Utama Blog Laman 170

Tips Fotografi Mobil – Fotografi Menggunakan Telefon Pintar

1

Semenjak telefon pintar sudah mula mempunyai kamera di belakangnya dahulu, teknologinya telah berkembang pesat menjadikan ia sebagai ‘kamera pantas’ untuk sesuatu kejadian yang berlaku tiba-tiba, dan ketika itu DSLR pula jauh dari capaian. Maka kamera telefon pintar adalah sasaran. Meskipun belum mampu menggantikan DSLR secara sepenuhnya, namun tidak dapat dinafikan, kemajuan yang ada membolehkan peminat fotografi mengambil gambar lebih baik dari suatu masa dahulu, iaitu dengan kamera 2MP – siapa masih ingat Nokia 3200?

Berikut saya senaraikan beberapa tips untuk fotografi mobil, yang boleh digunakan dalam situasi seharian. Boleh jadi ia sesuai dibuat, boleh jadi juga suatu hari nanti ia akan luput, oleh itu gunakanlah mana-mana tips yang sesuai pada waktunya.

1. Aplikasikan ‘Photography Rules’ Ataupun Komposisi Yang Baik Kepada Gambar.

Contohnya Rule of Thirds, Rule of Odds, Rule of Space, Leading Lines, Golden Ratio dan sebagainya. Jangan dilupakan untuk aplikasikan ia, kalaupun bukan kesemuanya sekali (mestilah kan), aplikasikanlah Rule of Thirds sekurang-kurangnya.

2. Jangan Zoom

Melainkan telefon anda mempunyai optical zoom, maka elakkanlah daripada menggunakan zoom kerana digital zoom hanyalah ‘membesarkan’ imej sedia ada supaya tampak seperti dekat.

3. Elakkan Flash

Kebiasaannya apabila menggunakan ‘flash’ (yang sebenarnya hanyalah lampu LED), ia tidak mampu mendapatkan hasil gambar yang diingini disebabkan oleh durasi ‘flash’ yang agak panjang. Jadi gambar yang diperolehi kebiasaannya kabur dan mempunyai kadar kecerahan tidak seperti yang diharapkan.

Oleh itu sekiranya dapat, cubalah gunakan cahaya semulajadi, atau lain-lain sumber cahaya yang membantu anda dalam menghasilkan imej yang lebih berkualiti. Jangan terlalu ikutkan strategi pasaran yang kerap kali cuba mempopularkan ‘lowlight photography’.

Kalau dah ‘tak dapat sangat’, maka flash yang ada pada telefon anda adalah pilihan paling akhir sekali.

4. Gunakan Alat Bantuan Penambahbaikan

Lensa ekstra untuk membantu anda mendapatkan gambar yang lebih ‘ekstrim’ seperti lensa ‘makro’, adalah antara contoh alat bantuan penambahbaikan kepada kamera telefon anda. Fotografi makro menggunakan telefon bukan perkara baru, dan adakala lensa DIY juga banyak membantu pengguna.

5. Pastikan Lensa Bersih

Telefon anda ada ‘cover’, ‘casing’, dan lain-lain yang melindunginya daripada kotor, tercalar atau lebih teruk lagi retak/pecah. Namun lensa telefon anda sentiasa terdedah kepada kesemua di atas. Jadi, sebaik-baiknya apabila sebelum anda hendak mula menggunakan kamera, terlebih dahulu bersihkanlah lensa dengan kain, supaya hasil gambar nanti tidaklah kabur dan kualitinya juga berada pada tahap maksimum.

6. Rekod Video Melintang

Ya ampun, tolonglah, kalau nak rekod video, silalah rekod secara melintang. Saya tak pasti apa penyakitnya dengan mereka yang suka rekod menegak. Video menegak hanya akan ‘merosakkan’ suasana dalam video dan juga kualiti dalam penyampaiannya. Jadi, jangan buat!

