Sudah baca artikel reviu saya mengenai Linux Deepin 12.12 beberapa hari yang lalu?
Adakah anda tertanya-tanya berapa banyakkah penggunaan RAM pada sistem operasi ini?
Mari kita lihat pada paparan skrin di bawah:
Gambar di atas adalah ketika Google Chrome dibuka, sebanyak 13 tab, 3 daripadanya ialah laman Youtube, dan satu darinya pula ialah laman Airdroid, Linux Deepin mencatatkan penggunaan memori sebanyak 1.5GB.
Berikut adalah paparan skrin penggunaan memori ketika baru lepas log masuk:
Penggunaan memori pada Linux Deepin 12.12 mungkin lebih sedikit dari Lubuntu 13.04, namun harus diingat Lubuntu menggunakan LXDE, manakala Linux Deepin pula menggunakan Deepin Desktop Environment (DDE) dan ia juga mempunyai window manager deepin-compiz.
Jadi penggunaan memori pada Linux Deepin 12.12 boleh dikatakan agak bagus, dan jika ditanya adakah ia sesuai untuk PC-PC lama, saya simpulkan sebagai ‘mungkin’. Anda harus cuba terlebih dahulu, dan sebarang maklum balas dari anda selaku pengguna adalah sangat dihargai.
Apapun saya tetap mengesyorkan Linux Deepin 12.12 kepada pengguna baru Linux. Selamat datang semua!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Bertemu lagi kita dalam penulisan berasaskan pengetahuan untuk menambah dan meningkatkan pengetahuan kita tentang teknologi. Kali ini saya akan kongsikan pula artikel tentang Nettop.
Anda biasa dengan perkataan Net dan Top? Perkataan-perkataan seperti ini cukup sinonim dengan perkakasan dan alam maya. Jadi,apakah itu Nettop? Nettop merupakan perkakasan yang dibina bertujuan untuk melakukan tugasan-tugasan harian seperti merayau/belayar/meluncur di alam maya. Dalam erti kata lain ‘surfing’. Nettop juga digunakan untuk menonton video,membuat dokumen dan lain-lain. Perkakasan yang hampir sama seperti Nettop ialah komputer riba mini atau Netbook. Perkataan Nettop ialah kata lakur/portmanteau/gabungan kata daripada perkataan Internet dan Desktop.
Memetik kata daripada Wikipedia. Nettop bukan sekadar bersaiz kecil dan murah. Malah penggunaan sumber juga adalah kurang. Ini akan menjimatkan penggunaan sumber tenaga elektrik dan dapatlah kita mengurangkan impak atas penggunaan sumber elektrik yang tinggi. Saya tidak pernah memiliki Nettop. Jadi,jika ditanya akan pengalaman sewaktu menggunakan Nettop,maka saya tidak dapat menjelaskannya. Tapi,saya terpanggil untuk menulis atas dasar perkongsian pengetahuan.
Hasil daripada pembacaan dan penelitian saya. Saya dapati bahawa tidak banyak Nettop yang tersedia untuk memainkan permainan video. Sebab itu saya mengambil Netbook sebagai contoh yang paling dekat dengan Nettop. Apa yang saya perhatikan kedua-dua perkasasan ini kebanyakkannya menggunakan cip pemproses Intel Atom. Tapi,dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat dapat saya tafsirkan Nettop sudah dibangunkan dengan teknologi terkini. Antaranya ialah perkakasan daripada pengeluar Zotac. Terdetik juga untuk saya menulis akan Nettop ini apabila saya terpandang akan dua perkakasan Chromebox dan Mac Minisewaktu belayar mencari idea untuk penulisan di OMG! Hackers.
Akhir kata,jangan anda tersilap pilih antara Nettop dan NetTop,kelak sengsara hidup. Untuk melihat pelbagai lagi perkakasan Nettop anda boleh lakukan carian Google Malaysia dan Youtube.
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera kepada pembaca setia OMG! Hackers?
Artikel kali ini akan
menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan
sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam artikel ini diambil dari
pakar-pakar yang telah disahkan dan berpengalaman.
