Utama Blog Laman 305

[Facebook] Shortcut Keys

0

Salam…

Ilmu itu laju…sedikit tertinggal kita boleh jadi keliru. Kejap lena bangun je, dah tergaru-garu. Juteru kita harus peka dengan apa saja yang berlaku. Tak minat ketepikan dahulu. Suka tak suka, mahu tak mahu, mesti ambil tahu. Paling tidak ambillah setakat apa yang perlu. Kelak esok tidak ditindas oleh anak cucu. Facebook dah bukan perkara baru tapi kita masih lagi kelu dengan Yahoo! Mereka dah pakai komputer dalam saku. Tapi CPU kita masih lagi di bawah bangku. iPad dah jadi buku tapi kita masih lagi pegang pensil kayu…huhuhu…tak ke haru!

Buat pengguna tegar Facebook, disini ada beberapa Shortcut Keys yang sepatutnya anda ambil tahu. Walaupun bukan sesuatu yang amat perlu, tidak salah sekiranya kita ambilnya sebagai simpanan ilmu. Inilah yang di namakan bahasa pengkomputeran. Melancarkan beberapa tetapan hanya dengan kod ringkas di atas papan kekunci. Hakikatnya tidak ramai di antara kita yang boleh hafal kesemuanya. Tapi mengingati satu dua Shortcut Keys pun sudah memadai sebagai asas kepada visi ambil tahu.

Untuk maklumanShortcut Keys ini hanya boleh dilakukan untuk Facebook yang menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja. Jom kita susuri satu-persatu:

Shift+Alt+0 : pusat bantuan facebook

Shift+Alt+1 : laman utama facebook

Shift+Alt+2 : halaman biodata facebook anda

Shift+Alt+3 : permintaan kawan

Shift+Alt+4 : mesej

Shift+Alt+5 : pemberitahuan

Shift+Alt+6 : laman akaun

Shift+Alt+7 : tetapan privasi

Shift+Alt+8 : halaman dalam facebook

Shift+Alt+9 : syarat dan tataguna facebook

Shift+Alt+? : membolehkan carian

Shift+Alt+m : mengarang mesej baru

Ilmu…dicampak ke darat jadi pohon kayu, dicampak ke laut jadilah perahu. Selamat mencuba dan menjadi manusia yang berilmu.

Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] BDlot Video Converter

0

Dengar pr67am™ punya seloka…

Hari yang bahagia, jiwa rasa merdeka. Bertemu lagi dengan rasa lapang dada. Terdengar khabar gembira…si dia telah tiada. Eh! Si dia maksudnya bukanlah kekasih hamba. Jangan pula anda tersalah sangka! Ini cuma cerita orang biasa…kisah malaun berdosa. Yang bebal tatasusila. Yang tak ikut negaranya punya Pancasusila. Memaki hamun dan mencuri itulah kerja utama. Entah, kenapalah si dia tu macam orang gila! Tak cukup duit lah tu agaknya…HAHAHA…

Pagi tadi tiba-tiba dapat satu berita. Berita duka untuk manusia sepertinya. Tetapi berita sukaria untuk kita semua. Dia telah meninggal dunia…Dengar khabar di langgar kereta. Ketika tidur di tengah lebuhraya. Eh! Kenapalah tidur kat situ pula? Tak ada rumah agaknya…kahsian dia! Ala…dah namanya gila! Nak tahu yang langgar tu kereta apa? Yang pasti bukanya angkara perodua. Tapi mati dilanggar oleh MY HACKERS ARE HERE. Dipandu pula oleh Tuan Arya Putra…Padan muka!…HAHAHA…