7. Gunakan Fokus Manual

Diakui, fokus auto sememangnya membantu, namun adalah lebih cepat jika anda menggunakan fokus manual. Gunakan jari anda, halakan fokus pada subjek, dan klik.

8. Ambil Dulu, Sunting Kemudian

Terdapat detik-detik atau ‘moment’ yang jarang didapati, tetapi seringkali anda boleh terlepaskannya kerana sibuk mencari terlebih dahulu ‘filters’. Kalau boleh elakkan, ambil gambar dahulu, dapatkan detik yang menarik dan sunting ia kemudian. Banyak aplikasi yang baik boleh digunakan, seperti Snapseed, Aviary, Pixlr, dan sebagainya.

9. Cari Dan Guna Aplikasi Kamera Berbeza

Bukan hanya untuk mendapatkan kelainan, tetapi juga untuk memaksimumkan kebolehan dan ciri yang ada pada sesetengah telefon pintar, seperti gambar berformat RAW, mode manual, HDR, dan lain-lain lagi.

10. Gunakan Tripod

Pada kebanyakan masa, kita boleh ambil gambar hanya dengan tangan (yang bergegar tentunya) – tiada masalah. Namun ada antara situasi adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan tripod, supaya anda dapat mengelakkan gambar daripada menjadi kabur, atau jika anda ‘bermain’ dengan long exposure ataupun light trails, ianya terhasil dengan begitu sempurna.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Jalan Raya Di Jakarta Sesak Akibat ‘Tayangan’ Video Lucah : Adakah Ia Digodam?

0

Apa yang akan terjadi sekiranya ‘billboard’ yang boleh memaparkan video, secara tiba-tiba ‘ter’-paparkan video lucah? Kemalangan? Kesesakan lalu lintas?

Itulah yang terjadi di Jakarta Selatan, yang berlaku pada pukul 2 petang hari ini lalu mengakibatkan kesesakan luar biasa disebabkan pemandu yang dengan sengaja memperlahankan kenderaan sama ada mahu menonton mahupun merakam ‘kejadian’ tersebut.

Susulan itu seorang pegawai pihak berkuasa Kebayoran Baru, Bowo Sukindro, mengatakan bahawa pihaknya telah dengan segera menghantar petugas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

Jurucakap pihak berkuasa Jakarta Selatan, Lestari Ady Wirdoyono berkata pihaknya segera memutuskan bekalan elektrik ke papan iklan elektronik berkenaan bagi ‘meredakan’ suasana dan trafik, dek kerana ada yang berhenti untuk menonton ‘tayangan percuma’ berkenaan yang berdurasi 20 minit.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian, sama ada ianya digodam ataupun tindakan sabotaj dari individu, kerana ia bukan milik pihak berkuasa sebaliknya dikendali oleh sebuah syarikat.

Via > Harian Metro

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cipta Gambar Profesional Dengan Aplikasi Berkepintaran Tiruan Ini

0

Berapa ramai antara kita yang setiap hari mengambil gambar hanya menggunakan telefon sahaja? Tentu jumlahnya sangat ramai bukan. Namun hasil gambar dari telefon pintar sudah pasti tidak sehebat gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR, walaupun dari segi komposisi dan lain-lain ciri sudah cukup ‘pro’.

Atas sebab itu terciptanya sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai ‘Photolemur’, sebuah aplikasi yang mempunyai kepintaran tiruan/buatan, khusus dicipta sebagai pembantu dalam dunia fotografi. Tanpa memerlukan kepada kemahiran penyunting yang tinggi, dan masa yang diluangkan dengan banyak, Photolemur mampu menukar gambar anda yang ‘biasa-biasa’, kepada luar biasa.

Sebelum dan Selepas

Aplikasi ini menggunakan algoritma dengan kepintaran tiruan untuk mencipta sebuah gambar yang profesional, atau sekurang-kurangnya ia ‘nampak’ seperti pro. Matlamat aplikasi ini ialah ia ingin menampilkan lebih kecantikan pada gambar tanpa perlu menyuntingnya secara manual. Kesemua penambahbaikan pada gambar akan dilakukan secara automatik, sepenuhnya.

Buat masa ini anda hanya dapat mendaftar sebagai pengguna beta sahaja, dan anda perlu menunggu giliran yang ada untuk mendapatkannya. Sementara itu, tonton video berikut untuk peroleh lebih kefahaman mengenai apa sebenarnya Photolemur ini.

Untuk mendaftar sebagai pengguna beta, anda boleh gunakan pautan yang ada di bawah ini.

Daftar Photolemur

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-18 Google!

0
Happy Birthday Google, dah besar hang. hahaha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berjumpa lagi kita dalam artikel mengenai Google.
Mungkin dah terlepas sehari, pada 27 September 2016 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Google! Pada tarikh berikut, cukup la Google berumur 18 tahun.

Menurut Google Doodle, sebenar-benarnya ada la perdebatan tarikh sebenar Google menjadi syarikat. Sejarah Google sendiri mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada 4 September 1998, di California dengan pengasasnya ialah Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan kedai dekat garaj pejabat mereka di Menlo Park. Lebih kurang dua dekad kemudian, ia menjadi enjin pencarian yang paling dominan di dunia, malah ia membangunkan OS (operating system) yang paling banyak digunakan seluruh dunia, dan menjual lebih banyak iklan lebih daripada satu bilion Times Squares, dan ia tidak sempat untuk menukar logo yang kelihatan pelik pada homepage Google.

Jadi mengapa Google Doodle dari syarikat tersebut berubah-ubah ulangtahun kelahiran mereka begitu banyak? dari 27hb pada tahun 2002, kemudian 7hb, 8hb lepas itu kembali pada tarikh 26hb, bulan yang sama, tahun 2005. Pada tahun 2006, tarikh rasmi kekal tidak berubah pada 27hb. Mesti ada sebab kenapa mereka menukar-nukar tarikh ulangtahun kelahiran Google, tapi tiada sorang pun dapat buktikan kenapa ia berlaku. Kemungkinan Google nak sambut awal, atau nak cepat dewasa untuk lebihan tiga minggu. hahaha

Peminat Google pasti tahu mengenai ulangtahun syarikat bukanlah salah satu isu perdebatan, tetapi tarikh “Ulangtahun Kelahiran” bagi Android juga begitu kelam-kabut juga. hihihi. (Jikalaulah anda tertanya-tanya, ia akan menjadi sekurang-kurangnya sembilan tahun atau lebih sebelum robot hijau dapat dilihat secara sah, robot hijau yang berbogel. haha). Terpulanglah pada anda nak sambut ke tidak, apa-apapun, terima kasih kepada Google kerana menceriakan hari-hari kita dan memudahkan urusan harian kita. Terima kasih, Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-18 Google!

Sumber, Android Police
p/s : Moga makin dewasa Google ni, dapat berikan sesuatu yang baru dan tak bermakna boleh menonton cerita 18sx yer Google? hahaha.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bayi Lelaki Ini Lahir Dari DNA 3 Individu Hasil Dari Teknik Kontroversi

0

 

Satu pasangan dari Jordan telah cuba untuk mendapatkan anak hampir 20 tahun lamanya. Selepas berkahwin selama sepuluh tahun dan disahkan hamil, beliau mengalami keguguran pula sebanyak empat kali.

Seorang bayi lelaki telah berjaya dilahirkan hasil dari teknik gabungan DNA dari tiga orang individu. Ibunya, yang sebelum ini mempunyai dua orang anak namun keduanya meninggal dunia akibat penyakit yang kurang dikenali serta jarang berlaku, juga pernah mengalami empat kali keguguran, telah melahirkan bayi melalui teknik terbaru yang kontroversi.

