Legends of Fire & Steel – Permainan Hasil Tangan Rakyat Malaysia

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh wakil dari syarikat Boomzap Entertainment mengenai permainan yang sedang mereka bangunkan.

Sebuah permainan hasil tangan rakyat Malaysia, dan merupakan projek “Kickstarter” pertama dari Boomzap Entertainment yang telah dilancarkan pada 18 Jun yang lalu, ianya dinamakan sebagai Legends of Fire & Steel.

Woahhh..

Merupakan majikan kepada pembangun-pembangun permainan di Malaysia, Indonesia dan Filipina, selepas 10 tahun berada dalam industri pembangunan permainan, kini Boomzap ingin melancarkan sendiri permainan mereka dengan permulaan melalui Kickstarter.

Legends of Fire & Steel adalah sebuah permainan perseorangan dan multi-pemain penaklukan dunia fantasi jenis turn-based digabungkan bersama mekanik “boardgame” dan “card game” yang sedang mereka bangunkan untuk PC, Mac dan tablet mudah alih (iOS dan Android).

Permainan ini telah mendapat inspirasi dari permainan strategi epik seperti Civilization, Crusader Kings 2, and Heroes of Might and Magic, tetapi dengan tempoh permainan yang lebih singkat dan pengawalan mudah seperti game Risk, Lux, atau FT.

Permainan ini adalah mengenai peperangan antara 3 bangsa, Manusia, Fae, Revenant, di sepanjang tanah Callasia. Pemain-pemain akan melatih tentera mereka yang diketuai oleh ‘Hero’, dan akan diarahkan untuk menakluki sempadan-sempadan melalui peta yang strategik. Objektif permainan adalah untuk menakluki kesemua istana-istana musuh dan memerintah dunia.

Untuk pengetahuan anda, sasaran kutipan melalui Kickstarter bagi projek ini ialah $50,000. Mari sama-sama kita sokong projek ini supaya nanti kita juga yang akan dapat merasa keseronokannya.

Laman Kickstarter : Legends of Fire & Steel

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img