Jika anda adalah peminat setia Jieazzmovie, anda pastinya peminat setia filem terbaru dan muat turun secara percuma. Seringkali juga anda pasti akan terjumpa dengan fail 001, 002, 003 dan seterusnya. Ini adalah kerana fail bersaiz besar tidak dapat dimuat naik secara terus ke dalam laman perkongsian fail seperti Mediafire apatah lagi jika anda menggunakan akaun percuma.
Untuk pengguna Windows, anda mempunyai aplikasi yang paling sempoy iaitu FFSJ: The Fastest File Splitter and Joiner. Ianya amat mudah digunakan. Anda cuma perlu klik pada ‘Joining’, cari fail 001, dan klik pada ‘Join’. Mr.Hac juga selalu menggunakannya melalui WINE.
Untuk Ubuntu (Atau Linux Mint dan lain-lain distro terbitan dari Ubuntu), anda boleh menggunakan lxsplit, yang mana fungsinya adalah sama dengan FFSJ. Ia sudah tersedia dalam repository Ubuntu, jadi apa yang anda perlu lakukan untuk memasangnya ialah dengan membuka terminal dan masukkan perintah ‘sudo apt-get install lxsplit’.
Untuk menggabungkan fail, sila alihkan fail-fail yang berkenaan ke ‘Home Folder’. Masukkan perintah seperti di bawah:
lxsplit -j namafail.mkv.001
Ia juga boleh digunakan untuk memisahkan fail:
lxsplit -s namafail.flv 80M
-> atau 3M untuk fail bersaiz kecil
Jika anda malas hendak mengalihkan fail yang berada di folder muat turun seperti ‘Downloads’, anda boleh juga mengarahkan ke folder tersebut dengan perintah ‘cd Downloads’, dan kemudian jalankan perintah di atas.
Salam…
Menyelongkar lipatan silam, membongkar khazanah lampau. Kiranya tidak berguna lagi tapi masih ada jua yang berkedip mencari. Justeru kita tegakkan disini menjadi tugu rujuk pada soalan dan huraian. Biar ia menjadi telahan ilmu walau sedikit. Walau sedikit itulah kita kotakkan dalam arkib. Manalah tahu rungsing esok akan bersinggah di sini jua.
Apakah Microsoft .NET Framework?
Terpanggil rasa berkongsikan ilmu tua. Berkenalan dengan Microsoft .NET Framework salah satu perkakas paling penting dalam sistem operasi Windows sejak berzaman. Apakah itu Microsoft .NET Framework? Microsoft .NET Framework adalah satu alat sebagai penghubung atau pengembang antara Windows System dengan pelbagai jenis aplikasi yang bakal dilancarkan termasuklah XML Web Services. Ia juga mendokong lebih daripada 20 bahasa programing seperti VB.NET, C#, J#, C++, Pascal, Phyton (IronPhyton), PHP (PhLager).
Dalam bahasa mudah faham, .NET Framework adalah plugin yang MESTI ada dalam Windows System supaya setiap aplikasi yang ingin anda lancarkan dapat di baca seterusnya berjalan dengan sempurna.
Sejarah Microsoft .NET Framework
Dikembangkan lewat tahun 1990, dengan nama asal Next Geneation Windows Services (NGWS). Mula di kenali sebagai Microsoft .NET Framework pada akhir tahun 2000 dengan versi Beta .NET 1.0 dilancarkan. Microsoft .NET Framework terdapat dalam dua versi iaitu mudah alih dan pemasangan. Terdapat juga versi mini .NET Compact Framework untuk platform telefon pintar khususnya Wndows CE dan Windows Mobile. Manakala versi .NET Micro Framework pula lebih di khususkan untuk tatakerja yang berat.
*.NET 2.0, 3.0 dan 3.5 sebenarnya adalah versi yang sama setelah melalui kemaskini. Dan versi terkini adalah .NET 3.5.1 Service Pack 1
Apakah versi Microsoft .NET Framework dalam komputer anda?