Rawatan kesuburan yang dijalankan bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai genetik penyakit (yang jarang berlaku) supaya hamil dan tidak memindahkan penyakit itu kepada bayi yang dikandung. Dalam kes ini penyakit tersebut adalah ‘Sindrom Leigh’, sejenis gangguan saraf yang boleh membawa maut. Ibu tersebut merupakan pembawa penyakit dan meskipun beliau bertubuh badan sihat, DNA-nya masih mempunyai genetik penyakit yang boleh diwariskan kepada bayi.

Akibat dari sindrom Leigh, dua dari anaknya tidak dapat diselamatkan, meninggal dunia pada usia enam tahun, dan lapan bulan. Wanita itu dan pasangannya cuba mendapatkan bantuan dari Dr. John Zhang, di New Hope Fertility Center dalam Bandar New York.

Dr. Zhang telah mengusahakan satu kaedah bagi mengelakkan penyakit mitokondria – kaedah yang beliau namakan sebagai ‘teknik tiga ibu bapa’. Kaedah yang diluluskan di UK ini dipanggil sebagai pemindahan pronuklear, iaitu suatu cara mensenyawakan kedua ovum si ibu dan ovum penderma bersama sperma bapa. Sebelum setiap ovum yang disenyawakan itu mula berbahagi kepada embrio peringkat awal, setiap nukleus akan dikeluarkan. Nukleus dari ovum penderma akan dibuang lalu digantikan dengan nukleus dari ovum ibu.

Disebabkan agama Islam melarang daripada ‘memusnahkan’ embrio, dan ditentang oleh pasangan tersebut, Dr. Zhang menukar pendekatannya dengan cara baru yang beliau panggil sebagai ‘pemindahan nuklear gelendong’. Beliau membuang nukleus dari ovum ibu, dan kemudian memasukkan ia ke dalam ovum penderma – yang juga telah dibuang nukleusnya. Ovum yang dihasilkan tersebut, yang mendapat ‘DNA nuklear’ dari ibu dan DNA mitokondria dari penderma, kemudiannya disenyawakan dengan sperma bapa.

Dr. Zhang bersama kumpulannya telah menggunakan kaedah ini dan berhasil mendapatkan lima embrio, yang akhirnya hanya satu sahaja berjaya berkembang secara normal. Embrio ini kemudian diimplankan ke dalam rahim si ibu dan akhirnya seorang bayi lelaki dilahirkan sembilan bulan kemudian. Bayi itu disahkan sihat tanpa sebarang penyakit.

Kalau anda ‘keliru’ dengan bahasa Melayu, sila baca sumber asal di bawah.

Sumber berita/gambar : New Scientist

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Jualan Apple, iPhone 7 Sembunyikan Masalah Yang Serius

0
kiri iPhone 7, kanan iPhone 7 Plus, kredit to Apple

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel mengenai produk Apple.
Pernah tak anda terfikir? Bila semua orang tak suka iPhone (jika keluarkan ciri-ciri yang merapu) dan berhenti membeli peranti Apple? Tetapi dengan begitu banyak perniagaan Apple dibina di sekitar telefon pintar, sebarang kejatuhan berterusan dalam jualan tidak dialu-alukan dalam Cuperitno. Malangnya bagi Apple, bukti yang menunjukkan itu hanyalah senario.

Apple pula enggan menyatakan berapa banyak unit iPhone yang telah dijual pada minggu pertama jualan, maka diserahkan kepada penganalisis dan pemasar untuk bekerjasama dengan data pihak-ketiga dan memberikan jawapan yang Apple sendiri tidak mahu beritahu. Ming-Chi Kuo dari KGI Securities telahpun melihat jumlah penghantaran telefon pintar tersebut untuk menyediakan geekerati dengan titik data yang terkini. Data Kuo sepadan dengan sumber-sumber yang lain menggunakan kaedah yang berbeza. Jualan iPhone 7 Plus adalah lebih baik daripada yang dijangkakan, tetapi iPhone 7 tidak bernasib baik kerana jualannya agak jatuh.

