Salam… si anggun si gadis ayu,
Dari kotaraya ke pedalaman kamu,
Dari Likas ke Pekan Rabu,
Di carta aku kau nombor satu,
Aku berikrar aku berjanji,
Teman-teman aku menjadi saksi,
Jauh di mata dekat di hati,
Jadi izinkan aku pergi berlari,
Keliling dunia dua tiga kali,
Ku tahu hanya satu perkara pasti,
Selagi bumi di atas paksi,
Bila tiba masa aku kembali, ke My Hackers Are Here baybeh! Hahah!
Tiba-tiba nak bagi salam, terus menyanyi. Hmmm..
Sebelum anda menyegarkan mata anda di pagi hari dengan membaca entri ini, ada baiknya anda rujuk terlebih dahulu entri-entri di bawah:
1. Bagaimana Perisian Antivirus Berfungsi
2. Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Virus Komputer?
4. Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Malware?
5. Cara Terbaik Menyekat USB Anda Sebagai Penyebar Virus
Kaedah Penyebaran Virus Komputer:
Kenapa kita perlu belajar atau sekurang-kurangnya ambil tahu bagaimanakah caranya pencipta virus menyebarkan virus mereka? Ya, just use your common sense. Jika anda tahu bagaimana cara untuk berbicara bahasa Kantonis dan Mandarin, masakan orang yang menggunakan bahasa tersebut boleh menipu anda? Samalah juga halnya dengan entri ini, jika anda mahir kaedah penyebaran virus komputer, sudah tentu tak mungkin komputer anda akan dijangkiti lagi, sebaliknya anda pula yang mencipta virus untuk disebarkan! Mama miya!
Terdapat beberapa kaedah penciptaan virus yang popular. Jika anda lihat pada Keylogger mahupun Remote Administration Tool (RAT), server.exe yang terhasil selepas anda menjananya juga dikesan sebagai virus oleh Antivirus. Melainkan anda mempunyai Binder atau Crypter yang bagus, anda akan dapat menjadikan ia sebagai FUD (Fully Undetectable).
Ada juga yang menciptanya melalui bahasa pengaturcaraan dan di compile begitu sahaja. Ini adalah cara mereka yang mahir. Tidak kurang juga Script Kiddies yang menggunakan pelbagai tools untuk ‘menjana’ virus-virus yang dapat dikesan dengan mudah oleh Antivirus. Melainkan mereka rajin untuk menyusun kembali kod dan recompile lalu jadilah ia satu bentuk virus baharu.
Jika ditanya akan tujuan virus dicipta, tak lain tak bukan antaranya:
1. Untuk mendapatkan maklumat sulit/rahsia rasmi sasaran.
2. Untuk menguji sistem komputer sasaran (Pun ada!).
3. Suka-suka, seronok-seronok (Pun jugak!).
4. Dicipta dengan tujuan khas mengumpul data yang diperlukan oleh penggodam.
5. Memusnahkan data yang dijaga rapi oleh sasaran.
Antara tempat-tempat yang seringkali menjadi perhatian penyebar virus ialah seperti:
1. Facebook (Ya! Facebook memang sangat sinonim dengan penggodam! Jangan hairanlah kenapa!)
2. Laman Forum dalam talian yang popular
3. Youtube
4. Laman Torrent
5. Laman permainan
6. Laman sembang maya atau penggunaan dekstop client
7. E-mel
8. Penyebaran melalui muat turun di laman perkongsian fail, atas gabungan laman-laman di atas
9. USB Pendrive (Sebaran secara rambang barangkali)
10. Melalui binatang ternakan seperti kuda dan lembu.. Ahhh.. silap channel. Ini virus lain!
Jika anda perhatikan pada laman-laman tersebut, ia sememangnya ‘ladang ternakan’ virus yang sangat subur sehinggakan ditahan oleh servis seperti Websense pun ia masih boleh menyebar dengan baik. Andai anda mahir dengan kejuruteraan sosial, cukuplah pakej untuk anda berjaya sebagai penyebar virus komputer alaf baru.
Ooohhh. Cukup setakat ini sahaja. Yang lain tu, anda cuba kaji sendiri ok!