Satu hal apabila kita tidak tahu versi Microsoft .NET Framework yang telah terpasang dalam komputer. Untuk merungkai persoalan ini, kita boleh mencuba beberapa kaedah lalai yang mudah seperti di bawah.
1. Windows Update Start Menu > Windows Update > View update history
*Anda boleh melihat dengan jelas versi .NET Framework yang telahpun di kemaskini di senaraikan.
2. Registry Windows Win+R > taip regedit > HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoft.NET Framework
*Di bawah folder .NETFramework, terdapat folder v1.0, v2.0.50727, v3.0, v4.0.30319 menunjukkan versi-versi yang telah terpasang dalam komputer. Jika terdapat sedemikian, itu tandanya komputer anda telahpun lengkap dengan .NET Framework.
3. Perisian
Cara paling terhormat anda boleh memuat turun ASoft .NET Version Detector XI. Perisian ini adalah dalam versi mudah alih dan anda boleh lancarkan dari USB. Lihat pada versi angka yang berwarna hijau, bererti itulah versi yang terdapat dalam komputer anda.
*Jangan terkeliru dengan versi NET 1.0 dan 1.1 yang berwarna merah. Untuk Windows 7 sememangnya tidak memerlukan versi tersebut.
Masalah : unable to find a version of the runtime to run application?
Lazimnya anda akan mendapat notis unable to find a version of the runtime to run application apabila terjadi sesuatu aplikasi yang gagal di lancarkan. Terdapat 2 penyebab, samada komputer anda belum di pasang dengan Microsof .NET Framework ataupun terdapat kerosakkan. Sekiranya belum dipasang, anda perlu memuat turun dan memasangnya. Tetapi sekiranya terdapat kerosakkan, maka anda perlu menyusuli langkah-langkah yang berikut.
1. Muat turun .NET Framework cleanup tool kemudian lacarkan dan REMOVE versi .NET Framework yang bermasalah. Selanjutnya anda muat turun pula .NET Framework baru yang sama versi dengan versi yang telah dibuang tadi lalu lakukanlah pemasangan semula. *Sayugia diingatkan jika anda mempunyai masalah dengan versi 2.0, 3.0 dan 3.5, adalah amat di galakkan anda memuat turun versi terkini .NET Framework 3.5.1 SP1
2. Kemudian muat turun pula .NET SetupVerifier untuk memastikan pemasangan baru yang telah anda lakukan dalam langkah 1 tadi telah dipasang dengan betul atau tidak.
PERINGATAN: Muat turun dan pemasangan .NET Framework yang baru harus dilakukan secara manual dan TIDAK melalui Windows Update. Dengan cara manual anda akan mendapat paparan notis ralat sekiranya terjadi sebarang ketidaktentuan semasa proses pemasangan.
Akhir kalam, mudahan yang sedikit ini mampu menjadi ubat sapu pening yang boleh dimanfaatkan bersama. Selamat maju dan berjaya buat semua 🙂
Sekian.
Muat turun Microsof .NET Framewok[ pr67am™ ] *Dokumentasi berdasarkan Windows 7 Professional SP1
Kita semua sedia maklum akan isu SOPA/PIPA yang telah menyebabkan gegak gempita terhadap dunia IT amnya, dan penggemar sumber terbuka khususnya. Laman perkongsian fail seperti Megaupload telah pun ditutup, pengasasnya ditangkap dan hartanya disita. Malang sekali bagi sang pengasas yang hanya menunggu masa untuk tindakan mahkamah terhadap beliau.
Atas dasar ingin menentang sekatan internet dan menyuarakan hak rakyat sejagat, Anonymous telah mewujudkan ANONYUPLOAD, sebuah laman perkongsian fail yang percuma, tanpa iklan dan 100% ‘anonymous’.
Dicipta bukan dengan tujuan untuk menjadi 100% pengganti kepada Megaupload, Anonyupload masih dalam peringkat pembangunan. Namun anda sudah berpeluang untuk mendaftar dan hanya menunggu waktu untuk ia disiapkan.
