Hari ini sungguh seronok dapat vpn free 6 bulan..lama tu.. SecurityKISS Tunnel adalah perisian VPN yang agak menarik..VPN mampu menyembunyi IP anda dari di kesen oleh sesiapa pun..
Macam mana SecurityKISS berfungsi..
Ciri-ciri SecurityKISS:
Giveaway:
1.Mula anda harus ke laman promosi di Sini dan download SecurityKISS Tunnel Jadeite (6 months)..
2.Selepas download sila baca arahan yang diberi…Giveaway ini akan tamat dalam 18 jam dari sekarang..
Mr.Hac sentiasa ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Mr.Hac harap anda juga begitu. Jadi jika anda rasa anda mahu jadi yang terbaik, mengapa tidak anda leburkan laburkan sedikit wang anda kepada kursus ujian penembusan ‘dunia sebenar’ yang diberi nama sebagai Samurai Skill Course dari ninja-sec.
Dalam kursus ini, anda akan diberi pendedahan bagaimana cara Penggodam Beretika (Ethical Hacker) melakukan kerjanya. Sebagai contoh, syarikat Dell, syarikat pengeluar komputer yang kukuh, mereka sendiri mengupah penggodam untuk menguji sistem mereka supaya apabila terdapat kelemahan (Vulnerability), ia akan segera dapat ditampal.
Inilah yang dipanggil sebagai kursus ‘dunia sebenar’. Ia bukan sekadar kemahiran melakukan suntikan SQL semata-mata, ia bukan sekadar kemahiran menggodam Facebook rakan, bahkan bukan sama sekali kebolehan menggunakan tools percuma. Ia adalah pembelajaran yang meliputi kebolehan seseorang penggodam untuk memecah masuk sesebuah sistem dengan semua cara yang mungkin, dengan segala kaedah input dari kursus tersebut.
Anda boleh mendaftar sebagai pelajar pada pautan ini : Samurai Skills Course
Sebagai permulaan, anda boleh cuba dahulu trial percuma yang ada pada laman tersebut.
Pengaturcaraan ialah sebahagian dari dunita IT. Ini adalah kerana perisian, pengkodan data, dan pelbagai cabang lagi semuanya bersangkutan dengan pengaturcaraan. Ia adalah nafas mula untuk setiap apa yang anda lihat pada PC anda sekarang.
Codecademy ialah sebuah laman web, khas untuk anda belajar pengaturcaraan dengan mudah dan berkesan. Penyampaian pembelajaran dilakukan secara terus dan bagi pemula, ia adalah cara yang paling mudah untuk dipelajari dan ‘tidak menakutkan’ sepertimana tanggapan sesetengah orang yang pengaturcaraan adalah sukar serta lebih sesuai untuk para ‘geek’ sahaja.
Setiap kali anda berjaya melengkapkan satu sesi pembelajaran, anda akan diberi ganjaran berupa ‘badge’. Sedikit demi sedikit anda akan terbiasa dengan pengkodan dan anda pasti akan dapat mengikis sifat takut kepadanya. Ia tidak sukar, dan ia boleh dipelajari oleh sesiapa saja asalkan ada kemahuan dan keinginan untuk berjaya. Jika anda mahu menguasai dunia pengaturcaraan, sila ke Codecademy sekarang.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KEEMPAT
“Sama-sama. Erm. Aku nak bagi kau misi yang kedua ianya ada kaitan dengan perbualan kita mengenai password tadi iaitu social engineering.”
Hackim menunjuk reaksi pelik dan bertanya :
“Apa itu social engineering Cik Arif? Saya tak pernah dengar pun.”
Cik Arif pun menjawab:
“Social engineering adalah suatu teknik penggodaman dimana kita memanipulasi seseorang untuk mendapat maklumat yang kita perlukan tanpa perlu melakukan penggodaman di mana-mana sistem. Kita boleh melakukannya di mana-mana sahaja sama ada di ruang chat, di talian telefon, di tempat kerja, di sekolah atau pun melalui email. Caranya ada banyak. Contohnya kita melakukannya melalui email. Aku bagi kau satu email yang menyatakan kau telah menang sesuatu peraduan, walhal kau tak masuk langsung pun, di dalam email tersebut menyatakan kau dapat RM 50,000 dan meminta kau untuk memberi segala maklumat kau seperti akaun bank di laman web yang telah di highlight-kan. Jadi kau dengan berlagak pandainya terus mengisi segala maklumat kau di laman web tersebut. Esoknya kau tengok akaun bank milik kau hanya tinggal RM20 je daripada RM2000 sebelumnya. Senang-senang je duit kau kena kebas.”