Kenapa Laptop?
Tujuan saya berkongsi
tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang mendadak
sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang
mampat dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda
kekal seperti baru. Jika anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop
maka perfomance nya akan semakin menurun.
Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan
terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama
kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang
lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang
bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical
processor unit (GPU) anda.
Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus
dari segi pembebasan haba:-
1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di
bahagian heatsink laptop anda.
2) Pengaliran udara yang
baik dari segi design casing laptop anda.
3) Material casing
laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing
laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh
menyebabkan laptop anda akan menjadi lebih panas. Material yang baik adalah
mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir melalui casing
laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih
ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan
kereta BMW.
Antara jenama laptop
yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah Asus,
Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi
pelbagai model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)
Selain itu laptop juga
boleh menjadi terlalu panas atas beberapa faktor:-
Faktor
cuaca dan iklim di Malaysia. Kita boleh lihat jika kita berada
di luar negara kadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan
jangka hayat berada di Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala
kita tidak memerlukan kipas untuk laptop kita.
Laptop
yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya.
Laptop hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk
yang terperangkap di dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak
sistematik akibat dari habuk-habuk yang banyak yang berada pada kipas dan
laluan haba.
Bagaimana untuk
mengelakkan dari perkara ini berlaku?
Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja
bersama laptop dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan suhu laptop
kekal dalam keadaan terbaik.
Jika tidak mampu untuk bekerja di
kawasan yang berpenghawa dingin, anda juga disarankan menggunakan cooler untuk
laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta khas bagi pengguna-pengguna
yang berada di cuaca yang panas. Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang
memang terbukti membantu penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler
Master, Belkin dan Logitech kerana dari segi design pengaliran haba adalah
sangat berkualiti dan mampu mengurangkan haba laptop anda.
Servis laptop secara berkala juga
diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas dan laluan haba dibuang dengan
baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik mengikut pengaliran
yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian processor dan GPU
supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.
Kemudian
kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.
Sebenarnya
servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala
iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda
contohnya wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri
CMOS yang telah habis dan lain-lain. Kadangkala hardware ini akan mengalami
kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip di pada motherboard dan
apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan yang
longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM
laptop.
Credit Image and fact by Courtesy of Dell Inc
*Iklan GiveawayEbook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba* Tamat pada 9/7/2013
Jika anda mempunyai website atau blog yang sudi untuk meletakkan Widget Sedut Software Sampai Lebam (SSSL) seperti yang dapat dilihat pada OMG! Hackers?, saya akan memberikan anda GiveawayEbook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba sebelum iainya di keluarkan kepada orang ramai. Jadilah pembaca terawal dan berikan komen anda pada email saya atau komen di bawah. Anda boleh emailkan
kepada saya seperti format di bawah.
iOS 7, terdapat kelebihan dan kelemahan tersendiri. Al maklum lah, BETA lagi. Harap2 keluaran yang stabil dapat baiki ralat2 yang ada.
Bagi yang dah pakai iDevices ( iOS 6 ), mungkin akan rasa kekok sikit kerana perubahan agak ketara. Bagi yang baru pakai iDevices ( sebelum ini pakai Android ICS atau Jellybean ), mungkin akan kata nak sama macam Android >.<
Saya pun sama bila tengok Apple Keynote WWDC 2013 macam tak percaya. Bila dah pakai sendiri, wah menarik, ada nak sama macam android. Tapi itu tidak menjadi masalah 😛
Icon baru sangat menarik, banyak update dan 50% rasa seperti dah Jailbreak.
TETAPI, Terdapat ralat2 yang boleh diambil kira untuk peningkatan masa akan datang. Antaranya :
Message
Kadang2 apabila mesej baru masuk, ia berada dibawah keyboard, nak tengok kena tarik atas baru boleh, kemudian dia akan sembunyi bawah keyboard -_-, tetapi jika keluar, masuk balik mesaj tu ok balik.
