[Giveaway] uRex Video Converter Platinum : Sokong Pelbagai Format Video

Salam…

Jangan katakan tidak sebelum anda nampak. Fikir dan cepat bertindak adalah pilihan khalifah yang bijak. Warnai hidup dengan putih bercorak. Menang jangan terus disorak. Kalahpun janganlah disepak. Kutiplah pengalaman dan simpan dalam otak. Jadikan ilmu ketika hari terdesak. Jadikan panduan ketika akal membeliak…

uRex Video Converter Platinum sebuah aplikasi yang bekerja sebagai penukar format video seperti AVI, MP4, DivX, MPEG, H264, WMV, MKV, MOV, VOB, ASF, DV, 3GP, format HD, seperti HD VOB, MKV HD, TS HD, HD AVI, HD MPEG, MP4 HD, HD ASF, WMV HD, HD MOV dan audio MP3, WMA, WAV dan seumpamanya. Selain itu ia juga boleh membantu anda menikmati media dari PSP, PS3, iPod, iPhone, Apple TV, Xbox, telefon Google, iPad, iPad2 dan lain-lain peranti multimedia digital dengan mudah.

Fungsi utama:
1. Menyokong semua video & audio format popular, malah HD video seperti AVI, TS, H.264/AVC, MKV;
2. Tukar kepada format popular seperti AVI, MPEG, WMV, MP4, DivX, MOV, FLV;
3. Menyokong hampir kesemua peranti multimedia seperti PS3, iPhone, iPod, iPad/iPad2, Apple TV, Xbox, Wii, telefon Google;
4. Sokongan NVIDIA Cuda & teknologi ATI Stream;
5. Sunting, membahagi dan menggabung video serta menukar.
6. Menukar Video HD dengan kemudahan & hampir 01:01 kualiti

Dengan penukar video yang mengagumkan ini, anda dengan mudah boleh menukar semua HD (definisi tinggi) video seperti MKV, AVCHD (M2TS, MTS), Tod, MOD untuk iPhone / iPad, MOV, AVI, MP4, MPEG, VOB, dan lain-lain tanpa apa-apa sokongan codec dari pihak ketiga tanpa menjejaskan kualiti asalnya.

Menyokong pelbagai teras CPU & NVIDIA ® CUDATM, uRex Video Converter akan mengagihkan tugas kepada pelbagai teras secara automatik untuk mendapatkan kelajuan proses penukaran video pada tahap yang maksima.

uRex Video Converter Platinum pada harga asal USD39.95 akan diberi secara percuma bersama lesen yang sah dari kilang. Promosi akan berakhir pada 31 Disember 2011. Tiada caj tersembunyi dan tiada naiktaraf untuk perisian giveaway ini. Tetapi anda boleh mendapatkan bantuan teknikal percuma dari server kerana khidmat sedemikian disediakan untuk anda.

Jangan berlenggang-lenggang Mak Limah…burung tempua dah buat sarang. Ayam berkokok di dinihari…Bangun! Jom pakat ramai-ramai serbu [ pr67am™ ].

Sekian.

System Requirements: Windows NT4/2000/2003/XP/Windows Vista/Windows 7

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img