Seronoknya rasa sampai terlupa. Berbalik pada tajuk entri kita. Masih lagi cerita giveaway yang sentiasa ada. Maklumlah dia orang pun nak raya. Bagi offer sampai percuma. Siapa tak suka percuma bukanlah namanya manusia. Ambil je…tak rugi apa-apa! Buat simpanan di hari muka. Mana tahu esok lusa? Rasa nak pakai tiba-tiba. Nah! Barang asli dah ada. Kali ini giliran giveaway BDlot Video Converter. Sebuah perisian penukar format media. Mengandungi lebih 200 codecs di dalamnya. Bersama sokongan CUDA. Tiada masalah dengan format yang berbeza-beza. Menukar format video ke AVI, MP4, Youtube, iPod, iPhone, iPad, Android-based phone, DVD dan sebagainya. Tapi ingat ini hanya untuk menukar video sahaja. Jangan nak mengada-ngada…tukar mp3 jadi video memanglah tak jalan punya…HAHAHA…

Antara perisian mendapat rangking agak baik di dunia. Bernilai USD29.95 kini dijual tanpa harga. Di jangka tamat 4 Januari 2012 kalau tak silap saya. Apa kata, kalau hati dah suka. Kita terus saja ke halaman utama. Anda koreklah maklumat lanjut di sana. Usah banyak bertanya. Saya cuma berkongsi rasa. BDlot Video Converter saya tak pernah mencuba. Baru je bersua muka…HAHAHA…

Berbuat baik tempatnya Syurga. Buat jahat azabnya di Neraka. Sebelum tutupnya mata. Beringatlah dengan 5 perkara. Jangan lupa singgah lagi di MY HACKERS ARE HERE. Dah banyak sangat ketawa, nanti saya pula yang di katakan gila…HAHAHA…

Sekian sahaja, jumpa lagi di lain masa.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

pyLoad : Multi Platform One-Click Hosters Download Manager

0

Kita cerita pasal perisian/aplikasi Multi Platform lagi. Kebiasaannya pemuat turun untuk One-Click Hosters seperti Rapidshare, Megaupload, Hotfile, dan seumpama dengannya, yang biasa digunakan dan digemari ramai ialah JDownloader. Kini anda mempunyai satu lagi pilihan, sebuah perisian yang ditulis sepenuhnya dalam Python, iaitu pyLoad. Pemuat turun ini tersedia untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux!

Ia menyokong laman One-Click Hoster seperti Rapidshare.com, Netload.in, Uploaded.to, Hotfile.com, Fileserv.com, DepositFiles, Filesonic, yourfiles.to, 4shared.com, Youtube, Myvideo dan banyak lagi, tak lupa juga URL http dan ftp. Bagus bukan? Selain itu, ia menyokong fungsi masa menunggu dan juga pengecaman Captcha. Ia menyediakan web interface, command line interface, Qt GUI, Android client dan juga terdapat untuk router. Wow..

Web Interface boleh diakses setelah anda melengkapkan konfigurasi sebelum penggunaan pertama. Pada pelayar web anda, akses melalui alamat lalai 127.0.0.1:8000.

Berikut adalah paparan skrin untuk panduan anda:

Paparan GUI

Pengecaman Captcha

Muat turun dari URL http

Konfigurasi Sebelum Penggunaan Pertama

Paparan Muat Turun Pakej Pada Terminal

Paparan GUI Web Interface

Muat turun pyLoad di sini -> pyLoad

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Your Blog Was Removed : STFU Wannabe Hacker!

0

How do you like THIS huh?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Qupzilla : Qt-based Multi Platform Web Browser

0

Mr.Hac adalah antara pengguna tegar pelayar web Mozilla Firefox dan telah menggunakan beberapa versi dalam satu komputer, iaitu versi stabil dan Nightly. Terbaru, Nightly versi 12.0a1 telah dilepaskan, dan Mr.Hac kemaskini versinya dengan mudah kerana pemasangan dibuat menggunakan PPA.

Qupzilla, sebuah lagi pelayar web Qt-based berasaskan enjin Webkit memasuki arena dunia pelayar web dan para penggunanya.

