Atas Artikel

KUALA LUMPUR, 29 April 2024 – Anugerah HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan ini dibuka mulai sekarang sehingga 6 Ogos. Peminat fotografi Malaysia dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut yang menampilkan enam kategori – On the Way, We, Protection, The Moment, The Story dan Video. Terdapat 59 hadiah hebat tersedia untuk peserta.

Kesemua kategori ini menggalakkan jurugambar menggunakan telefon pintar HONOR mereka untuk memanfaatkan teknologi dengan merakam kisah dan emosi manusia mengikut tema berbeza. Kategori Protection mengalu-alukan peserta untuk mendokumentasikan usaha manusia ke arah masa depan yang mampan.

Pemenang Photographer of The Year akan menawarkan hadiah wang tunai RM10,000, manakala dua pemenang Anugerah Master of Photography akan memenangi RM5,000 setiap seorang. Sementara tiga lagi pemenang Anugerah Prestigious Photographer akan membawa pulang HONOR Magic6 Pro. Selain itu, seramai 10 pemenang Anugerah The HONORable Photographer bakal menerima telefon pintar Siri HONOR Number yang terkini.

Di samping itu, peserta juga berpeluang memenangi hadiah melebihi AS$100,000, termasuk AS$15,000 untuk Photographer of the Year. Senarai pemenang akan diumumkan pada September ini.

“Anugerah HONOR Magic Moments telah ditubuhkan pada 2021 sebagai platform global untuk pertukaran fotografi mudah alih dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mempamerkan kreativiti mereka, serta menyediakan platform sama kepada jurugambar profesional dan pengguna telefon pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd., George Zhao.

Menurut Zhao, semenjak edisi pertama tiga tahun lalu, Anugerah HONOR Magic Moments telah menerima lebih sejuta penyertaan daripada 51 negara dan wilayah dengan jumlah 320,000 peserta di seluruh dunia. Ini sekaligus memperluaskan kemungkinan untuk fotografi mudah alih.

Alatan yang dipertingkatkan dengan AI untuk Kejayaan Fotografi

Sebagai peneraju global dalam teknologi kamera telefon pintar, HONOR terus meningkatkan pengalaman fotografi mudah alih dengan melabur dalam pemerkasaan AI dan teknologi optik yang memacu kemajuan. HONOR Magic6 Pro yang terbaharu menjadi pengubah keadaan untuk sportografi telefon pintar dengan Sistem Kamera Falcon HONOR generasi terkini yang dikuasakan oleh AI. Ini bagi membolehkan penangkapan pantas merentas keseluruhan rangkaian fokus dan dalam pelbagai senario.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR membawa fotografi telefon pintar ke peringkat seterusnya dengan sensor HDR LOFIC termaju dan Sistem Autofokus Matrix LiDAR yang disesuaikan daripada teknologi pemanduan autonomi. Sistem ini menyediakan pengalaman fotografi yang boleh menandingi kamera gred profesional.

Penyertaan Anugerah HONOR Magic Moments 2024 boleh dihantar di laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/magic-moments-awards/ Sebagai alternatif, peserta boleh menyiarkan foto mereka di media sosial dengan sertakan tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia di kapsyen.

Bawah Artikel

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments