Siapa yang terbiasa menggunakan Firefox sebagai pelayar web harian pasti tahu ia tidak mempunyai pemuat turun lalai yang bagus terbina dalamnya. Oleh itu kita terpaksa menggunakan sumber luar dan antaranya ialah Addon DownThemAll (Download Them All) atau singkatannya DTA. Popularitinya meningkat dengan begitu cepat dan hebat sekali kerana yang pertamanya, ia adalah Addon sumber terbuka dan kedua ia 100% percuma.
DTA dikatakan dapat membantu mengakselarasi kelajuan muat turun sehingga 400%. Ia angka yang sangat tinggi. Namun sejauh mana kebenarannya? Senang saja. Jika kelajuan internet anda lemau kurang dari 1mbps, janganlah berharap ia akan laju seperti 1gbps.
Nak tengok kelajuan internet 1gbps? Klik sini -> Saja La Nak Tunjuk..
Tapi jika anda mahu melakukan sedikit ‘tweak’ untuk menambah baik DownThemAll, anda boleh cuba tips dari Mr.Hac ini.
1. Pertama sekali pasangkan Addon DownThemAll di sini -> DTA
2. Buka tetapan DTA melalui Tools -> Add-ons. Tidak banyak yang dapat kita tweak melalui ruang tetapan ini tetapi anda boleh cuba buka dan ubah satu demi satu. Contohnya seperti paparan skrin di bawah.
i) Di bahagian ‘Network’, jika anda mempunyai kelajuan 1mbps ke bawah, lebih baik biarkan ia kepada tetapan asal. Tetapi jika anda mempunyai kelajuan atas dari itu antara 4-5mbps hinggalah kepada 1gbps, anda boleh ubah Concurrent Downloads sehingga kepada angka 16, dan Downloads Per Server kepada 8-10.
ii) Di bahagian ‘Advance’, di bawahnya ada tetapan ‘Advance download control’. Dari angka 5, ubah ia kepada nilai antara 7 hingga 10.
iii) Di bahagian Miscellaneous tukarkannya kepada ‘Fast – As queued’.
3. Setelah itu, sila pasangkan Addon FireDownload 2.0 di sini -> FireDownload 2.0
Jika anda menggunakan Firefox versi 4 ke atas, ia tidak serasi (compatible) untuk dipasangkan. Oleh itu, sila gunakan Addon Compatibilty Reporter untuk mematikan fungsi ‘compatibility check’. Bagi Firefox versi 8, kalau tak silap ia tidak perlu lagi dipasang kerana fungsi itu sudah dimatikan secara lalai.
Setiap kali anda mahu memuat turun sesuatu fail dari internet, apabila keluar kekotak seperti di bawah, sila tandakan sekali pada kotak ‘Accelerate with FireDownload’. seperti contoh pada paparan skrin di bawah.
Hasilnya kelajuan muat turun anda akan bertambah sedikit. Seperti pada paparan skrin di bawah (143.2kbps), untuk pakej internet berkelajuan 1mbps yang Mr.Hac gunakan sekarang, paling tinggi DownThemAll boleh mencecah sehingga 200kbps, tetapi tak lama la! (Kejap-kejap je). Kira ok la tu kan?
Ok. Jangan lupa kongsikan tips ini dengan kawan-kawan!