Direka khas untuk pengguna pelbagai sistem operasi, ia menawarkan ciri-ciri yang menarik seperti integrasi terbina dalam dengan Adblock, Speed Dial, Privacy Settings, dan Tema. Contoh tema yang menarik ialah tema Mac OS X seperti paparan skrin di bawah:

Beberapa lagi paparan skrin untuk tatapan anda:

Tak lupa juga, ia menggunakan memori yang sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan Firefox dan Chrome. Selain itu, ia melepas ujian Acid 3 dengan skor 100/100.

Pelayar web ini boleh dimuat turun di sini -> Qupzilla

Untuk Ubuntu dan terbitan darinya, anda dengan mudah boleh memasang Qupzilla menggunakan PPA:

sudo add-apt-repository ppa:nowrep/qupzilla

sudo apt-get update

sudo apt-get install qupzilla

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Korang Ni Beruk Ya??

0

Katakan apa saja. Katakan aku manusia tiada bahasa, kurang ajar, suka memaki. Tapi kalau masuk ini sudah terlalu banyak penyalin-penyalin penyamun yang mula menunjukkan kebiadapan mereka. Bayangkan, sudah 70 entri di pos, hampir 90% entri disalin dari sini!!

Kepada pemilik blog Anonymouseridanus, anda sedar tak yang anda tidak layak untuk menulis blog?? Nama blog saja dah menyusahkan pembaca untuk mengingatinya!

Quote dari komen bro pr67am, penulis jemputan MHAH:

Watermark bkn buat suka2, brtambah gak beban krja. Tu lah dinamakn watermark panas hati. Lihat entri awal pr67am™, hnya ada nama pr67am™ je. Semstinya mesti ada nama saya krn hnya itu je kredit atas usaha saya krn saya cuma penulis jmputan disini.
Pd awal nk letak nma saya & website je…tpi dh namanya pun serupa myhackers. Pastu nama saya & M’sia…dh dlm negarapun byk gak plagiat. Lastly..nama saya, web & negara. Ini bkn jaminan cuma buat si plagiat buat krja sikit. Sekurg2 nya 2 entri serupa tak di publish serentak.
Bygkan entri Wondershare yg saya publish 3pg dlm masa krg seminit je sdh siap post dlm webnya. Google pun blh keliru sapa tiru sapa…pastu dlm ruangan komen prtama lgi siap maki f**k kat kita dgn nama myhackers. Kalau dh mencuri buat diam2 dahlah..
Ilmu itu milik Allah tak kisah utk kongsi. Tapi sbg hamba Allah kita diajar bertertib..masuk rmah bg slm, nk pulangpun bg pesan. Mana blh masuk je lalu mengejek, maki, mencuri. Pdhal entri kita buat tk kacau sapa2 pun. Islam tdk mengajar kita dok diam sbb tulah sejarah Islam pd zaman Rasulullah diajar mengangkat pedang kalau sudah dicabar.

Maaflah..kalau ada kalangan kalian rasa rimas dgn watermark tu. Saya buatpun lagilah rimas..bila dah reda sikit nanti ok lah tu _ peace! 😉
Block IPDelete Report

Jelas bukan. Ada sebab yang konkrit kenapa kami marah dan kecewa dengan penyalin penyamun ini. Sebab yang lebih penting, bagi Mr.Hac sendiri, ialah jari Mr.Hac tidak sempurna seperti kalian penyamun sial semua!! Tetapi Mr.Hac masih tegar menulis untuk kamu!! Aku yang tidak sempurna tubuh badan ini boleh MENAIP dengan baik, kenapa tidak kamu malaun?? Carilah originality, carilah ilmu atas usaha sendiri, bukan mencuri! Letak kredit di bawah entri pun susah ke binawe wei??

Atas sebab ini juga aku hampir-hampir jemu untuk menulis. Nak belajar hacking?? Puiiii.. Hacking konon. Yang basic kau orang tak lepas, nak hacking jadahnya?? Yang basic pun merungut, menangis nak faham, kau orang ada cita-cita nak menggodam Pentagon? Hak Ptuihhh!! Kau orang penyamun ni mati lagi baik! Fedup aku!

