Mari Menentang Sekatan Internet!!

SEKATAN TERHADAP INTERNET (Internet Censorship) adalah salah satu perkara yang paling kuat DITENTANG oleh Mr.Hac. Nampaknya perkara ini turut menjadi perhatian Mozilla, Tumblr dan Reddit apabila American Censorship mengumumkan satu rang undang-undang akan didengari pada 16 November 2011 (semalam) yang membangkitkan satu klausa baru dalam undang-undang iaitu Sistem Sekatan Internet.

Maaf. Mr.Hac hendak menulis mengenai perkara ini sejak hari Isnin lagi tetapi pelbagai perkara yang lain berlaku menyebabkan Mr.Hac terlupa! Bagaimanapun kita masih sempat lagi menentang sekatan terhadap internet dengan menyokong usaha American Censorship melawan SOPA (Stop Online Piracy Act).

Anda boleh membaca mengenai SOPA di sini -> SOPA Infographic

Macam mana? Sakit hati? Marah? Semua itu tidak berguna walau satu perak sen sekalipun andai kita semua tidak bersama-sama menentang usaha yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri ini. SOPA telah ditulis oleh mereka yang tidak berpendidikan dalam bidang industri dan teknologi. Mereka telah bertindak pantas untuk menguatkuasakan undang-undang baharu TANPA berbincang atau merujuk kepada yang PAKAR dalam bidang teknologi dan IT. Mereka kononnya mahu menghentikan cetak rompak dalam talian, namun dalam masa yang sama laman-laman yang tidak terlibat juga boleh didakwa jika terdapat pautan yang dikatakan melanggar undang-undang!

Iklan Google

Mahukah anda menjadikan internet dengan suasana seperti negara China yang terkenal dengan The Great Firewall of China? Memang SOPA diasaskan di AS, tapi undang-undang itu mampu menjadi universal! Mahukah anda jika anda tidak mampu lagi melepasi sekatan apabila laman-laman proksi, VPN, DNS alternatif, semuanya disekat? Mahukah anda jika setiap hari anda hanya mampu membuka laman Google sahaja?? Itupun kalau tidak disekat juga! Jika di China, Google juga tidak dapat dibuka! Semuanya kerana otak mereka yang kononnya TERLALU BERPELAJARAN dan atas kepentingan politik!

Anda boleh baca lagi artikel mengenai SOPA di sini -> All About SOPA, the Bill That Wants to Cripple Your Internet. Sebelum My Hackers Are Here juga didakwa atas rang undang-undang ini (siapa tahu!!), lebih baik kita bertindak dari awal. SOPA masih boleh dihentikan. SOPA adalah BARAH kepada internet. Mari kita bedah dan buang ia dari hidup kita ini!

Mr.Hac dah merasa setiap hari terpaksa menggunakan proksi, VPN, SSH, semata-mata untuk melepasi sekatan Websense. Suasananya amat tidak menyeronokkan, menyekat kreativiti, ilmu, dan juga kerja kita kerana kebiasaannya, VPN percuma sangat lambat manakala VPN berbayar pula agak mahal! Penggunaan proksi pula melambatkan komputer! Anda mahu merasai suasana seperti ini?? Tidak bukan?? Mari menentang sekatan internet!!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img