Tim Cook dan pasukan beliau telahpun melakukan yang terbaik untuk melemahkan jangkaan jualan telefon pintar terbaru sekitar hujung minggu pertama ia dijual. Jualan dalam talian melalui laman web Apple juga tidak dihantar pada pembukaan hujung minggu, rakan kongsi rangkaian mempunyai kurang stok untuk jual dan ia hampir mustahil untuk berjalan ke Apple Store pada hari pelancaran serta ambil telefon tanpa pre-order.

Setiap pelancaran adalah berbeza dan tiap-tiap pelancaran juga akan mempunyai sesuatu yang mencairkan kuasa perbandingan langsung. Tetapi ini tidak mungkin kerana pelancaran ini adalah jauh berbeza dengan orang lain. Penganalisis tahu hal ini dan mereka buat pembetulan dalam kerja-kerja mereka. Rekod Kuo dapat memberi contoh kedua-dua dalam meramalkan perkakas baru dan perbezaan SKU serta dalam berurusan dengan nombor penghantaran. Pelbagai set data, kesemuanya menunjukkan kepada kesimpulan sama sekitar pretasi sejarah yang lebih lemah daripada iPhone 7 dan 7 Plus.

Malah mengambil kira pertimbangan jangka pendek, Kuo menganggarkan jumlah keseluruhan penghantaran keluarga iPhone 7 pada tahun 2016 berada dalam lingkungan julat 70 hingga ke 75 juta. Itulah sedikit lebih tinggi daripada anggaran sebelum beliau iaitu 65 juta telefom bimbit, yang mana Kuo meletakkan ini disebabkan dwi-kanta yang menarik pada iPhone 7 Plus dan masalah bateri pada phablet Samsung Note 7 yang membawa masuk lebih ramai pengguna kesan daripada masalah tersebut. Dalam perbandingan langsung pada jualan iPhone 6S dan 6S Plus, jualan akhir tahun pelancaran bagai jualan keluarga iPhone 7 merupakan lebih rendah.

iPhone 7 dan 7 Plus menjual jumlah yang mana-mana pengeluar telefon pintar yang lain akan inginkan, tetapi trend yang Apple mendedahkan kembali panggilan pendapat Q1 2016 dan yang berteruskan. Kita telahpun lalui kemuncaknya iPhone, kini jualan telefon pintar iPhone telahpun jatuh. Mungkin design hampir serupa, tak terlalu banyak perubahan, dan model terdahulu masih gagah berdiri.

Jadi, apa pendapat anda mengenai jualan dan pelancaran iPhone 7 dan 7 Plus kali ini?
Adakah bagus atau produk Apple tidak gempak seperti model terdahulu?
Tinggalkan komen anda di bawah 🙂

Source, Forbes

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tweet Donald Trump Ini Adalah Tweet Paling ‘Hangat’

0

Twitter menobatkan tweet dari Donald Trump pada tahun 2012 ini, merupakan tweet yang paling banyak dikongsikan semula semasa perdebatan antara calon presiden malam semalam.

Tweet tentang teori konspirasi pemanasan global itu telah ditekankan oleh Hillary Clinton namun dinafikan oleh Donald Trump bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Namun apa yang nyata, tweet yang telah dipos itu masih lagi terpapar atas talian. Negara China pencipta kepada pemanasan global? Wow Donald, wow.

Lihat di sini

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Menguji Sistem Operasi Hibrid Terbaru : Andromeda

0

Google sudah lama berhasrat untuk menyatukan dua sistem operasi terbaik mereka iaitu Android dan Chrome OS. Setelah perancangan demi perancangan dibuat, Google dikatakan bakal mengumumkan sebuah sistem operasi baharu versi hibrid antara dua sistem operasi tersebut, dinamakan sebagai ‘Andromeda’.