Hackim pun membisu seketika.. kemudian membalas :
“Sampai begitu sekali rupanya teknik hacking. Bahaya sungguh! Cik Arif pernah buat ke teknik ni?”
Cik Arif menjawab :
“Pernah.. Banyak kali aku buat. Antaranya aku kena mendapatkan maklumat di sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti rasuahnya secara sulit. Nama syarikat tersebut terpaksa aku rahsiakan. Aku ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai gejala rasuah tersebut. Pada mulanya aku buntu, bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini, sedangkan aku bukannya orang yang di kenali oleh mereka. Kebetulan pada masa itu, mereka memerlukan seorang pekerja yang mahir dalam komputer.
Aku pun cepat-cepatlah apply. Dan alhamdulillah diterima. Dari situ aku memulakan aktiviti social engineering aku dengan pekerja-pekerja bawahan. Aku bertanya kepada mereka apakah aktiviti mereka seharian, apakah aktivti orang atasan, dan banyak lagi. Selepas dalam seminggu aku bekerja di situ, aku di suruh seorang akak ni,dia setiausaha, untuk membaiki komputer miliknya. Katanya telah rosak. Aku pun bersetuju dan terus membaikinya. Walaupun kerosakkan komputernya adalah bahagian luar iaitu hardware, aku tetap mengatakan padanya yang komputer itu kena virus. Dia pun percaya. Kemudian aku meminta username dan password daripadanya untuk di isikan pada ruang login Windows supaya aku dapat masuk kedalam komputernya. Tetapi dia tidak mahu memberikannya sebaliknya dia mahu taip sendiri. Aku pun mengalah dan membiarkannya menaip. Tetapi biasalah kan, kita kalau nak jadi hacker kita kena pandai cipta peluang. Selepas masuk ke komputernya, aku cakap kepadanya yang aku perlu update anti-virus dan muat turun software yang boleh mengelakkannya dari kena serangan virus.
Dia dengan senang hati membenarkannya. Kemudian aku pun meletakkan Remote Administration Tool di komputernya tanpa pengetahuannya kerana aku telah bind-kannya dengan nota registration dan FUD-kannya dengan crypter dalam sebuah fail software. Setelah siap semua itu, aku cakap padanya yang komputernya telah siap di baiki dan selamat dari virus. Mukanya kelihatan gembira kerana dapat menyambung kembali kerjanya.
Aku pula terus pergi ke komputer milik aku dan terus sambungkan connection komputer aku dengan komputer akak tersebut melalui RAT tu. Dan dalam beberapa saat aku telah dapat mengawal sepenuhnya komputer akak tu. Haha. Setelah aku siasat segala maklumat dan dokumen dalam komputer tersebut dan aku kaitkan dengan segala maklumat yang aku dapat dari pekerja bawahan, baru aku tahu, orang yang mendalangi aktiviti rasuah tersebut adalah orang yang paling di percayai yang merupakan CEO syarikat itu sendiri. Maklumat itu didapati dari jadual setiap pekerja dalam syarikat itu, hubungan syarikat tersebut dengan syarikat lain, akaun bank dan email. Hal ini kerana akan ada seseorang yang hanya ditugaskan untuk menghantar barang tetapi barang itu tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali CEO itu sendiri. Dan barang itu aku rasa mungkin duit. Bagi mereka semua, tidak perlu ambil tahupun semua itu, janji gaji masuk sudahlah. Kemudian aku check pula akak tu punya email dan terdapat beberapa email yang mencurigakan. Sebab kandungan email itu lain macam, selepas melihat email yang sebegitu, aku pun buat-buat lah tanya kat akak tu yang ada orang hantar email kat komputer aku, aku tunjukkan padanya email itu dengan print-kannya. Dia pun pelik bagaimana email tu boleh sampai ke komputer aku, aku pun katalah mungkin ianya tersalah hantar. Dia pun seperti mempercayai kata aku dan mengatakan bahawa email itu memang selalu dihantar begitu. Hanya CEO je yang faham maksud itu. Aku pun tertanya-tanya apakah yang tersirat dalam email tersebut. Selepas aku teliti email tersebut, rupanya email itu mengandungi nama tempat untuk mereka berjumpa.”
