Permainan RTS 0 A.D. Alpha 9 Ides of March Kini Terdapat Dalam Ubuntu Software Center [12.04]

Sistem operasi Linux sebenarnya ‘tidak sunyi’ dari permainan yang hebat. Anda boleh cari beberapa permainan yang menarik untuk dicuba pada sistem operasi anda pada URL INI. Salah satu permainan yang sedang giat dibangunkan ialah permainan real-time strategy (RTS), 0 A.D.

0 A.D. ialah sebuah permainan RTS percuma dan sumber terbuka berlatarkan peperangan pada zaman purba. Ringkasnya, ia adalah permainan yang berasaskan sejarah-perang / ekonomi yang membolehkan pemain untuk mengenang kembali atau menulis semula sejarah tamadun Barat, dengan memberi tumpuan pada tahun antara 500 Sebelum Masihi dan 500 Selepas Masihi.

Projek ini melibatkan grafik 3D yang tinggi, hasil seni terperinci, bunyi, dan enjin permainan yang fleksibel dan berkuasa. 0 AD boleh didapati secara lalai dalam repositori rasmi di Ubuntu 12,04. Berikut dipaparkan kepada anda video 0 A.D. versi terbaru dari laman web pembangunnya:

Cubalah sekarang dan anda pasti akan berpuas hati dengan hasil kerja para pembangunnya!

Bagi pengguna Ubuntu 11.10 ke bawah, anda boleh memasang permainan ini dengan menggunakan PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad
sudo apt-get update 
sudo apt-get install 0ad
Jalankan ia melalui Terminal dengan perintah:
0ad

Untuk distro lain selain Ubuntu, anda boleh rujuk pautan INI.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img