Harapnya akan wujud lagi lebih banyak laman perkongsian fail seperti ini, dan harapan agar laman perkongsian fail dari Malaysia iaitu UploadUR Hosting kekal beraja di internet dan bertakhta di external hard disk menjadi kenyataan.
Setahun sudah telah berlalu. MHAH kian matang dengan pertambahan penulis-penulis jemputan beserta artikel-artikel yang semakin melekat di hati. Sebenarnya ini adalah entri ucapan ‘belated’ birthday kepada blog MHAH kerana blog ini telah dibuat dan ditulis pada 16hb Januari 2011. Namun domain .com itu pula dikonfigurasikan pada 7hb Febuari 2011 dan bakal diperbaharui sebelum 8hb Febuari 2012.
Terasa begitu cepat masa berlalu, dan dalam masa itu jugalah Mr.Hac telah kenali siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Ramai yang ingin melihat kejatuhan blog IT berbahasa Melayu ini, tetapi lebih ramai lagi yang menyokong! Terima kasih kepada kawan dan lawan, pembaca dan pembenci, anda semualah pelengkap asam garam MHAH!
Mr.Hac dan para penulis lainnya di sini tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Lembut lidah dari gigi, hendak bercakap apa saja memang senang hati. Tetapi hendak melakukannya lebih payah, dari lidah yang bertutur mudah. Apapun, MHAH akan terus bertapak selagi Mr.Hac ingin menulis dan berjuang, biarpun anak bangsa sendiri menikam dari belakang. Maaf dipinta andai terlanjur tutur kata, selagi ajal belum tiba, selagi itu MHAH akan membantu anda. Mr.Hac tidak menjanjikan bulan bintang, cukup sekadar belajar IT dengan penyampaian yang menarik minat.
Anda pasti sudah pun berkenalan dengan Arch Linux pada entri yang lepas. Pada kali ini Mr.Hac membawakan pula ArchBang, sebuah distro terbitan dari Arch Linux.
ArchBang sebenarnya adalah Arch Linux, namun satu perkara yang pasti ialah ia tidak berpegang kepada falsafah The Arch Way. ArchBang ialah Arch Linux yang telah ‘dipermudahkan’ dengan adanya Openbox Window Manager, dan beberapa komponen penting lain sebagai tapak atau asas kepada sistem operasi, berbanding Arch Linux yang hampir 100% menyerahkan kepada pengguna untuk menentukan sendiri apa yang ingin mereka pasangkan.
Jika dilihat kembali apa yang sudah ada pada ArchBang, contohnya Openbox Window Manager/Desktop Environment, PCManFM, Aurora (Firefox versi pembangunan), dan beberapa contoh yang lain, ia merupakan komponen yang biasa atau wajib bagi penggemar Arch Linux setelah selesai pemasangan pada komputer. Jadi buat mereka yang berminat untuk memahirkan diri dengan Arch Linux, anda boleh memilih untuk mencuba ArchBang kerana antaramuka pengguna grafik telah tersedia dan ini memudahkan anda untuk mencari penyelesaian kepada masalah (Troubleshooting).
Sepertimana Arch Linux, ArchBang juga adalah sebuah distro yang menggunakan teknologi termaju untuk Linux atau istilah lainnya ‘Bleeding Edge’ distro. Berbanding Ubuntu, anda tidak perlu menambah PPA untuk memasang sesuatu perisian dan dapat memastikan versi terbaru perisian tersebut ‘berada’ dalam komputer anda setiap kali anda kemaskini, sebaliknya dengan Arch User Repository, perisian yang sudah terpasang akan sentiasa dikemaskini dengan versi terbaru, dengan syarat anda menjalankan kemaskinian sistem. Disebabkan itulah ia digelar ‘Bleeding Edge’ dan bukan ‘Bleeding Flat’! Ianya stabil walaupun bersifat ‘Bleeding Edge’, kerana apa jua kelemahan (Vulnerability) pada sistem pasti akan dikemaskini dengan cepat.