Inilah kandungan email itu:
“Assalamu’alaikum Tuan,
Kami nak bagitahu yang kami amat memerlukan bantuan dari syarikat tuan
untuk membiayai kos perbelanjaan kami semasa di United States. Kami
amat menghargai jika tuan dapat membantu kami. Tidak kisah jika bantuan itu cepat atau
lambat. Kerana kami amat memahami kesibukkan tuan dengan jadual harian tuan.
Akan tetapi, jika tidak dapat membantu, di harap dapat mendoakan kami semua.
Lupa untuk saya katakan bahawa syarikat tuan memiliki ramai pekerja yang bagus.
Usah di fikir pasal gaji jika mereka dapat membuat kerja dengan bagus. Mereka ini
memerlukan orang yang macam tuan untuk membimbing mereka. Jadi sila
pastikan tuan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Kerana ianya
untuk kemajuan syarikat juga. Jika tuan tidak berusaha dari sekarang,
rasanya mungkin syarikat tuan akan mengalami bankrap.
Sekian. T3mp@t B1@5@.”
Apakah nama tempat itu? Anda boleh menekanya dengan hantarkan komen anda di bawah.
p/s: MixDotCom dan silent boy akan menjadi salah satu watak dalam episod kelima kerana mereka dapat meneka dengan betul. =)
Bagi mereka yang dapat meneka nama tempat itu, anda akan menjadi watak yang akan menjadi mangsa social engineering Hackim. Hehe.
Sistem operasi Linux sebenarnya ‘tidak sunyi’ dari permainan yang hebat. Anda boleh cari beberapa permainan yang menarik untuk dicuba pada sistem operasi anda pada URL INI. Salah satu permainan yang sedang giat dibangunkan ialah permainan real-time strategy (RTS), 0 A.D.
0 A.D. ialah sebuah permainan RTS percuma dan sumber terbuka berlatarkan peperangan pada zaman purba. Ringkasnya, ia adalah permainan yang berasaskan sejarah-perang / ekonomi yang membolehkan pemain untuk mengenang kembali atau menulis semula sejarah tamadun Barat, dengan memberi tumpuan pada tahun antara 500 Sebelum Masihi dan 500 Selepas Masihi.
Projek ini melibatkan grafik 3D yang tinggi, hasil seni terperinci, bunyi, dan enjin permainan yang fleksibel dan berkuasa. 0 AD boleh didapati secara lalai dalam repositori rasmi di Ubuntu 12,04. Berikut dipaparkan kepada anda video 0 A.D. versi terbaru dari laman web pembangunnya:
Cubalah sekarang dan anda pasti akan berpuas hati dengan hasil kerja para pembangunnya!
Bagi pengguna Ubuntu 11.10 ke bawah, anda boleh memasang permainan ini dengan menggunakan PPA di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad
sudo apt-get update
sudo apt-get install 0ad
Jalankan ia melalui Terminal dengan perintah:
0ad
Untuk distro lain selain Ubuntu, anda boleh rujuk pautan INI.
Jika sebelum INI anda sudahpun mencuba Digital Audio Workstation (DAW) untuk Windows, kali ini anda bakal melihat DAW khas untuk Linux dan Mac OS X. Ia adalah Ardour, dan versi terbaru ketika entri ini ditulis ialah 2.8.12. Sebelum apa-apa, cuba dengar dahulu salah satu contoh audio yang dapat dihasilkan oleh Ardour di sini : SoundCloud
Ardour juga tidak terkalah dengan FL Studio. Pelbagai ciri-ciri menarik, senang cerita full-featured software adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan ciri Ardour. Ciri-ciri seperti yang dinyatakan pada laman web rasminya adalah:
Unlimited audio tracks and buses
Non-destructive, non-linear editing with unlimited undo
Anything-to-anywhere signal routing
Unlimited pre- and post-fader plugins
32 bit floating point audio path
Automatic track delay compensation
Sample accurate automation
Standard file formats (BWF, WAV, WAV64, AIFF, CAF & more …)
Full AudioUnit plugin support on OS X
More than 200 LADSPA & LV2 plugins freely available
Support for Windows VST plugins available
MIDI CC control with 1 click
Level 2 MIDI Machine Control
MIDI Timecode (MTC) Master or Slave
Full integration with all JACK applications
Video-synced playback, pull up/pull down
No copy-protection
Distributed, world-wide development
Released under the GPL
Source code for everyone
Open XML session file format
On OS X, works with any CoreAudio supported audio hardware
On Linux, works with any ALSA/FFADO-supported audio hardware
Network audio (full fidelity over local network or long haul with CELT) via NetJack
Anda boleh muat turun Ardour di sini : Ardour 2.8.12
Cuma buat masa ini, anda perlu membayar (berapa saja jumlahnya) untuk memuat turun Ardour kerana pembangunnya perlu membayar kepada pengaturcara mereka. Jika anda mahu muat turun dengan percuma, anda perlu tunggu bulan depan atau muat turun di Softpedia.
