Impresi Ubuntu MATE 15.04 Beta 1

MATE : Sebuah Cerita

Secara jujurnya emosi saya bercampur-baur sewaktu membaca berita ini. Ubuntu MATE 15.04 Beta 1 telah menjadi salah satu dari keluarga besar Ubuntu. Pada orang lain ia mungkin berita yang tiada apa-apa makna, tetapi bagi saya ianya berbeza. Saya mula mengenali Ubuntu dari Gnome 2 digunakan secara default, dan apabila Unity diperkenalkan dalam versi 11.04 (seingat saya) sedikit demi sedikit saya mula ‘menjauhkan’ diri dari Ubuntu.

Pada anggapan saya Ubuntu dah mula ‘terpesong’ dari tujuan asal yang mana tujuan asalnya jika ianya benar pun mungkin hanyalah dalam mainan akal saya sahaja. Tetapi mereka yang menggunakan Ubuntu versi lama sebelum kemunculan Unity pasti tahu betapa mereka menghargai Ubuntu dek kerana ianya benar-benar mewakili ‘genre Linux’ dari segi bebas virus, prestasi yang unggul, serta kepelbagaian ciri yang boleh diterokai baik dari segi antaramuka pengguna mahupun perisian-perisian.

Apabila Unity mulai mencari tempat dalam Ubuntu, selepas hilangnya Gnome 2, saya seperti hilang arah. Tak tahu apa yang patut dilakukan dan saya beralih kepada Arch Linux, serta MATE. Ia seperti cubaan untuk menghidupkan semula Ubuntu. Kenapa? Kerana cukuplah bagi saya Unity itu sememangnya cantik dari segi antaramuka tetapi untuk membuat ia tampil sepertimana yang dikehendaki oleh pengguna seakan tidak lagi dapat dilakukan. Bukti? Ambil contoh Unity dock sudah cukup. Kalau dahulu ada fungsi untuk ‘intellihide’ tetapi ia hanya dapat digantikan dengan ‘auto-hide’ dengan alasan ‘intellihide’ itu ‘buggy’. Itu belum lagi saya bangkitkan mengenai PRESTASI Unity yang sememangnya amat mengecewakan.

Ubuntu MATE 15.04 Beta 1 : Ubuntu Yang ‘Dihidupkan’ Semula

Ya, pada saya Ubuntu itu sudah mati sebaik sahaja ianya berpaling arah. Ini bukan soal Desktop Environment semata-mata. Ini juga merupakan soal Ubuntu yang kononnya ingin dilancarkan kepada market masyarakat tetapi dilaksanakan dalam bentuk membunuh diri. Dulu saya dapat meyakinkan beberapa orang kawan untuk mencuba Linux melalui Ubuntu 11.04 kerana waktu itu Gnome 2 masih dapat digunakan lagi. Itu belum cerita tentang Compiz Fusion Effects yang amat membantu.

Tetapi apabila Gnome 2 dibuang secara total, dibunuh kejam dengan alasan tidak relevan, tidak cantik, tidak sesuai untuk pasaran besar, sejak dari itu Unity mula menyusahkan kerja saya untuk meyakinkan pengguna biasa agar beralih kepada Linux.

Masakan tidak, jika mereka melihat Ubuntu ‘hanged’, sangkut-sangkut, lembab, dan berbagai masalah lagi apabila saya tunjukkan mereka melalui live USB. Siapa orang tidak gila yang mahukan sistem operasi yang begitu? Siapa yang suka dock yang tidak boleh diubah-ubah? Saya tentunya tidak.

Jadi apabila Ubuntu MATE diterima dalam keluarga Ubuntu secara rasmi, saya tidak tahu sama ada mereka ini ‘baik ada maknanya’ ataupun hanyalah disebabkan mereka orang yang hilang akal dan hilang arah. Apapun tujuannya saya tidak peduli lagi, apapun kata mereka tentang Gnome 2 merupakan desktop versi ‘klasik’ juga saya tidak mahu ambil tahu dan dengar. Apa yang saya tahu saya ingin lebih ramai pengguna Linux yang baru pada tahun 2015 ini dengan bantuan Ubuntu MATE.

Fakta Ubuntu 15.04 akan menjadi versi LTS adalah satu tanda baik dan permulaan yang bagus kepada distro Linux. Saya juga boleh ‘hidupkan’ semula PC-PC lama yang inginkan nyawa baru. Oh, maaf kalau saya menulis dengan agak panjang. Ini adalah cerita tentang ‘dendam’ saya terhadap Ubuntu yang telah dipendam selama bertahun-tahun.

Apapun anda boleh cuci mata melalui paparan skrin di bawah:

Ubuntu MATE Desktop

Kenapa saya katakan Ubuntu MATE adalah Ubuntu yang dikod dengan betul? Kerana segala tentang Ubuntu MATE adalah mengenai pengubahsuaian, prestasi, dan apa yang kita suka dengan Linux sejak dari mula lagi. Kalau ada yang kurang sekalipun, anda hanya cuma perlu pasangkan ubuntu-restricted-extras, kerana perkara-perkara baik tentang Ubuntu yang kita pernah ingat suatu ketika dulu semuanya sudah ada dan siap sedia dalam Ubuntu MATE ini. Itu saya tinggalkan kepada anda untuk mencarinya sendiri.

Control Center

MATE Tweak

CompizConfig Settings Manager

Desktop Cube Effect

Muat Turun : Ubuntu MATE 15.04 Beta 1

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img