Tu belum kira penyamun dari negara jiran. Konon mengaku saudara, mengaku serumpun. Entah apa puncanya nak bermusuh dengan aku. Kau memang sial. Menyusahkan orang yang tidak sempurna seperti aku ini. Menulis entri baru lagi? Tengoklah kiranya aku sudah hilang kemarahan dan hilang kebosanan mengadap sikap-sikap manusia aneh seperti kalian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] IObit Malware Fighter Pro

0

Salam…

Bertemu pada hari yang baru. Membuka cerita baru. Dengan perisian baru. Tawaran giveaway yang masih baru. Hari Rabu sudahpun berlalu. Gaji ku masih lagi beku. Menunggu masa untuk diserbu. Awek ku dah lama menunggu. Ajak pergi ke Kota Bharu. Tapi sekarang sudah membisu. Agaknya merajuklah tu! Apalah daya ku masih belum ada waktu. Masih sibuk dengan dunia ku. Masih lagi haru biru…Eh! Apa yang aku dah merapu…huhuhu…

IObit Malware Fighter merupakan AntiMalware yang bertindak mengesan Virus, Adware, Spyware, Backdoor dan berbagai lagi bentuk ancaman tanpa sedar ke atas komputer anda. Ambil contoh mudah, sekiranya anda hendak faham dengan lebih jelas lagi tentang fungsi perisian ini… IObit Malware Fighter sama darjahnya dengan Malwarebytes, Super AntiSpyware, Spyware Doctor, Spyware Terminator, Spybot dan lain-lain.

Harus di fahami ini bukanlah Antivirus utama. Ianya hanyalah sebagai pendua / pembantu kepada Antivirus utama anda. Ertinya anda boleh memasang kembar dengan mana-mana jenama Antivirus utama yang anda gunakan. Walaupun kebanyakkan Antivirus utama sekarang sudahpun sedia ada dengan AntiMalware nya sendiri, tapi anda masih lagi boleh menggunakannya sebagai backup security. Malicious berbeza dengan Virus sebenar. Walaupun nampak kurang bahaya tetapi penyamarannya dalam berbagai bentuk rupa dan tersangat halus dan berseni sehingga Antivirus utama pun boleh terlepas pandang.

Dari tinjauan pendapat forum, banyak perselisihan pendapat dengan prestasi sebenar IObit Malware Fighter. Sebahagiannya mengangkat perisian ini sebagai kecemerlangan alaf baru. Dan sebahagian lagi menganggap kewujudannya amat tidak perlu. Terjadi juga tuduhan IObit Malware Fighter meniru / mencuri database Malwarebytes. Tetapi yang lain pula menyatakan kedua-duannya berkongsi / menyewa dari pangkalan yang sama. Jadi jangan keliru di sini. Buat penilaian sendiri itu lebih penting. Setiap perkara memang ada pro dan kontranya. Kerana itulah ia di cipta dengan berbagai nama dan rupa. Tepuk dada…

Sebenarnya IObit Malware Fighter merupakan sebahagian daripada gabungan komponen terpenting yang disertakan bersama Advanced SystemCare [ pr67am™ ]. Sekiranya anda telahpun memasang Advanced SystemCare maka dengan adanya IObit Malware Fighter dalam versi penuh ini, jadilah Advanced SystemCare anda lebih lengkap, sempurna dan efisyen.

Pada harga UK£ 18.56 = 29.072384 U.S. dollars ditawarkan 100% percuma dalam versi Pro sempena tempoh tawaran ini. Jadi tak payahlah anda risau lagi tentang lesen dan juga kemaskini database nya. Yang penting tanpa crack. Tawaran promosi dijangka berakhir pada 4 Januari 2012. Masih banyak masa lagi…Tapi jangan lupa anda perlu membuat akaun kepada yang belum lagi mempunyai akaun untuk login ke laman promosi. Haissshhh…lantang senang je tu! Sila ke laman promosi [ pr67am™ ].