Dan sepertimana juga Arch Linux, ArchBang bukan untuk pemula. Ia dibuat khas untuk ‘pemula’ bagi Arch Linux, yang berniat untuk berjinak-jinak dengan Arch Linux, dan ‘pemula’ untuk Arch pula adalah dari kalangan pertengahan sehinggalah kepada golongan mahir dalam Linux. Tidak rugi untuk anda mencuba dan terus pula menggunakannya, kerana selain cirinya yang bersifat menggunakan teknologi terkini, ia juga sangat ‘ringan’ dan pantas, serta menggunakan memori yang sedikit berbanding distro lain.
Jika anda sukakan Arch Linux, anda pasti akan sukakan ArchBang, kerana ia akan mengurangkan masa pemasangan, memudahkan anda mengkonfigurasi sistem, dan selepas semuanya selesai, anda boleh tukarkan (Convert) seluruh sistem ArchBang menjadi Arch Linux! Jangan lupa, ArchBang sebenarnya adalah Arch Linux, ia cuma ‘lari’ dari falsafah, tetapi seluruh sistemnya adalah Arch Linux.
Salam…
Indah itu fitrah. Bosannya melepuk dalam kotak statik total. Sesekali mengingkari mitos, mendongak langit menoleh bumi. Tidak salah menukar wajah dalam rupa yang masih sama. Mengimaginasi kreativiti membentuk peribadi. Hidup mesti tersendiri menjadi pengenal identiti di tengah khalayak. Letih mencuba dan mencari belum tercapai idaman hati. Ayuh! Kami kongsikan sedikit cenderahati.
Top 5 laman wallpaper terbaik dunia berdasarkan pencalonan pembaca dalam kategori tersendiri. Di sini segalanya ada. Anda boleh bawa pulang yang mana satu untuk mengubah muka bosan komputer anda. Tetapi harus di ingat, untuk mendapatkan kualiti yang terbaik anda harus tahu resolusi skrin yang serasi dengan desktop komputer anda. Klik kanan pada Desktop > Screen resolution > Resolution : lihat nilai “recommended”. Itulah angka serasi untuk anda. Dan angka itu jugalah yang akan anda gunakan untuk memilih saiz wallpaper untuk desktop komputer anda.
Wallbase
Laman yang kian mendapat perhatian dan semakin popular. Mempunyai pangkalan data imej yang besar. Membolehkan anda mencari dengan kata kunci; warna, tag popular serta penapis tetapi hanya untuk imej resolusi tinggi. Agak leceh! Anda perlu mendaftar akaun untuk mendapatkan banyak kelebihan seperti mendapatkan nisbah (ratio) pilihan sendiri, melanggan dan menyimpan senarai wallpaper kegemaran. *Rasanya di sini amat sesuai untuk pengguna komputer meja yang mempunyai resolusi skrin yang besar.
Digital Blasphemy
Anda berminat dengan karya yang unik? Di sinilah tempatnya untuk anda memuat turun 3D, seni aneh, fantasi, dunia asing, tamadun misteri termasuk sumber alam yang iconic. Terdapat pelbagai seni CG yang tersedia meskipun sudah agak ketinggalan. Kebanyakannya boleh di dapati secara percuma tetapi jika mendaftar sebagai ahli bermula dengan yuran $20 setahun anda akan mendapat akses untuk mendapatkan wallpaper terbaru siap di hantar terus kepada anda. *Hmmm…berbayar lagi! Berbaloi ke? Agak berbaloi untuk untuk pengguna swasta yang berkait kerja dalam bidang kreatif.