Camera
Kadang2 aplikasi ini akan crash, ada juga lekat ( hang ). Tetapi UI dia memang menarik. Memudahkan pengguna hanya swipe kiri dan kanan untuk pilih. 😀 ( jika run kamera dari lockscreen kadang2 tak boleh 🙁 )
LockScreen
Notification dia ok, yang bermasalah bila mainkan lagu. Selalunya jika kita tekan button home dua kali untuk launch Music Control kan? Kadang2 ok, kadang2 tajuk lagu bertindih dengan music control. Paling geram sekali bila tengah tekan next, next, next, screen padam -_-, di iOS 6 tak pun 🙁
AppStore
Ada sesetengah aplikasi tidak support dengan iOS 7, contohnya WeChat, KakaoTalk, Instagram ( kadang2 crash ), dan Google Translate. Aplikasi lain tak test lak >.<. Eh, termasuk Facebook. Appstore iOS 7 agak laju dan menarik . >.<. Satu lagi kerap juga mintak password bila nak install aplikasi, tak seperti iOS 6, bila dah bagi password sekali, tak mintak dah. Melainkan phone tu reboot atau pun sebab2 tertentu. Mungkin iOS 7 sistem keselamatan dia ketat >.<
Battery
Yang ini agak mendukacitakan. Bateri cepat habis 🙁 Jika charge penuh malam. Siang dengar lagu, bila sampai malam dah 33% ==”. Yang sedih sekali masa saya pergi Hari Denggi Asean tu, gunalah Waze untuk tau jalan dan dengar lagu. Sampai kat LHDN, ambil gambar, rakam video. Balik pun guna Waze dan dengar lagu. Bila sampai kat rumah bateri 20%.
Dan phone kadang2 cepat panas 🙁
Find My iPhone
Aplikasi ni crash tiap kali nak buka. Tidak tahu sebab apa, mungkin tidak support iOS 7 lagi. Baru nak test sistem keselamatan iOS 7 🙁
Jadi itulah pendapat saya tentang iOS 7, rileks la, kit kat kan ada. Baru BETA. Terdapat banyak lagi step2 untuk meningkatkan mutu iOS tu. Kita sebagai pengguna, bagi feedback pada mereka untuk membaiki ralat tersebut :D.
Saya pun dah kembali pada iOS 6 balik. Tunggu BETA seterusnya update :3.
Ini sedikit gambar untuk anda semua 🙂
kena klik, save images untuk tengok, banyak tu 😛
Jadi komen dibawah untuk kongsi pendapat anda. Jika sapa yang nak try iOS 7 ini pun komen dibawah. Jika permintaan ramai, saya buat entri untuk upgrade iOS 6 > iOS 7 Beta 1 😀
#maaf jika tersilap kat mana2 🙁
*Gambar tu anda kena download then tengok la, jika dah tengok delete :3. Maaf susahkan anda lak 😛
Maaf info ini 2 – 3 hari lepas, masa tidak sempat untuk buat entri 🙁
Selalunya anda gunakan aplikasi Instagram untuk kongsi gambar bersama rakan2, dan mengikuti perkembangan artis2 yang anda follow.
Tetapi kini anda boleh upload video di Instagram! Agak menarik dan malang sekali hanya 15 saat sahaja duration video tersebut 🙁
Caranya seperti anda upload gambar, tiada beza, cuma ada tambahan anda boleh pilih cover gambar untuk video tersebut menggunakan video tersebut!
