk Mac sahaja. Tak tahulah pula bilamasa Vivideo dinaiktaraf menyokong sistem Windows pula…hmmm!

Wondershare Vivideo adalah diantara perisian familiar untuk Mac. Dan sudah di yakini tahap prestasinya. Tapi untuk Windows anda kena lebih banyak merujuk sendiri. Saya pun baru pertama kali memasangnya dalam komputer. Itupun atas godaan giveaway dan ingin mencuba…semacam hebat je fungsinya meleleh liur dibuatnya!

Ringkasnya Wondershare Vivideo adalah aplikasi untuk menyunting video, photo dan bunyi. Juga menyokong semua format SD dan video HD termasuk juga WMV, AVI, MP4, FLV, MOV, MKV, MTS dan lain-lain. Dan boleh diintegrasikan dengan peranti luar seperti kamkoder untuk menangkap video secara langsung. Selain itu anda juga boleh mengubah atau menambah bunyi latar untuk video dengan sokongan format audio biasa seperti MP3, WMA, WAV, M4A, AAC, AC3, OGG dan lain-lain. Anda juga boleh membuat filem sendiri dengan menggabung koleksi photo anda dengan mengimport photo yang berformat BMP, JPG, PNG, GIF dan seumpamnya.

Wondershare Vivideo menawarkan banyak cara untuk berkongsi video dan anda boleh terus memuat naik rekaan video anda ke YouTube. Juga mampu mengoptimumkan video anda untuk peranti mudah alih seperti iPhone, iPad, PSP, iPod, Wii, Zune dan sebagainya. Anda juga boleh dengan mudah membakar video cakera DVD ataupun menyimpannya sebagai DVD folder atau fail imej ISO. Anda boleh menyimpan video yang telah disunting kepada cakera keras untuk kegunaan akan datang dalam pelbagai format video PNG, GIF dan sebagainya.

Lesen sah percuma versi penuh berharga USD39.99 boleh anda dapati di [ pr67am™ ]. Bila sampai di laman promosi anda kena klik: Haven’t got a passcode? Go beat the Goblin to get it >>. Kemudian anda akan dibawa ke laman YouTube untuk menyelamat Goblin dan di hujung setiap episod anda mesti menjawab soalan mudah yang akan diberikan. Sampai ke bahagian ke 4 barulah anda di berikan password dan anda kena kembali semula ke laman promosi untuk meneruskan proses giveaway dengan menggunakan password tersebut. Haissshhk!…Agak leceh kan?

Barangan ASLI dari kotak diberi percuma namanya…wahai tuan dan puan! Tak perlu kata apa-apa – senyum-senyum aje lah! Yeah! Jangan lupa seperti biasalah, anda tidak boleh menaiktaraf perisian ini.

Sekian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Ashampoo WinOptimizer 7 & 8 : 24 Jam Sahaja!

0

Salam…

Siapa kata kita tidak boleh guna aplikasi mahal yang ASLI dengan percuma? Bila tiba hujung tahun…inilah waktu paling ditunggu oleh pr67am™ atau mungkin termasuk anda juga. Saat membeli-belah tanpa RM tiba lagi. Terlalu banyak produk menawarkan promosi gempak yang tak masuk dek akal sampai tak larat nak sambar semuanya. Ada kalanya tempoh promosi yang diberikan amat terbatas, tak lebih dari 24jam. Dan yang paling dahsyat…dalam masa 1jam pun ada..alahai melepas IDM! Hanya bermodalkan email yang sah…anda sudah boleh mendapatkan lesen penuh yang sah. Mudah je kan! Andainya ada bijak memanupulasi tempoh promosi ini, tahun depan anda boleh bebaskan Windows anda dari crack. Jadi…bijak-bijakkanlah diri anda!

Kali ini jenama Ashampoo buat promosi lagi dengan menawarkan Ashampoo WinOptimizer 7 & 8 dengan memberi lessen sah percuma versi penuh tanpa had. Satu lesen bernilai USD49.99…Wow! Pada harga melampau tersebut membuatkan saya menggaru-garu kepala…Apa yang hebatnya tentang perisian ini? Untuk makluman Ashampoo WinOptimizer 8 lebih kurang sama fungsinya seperti Tune Up, Advanced SystemCare, CCleaner dan sedarjah dengannya.