DevianArt
Satu lagi laman popular mengumpulkan para penggiat kreativiti mempunyai latar belakang yang berbeza dari seluruh dunia. Tidak terlalu mengongkong pengkaryanya dengan syarat yang ketat. Hasilnya ia menjadi sebuah laman yang produktif dan anda boleh dapatkan berbagai wallpaper yang unik termasuklah produk lain yang menarik. Sekiranya anda seorang yang berkreativiti hebat, di sinlah tempatnya untuk anda meluahkan ilham, bakat dan kerjatangan peribadi. *Menariknya di sini, anda bebas berkarya dan mempamerkan kreativiti dengan idea yang pelik kepada dunia tidak kira walaupun anda cuma seorang amatur.
InterfaceLift
Mempunyai reputasi hebat sebagai destinasi wallpaper yang boleh di padankan dengan mana-mana resolusi, apa-apa ratio dan tetapan pelbagai monitor (multi-monitor setups). Pangkalan data yang kaya dengan gambar besar, maklumat foto untuk setiap wallpaper serta pemandangan semulajadi yang menarik. Dengan tetapan yang boleh ubah memudahkan anda menapis dan melihat semua wallpaper. Juga terdapat pilihan untuk pengguna iPhone dan iPad. *Tapak yang amat mudah membuat pilihan wallpaper untuk skrin paling kecil sehinggalah kepada yang paling besar.
SimpleDesktops
Sepadan dengan namanya, laman ini membekalkan wallpaper yang tampak ringkas tetapi padat dengan seni. Laman yang mengkhususkan wallpaper dalam warna tunggal dengan grafik dan corak yang mudah meliputi alam semulajadi, grafik mewah, imej pegun filem dan fantasi 3D. Mempunyai pangkalan data agak kecil menyebabkan keterbatasan anda dalam membuat pilihan. *Layaknya hanya untuk yang pandai menilai seni sahaja. Kalau di tatap dengan akal biasa memang agak membosankan.
Cukup ke dengan Top 5 di atas? Pun anda boleh merujuk dan mencari imej di 4Walled dan Google Images. Di situpun terdapat banyak pilihan walaupun sebahagiannya bukan dalam standard yang khas. Dengan berbagai aneka pilihan seperti ini, lagaknya bergaya sakanlah kita. Rambang mata celaru rasa di buatnya. Tapi… The Paper Wall pun ok apa?
Salam…
Tetamu tidak diundang, itu namanya penyemak. Tetamu tak reti nak pulang, itu namanya penyesak. Tetamu taknak pulang-pulang, itu memang nak kena penyepak. Mengapa di biarkan sahaja si penyemak kalau hanya membuat onak. Bebaskan protokol dari benak. Menentukan yang terbaik adalah hak!
Windows tercipta secara lalai (default) bersama fungsi dan struktur yang lengkap. Tetapi hakikatnya tidak kesemua fungsi-fungsi tersebut memenuhi tatakerja kita seharian. Bahkan sebahagiannnya boleh di kategorikan sebagai sampah. Dah namanya sampah, tentunya amat merimaskan sekaligus boleh menjejaskan prestasi Windows anda.
Cuba anda klik kanan pada desktop kemudian hala ke “New” folder. Dan cubalah amati berapa banyak fungsi atau tugas yang anda perlukan di situ. Paling banyak pun mungkin satu atau dua sahaja. Mengapa tidak anda buang fungsi lain yang tidak diperlukan. Sekaligus boleh menjadikan Context Menu anda lebih bersih, terurus dan ringan.
Pertama sekali anda perlu muat turun ShellNewHandler. Ini adalah perisian mudah alih (portable) dan tidak memerlukan pemasangan. Hanya lancarkan sahaja ShellNewHandler.exe kemudian padamkan centang pada fungsi yang hendak dibuang. Selesai tetapan klik Apply maka siaplah misi anda. Usah khuatir, anda boleh mengembalikan fungsi yang telah dibuang itu sekiranya diperlukan kelak dengan hanya mencentang kembali. Mudah kan?
Terjadi beberapa kes di mana “Briefcase” tidak dapat dbuang dengan perisian. Jangan risau! Sebenarnya anda masih boleh membuangnya dengan meredah ke dalam sistem regkeys.
