Download Di 4shared.com Sebagai Premium? Bypass Masa Menunggu?

Atas cadangan dari pembaca yang bernama dewa19 dewa92, Mr.Hac cuba godek-godek pelbagai script untuk Greasemonkey dari userscripts.org dan setelah beberapa ujikaji dibuat, Mr.Hac berjaya memuat turun (download) fail dari laman 4shared tanpa perlukan sebarang akaun premium!
Tiada lagi masa atau waktu menunggu (bypass 4shared waiting time).

Anda cuma perlukan 5 perkara untuk menjayakannya iaitu:

1. Script 4shared download delay bypass

2. Addon Greasemonkey

3. Semestinya pelayar Firefox

4. Addon DownThemAll

5. Otak beserta akal fikiran yang kachak waras

Apa yang anda perlu lakukan cuma pasangkan Addon DownThemAll dan Greasemonkey pada pelayar Firefox anda. Kemudian pasang pula userscript 4shared download delay bypass dengan menekan butang Install pada laman web yang berkenaan (userscript.org). Err..Siap!

Apabila anda mahu memuat turun satu-satu fail, ia akan terus menuju ke laman muat turun dan akan keluar paparan seperti ini:

Anda cuma perlu klik kanan pada pautan yang diberikan dan pilih ‘Save Link with DownThemAll!‘.

Buktinya seperti di bawah:

Selesai! Selamat Mencuba!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img