Jika anda menggunakan Ubuntu, anda boleh pasangkan ia pada Ubuntu dengan super duper mudah! Buka Terminal dan gunakan baris perintah di bawah:
sudo apt-get install ardour
Atau jika anda sudahpun mempunyai Ardour versi sebelumnya, anda boleh naik taraf dengan PPA di bawah:
Jika anda masih belum pasangkan perintah aptitude, gunakan baris perintah ini untuk memasangnya:
sudo apt-get install aptitude
Sila ambil perhatian, PPA di atas cuma untuk Ubuntu 10.10 sehingga 11.10 sahaja. Untuk Ubuntu 12.04 ia masih belum dikemaskini lagi. Jika anda tidak sabar hendak mencuba, anda boleh muat turun melalui Softpedia.
Digital Audio Workstation (DAW) ialah sejenis sistem elektronik yang direka khas untuk kerja-kerja seperti merekod, menyunting dan memainkan kembali audio digital. DAW dalam versi moden adalah perisian yang dipasang pada komputer dengan paparan antaramuka perkakas audio.
FL Studio (Dahulu dikenali sebagai FruityLoops) ialah perisian DAW yang dicipta oleh sebuah syarikat dari Belgian iaitu Image-Line. Ia adalah sebuah perisian super lengkap, khas untuk para penggubah lagu, penyunting audio dan mereka-mereka yang sama bidang dengannya.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana perisian dalam versi terbaru ini berfungsi, sila lihat pada paparan video di bawah:
Google mengorak langkah ke hadapan lagi dengan membangunkan storan berkonsepkan awan yang diberi nama Google Drive. Storan awan yang boleh dilihat mempunyai pengguna yang ramai adalah seperti Dropbox, Box.com, Mediafire dan Minus.com serta tak lupa juga storan awan dari Ubuntu iaitu Ubuntu One.
Google nampaknya cuba menyaingi storan-storan awan ini apabila akan melancarkan Google Drive minggu hadapan. Ia memberikan ruang simpanan sebanyak 5GB untuk permulaan (lebih banyak dari yang diberikan oleh Dropbox) dan semestinya anda akan dapat membeli ruang simpanan tambahan/ekstra.
Servis ini katanya akan menyokong peranti iOS, Macs, Windows dan Android. Linux? Belum pasti lagi!
Servis ini juga bakal ditempatkan pada URL drive.google.com, cuma buat waktu ini tiada apa lagi yang ada pada laman/URL tersebut, cuma error 404.
Untuk membaca berita selanjutnya, sila rujuk pada pautan rujukan di bawah:
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KETIGA
Pada minggu yang berikutnya, di kelas komputer Arif bertanya kepada Hackim adakah dia telah berjaya melaksanakan misi pertamanya itu? Hackim mengiyakan soalan Arif dengan rendah diri. Arif berkata dalam hatinya :
“Orang seperti dia inilah yang aku mahu, rendah diri. Aku akan cuba didik dia sebaik mungkin!”
Arif pun berkata sambil tersenyum :
“Kau menjalankan misi kau dengan baik. Bagus!”
Kemudian Arif menyuruh Hackim menunggunya di kedai makan selepas sekolah, tempat mereka berborak pada minggu lepas. Dan Hackim bersetuju dengan pelawaan Cik Arif.
Setelah habis sesi persekolahan, Hackim cepat-cepat pergi ke kedai tersebut supaya dia tidak mahu Cik Arif sampai dahulu dan menunggunya, sebaliknya dia lebih suka dirinya sampai dahulu dan menunggu Cik Arif.. Selang beberapa minit, Cik Arif pun sampai.. Mereka bersalaman dan duduk. Mereka terus ke topik Hacking mereka itu. Cik Arif bertanya :
“Kau tahu tak kenapa aku suruh kau godam wifi?”
Hackim menjawab :
“Untuk saja-saja je kot”
Cik Arif membalas :
“Hahaha. Kau buat lawak pulak eh? Cuba fikir betul-betul. Aku serius ni.”
