I2P: The Invisible Internet Project

I2P atau nama penuhnya The Invisible Internet Project, bukanlah sama seperti VPN mahupun SSH Tunneling. Namun tujuannya sama, iaitu untuk memastikan sambungan ke rangkaian internet adalah selamat.

I2P merupakan lapisan rangkaian komputer yang membenarkan aplikasi-aplikasi untuk menghantar mesej kepada satu sama lain dengan persekitaran yang selamat dan tidak dapat dikesan.

I2P bukan VPN, seakan Hola (tetapi bukan), seakan SSH (tetapi juga bukan) bahkan juga bukan proksi. I2P ini merupakan satu rangkaian ‘tanpa nama’ di dalam rangkaian internet. Kesemua sambungan adalah terenkripsi.

Apa yang penting ialah sambungan dan rangkaian I2P melindungi anda dari penyangak-penyangak internet yang ingin ‘membaca’ data anda, termasuklah ISP anda sendiri.

Rangkaian I2P ini adalah sedikit kompleks untuk diterangkan dalam Bahasa Melayu, oleh itu anda boleh buat bacaan intensif melalui laman web rasminya di sini : Introduction to I2P

Buat masa ini saya masih belum menemukan tetapan yang paling mantap untuk penstriman video. Tetapi melalui paparan skrin di bawah dapatlah digambarkan bahawa I2P menyokong penstriman video (YouTube). Ia juga dikatakan menyokong aplikasi/perisian peer-2-peer seperti Torrent.

Di bawah ini adalah contoh IP setelah diperiksa melalui laman whatismyipaddress.

Pemasangan melalui Windows dan Android adalah semudah muat turun fail pemasang dan klik-klik-klik sahaja. Manakala pemasangan untuk sistem operasi Ubuntu pula adalah menggunakan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:i2p-maintainers/i2p
sudo apt-get update
sudo apt-get install i2p i2p-router i2pd

Untuk menghidupkan I2P, gunakan baris perintah berikut:

i2prouter start

Untuk lain-lain sistem operasi, anda boleh semak pada pautan ini : I2P Download
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img