Ini contoh screenshot yang saya buat khas untuk anda ( termasuk video >.< )
*gambar screenshot tu lain, video lain 😛
klik untuk lebih jelas
Anda boleh lihat icon video tersebut. Ia sama sahaja seperti anda nak ambil gambar untuk upload 😀
klik untuk lebih jelas
Apabila anda tekan icon video tersebut, ia akan jadi seperti ni. Untuk ambil video, anda perlu tekan icon video itu dengan lama. Sampai video anda sudah dirakam. 15 saat sahaja tau 🙁
klik untuk lebih jelas
Anda boleh pilih filter yang mana anda suka. Sama seperti upload gambar. Icon camera di tengah itu untuk zoom ( autozoom tau )
klik untuk lebih jelas
Anda boleh pilih cover untuk video anda, hanya tekan dipetak biru tu dan drag perlahan2 untuk dapatkan cover yang anda mahukan 😀
klik untuk lebih jelas
Ia seperti upload gambar kan? Anda klik icon play tersebut, video itu akan main dengan sendirinya. Maaf terlupa letak #hashtag #omghackers :(, tetapi dalam video tersebut saya ada sebut :3
Mencari-cari
aplikasi pemain musik terbaik bagi peranti Apple bukan mudah. Mana
taknya, setiap aplikasi yang nampak gempak je pasti berbayar. Terus
terpadam nawaitu untuk mencuba kan? Hahahaha!
Namun, jangan begitu mudah berputus asa, pasti yang kuasa ada jalan-nya kerana
artikel kali ni akan saya tunjukkan beberapa aplikasi yang boleh dikira
terbaik juga lah bagi pengguna peranti Apple. Ya, seperti biasa.
Aplikasi-aplikasi ini tentunya ada yang berbayar dan ada juga percuma.
Pilih lah yang anda rasa terbaik daripada segi antaramuka aplikasi
tersebut, beats, bass dan sebagainya.
Spotify
Spotify
mempunyai fungsi serba lengkap bagi mereka yang suka berkongsi musik.
Mempunyai fungsi bina folder dan berkongsi dengan rakan anda melalui
rangkaian sosial yang disediakan. Serta, butang ‘shortcut’ ringkas turut
disediakan untuk memudahkan pencarian lagu kesukaan anda. Harga bagi
aplikasi ini bernilai RM14.99/Bulan.
Pandora
Aplikasi
Pandora pula mampu memainkan lagu kesukaan anda sambil menunjukkan
lirik lagu tersebut. Apa yang perlu anda buat? Menyanyi sajalah!
Last.FM
Haa Last.FM
ni sememangnya gempak bagi sy. Terdapat pada pelbagai peranti termasuk
Windows Phone. Carian lagu terbaru sememangnya berguna jika digunakan
pada aplikasi ini. Senaraikan lagu kesukaan dan yaa, nyanyi saja. Setiap
kali buka, lagu kesukaan anda akan berada di bahagian atas sekali.
Harga? Ianya percuma!
TuneIn Radio
Bukan
radio biasa seperti mana yang percuma di pasaran. Radiotime juga mampu
memainkan lagu kesukaan anda (walaupun ia dibina khas untuk radio).
Malah, fungsi rakam live streaming juga disediakan.
Sound Cloud
Sound
Cloud bukan saja terdapat pada peranti Android, malah terdapat juga
pada peranti keluaran Apple. Cari musik kegemaran anda. Remix, Dubstep
dan sebagainya diutamakan.
Spinlet
Pada sy, aplikasi ini tak begitu menarik daripada segi antaramuka-nya. Sangat ringkas. Mungkin sedikit ringan lah kan? Hehehe..
Apa yang bagus pada aplikasi ini ialah ia mempunyai simpanan berbentuk
awan. Jika anda mempunyai simpanan awan juga pada peranti lain, akan
jadi lebih mudah untuk anda memuat turun lagu kegemaran anda.
LaDiDa
Haa!
LaDiDa bukan saja bagus daripada segi antara muka malah mempunyai
fungsi yang bukan mudah untuk ada dalam aplikasi musik lain. Kelebihan?
Putarkan lagu, dan mampu mengubah suara sedap anda kepada lebih menarik dan sedap untuk di dengar. Anda boleh lihat bagaimana aplikasi ini berfungsi di pautan ini: LaDiDa In Action!
Suatu waktu dahulu, Jupiter adalah satu aplikasi wajib pasang pada distro Linux kerana ia adalah satu-satunya aplikasi yang mampu membantu mengawal suhu laptop/PC secara berinteraksi dengan parameter sistem operasi.