Hackim menjawab dengan serius :
“Okay. Pada pendapat saya, bila mendengar Cik Arif ada berkata pasal berdikari, di situ saya tau yang saya perlu berdikari jika ingin mendapatkan sesuatu. Dalam dunia godaman ini, Internet adalah “benda” yang mesti ada. Jadi, kaitan antara berdikari dengan intenet ini adalah apabila saya tiada connection internet, saya perlu mencarinya, dan jika ianya mempunyai sekuriti, saya perlu memecahkannya supaya saya boleh menggunakan wifi tersebut. Sebab saya ada pernah tengok dalam filem-filem hacking ini, mereka jarang melakukan aktiviti penggodaman di rumah mereka, sebaliknya di kawasan terbuka kerana pihak berkuasa sukar untuk mengesan mereka ini.”
Cik Arif membalas :
“Bagus jawapan kau tu. Cuma kau kena ingat, jangan hack dan gunakan wifi orang itu tanpa tujuan yang jelas. Itulah prinsip seterusnya yang kau kena sematkan dalam hati kau iaitu “tujuan yang jelas dan jitu”. Ingat nak jadi white-hat hacker kita tak boleh menyusahkan orang lain. Kita kena menyenangkan orang lain. Tujuan yang jelas dan jitu adalah jika kita ada satu tugas, sebagai contoh fb member kau telah di godam oleh orang yang kau kenali. Orang itu menggunakan wifi dirumahnya semasa melakukan aktiviti penggodaman. Jadi kau kenalah pergi ke area rumahnya dan pecahkan sekuriti wifi-nya, dan godamlah komputer milik orang itu supaya kau boleh dapatkan semula password fb member kau tu. Ini hanyalah contoh sahaja. Tapi kalau aku bagi misi macam tu kat kau, boleh buat tak?”
Hackim menjawab :
“Entah la. Boleh kot tapi saya tidak tahu caranya. Hee.”
Cik Arif membalas :
“Haha. Aku gurau je la. Okay aku nak tanya lagi, selain dari kau hack wifi ni, apa lagi yang kau dapat?”
Hackim menjawab :
“Dapat password la Cik Arif.”
Cik Arif membalas :
“Yeah! Okay apa yang kau perasan kat password tu?”
Hackim menjawab :
“Ada nama orang dengan nombor. Ada yang nampak macam tarikh lahir la, nombor plat kenderaan la, nama kucing la. Tapi semuanya yang berkaitan dengan pemilik wifi tu la.”
Cik Arif membalas :
“Betul tu! Semuanya berkaitan dengan pemilik wifi itu betul tak? Jadi, itulah tujuan aku juga. Aku mahu kau tahu yang password ni orang selalu guna yang berkaitan dengan diri mereka sahaja. Sebab ianya SENANG DI INGAT. Orang akan selalu gunakan namanya sendiri, keluarga, haiwan peliharaan, tarikh lahir, nombor plat, nombor telefon dan nombor umum dan senang ditaip seperti 12345.”
Hackim membalas:
“Ohh. Baru saya faham. Terima kasih Cik Arif! Maklumat ini amat berguna untuk saya gunakan pada masa hadapan.”
Cik Arif membalas:
“Sama-sama. Erm. Aku nak bagi kau misi yang kedua ianya ada kaitan dengan perbualan kita mengenai password tadi iaitu…..”
Apakah misinya?? Sama-samalah kita tunggu… Kalau nak teka misinya, boleh komen dibawah. =)
SRS Audio Essentials bukan asing lagi bagi penggemar muzik mahupun video. Dalam versi terbaru ini, ia dipertingkatkan lagi dengan beberapa tetapan baharu untuk permainan (Game), muzik, dan video. Bunyi-bunyian terasa lebih hidup, gema bass lebih padu, irama lebih rancak dan semangat sudah sampai ke kemuncak. Ewah!
Mr.Hac cuba menggunakannya pada Windows 8, dan ternyata paduan antara teknologi Windows 8 dan SRS Audio Essentials menyemarakkan lagi semangat kesukanan keseronokan mendengar muzik dan menonton video. Bunyinya memang awesome!
Tak payah cakap banyak la eh? Muat turun di sini : SRS Audio Essentials 1.1.14.0.rar
Mr.Hac ada sediakan beberapa patch di dalamnya. Ada satu patch auto dan dua patch manual. Anda boleh gunakan mana-mana jenis yang anda suka, TETAPI Mr.Hac sarankan (recommend) anda guna patch versi manual. Panduannya ada DI SINI.