Muslihat Google (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada edisi kali ini, saya akan bawakan satu lagi kaedah untuk dimanfaat oleh kita bagi memastikan setiap hasil gelintaran kita pada enjin gelintar Google lebih efisien dan efektif. Masih mengekalkan konsep mudah dan segera, panduan kali ini akan memudahkan anda khususnya murid dan pelajar untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Dengan mengaplikasikan baris site: (site~noktah bertindih) sahaja, hasil keputusan carian anda akan berubah daripada kebiasaan.

Semasa menggunakan fungsi ini, saya dapati fungsi ini sangat berguna untuk mendapatkan carian melalui satu domain yang khusus misalannya gov.my ataupun edu.my dan juga domain yang khusus dan tertumpu seperti www.omghackers.com. 

1. Domain khusus: gov.my, edu.my
Menjadi kemestian untuk setiap kerajaan memuat naik kandungan seperti dokumen laporan atau rumusan tahunan seperti Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun sekian, dokumen Keluaran Dalam Negeri Kasar. Semasa saya masih menjadi penuntut prauniversiti di sebuah sekolah, saya perlu menyediakan satu kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi. Pada ketika itu, saya masih tidak mengetahui fungsi ini. Jadi, memang agak memeningkan apabila saya perlu menghadap berbagai-bagai kandungan yang wujud dalam Internet ini. Oleh sebab itu, saya tegaskan bahawa pengenalan fungsi ini sedikit sebanyak membantu murid dan pelajar mendapatkan maklumat yang bersesuaian dan tepat dengan kehendak mereka, langsung dari laman web-laman web kerajaan. Selain itu, melalui fungsi ini juga pengguna dapat mendapatkan informasi yang sahih terus daripada tapak web kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Apa yang pasti, fungsi ini tidak hanya tertumpu untuk mendapatkan kandungan daripada laman web kerajaan sahaja. Jadikan fungsi ini lebih menarik bergantung kepada keperluan semasa anda.

Iklan Google

2. Domain yang khusus dan tertumpu: www.omghackers.com
Katakanlah anda pernah terbaca suatu artikel yang menarik pernah dikongsikan pada sesuatu blog, namun anda terlupa untuk simpan dalam direktori “bookmark” anda. Oleh itu, dengan hadirnya fungsi ini, insya-Allah anda bisa mendapatkan kembali pautan yang dikehendaki anda. Caranya cukup mudah, katakan anda mencari tentang artikel Linux, anda hanya perlu taipkan site:www.omghackers.com Linux, akan tersenarai cadangan pautan oleh Google berhubung dengan carian anda. Jika anda mengetahui kata-kata yang lebih spesifik, anda boleh tambahkan lagi pada ruangan carian untuk mengecilkan skop atau ruang lingkup carian Google.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Assalamualaikum.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img