Namun selepas rilisnya Ubuntu versi ‘Raring Ringtail’, projek Jupiter tampak tenggelam. Mungkin sudah ‘tiada lagi’ projek ini dijalankan? Tidak pasti ke mana pembangunnya, ke mana hala tuju projek tersebut, apa yang pasti suhu panas seolah ‘bugs’ tetap pada distro Linux, tambahan yang berasaskan Ubuntu mahupun Ubuntu itu sendiri.
Jadi di sini para pengguna Linux perlukan sesuatu yang baru. Maka ketika ini, satu projek baru menampakkan sinarnya iaitu TLP, telah pun muncul sebagai penyelamat.
Apa yang anda perlu lakukan cuma buka Terminal, jangan merungut, dan masukkan baris perintah di bawah untuk memasangnya:
Selesai. Tiada sebarang tetapan yang perlu anda lakukan. Tiada GUI untuk anda godek dan godam. Cukup sekadar mulai semula (restart) mesin anda, anda sedia untuk bekerja. Jika anda ingin memantau suhu laptop/PC anda, sila gunakan xsensors:
sudo apt-get install xsensors
Berikut adalah paparan xsensors pada laptop saya yang telah terpasang lebih dari 10 jam, dengan pelbagai aktiviti dilakukan:
Ketika terbaca mengenai rilisnya Linux Deepin 12.12 di Distro Watch beberapa hari yang lalu, serius saya katakan yang saya belum pernah tertarik untuk mencuba distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun dari China ini. Namun setelah terbaca artikel mengenainya di Webupd8, akhirnya fail ISO bersaiz 1.1GB selesai dimuat turun dan dirakamkan terus ke USB.
Sekian lama saya cuba mencari satu distro yang ‘unik’. Unik disini bermaksud lain dari yang lain. Perkara ini saya temukan pada elementary OS Luna suatu ketika dulu. Kenapa? Kerana eOS Luna membawakan pelbagai perkara baru kepada pengguna meskipun ia berasal dari Ubuntu. Antara ciri penting kepada sesuatu distro ialah persekitaran desktop (Desktop Environment).
Begitulah halnya dengan eOS Luna. Ia membawakan kepada pengguna Pantheon Shell, suatu persekitaran desktop yang intuitif, pantas, efisien dan ringkas. Tak lupa juga para pembangunnya mencipta beberapa perisian/aplikasi baru yang melengkapkan lagi distro tersebut.
Linux Deepin juga tidak lari dari hal ini. Apa yang buat saya kagum ialah kita kini punyai satu lagi persekitaran desktop yang baru iaitu Deepin Desktop Environment (DDE).
Untuk memberikan anda gambaran sebenar bagaimana ia kelihatan, sila lihat kepada beberapa paparan skrin di bawah:
Deepin Application Launcher
Files (Nautilus?)
Ketika anda mula-mula menjalankan aplikasi lalai (default) Linux Deepin, paparan ‘splash’ ringkas seperti berikut akan keluar terlebih dahulu sebagai pengenalan kepada aplikasi tersebut:
‘Splash’ Software Center
Satu lagi paparan ‘splash’ untuk Software Center
Deepin Software Center
‘Splash’ DPlayer
Pemain Video Linux Deepin, DPlayer
‘Splash’ DMusic
Pemain Muzik Linux Deepin, DMusic
Seperti yang anda lihat, Linux Deepin bukan sahaja membawakan persekitaran desktop yang baru, malah juga memberikan penggunanya beberapa aplikasi yang khusus untuk Linux Deepin itu sendiri iaitu pemain video DPlayer, pemain muzik DMusic, Software Center (versi 3.0), deepin-compiz (heck yeahhh), dan juga System Setting yang baharu, lebih kemas dan interaktif.
Linux Deepin System Settings
Pada pendapat saya, ini adalah apa yang patut ada pada sesebuah sistem operasi/distro, iaitu aplikasi yang dicipta khusus untuk sistem operasi tersebut. Contoh mudah, Microsoft Windows punyai Internet Explorer, Windows Media Player, blah blah blah (you name them).
