Tiada Lagi Entri Tutorial, Hanya Artikel : Amacam??

Akibat dari tabiat salin tampal yang semakin menjadi-jadi, Mr.Hac rasa ada eloknya entri tutorial, tips dihentikan. Kenapa? Kerana Mr.Hac selaku Admin di sini, dah berasa terlalu lelah dengan kelakuan sesetengah dari kita yang suka mencuri hasil kerja orang lain.

Rasanya penulis jemputan di sini juga setuju dengan Mr.Hac, yang kami ni menulis di sini mustahillah tak perlukan idea. Dan nak cari idea itu bukan kerja mudah, semuanya bergantung kepada ilham yang hadir, juga yang diminta pada TUHAN.

Bukan merapu, bukan meraban, tapi kalau anda tidak mahu entri tutorial dan tips-tips dihentikan, silalah bersama-sama dengan kami menjadikan blog ini bebas dari ‘copy paste’ dengan melaporkan entri-entri yang telah disalin dan tidak diberikan kredit yang sepatutnya tidak kiralah di forum atau di blog-blog.

Blog ini bukan blog hiburan. Blog ini blog ilmu. Komputer dan IT pula tu. Berapa sangat pelawat yang sudi hadir ke sini setiap hari. Bukan puluh atau ratus ribu. Agaknya itu mungkin antara sebab orang berani mencuri entri di sini. Ya, memang boleh letak kod javascript untuk menyukarkan mereka, tapi bukan susah mana pun untuk mematikannnya. Boleh kata tiada guna pun.

Jika anda adalah orang yang menyalin, sila hentikan. Hentikan kegiatan mencuri anda.

Fikir fikir sebelum bercakaran
Fikir fikir sebelum hayunkan tangan
Yang bercakar SEBANGSA dan SEBUMI
Yang bercalar wajah-wajah yang sendiri

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img