Masalah Siaran Astro Tidak Dapat Diselesaikan Segera

Sejak dua hari yang lalu, pelanggan Astro mengalami masalah dalam siaran Astro mereka. Melalui kenyataan daripada Astro, gangguan siaran ini berpunca daripada masalah satelit penyiaran mereka, MEASAT yang terputus hubungan daripada pusat kawalan.

Astro dalam erti kata lain kini masih lagi ‘buta’ dengan status dan kedudukan satelit penyiaran mereka tersebut. Menurut Astro lagi, mereka telah dimaklumkan oleh pihak pengendali satelit, MEASAT Satellite System Sdn Bhd bahawa mereka masih memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah dengan satelit mereka.

Untuk info, MEASAT-3 telah dilancarkan pada tahun 2006 ke orbit dengan jangka hayat misi anggaran selama 15 tahun (2021 menjadikannya genap 15 tahun). Tiada maklum balas tambahan daripada Astro atau Measat Satellite System Sdn Bhd mengenai punca dan tempoh masa anggaran untuk menyelesaikan masalah siaran ini.

MEASAT adalah satelit milik MEASAT Satellite System Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah menjadi pengendali satelit untuk pelbagai perkhidmatan melalui perkhidmatan sewaan dan perlesenan satelit mereka. Astro adalah salah satu daripada penyewa satelit MEASAT dan menyediakan perkhidmatan siaran TV satelit menggunakan keupayaan satelit MEASAT itu.

Melalui kenyataan ringkas Astro di Facebook pula, pelanggan yang mengalami gangguan siaran boleh terus menonton siaran Astro kegemaran mereka di Astro GO, perkhidmatan strim atas talian oleh Astro menggunakan talian internet.

Tiada sebarang pemotongan atau diskaun bil bulanan Astro diumumkan setakat ini walaupun dengan perkhidmatan yang tergendala.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x