Perkara ini jugalah yang menyebabkan ‘pertindihan membosankan’ antara satu distro ke distro yang lain kerana tiada apa yang ‘terlalu’ unik melainkan perbezaan package manager dan juga sistem naik taraf distro contohnya rolling release seperti Arch Linux. Kalau dilihat pada aplikasi, apa yang dipasang, yang itu, itu jugalah!
Tak lupa juga bagi pengguna baru, terdapat manual pengguna pada desktopnya:
Suka untuk saya nyatakan yang DPlayer, iaitu pemain video Linux Deepin boleh melakukan kerja-kerja ‘convertion’, dan ini bermakna anda tidak perlu menggunakan sebarang perisian yang lain untuk membuat convertion (penukaran format video).
Selain itu Linux Deepin 12.12 juga mempunyai DSnapshot, iaitu aplikasi untuk mengambil paparan skrin pada komputer dengan menekan kekunci Ctrl + Alt + A atau Ctrl + A + untuk melancarkan DSnapshot dalam tempoh 5 saat.
Errr.. boleh tak saya nak kata, WOW?
Kesimpulan Ringkas:
Pro:
Linux Deepin telah menampilkan satu kelainan dengan membuat persekitaran desktop serba baru yang boleh dikatakan bagus, berada pada tahap memuaskan dengan penampilan aplikasi-aplikasi yang juga baru, dicipta khas untuk rilisan 12.12 ini. Paparan persekitaran desktopnya boleh dikatakan tampilan Windows 7 + Windows 8 + Gnome 3. Apa yang pasti ia pantas!
Seperti yang selalu saya katakan dalam entri-entri yang lepas, ‘Beauty is ini the eyes of the beholder’. Jadi cantik atau tidak distro ini adalah terpulang kepada pandangan mata yang melihat. Bagi saya, saya suka dengan apa yang terpapar depan mata. Ia tidak terlalu kompleks, dan kesemuanya berfungsi diluar kotak.
Kontra:
Terdapat beberapa bugs seperti ‘glitch’ yang berlaku pada paparan skrin ketika sedang menaip sesuatu, juga berlaku kepada DPlayer dan DMusic. Tiada cara mudah untuk menukar tema, font, dan lain-lain ‘hiasan’ pada desktop melainkan anda memasang terlebih dahulu Gnome Tweak Tool. Kalau anda jenis heavy tweaker seperti saya, saya cadangkan buat masa ini tunggu sehingga rilisan seterusnya, atau silakan pasang, tetapi anda perlulah bersabar dengan bugs yang ada.
Hahaha! Itu adalah perkataan pertama yang keluar dari kepala saya yang sekian lama terbuku hendak menulis kembali di blog setelah sekian lama ‘memeram’ idea akibat kesuntukan masa di pejabat dan di rumah yang tak sempat-sempat berebutkan saya.
Errr.. hehehe..
Ya. Neutron Music Player ialah satu-satunya pemain muzik untuk Android yang berjaya memuaskan hati saya setelah puas saya mencuba kesemuanya. Berikut saya paparkan beberapa paparan skrin Neutron Music Player, eksklusif diambil dari henfon saya. Heheh.. :
Harganya setelah ditukarkan kepada mata wang Ringgit Malaysia boleh dikatakan agak mahal untuk sebuah aplikasi pemain muzik, namun jika anda benar-benar peminat muzik seperti saya, harga bukan soalnya. Soalnya ada atau tidak fail ‘apk latest version’ Neutron Music Player ini di ‘Google’ sana? Tiada? Kalau tiada kenalah beli kan? Ehh.. lain macam je cadangan ni. Hehehe..
Wow. Cukuplah saya trolling. Saya hendak bercerita sedikit mengenai Neutron Music Player ini. Menyentuh mengenai paparan antaramukanya, saya akui ia sedikit ‘intimidating’ walaupun anda adalah ‘advance user’. Berselirat! Di sana sini ada tetapan yang pelbagai.
