Kepada Penulis Baru My Hackers Are here

Entri serba ringkas ini adalah untuk perhatian penulis jemputan. Ia sebagai panduan untuk anda supaya setiap entri yang dihasilkan adalah yang terbaik dan berkualiti.

Mr.Hac faham anda masih baru. Tapi anda boleh mencontohi pr67am, di mana sekarang ini anda boleh lihat dan baca entri beliau yang semakin ada ‘umph!’ biarpun baru menceburi bidang penulisan blog.

Senarai RIngkas Panduan:

1. Mr.Hac amat mementingkan ‘kecantikan’. Bukan cantik dari segi rupa, tapi dari segi gaya penulisan dan kekemasannya. Kalau boleh, untuk setiap tajuk, Capitalize setiap huruf permulaannya, seperti:

Iklan Google

‘The Google Haking Database’

Mudah je kan?

2. Untuk tujuan meletakkan pautan keluar. seperti pautan untuk muat turun, sila gunakan kod seperti di bawah:

<a href=”URL Pautan Keluar” rel=”dofollow” target=”_blank”>TAJUK URL</a>

Ini bertujuan mengurangkan Bounce Rate dan memanjangkan (extend) waktu pelawat/pembaca blog berada pada entri tersebut dan juga berada pada blog ini secara tidak langsung, kerana kod itu membantu pembaca yang menggunakan klik kiri (Left-Click) untuk membuka pautan dalam tab yang baru.

3. Kalau boleh mulakan penulisan entri dari ruangan ‘Edit HTML’ sebelum menyemaknya semula pada bahagian ‘Compose’. Ini bertujuan untuk anda belajar menggunakan ruangan ‘Edit HTML’ dan membezakan antara keduanya. Anda perlu menggunakan dua-dua ruangan agar seimbang pengetahuan anda terhadap post editor.


Post Editor dalam ruangan Edit HTML


Post Editor dalam ruangan Compose

P/S: Kod untuk pautan keluar di atas hanya boleh digunakan dalam ruangan ‘Edit HTML’.

4. Dalami Ilmu SEO dan praktikkan Formula FEVAL. Sedikit sebanyak ilmu anda mengenai blogging juga bertambah.

Iklan Google
Iklan Google

5. Gunakanlah ejaan penuh, dan bukan bahasa SMS. Setiap yang anda taip mempengaruhi kepada hasil enjin carian.

6. Bahasa Melayu diutamakan. Kecuali anda nak berseloroh, nak speaking tiba-tiba,
tak kisah lah heh!

7. Artikel tidak semestinya mengenai hacking. Jika anda mahu menulis mengenai Android, Linux, IPTV, Astro, Wayang. Ah..Tuliskan saja!

8. Tingkatkan mutu penulisan dari semasa ke semasa dengan cara kerap menulis apabila idea tiba. Anda akan memperolehi identiti penulisan anda sendiri setelah sekian lama menulis.

Iklan Google

9. Tolong jangan padam (delete) entri anda setelah selesai dipos tidak kiralah atas apa juga sebab. Hanya Mr.Hac sahaja berhak menentukan entri anda boleh dipadam atau tidak.

10. Jangan lupa letakkan Label sebelum pos. Label ini anda boleh gunakan yang sudah sedia ada atau anda custom sendiri, ikut kesesuaian tajuk. Sebagai contoh jika anda membuat artikel bertajuk ‘Kaedah Hack Facebook’, maka pada Label, anda letakkanlah ‘Cara Hack Facebook’, ‘Cara Godam Akaun Facebook’…dan seterusnya. Pastikan anda letakkan koma selepas setiap Label.
Label bolehlah disamakan dengan ‘Tag’, dalam kes jika anda tak faham kegunaan Label.

Setakat ini, itu sahaja kot. Yang lain-lain tu Mr.Hac akan tambah kemudian. Harapan Mr.Hac semoga blog ini akan sentiasa menjadi pusat rujukan untuk para pemula dan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyumbangkan ilmu kepada semua orang.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img