Astro NJOI : Hidup Biar Enjoy

Salam 1 MALAYSIA warga MHAH semua. Petang ni baru terasa nak menulis setelah mood biasa bertukar kepada mood ‘panas berapi’ setelah artikel-artikel di sini ‘dicuri’ keluar dengan selamba oleh warga yang mengaku negara mereka lebih berbudaya dari kita. Tak pastilah apa yang dia tak puas hati sangat, tapi yang pasti beliau cemburu agaknya melihat perkembangan blog IT dari MALAYSIA yang super duper hot ini atas sokongan anda semua rakyat bertuah negara MALAYSIA!!

Terbaru, tahun 2012 Astro bakal melancarkan satu wacana kepada semua rakyat jelata, iaitu Astro NJOI. Bagaimana pelan tersebut? ASTRO MALAYSIA dengan bangganya memberi saluran Astro kepada orang ramai tanpa CAS BULANAN. Apa yang perlu dibeli ialah dekoder (harga belum pasti). Hanya beli sekali dan sebanyak 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio akan disiarkan secara PERCUMA seumur hidup!

Jika anda berkenan dengan pakej lain barulah anda melanggan. Lumayan bukan? Beli dekoder sekali sahaja, dan siaran-siaran tersebut boleh didapati secara percuma tanpa yuran bulanan. Sangat bagus! Kita tunggu dan lihat apa yang bakal ditawarkan Astro kepada semua rakyat negara MALAYSIA tahun hadapan!

Via: MyHDChannels

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img