Andromeda tiada kaitan dengan Fuchsia, kerana Fuchsia lebih fokus kepada peranti IoT. Andromeda ini adalah projek yang berasingan, dicipta berasaskan Android dan mengambil banyak ciri-ciri dari Chrome OS.
Tidak pasti sejauh mana jangka hayat antara Android dan Chrome OS, kerana Andromeda dicipta untuk memenuhi keperluan antara pelbagai peranti dan platform, juga dapat dipasang pada telefon pintar, laptop, dan tablet.
Naib President Kanan Android, Google Play, dan Chrome – Hiroshi Lockheimer telah tweet seperti berikut.
Masih belum pasti lagi sejauh mana Andromeda akan diperkenalkan kepada dunia pada 4 Oktober mengikut kepada tweet tersebut, namun apa yang pasti pembikinan Andromeda sememangnya sedang berjalan dengan rancak.Chrome OS adalah sistem operasi Google, yang disasarkan kepada aktiviti dalam talian terutamanya di laman-laman web. Namun dengan gabungan ciri Android pula, ia akan dapat memanfaatkan spesifikasi peranti untuk melakukan kerja-kerja yang lebih kompleks lagi. Atas sebab itulah penyatuan antara keduanya dilihat sebagai sangat signifikan dan kelahiran Andromeda yang dijangka pada 4 Oktober ini bakal terlakar dalam sejarah pengkomputeran.

Harapnya agar ‘satu sistem operasi untuk semua’ bukan lagi hanya sekadar satu moto yang kekal sebagai mitos.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 4, Digelar Flagship Killer ‘Sebenar’ Dengan RAM 8GB Dan Snapdragon 830

0
OnePlus, Never Settle!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Khabar angin mengatakan, OnePlus sedang membangunkan peranti Flagship Killer yang seterusnya, iaitu OnePlus 4.
Kehangatan OnePlus 3 belum lagi reda, sudah keluar khabar angin mengenai OnePlus 4. (Ada yang nak beli OnePlus 3, tetapi stok belum sampai. Ada kala bagus juga OnePlus 2 guna sistem Invite. Tapi ada pros and cons juga sistem tu)

OnePlus merupakan produk telefon pintar yang agak terkenal bagi yang mengetahui kehebatan dia (tapi kalau tanya accessories tak semua yang tahu OnePlus, depa tau OPPO, Huawei dan bertuah kalau tahu Xiaomi huhu) kerana harga mampu milik dan spesifikasi yang tinggi. (Untuk pengetahuan pembaca semua, OnePlus, OPPO dan Vivo di bawah BBK Electronics Corporation. Jadi usah la gaduh para pengguna, kita satu keluarga meh. hahaha)
Malah, peranti flagship sekarang, OnePlus 3 sangat mengagumkan dan mempesonakan pengguna kerana spesifikasi yang canggih.
Jadi, apa yang anda jangkakan mengenai peranti akan datang, OnePlus 4?
Adakah ia Wireless Charging? Dual lens? Tiada 3.5mm jack? Ataupun kalis air?


Spesifikasi OnePlus 4
Mengambil kira semua khabar angin mengenai spesifikasi OnePlus 4 dijangka agak gila-gila dan rasa geram bagi sapa yang baru pakai OnePlus 3. hahaha. Sebab apa geram? Katanya OnePlus 4 ni datang dengan 8 GB RAM dan Qualcomm® Snapdragon™ 830. Tudia baq hang. 8 GB RAM hahaha. 6GB RAM pada OnePlus 3 pun dah terbaik apatah lagi 8GB RAM. Hihihi

Tambahan pulak, OnePlus 4 kemungkinan besar dijangka akan guna Android 7.0 Nougat! (Adakah OxygenOS 4.0.0? atau HydrogenOS 3.0.0? atau Oxygen+Hydrogen=WaterOS 1.0.0? hahaha) serta dijangkakan datang dengan kapasiti microSD 256 GB dan kamera yang mengagumkan iaitu 23 MP kamera belakang di mana ada peningkatan dari peranti terdahulu, 16MP kamera belakang.


