Keylogger : Semua Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Keylogger kadangkala dirujuk sebagai Perisian Pengintip iaitu sejenis program kecil yang digunakan untuk memantau segala aktiviti komputer yang menjadi sasaran (local atau remote PC). Keylogger teramat mudah untuk digunakan sehingga seseorang yang hanya mempunyai asas pengkomputeran boleh menggunakannya..apabila ia telah memasuki satu-satu komputer, segala aktiviti keystroke (taipan kekunci keyboard) akan dapat direkodkan dan dihantar kepada pemunya keylogger tersebut..

Terdapat 2 jenis keylogger iaitu:

1. Keylogger dari jenis perisian
2. Keylogger dari jenis perkakasan

Keylogger dari jenis perkakasan (sebagai contoh USB keylogger) sudah jarang sekali digunakan kerana keylogger dari jenis perisian lebih mudah digunakan tambahan pula ia menyokong aplikasi untuk memasangnya (install) secara remote sahaja dan ini bererti anda dapat memantau aktiviti mana-mana komputer di seluruh dunia..(ayat aku skema sikit hari ni sebab konon-konon buat kerja la depan bos..heheh)

Dapatkah keylogger dikesan oleh mangsa?

adalah amat sukar mengesan keylogger sebaik sahaja ia dapat masuk ke komputer si mangsa kerana ia bergerak/berfungsi dalam keadaan STEALTH MODE iaitu ia menyembunyikan diri dari task manager, startup dan sebagainya..

Bolehkah mangsa mengesan tuan pemunya keylogger?

sekali ia memasuki PC, terlalu sukar untuk mengesan tuan pemunya keylogger..

Bagaimanakah cara untuk melindungi diri dari menjadi mangsa?

Keylogger yang ringkas dapat dikesan oleh antivirus yang paling lemah sekalipun..namun, kebanyakan yang menggunakan keylogger bertindak bijak apabila melakukan proses enkripsi pada keylogger tersebut seperti Crypting, Binding, Hexing, dan sebagainya sehingga ia menyebabkan kesukaran kepada antivirus untuk mendeteksi keylogger..Oleh itu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, My Hackers Are Here menyarankan anda supaya menggunakan perisian yang dipanggil sebagai Sandboxie..Sandboxie menjalankan setiap program komputer anda di dalam satu bahagian yang terasing pada partisi cakera keras anda..jadi ini dapat mengelakkan sebarang perubahan kekal pada komputer..pengguna Firefox boleh menggunakan versi percuma Keyscrambler yang meng-enkripsi setiap keystroke yang telah ditaip..oleh itu anda tidak perlu lagi bimbang kerana penyerang akan mendapat keystroke yang telah di-enkripsi oleh Keyscrambler tadi..

Keylogger manakah yang terbaik?

Setakat yang dijumpai oleh aku, ada blogger (juga seorang hacker) mengatakan terdapat 2 jenis keylogger yang terbaik (dapat melepasi Antivirus) setakat ini iaitu:

1. Snyperspy
2. Winspy

Bagaimanakah caranya untuk mengesan Keylogger yang telah digabungkan bersama fail yang lain?

Keylogger dapat digabungkan dengan hampir apa jua jenis fail..anda boleh menggunakan Bintext atau Hex Editor..cuma Bintext atau Hex Editor ini tidak berkesan terhadap sambungan internet yang ter-enkripsi oleh itu anda boleh menggunakan alternatif daripada sebuah perisian yang dinamakan sebagai Resource Hacker yang boleh memberitahu anda sama ada fail yang dicurigai itu telah digabungkan bersama dengan keylogger ataupun tidak..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

18 Comments

18 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hidayati

Argghhhh!!!! pening2. Tak tercapai akak ku. Mugkin aku ni bengap sangat dalam hal2 perisian.

Arya Putra

heheh..maybe sekarang tak faham kot..
lama-lama dah baca faham la tu..
anyway thank for following..:)

darxniq

klu stealer tuh key logger ker bro?

Arya Putra

Stealer?
cuba bagi maklumat yang lebih terperinci..aku boleh kaji..maklumla..aku ni newbie..hehehe..

darxniq

istealer? bro pernah dgr x?

Arya Putra

macam tak pernah aje..hehehe..:P

darxniq

errr….bro try seacrh google..nnti akan tahu…:)
sbb me nk explain..dah lame sgt tggalkn sal istealer tuh…

hairi

kalau sy gune sandboxie,adakah komputer saye akan jd lembab..??
sbb sy penah install dulu..agak lambat bile nak surf internet jd sy uninstall blik..

bg yg kurang faham ngn keylogger..
tngk video nie..
http://www.youtube.com/watch?v=kiq2fSUJ7W8

MyHAC

Thanks hairi sebab tolong kawan-kawan bagi penerangan..
mengenai sandboxie, aku tak pernah ada masalah dari segi kelajuan internet (ye la..dah nama pun hacker kan)..
dulu masa aku mula-mula pakai memang ada effect dari segi kelajuan..tapi lepas mengkaji cara-cara nak tingkatkan kelajuan internet, aku dah tak amek peduli sangat dah..
lagi satu pastikan ko delete sandboxie content tu..ok..

darxniq

bro..kat cni aku ada post sal istealer ngn keylogger..tp aku lebih prefer ttg istealer..
so klu ada pape yg kurang..gtau eh..nnti aku tmbah..

Ape itu Keylogger&Istealer

Cara Mengesan&Mencegah Istealer

Arya Putra

ok bro..no hal la k..:)

Belalang Hijau

arghh!!! apa tu?
nak pitam dah bc nih…

ngee…

Arya Putra

kekeke..keyloggers bro..perisian pintar untuk merekodkan apa yang kita taip pada keyboard dalam satu log..

Anonymous

keylogger n RAT benda yg same ke bro? =..='

Arya Putra

nampak macam sama tapi ada sedikit perbezaan..
try google 'differences between keylogger and RAT'..

Anonymous

zzzz aku x fhm la.huhuhu

Anonymous

bro…. ada tutorial nak gunakan dia x????

Anonymous

AVIRA dectact MALAWARE untk spywin..tak bahaya ke kalo aku instll

spot_imgspot_img