Tetapi setelah beberapa kali anda godek dan godam di sana dan di sini, ternyata ia boleh dijinakkan. Heh.. kenapa saya katakan ia merupakan pemain muzik Android sebenar untuk para Audiophiles? Apakah ciri yang boleh digodek dan digodam para pencinta muzik?
Ciri yang hebat sudah semestinya bunyi! Neutron Music Player menyokong 32/64-bit audio processingyang membantu kepada pengeluaran bunyi berdefinisi tinggi. Ditambah dengan audio gears terbaik di pasaran, contohnya seperti yang saya gunakan iaitu Noontec Zoro, output-nya adalah punca kepada ultimate eargasm! Hahah!
Tap PREAMP button and slide down to about 1/4 – most important bit!. This lowers the volume output ALOT but lets you add WAAY more bass via EQ. I suggest adjusting this with your hardware volume on max – that way you are tuning your Loudest acceptable level for your headphones/ears.
Once thats done (tap PREAMP again to disable) then tap EQ.
Adjust the left hand 2 sliders up to get the cleanest bass you can at the PREAMP/Volume combo you have set.
Umum sedia maklum bahawa kini peranti yang menggunakan sistem operasi Android telah diancam oleh kehadiran virus-virus tertentu yang menggugat privasi dan keselamatan data penggunanya. Tak lupa juga kehadiran aplikasi berbentuk phishing yang dimuat naik ke dalam Google Play.
Meskipun kehadirannya cuma sementara kerana saya pasti ia akan dipadam oleh pihak Google, namun tempoh waktu yang sementara itu jika digunakan sebaiknya oleh para scammers ini, sudah tentu mereka yang tertipu pasti akan ‘ter’ rugi.
Selain ancaman dari luar, ancaman dari diri sendiri yang mudah lalai dan alpa juga pastinya memberikan impak jika dibiarkan begitu sahaja. Andai lupa, andai leka, ancaman bukan berlalu cuma. Pasti sekali data sulit anda yang tidak terenkripsi mudah diakses oleh golongan-golongan seperti ini.
Kerana itu wujud pelbagai antivirus dan aplikasi-aplikasi yang bertujuan membantu pengguna Android ini berwaspada sentiasa dan tidak alpa dalam urusan seharian. Saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit ulasan mengenai satu aplikasi yang bernama syncNscan – iaitu sebuah aplikasi semua dalam satu untuk Android. Ia berfungsi sebagai antivirus, analisis sekuriti, dan juga penyelaras (synchronizer) data-data pada telefon bimbit pintar anda.
Berikut adalah beberapa paparan skrin aplikasi ini:
Terima kasih kepada saudara Phil M. kerana telah memperkenalkan aplikasi ini kepada saya. Beliau adalah pembangun aplikasi syncNscan dari Singapura dan telah membangunkan aplikasi ini dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia.
Antara ciri-ciri syncNscan yang boleh dikatakan sebagai pemudah kerja ialah ia bersifat semua dalam satu (AIO) iaitu sebuah sistem sekuriti yang akan mengimbas telefon bimbit anda dari sebarang anasir yang tidak diingini, menganalisis cara anda menggunakan telefon, serta akan menyelaras (synchronize) data-data yang anda pilih supaya tidak lagi kehilangan data yang penting disaat anda benar-benar memerlukannya.
Ia hadir dengan pakej evaluasi (percubaan) percuma selama 15 hari dan jika anda ingin membeli pakej premium, anda boleh terus melakukan pembayaran melalui perantaraan Google Play Store.
Saya berharap agar dapat melihat syncNscan ditambah baik lagi pada masa yang akan datang dan berjaya membantu para penggunanya untuk selamatkan data, privasi serta minda. Anda boleh muat turun fail PDF introduktori kepada syncNscan di sini : syncNscan Mobile Security
Eksklusif hanya di OMG! Hackers?!. Thanks again Phil M.!
Kepada para pembaca OMG! Hackers?, jangan lupa klik like pada page rasmi kami di sini : OMG Hackers Official
Berkenaan dengan baju-t OMG! Hackers?, saya sedang mengusahakan harga yang terbaik. Diharap bersabar. Terima kasih.