Paparan OLED, USB-C port dan sokongan NFC serta beberapa ciri-ciri yang lain turut dimasukkan dalam peranti ini. Semua maklumat yang ada ini, peminat pasti boleh mengatakan bahawa OnePlus 4 ni terlalu maju dan dahsyat untuk peranti yang lain untuk lawan, bukanlah satu perkara yang buruk. Ini bermakna OnePlus 4 ni merupakan matlamat OnePlus untuk jadikan ia sebagai peranti flagship killer seterusnya untuk tahun 2017.

Perlancaran OnePlus 4
Menurut sumber2 yang berbeza, mengatakan bahawa OnePlus 4 ni kemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun 2017, dalam lingkungan bulan April hingga bulan May. Tambahan pula, jika ramalan ini benar, OnePlus 4 boleh dijual pada harga sekitar $400 (RM 1,651.54, belum kira GST lagi ni. hahaha). Anggaran tersebut mengikut harga peranti terdahulu (OnePlus 3) hanya harga $300 (RM 1,238.65) hingga $400 (RM 1,651.54). Tapi harga OnePlus 3 bagi pasaran Malaysia ialah RM 1,888 – RM 1,999. Tapi saya beli dekat Satu Gadget Dot Com hanya RM 1,697.17 (Champagne Gold / Soft Gold, Imported Set sebab A3000). Adakah bertuah atau sebaliknya? Huhuhu

Jadi, harus diingatkan bahawa ini hanya khabar angin semata-mata, masih tidak sahih. Walau bagaimanapun, jika khabar angin ni betul maka OnePlus 4 ni mungkin boleh jadi telefon pintar teratas pada tahun 2017 dengan 8 GB RAM, 23 MP kamera belakang dan harga mampu milik. OnePlus pasti ada resipi tersendiri untuk hasilkan OnePlus 4, untuk menjadi telefon pintar yang sangat berjaya yang mampu berdaya saing dengan produk-produk yang lain. Bak kata slogan OnePlus, Never Settle! hehehe

Sumber, iTech Post (beberapa sumber lain di dalam sumber tu. Berapa banyak sumber daa -_-)
P/s : Sila komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan, pendapat ataupun cadangan yang boleh kita kongsi bersama 🙂

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pemilik Stor Ini Cuba Mempertahankan Haknya Di Mahkamah Untuk Menjual ‘Kodi Box’

0

Seorang peniaga nekad mempertahankan ‘haknya’ untuk menjual ‘Android Box’ meskipun diancam dengan tindakan undang-undang ke atasnya.

Brian Thompson, menjadi individu pertama yang didakwa atas kesalahan menjual Android Box di UK, yang membolehkan penggunanya menonton saluran-saluran televisyen berbayar secara percuma.

Beliau dikatakan bertindak sedemikian selepas didakwa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negerinya dan berniat ingin mengetahui sama ada benar apa yang sedang beliau lakukan itu adalah salah di sisi undang-undang.

“Apa yang saya ingin tahu ialah adakah saya melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang. Saya sedar ianya masih belum jelas tetapi saya mahukan keputusan dalam bentuk hitam putih”.”Saya bersedia menerima keputusan mahkamah tetapi buat masa ini setahu saya, saya tidak melanggar undang-undang”, kata Brian Thompson.

Menurut pandangan beliau lagi, beliau tidak mengaku bersalah kerana ‘Android box’ yang dijual tidak hadir bersama Kodi atau lain-lain aplikasi yang seumpama dengannya. Perbuatan memuat turun aplikasi, menggunakan ia untuk memuat turun sesuatu yang mempunyai hak cipta adalah salah, namun beliau hanya sekadar menjual Android Box yang ‘kosong’.

Brian akan didakwa di Mahkamah Teeside pada minggu depan.

Via : The Northern Echo

Views: 3

Iklan Newspaper Inline