. Ke Start Menu taip regedit di kotak Search. . Ke > HKEY_CLASSES_ROOTBriefcaseShellNew . Klik kanan pada folder ShellNew kemudian Delete folder tersebut.
Akhirnya Context Menu di dalam sistem komputer anda tampak lebih kemas dan menarik. Sekaligus menjadikannya lebih ringan.
Sekarang anda telahpun membersihkan Windows anda dengan menidakkan kepada salah satu fungsi yang menjengkelkan. Bijak bukan hanya pada kata-kata. Bijak juga tidak hanya pada gerak kerja. Tetapi sangat bijak apabila anda tahu memilih perkara apa yang berguna.
Salam…
Menangis pungguk kerana bulan tak datang memujuk. Menangis Luncai kerana dicampak ke Sungai Golok. Menangis Tuah kerana Jebat mengamuk. Menangis Pak Nujum kerana belalang menyorok. Menangis Pak Pandir kerana Mak Andir tak buat cucur kodok. Menangis Mat Jenin kerana terjatuh dari pokok. Menangis kita kerana terkejut beruk…Hoh!
Cerita betul! Nitro PDF Professional 6 bernilai £75.00 bersamaan 7500.0 GBP = 36249.3112047 MYR bakal anda miliki secara percuma. Dengan leseh sah dalam versi penuh tanpa had. Maksudnya ‘tanpa had’ anda boleh menggunakan perisian ini untuk sepanjang hayat dan berulang kali selagi kekal dalam versi yang sama dan tidak di naiktarafkan. Adakah belum cukup lagi mengujakan?
Secara manis tutur, Nitro PDF Professional 6 lebih baik dari Foxit PDF Reader tetapi agak kurang baik berbanding Adobe Acrobat. Haisshhk! Acrobat dengan saiz 465 MB berharga USD199.00 sudah boleh dihidu di mana letak duduknya. Walaupun Nitro PDF Professional 6 kekurangan beberapa ciri-ciri bebanding Acrobat termasuklah fungsi Clipboard dan Copy Paste yang agak terbatas. Hakikatnya ia dicipta atas dasar mampu milik dan ringan. Untuk pengguna biasa perisian sebegini sudahpun memadai dengan ciri-ciri utamanya: . Membaca dan menyunting fail PDF dari aplikasi lain seperti Adobe Acrobat dan Adobe Reader . Preview fail PDF dalam folder dan Microsoft Outlook, tanpa membuka Nitro Pro. . Membuka fail PDF dalam Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox. . Paparan fail PDF sebagai preview dokumen thumbnail, bukannya ikon PDF file statik. . Membuat PDF dokumen dari hampir kesemua jenis fail. . Menukar dan menggabungkan fail ke dalam satu dokumen PDF. . Tukar koleksi seluruh fail PDF ke dalam satu kumpulan . Satu butang penciptaan PDF dari Microsoft Word, Excel dan PowerPoint . Menukarkan Microsoft Word fail ke fail PDF profesional termasuk penanda buku, pautan, metadata dan keselamatan.
Tawaran ini sebenarnya hanyalah untuk pembaca majalah Computer Shopper UK sahaja. Jika ingin merebut peluang ini, kita mesti bijak memanipulasi situasi:
1. Pertama sekali anda harus menggunakan IP dari UK.
2. Anda mesti membuat akaun di ExpertReviews.co.uk terlebih dahulu.
3. Tunggu balasan email dalam beberapa saat kemudian sahkan akaun melalui pautan yang diberikan dalam email.
4. Sebelum meredah ke laman promo, seeloknya anda salin pautan promosi http://www.daveproxy.co.uk/ kemudian tampal ke laman web UK Proxy
5. Login dengan akaun yang telah anda buat tadi.
6. Anda akan di minta menjawab satu soalan random mudah dengan hanya memberi bintang pada sesuatu produk berdasarkan mukasurat artikel majalah Computer Shopper yang diterbitkan pada bulan tertentu.