*Oh ya! Tertinggal pula…Jangan lupa gunakan proxy USA atau UK untuk masuk ke laman promosi. Kerana tawaran ini hanya sah berpangkalan di UK sahaja. Untuk mendapakan proxy sila ke sini SINI. Terimakasih kepada pengomen: heaven 😉

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 11.10 Reborn : 10.10 In The House!

0

Malas nak banyak cerita. Kalau sesiapa yang tak suka dengan Unity, maka bolehlah tonton video ini sepuas-puasnya.

Amacam? Suka? Kalau suka bolehlah baca penerangan pada video tersebut. ^^

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Outpost Security Suite Pro 7.5.1 : 1 Year

0

Salam…

Yang pipih melayang-layang…yang bulat pun datang. Kisah percuma barangan. Kisah percuma yang berulang-ulang tapi berbeza tayangan. Agaknya cerita giveaway ini meluapkan rasa bosan memanjang. Tapi prinsip pr67am™ amat senang. Rezeki datang jangan dibiarkan terbang. Ini bukan cerita orang berdagang. Pun bukan mainan anak wayang. Sekadar berkongsikan rasa senang. Nyah kepada petualang. Diam kepada yang sudah kenyang. Sila datang kepada yang masih sayang..

Anda kenal Outpost Security Suite Pro 7.5.1? Sebuah produk keselamatan yang dikeluarkan oleh Agnitum yang diasaskan di St Petersburg, Russia pada Febuari 1999. Produk pertama di cipta oleh Jammer dan Tauscan yang pernah memenangi anugerah Pilihan Editor berdasarkan kedudukan tertinggi oleh PC Magazine US sebuah majalah IT berpenggaruh pada May 2000. Asal terciptanya perisian ini adalah untuk mengesan dan menangkis serangan dari penggodam.

Outpost Security Suite Pro 7.5 menggabungkan 4 elemen asas yang penting iaitu Antivirus + Anti Spyware + Firewall + Anti Spam. Disamping itu ada 10 lagi fungsi penting yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Termasuk perlindungan yang ketat ke atas talian internet anda. Sehingga anda rasa selamat melakukan aktiviti rutin di talian seperti muat turun, email, berbual, berkongsi fail dan sebagainya. Dengan kuasa teknologi SmartDecision yang merupakan fungsi imbasan (scanning) generasi ke4, kerja imbasan ke atas komputer anda lebih cepat dan tepat.

Mempunyai Antimalware yang kuat dan cekap bertindak ketika anasir yang diragui cuba menceroboh ke dalam talian anda. Sekatan yang cekap itu amat perlu untuk menangkis serangan Virus, Worm, Keylogger, Spyware, Phishing dan lain-lain. Bertindak sebelum merawat…Dan jangan terasa leceh bila terlalu banyak amaran disampaikan sehingga anda rasa rimas dan tidak lancar melakukan akitiviti seperti biasa. Annoying! Itulah namanya rimas tetapi selamat.

Bertuahlah kepada pengguna tegar perisian ini. Dari pemerhatian pr67am™ inilah diantara Antivirus yang paling selalu menawarkan promosi. Kalau tak ingat kali terakhir ialah pada Ogos 2011 lepas yang juga menawarkan promosi 1 tahun percuma. Tak payah nak termengah-mengah mencari crack lagi dah…

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba atau pengguna Outpost Security Suite Pro 7.5.1 anda boleh rujuk [ pr67am™ ]. Menawarkan lesen sah percuma versi penuh yang berharga USD59.95 untuk satu tahun. Segera! Sebelum anda ketinggalan dan menangis tak sudah-sudah…

Sila masukkan Kupon Kod promosi ini; 76VA6-V3P2S-CC4CW-8S44G-S6F9U ke dalam ruangan: Aktions-Code: Kemudian anda isilah nama dan email macam biasa. Selamat Berjaya!

Sekian.