Promosi ini hanyalah untuk tempoh 24 jam sahaja pada tarikh 19 Disember 2011 mengikut waktu Eropah Tengah. Dan mengikut waktu Malaysia pula ianya tengah bermula sekarang.

CEPAT! Kedua-dua perisian ini hanya untuk tempoh 24 JAM SAHAJA. Anda lakukan pemasangan perisian terlebih dahulu barulah melalui proses meminta lesen sah percuma unlimited full version dari Ashampoo melalui email.

**[Update] Untuk mendapat Ashampoo WinOptimizer 8: [ pr67am™ ]
**Walaupun link promosi telahpun tamat…tapi selepas diperiksa, pemberian lesen sah dari Ashampoo masih berjalan beberapa jam lagi. Saya telahpun upload perisiannya untuk anda pula mencuba. CEPAT…sebelum berputih mata! Selamat berjaya!

Untuk mendapat Ashampoo WinOptimizer 7: [ pr67am™ ]

p/s ; Yang penting dapatkan siri nombor dahulu…pemasangan penuh boleh dilakukan kemudian.

Entri ringkas nak kejar giveaway lagi…lagi…lagi!
Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Iran Godam Pesawat Drone RQ-170 Sentinel AS

0

WASHINGTON 18 Dis. – Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan tentera Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah yang serius jika dakwaan seorang jurutera Iran terbukti benar.

Jurutera yang diwawancara oleh Christian Science Monitor itu menggambarkan dengan terperinci bagaimana sepasukan pakar negaranya menggodam Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) sebuah pesawat drone AS dengan tujuan untuk menawannya.

Itulah pesawat sama yang didakwa oleh kerajaan AS telah mendarat di wilayah Iran pada awal bulan ini disebabkan kerosakan.

Pakar Iran dilaporkan mendapati kelemahan drone RQ-170 Sentinel itu ialah GPSnya dengan memeriksa drone-drone Amerika yang jatuh pada September lalu.

Berdasarkan maklumat itu, mereka memasang perangkap untuk sebuah drone yang menjalankan pengintipan di ruang udara Iran.

“Dengan mengganggu sistem komunikasinya, kami memaksa pesawat itu terbang dengan ‘autopilot’ dan di sinilah pesawat kehilangan ‘otaknya’,” katanya.

Pasukan Iran kemudian memprogramkan drone itu supaya ‘mendarat dengan sendiri di lokasi yang mereka kehendaki’.

Jurutera itu berkata, seluruh proses itu semudah menggodam sebuah akaun Google.

Kajian pada 2003 mengenai kelemahan GPS menunjukkan tentera AS tahu tentang masalah itu sejak hampir sedekad lalu, dan jika benar sistem GPS RQ-170 dalam tangan Iran itu digodam, ini bermakna kelemahan tersebut belum dibaiki.

SUMBER: Akhbar Utusan Malaysia, 19.12.2011, ms 18.

Edited: Panduan Lengkap Menggodam GPS, Kredit Kepada Janjang,

—->>> Klik Di Sini

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Jom Report Copyright Abuse Pada Google!

0

Baiklah.. Kau yang mahu bermain dengan api. Jadi aku berikan kau api!

Kepada semua para pembaca blog MHAH, yang telah mengenali blog ini dari awal penulisan, bulan JANUARI 2011, mari kita sama-sama buat laporan kesalahan hak cipta penulisan kepada Google tentang blog-blog di bawah blogger.com yang terang-terangan mencuri karya dari sini!

Mr.Hac tak tahulah apa agenda beliau, tapi dengan meniru (peniruan yang tak jadi) template dan menyalin pula artikel di blog ini, waaah.. Seperti pencuri hebat lagaknya. Siap cakap kita pula yang mencuri!

Sila salin alamat blog ini:

http://myhackerarehire.blogspot.com/

Laporkan kepada GOOGLE melalui alamat URL di bawah:

Blogger Report Abuse

Bersama kita banteras penyalin tanpa kebenaran seperti pemilik blog imposter itu!

Mr.Hac: Ada lagi yang copy paste eh? Ternyata artikel di sini memang BEST. Admit it copy paster!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline