[Giveaway] IObit Malware Fighter Pro

Salam…

Bertemu pada hari yang baru. Membuka cerita baru. Dengan perisian baru. Tawaran giveaway yang masih baru. Hari Rabu sudahpun berlalu. Gaji ku masih lagi beku. Menunggu masa untuk diserbu. Awek ku dah lama menunggu. Ajak pergi ke Kota Bharu. Tapi sekarang sudah membisu. Agaknya merajuklah tu! Apalah daya ku masih belum ada waktu. Masih sibuk dengan dunia ku. Masih lagi haru biru…Eh! Apa yang aku dah merapu…huhuhu…

IObit Malware Fighter merupakan AntiMalware yang bertindak mengesan Virus, Adware, Spyware, Backdoor dan berbagai lagi bentuk ancaman tanpa sedar ke atas komputer anda. Ambil contoh mudah, sekiranya anda hendak faham dengan lebih jelas lagi tentang fungsi perisian ini… IObit Malware Fighter sama darjahnya dengan Malwarebytes, Super AntiSpyware, Spyware Doctor, Spyware Terminator, Spybot dan lain-lain.

Harus di fahami ini bukanlah Antivirus utama. Ianya hanyalah sebagai pendua / pembantu kepada Antivirus utama anda. Ertinya anda boleh memasang kembar dengan mana-mana jenama Antivirus utama yang anda gunakan. Walaupun kebanyakkan Antivirus utama sekarang sudahpun sedia ada dengan AntiMalware nya sendiri, tapi anda masih lagi boleh menggunakannya sebagai backup security. Malicious berbeza dengan Virus sebenar. Walaupun nampak kurang bahaya tetapi penyamarannya dalam berbagai bentuk rupa dan tersangat halus dan berseni sehingga Antivirus utama pun boleh terlepas pandang.

Dari tinjauan pendapat forum, banyak perselisihan pendapat dengan prestasi sebenar IObit Malware Fighter. Sebahagiannya mengangkat perisian ini sebagai kecemerlangan alaf baru. Dan sebahagian lagi menganggap kewujudannya amat tidak perlu. Terjadi juga tuduhan IObit Malware Fighter meniru / mencuri database Malwarebytes. Tetapi yang lain pula menyatakan kedua-duannya berkongsi / menyewa dari pangkalan yang sama. Jadi jangan keliru di sini. Buat penilaian sendiri itu lebih penting. Setiap perkara memang ada pro dan kontranya. Kerana itulah ia di cipta dengan berbagai nama dan rupa. Tepuk dada…

Sebenarnya IObit Malware Fighter merupakan sebahagian daripada gabungan komponen terpenting yang disertakan bersama Advanced SystemCare [ pr67am™ ]. Sekiranya anda telahpun memasang Advanced SystemCare maka dengan adanya IObit Malware Fighter dalam versi penuh ini, jadilah Advanced SystemCare anda lebih lengkap, sempurna dan efisyen.

Pada harga UK£ 18.56 = 29.072384 U.S. dollars ditawarkan 100% percuma dalam versi Pro sempena tempoh tawaran ini. Jadi tak payahlah anda risau lagi tentang lesen dan juga kemaskini database nya. Yang penting tanpa crack. Tawaran promosi dijangka berakhir pada 4 Januari 2012. Masih banyak masa lagi…Tapi jangan lupa anda perlu membuat akaun kepada yang belum lagi mempunyai akaun untuk login ke laman promosi. Haissshhh…lantang senang je tu! Sila ke laman promosi [ pr67am™ ].

*Oh ya! Tertinggal pula…Jangan lupa gunakan proxy USA atau UK untuk masuk ke laman promosi. Kerana tawaran ini hanya sah berpangkalan di UK sahaja. Untuk mendapakan proxy sila ke sini SINI. Terimakasih kepada pengomen: heaven 😉

Sekian.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img