**UPDATE: Kali terakhir saya mencuba kupon kod pada jam 3.12pm dan berjaya mendapat lesen sah. Justeru itu lahirlah entri ini. Nampaknya sekarang key disabled bermakna tidak boleh lagi digunakan. Apa masalah sayapun tak tahu? Forum di luar sanapun berselisih pendapat.
Minta maaf pada semua! SILA ABAIKAN entri ini sehingga saya temui solusi yang baru dan akan dikemaskini disini kelak. Insyallah…!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Multimedia : Apa Yang Perlu Anda Tahu

0

Mutimedia telah menjadi satu keperluan pada masa kini, ianya digunakan dimana-mana sahaja, daripada aplikasi yang berbentuk hiburan sehingga ke bentuk pendidikan. Malah, kewujudan internet telah meningkatkan lagi permintaan untuk kandungan multimedia.

Apa itu Multi?
Multi dalam bahasa inggeris bermakna pelbagai.

Apa itu Media?
Media merujuk kepada mana-mana elemen yang digunakan untuk berkomunikasi.

Apa Itu Multimedia?
Multimedia adalah kombinasi perkakasan dan perisian computer yang membolehkan anda untuk mengintergrasikan video, animasi, audio, grafik, dan sumber kajian untuk membangunkan persembahan yang berkesan pada komputer desktop yanh berpatutan. (Fenrich,1997)

Multimedia dicirikan oleh kehadiran teks, gambar, bunyi, animasi, dan video; sebahagian atau semua yang telah dianjurkan ke dalam beberapa program yang koheren. (Philips,1997)

Multimedia ialah mengkombinasikan pelbagai elemen media seperti teks, bunyi, gambar, animasi, video dan kandungan berbentuk interaktif. Ianya digunakan untuk mewakili dan menyampaikan maklumat. Contohnya; persembahan yang melibatkan audio dan video boleh dianngap sebagai persembahan multimedia manakala Perisian pendidikan yang melibatkan animasi, bunyi, dan text dipanggil Perisian Multimedia. Apabila pengguna akhir iaitu pengguna projek multimedia dibenarkan untuk mengawal “Apa”, “Bila” dan “Bagaimana” terhadap elemen yang dihantar dan dibentangkan, ianya menjadi multimedia interaktif.

Apa itu Projek Multimedia?
Projek Multimedia adalah projek yang menggabungkan jenis-jenis media seperti bunyi, video, teks, gambar, grafik, dan lain-lain kepada persembahan. Projek multimedia adalah berbeza-beza mengikut kerumitan dari penghasilan poster atau screen cast kepada pengguna, penciptaan filem atau cerita berbentuk digital berdasarkan topic yang dikaji. Alat digital yang semakin berkembang telah memudahkan lagi penghasilannya.

Apa itu Multimedia Interaktif?
Projek Multimedia hanyalah memberi maklumat kepada penonton melalui penggunaan pelbagai elemen media; berbanding dengan Multimedia Interaktif, ianya membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan mengawal maklumat. Contohnya, pengggunaan kiosk yang meluas, pengguna boleh mengawal apa dan bila maklumat dipaparkan, kaedah ini memerlukan perisian komputer yang dibangunkan sendiri. Pembangunan perisian interaktif meningkatkan lagi potensi kerumitan projek sehingga tahap 100% menyusahkan.

Apa itu Multimedia Kiosk?
Multimedia Kiosk adalah mana-mana terminal komputer yang besar dan sering diletakkan di tempat awam, dimana orang awam boleh menggunakannya. ATM adalah salah satu Multimedia Kiosk, sebagai contoh, Pengguna tidak perlu lagi beurusan di kauter sebaliknya, pengguna hanya perlu menggunakkan kad debit dan keluarkan wang. Ianya boleh didapati di mana-mana sahaja seperti pasar raya, pusat membeli- belah, lapangan kapal terbang, dan kedai serba guna.

Via: Xlawsknowledges

Views: 4

Iklan Newspaper Inline