Contoh beberapa soalan dan jawapan yang sempat kami kumpulkan:
ARBICO EXCEL 2168 CS ***
ARIA GLADIATOR INSPIRE 3300 ****
CHILLBLAST FUSION NETURE *****
CYBERPOWER ULTRA TRITON SE ***
DINO PC VOLCANIC 4100 ***
GRIFFIN BEACON **
ECLIPSE FUSION i32r679 ***
HP PAVILION p6-2022uk PC BUNDLE ***
PALICOMP HYPER FLAME *****
YOYOTECH VIPER CARBON CS ****
SONY ALPHA A77 *** [terkini]
6. Kemudian klik butang GET SERIAL CODE
7. Sekiranya anda berjaya, anda akan mendapat serta-merta nombor siri seperti ini.
8. Tetapi sekiranya mendapat notis seperti di bawah ini, ertinya permohonan anda di ragui dan terpaksa melalui tapisan selama 48 jam. Dari pengalaman pr67am™ jika begini keadaannya anda boleh dikatakan telah gagal. Anggap saja ini penyingkiran cara terhormat. Tapi tak salah kan? Kiranya anda masih lagi mahu menaruh harapan untuk 48 jam akan datang. Rezeki…siapa yang tahu!
Sekali gagal anda boleh mencuba lagi sehingga ke tarikh akhir 10 Febuari 2011. Saya percaya anda semua lebih kreatif dan bijaksana, mampu menjangkaui keterbatasan luar akal. Jadi, jangan katakan anda gagal!
Sekian.
Muat turun Nitro PDF Professional 6 x32 bit[ pr67am™ ] Muat turun Nitro PDF Professional 6 x64 bit[ pr67am™ ]
*p/s : Tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Anda boleh menggunakan sebarang teknik atas kreativiti sendiri. Selamat berjaya!
Salam…
Bungkam kepala berselirat dengan trafik IT yang tak lengang siang dan malam. Sesekali keluar dari kepompong, merangkak dari tempurung dan meloncat dari berkampung. Mengapa tidak? Letih dipermainkan oleh teknologi sesekali kita bermain pula dengan teknologi. Sekadar menyejukkan tension, merenggangkan serabut kepala sambil mendodoi idea buat seketika.
Jeng! Jeng! Jeng..! 10 teratas permainan perang percuma dalam talian untuk tahun 2011. Mencari yang percuma amatlah payah dan mencari yang tebaik + percuma lagilah payah. Yang comel lote percuma selalunya bersifat udang di sebalik batu. Rasanya belum terlewat untuk dikongsikan bersama 10 teratas yang sempat kami arkibkan untuk 2011. Sesekali layan…
1. Bulfleet – permainan pelbagai talian yang memberikan peluang untuk membangunkan empayar anda sendiri. Membangunkan planet anda, membina struktur baru dan penyelidikan teknologi baru. Mewujudkan pakatan berkuasa atau membawa kapal-kapal anda dalam peperangan planet yang hebat! Pemain hanya perlu pelayar Internet seperti Internet Explorer atau Firefox untuk mendapatkan beratus-ratus play experience yang menarik untuk bersaing dengan ribuan pemain dari seluruh dunia!
2. WarGames 2.0 – Peraturan negara di WarGames 2.0! Bina sebuah negara dan tentera berkuasa hebat dengan senjata yang hebat untuk melawan negara-negara lain bagi penaklukan jajahan. *Dari dulu sampai sekarang pun Beta, tapi tiada masalah untuk dimainkan dengan cemerlang.
3. Lords – Satu strategi MMOG zaman pertengahan yang boleh dimainkan pada pelayar anda secara percuma. Melalui pelbagai dalam talian secara beramai-ramai, anda mampu untuk berinteraksi dengan pemain lain dalam pertandingan untuk kemasyhuran, kekayaan, kuasa dan kemuliaan.
4. War Online – WarOnline.Net adalah yang pertama mengasaskan permainan dalam pelayar menggunakan interaktif dan peta grafik. Melalui peta dengan sokongan Flash, anda dapat melihat tentera anda melakukan peperangan, pembentukan set, merentasi rupa bumi yang berbeza dan gaji semua tentera dari carta strategi permainan.
