Deception: Drama Silap Mata Berskala Mega

Di era di mana kita mempunyai ‘Youtubers’, ‘Instafamous’, dan pelbagai lagi istilah moden yang juga tampaknya untuk ‘pekerjaan moden’, maka tidak hairanlah sekiranya ada istilah ‘Celebrity Magician’.

Oleh itu apabila menonton drama Deception, yang mana terdapat keterlibatan Greg Berlanti sebagai penerbit eksekutifnya, maka juga tidak menghairankan apabila ianya terus dimulakan dengan babak-babak silap mata ‘berskala mega’.

Lupakan arnab yang muncul secara ‘magic’ melalui topi, lupakan pembantu yang dikerat dua badannya menggunakan pisau gergasi. Drama ini cuba mengarahkan anda kepada sebuah ilusi mega yang semuanya bermula dari cerita asal-usulnya watak utama merangkap heronya, Cameron Black (Jack Cutmore-Scott).

Cameron merupakan ahli silap mata terkenal dunia, hinggalah kembarnya iaitu Jonathan Black ditangkap atas tuduhan sengaja menyebabkan kematian melalui satu kemalangan.

Dari situ terdedahlah rahsia selama ini disimpan oleh mereka berdua, iaitu Jonathan Black sebagai individu di belakang tabir yang tidak pernah diketahui umum. Jonathan bertindak sebagai body double untuk Cameron dalam pelbagai pertunjukkan yang dilakukan mereka.

Sejurus, Cameron mendapat kecaman dari media dan pelbagai pihak, termasuklah kemunculan cameo Penn dan Teller yang mengecam dengan mengatakan bahawa ahli silap mata tidak pernah menipu peminatnya.

Huh, ya lah tu.

Tetapi ia tidak terhenti di situ sahaja. Cameron yakin bahawa kembarnya telah dituduh atas suatu kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Jonathan diperangkap melalui satu rancangan rapi dari seorang lagi ahli silap mata. Dengan niat untuk membantu kembarnya bebas dari tuduhan tersebut, Cameron mula bergandingan dengan agen FBI Kay Daniels (Ilfenesh Hadera).

Segalanya bermula apabila setahun kemudian, Cameron terlihat di dalam televisyen akan berita yang menunjukkan sebuah kapal terbang meletup dan di dalamnya terdapat seorang banduan dari kartel Mexico. Dia tahu bahawa ianya adalah salah satu dari ‘trik’ yang biasa dilakukan sendiri olehnya.

Cameron terus meluru ke tempat kejadian untuk melihat sendiri semua ‘prop’ dan ‘pementasan’ silap mata tersebut. Di situ dia berjumpa dengan Kay Daniels dan Mike Alvarez (Amaury Nolasco).

Alvarez sentiasa merupakan peminat Cameron, namun Daniels pula sangat skeptikal, sehinggalah Cameron menunjukkan dengan teliti bagaimana kapal terbang yang meletup itu sebenarnya tidak lebih dari sekadar sebuah trik silap mata, dan banduan yang berada di dalamnya telah pun terlepas.

Sambil menyelam, minum air. Begitulah yang dilakukan oleh Cameron, apabila dia menawarkan diri untuk membantu FBI, dan dalam masa yang sama mencari siapa dalangnya yang telah memerangkap Jonathan sehingga dia terpenjara.

Jika anda peminat filem ‘Now You See Me’, maka anda seharusnya menonton drama ini yang bersiaran setiap Ahad (US). Mungkin anda akan rasa meluat dengan agen FBI yang konon pakar dan tahu segala selok-belok dunia jenayah, tetapi apabila Cameron berjaya meyakinkan mereka bahawa bukan semua penjenayah hanya berminda samseng dan ber-IQ rendah, babak-babak seterusnya mula jadi menarik.

Anda akan belajar beberapa istilah silap mata, dan pesan saya, sentiasa tumpukan perhatian. Jangan tersalah arah dalam melihat, atau anda akan berilusi seharian.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x