[Giveaway] Nitro PDF Professional 6 Unlimited

Salam…
Menangis pungguk kerana bulan tak datang memujuk. Menangis Luncai kerana dicampak ke Sungai Golok. Menangis Tuah kerana Jebat mengamuk. Menangis Pak Nujum kerana belalang menyorok. Menangis Pak Pandir kerana Mak Andir tak buat cucur kodok. Menangis Mat Jenin kerana terjatuh dari pokok. Menangis kita kerana terkejut beruk…Hoh!

Cerita betul! Nitro PDF Professional 6 bernilai £75.00 bersamaan 7500.0 GBP = 36249.3112047 MYR bakal anda miliki secara percuma. Dengan leseh sah dalam versi penuh tanpa had. Maksudnya ‘tanpa had’ anda boleh menggunakan perisian ini untuk sepanjang hayat dan berulang kali selagi kekal dalam versi yang sama dan tidak di naiktarafkan. Adakah belum cukup lagi mengujakan?

Secara manis tutur, Nitro PDF Professional 6 lebih baik dari Foxit PDF Reader tetapi agak kurang baik berbanding Adobe Acrobat. Haisshhk! Acrobat dengan saiz 465 MB berharga USD199.00 sudah boleh dihidu di mana letak duduknya. Walaupun Nitro PDF Professional 6 kekurangan beberapa ciri-ciri bebanding Acrobat termasuklah fungsi Clipboard dan Copy Paste yang agak terbatas. Hakikatnya ia dicipta atas dasar mampu milik dan ringan. Untuk pengguna biasa perisian sebegini sudahpun memadai dengan ciri-ciri utamanya:
.  Membaca dan menyunting fail PDF dari aplikasi lain seperti Adobe Acrobat dan Adobe Reader
.  Preview fail PDF dalam folder dan Microsoft Outlook, tanpa membuka Nitro Pro.
.  Membuka fail PDF dalam Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.
.  Paparan fail PDF sebagai preview dokumen thumbnail, bukannya ikon PDF file statik.
.  Membuat PDF dokumen dari hampir kesemua jenis fail.
.  Menukar dan menggabungkan fail ke dalam satu dokumen PDF.
.  Tukar koleksi seluruh fail PDF ke dalam satu kumpulan
.  Satu butang penciptaan PDF dari Microsoft Word, Excel dan PowerPoint
.  Menukarkan Microsoft Word fail ke fail PDF profesional termasuk penanda buku, pautan, metadata dan keselamatan.

Tawaran ini sebenarnya hanyalah untuk pembaca majalah Computer Shopper UK sahaja. Jika ingin merebut peluang ini, kita mesti bijak memanipulasi situasi:
1. Pertama sekali anda harus menggunakan IP dari UK.
2. Anda mesti membuat akaun di ExpertReviews.co.uk terlebih dahulu.
3. Tunggu balasan email dalam beberapa saat kemudian sahkan akaun melalui pautan yang diberikan dalam email.
4. Sebelum meredah ke laman promo, seeloknya anda salin pautan promosi http://www.daveproxy.co.uk/ kemudian tampal ke laman web UK Proxy

5. Login dengan akaun yang telah anda buat tadi.
6. Anda akan di minta menjawab satu soalan random mudah dengan hanya memberi bintang pada sesuatu produk berdasarkan mukasurat artikel majalah Computer Shopper yang diterbitkan pada bulan tertentu.

Contoh beberapa soalan dan jawapan yang sempat kami kumpulkan:
ARBICO EXCEL 2168 CS ***
ARIA GLADIATOR INSPIRE 3300 ****
CHILLBLAST FUSION NETURE *****
CYBERPOWER ULTRA TRITON SE ***
DINO PC VOLCANIC 4100 ***
GRIFFIN BEACON **
ECLIPSE FUSION i32r679 ***
HP PAVILION p6-2022uk PC BUNDLE ***
PALICOMP HYPER FLAME *****
YOYOTECH VIPER CARBON CS ****
SONY ALPHA A77 *** [terkini]

6. Kemudian klik butang GET SERIAL CODE
7. Sekiranya anda berjaya, anda akan mendapat serta-merta nombor siri seperti ini.

8. Tetapi sekiranya mendapat notis seperti di bawah ini, ertinya permohonan anda di ragui dan terpaksa melalui tapisan selama 48 jam. Dari pengalaman pr67am™ jika begini keadaannya anda boleh dikatakan telah gagal. Anggap saja ini penyingkiran cara terhormat. Tapi tak salah kan? Kiranya anda masih lagi mahu menaruh harapan untuk 48 jam akan datang. Rezeki…siapa yang tahu!

Sekali gagal anda boleh mencuba lagi sehingga ke tarikh akhir 10 Febuari 2011. Saya percaya anda semua lebih kreatif dan bijaksana, mampu menjangkaui keterbatasan luar akal. Jadi, jangan katakan anda gagal!
Sekian.

Muat turun Nitro PDF Professional 6 x32 bit [ pr67am™ ]
Muat turun Nitro PDF Professional 6 x64 bit [ pr67am™ ]

*p/s : Tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Anda boleh menggunakan sebarang teknik atas kreativiti sendiri. Selamat berjaya!

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img