5. Ikariam – Cabaran pemain adalah untuk membangun negara dunia kuno. Untuk membina bandar-bandar, perdagangan dan menakluki pulau-pulau. *Anda harus mengucap panjang-panjang sepanjang loadingnya.
6. Travian – Permainan pelayar dengan dunia yang penuh dengan beribu-ribu pengguna yang bermula sebagai pemimpin dari perkampungan kecil. *Produk yang banyak buat semak dengan popup iklan pada pelayar. Cis!
7. Simcountry – Anda adalah presiden, Komander, ketua dan pemimpin industri. Anda terpaksa membuat keputusan yang sukar memotong atau menaikkan cukai, bagaimana untuk memperuntukkan belanjawan persekutuan, apa jenis infrastruktur yang anda mahu, dan lain-lain. Anda juga perlu memutuskan bila untuk pergi berperang dan bagaimana untuk mempertahankan negara anda daripada serangan. Ia adalah sangat terperinci dan realistik. Jika anda boleh mengalahkan presiden yang lain, anda boleh memenangi anugerah wang tunai. *Game familiar turun temurun yang popular di mana-mana platform.
8. TEQ – Dalam TEQ3 anda perlu bersaing dengan beribu-ribu peserta dari seluruh dunia. Anda perlu menyusun plot negara anda dengan strategi dan pelan serangan untuk menakluki jajahan dengan sumber-sumber yang ada. Anda boleh memainkan semuanya sendiri dan menakluki mahkota, atau menyertai satu pasukan untuk belajar dan menjadi pasukan yang paling kuat di blok.
9. Renaissance Kingdom – Strategi politik. Anda akan memulakan permainan sebagai pengembara yang merendah diri melalui ketekunan dan kemahiran, anda akhirnya dapat bergerak ke atas dalam hierarki dan mengambil bahagian penting dalam kehidupan politik kerajaan.
10. Mario kot…?
*Permainan berdasarkan boleh main pada pelayar biasa, peralatan komputer biasa, kelajuan internet biasa dan sesuai untuk orang biasa. *Permainan dalam talian lazimnya memerlukan anda mendaftar sebagai ahli. Anda TIDAK digalakkan menggunakan email utama untuk mengelakkan lambakan spam / sampah dalam email anda nanti.
*Nasihat : Bermain sekadar penyendal waktu berlibur, jangan sesekali abaikan panggilan mak ayah dan jangan sesekali abaikan waktu solat! Jadilah pemain yang bijaksana di dunia dan akhirat 🙂
Kucing belang pudar warnanya, Rabun dekat pula matanya, Inilah dia si entry pertama, Salah dan silap maaf dipinta…..
{ seribu pedang pulang keasal }
Sejauh mana kita berlari, Dalam mimpi penuh sesal, Sesat berjalan kemudian hari, Sepertinya seribu pedang pulang keasal…..
Pada entry pertama ini Mr. Wu Ming ingin berkongsi dengan para pengikut setia MHAH satu perisian ringkas tapi besar manfaatnya jika digunakan dengan betul dalam menambah pengetahuan mahupun pendapatan….
Jangan khuatir ini bukan MLM, sistem piramid, jualan langsung atau sebagainya…hahaaaa
Perisian ini merupakan simulasi kepada sesuatu peperiksaan sijil-sijil profesional… sila rujuk sini
Kepada sesiapa yang dalam perancangan untuk mengambil sesuatu sijil profesional bagi syarat kelayakan bekerja,kenaikan gaji atau hanya sekadar untuk menambah koleksi sijil serta pengetahuan anda boleh la mencubanya…
Moga-moga entry pertama ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada semua…..dan sepengetahuan Mr. Wu Ming,bangsa (insertrace) sudah lama ‘cari makan’ dengan memperdagangkan sijil-sijil pro mereka ini….anak-anak melayu kita bila lagi…?