Salam semua.
Mari kita telusuri beberapa ciri BARU Windows 8 yang dikatakan akan dirilis dalam masa terdekat ini, sambil itu dibandingkan pula dengan ciri Ubuntu. Mampukah Ubuntu menyaingi Windows 8?
Ciri-Ciri Windows 8:
1. Live USB : Ciri ini dikatakan sebagai pembaharuan kepada OS Windows di mana ia boleh dirakamkan (Burn) pada peranti USB dan kemudian tetapan padanya juga boleh dibawa ke mana-mana. Jika dilihat dari sisi Ubuntu, ia memang sebuah Live System dan sentiasa boleh dirakamkan pada peranti USB dari mula lagi.
2. Windows Store: Dikatakan menyamai Apple’s App Store, anda boleh membeli dan memuat turun aplikasi dari Microsoft dan juga pembangun aplikasi. Ubuntu sudah lama memiliki Ubuntu Software Center yang mempunyai ribuan aplikasi serta perisian percuma yang boleh anda pasangkan terus pada komputer, tak lupa juga anda boleh membeli aplikasi, perisian, malah e-buku juga ada untuk dibeli dan dimuat turun!
3. Windows Metro UI: Dicipta sebagai menu yang sederhana dan tersusun dengan baik, memberikan sebuah OS untuk semua peranti. Ubuntu pula telah lama mencipta UI untuk semua peranti, dengan terbaru keluarnya Unity 5.0, Ubuntu semakin kukuh. Cuma penerimaan rakyat Malaysia masih lagi kurang kerana tiada pendedahan dari media.
4. Sekuriti: Windows Defender telah dinaik taraf, di mana antaramukanya telah digantikan dengan antaramuka menyerupai Microsoft Security Essentials, dan ini bererti anda tidak lagi memerlukan antivirus tambahan yang mahal dan menyesakkan memori. Ubuntu? Ahhh.. ia tidak perlukan antivirus yaw..
5. Internet Explorer 10: Mr.Hac telah pun menggunakan Windows 8 Developer Preview dan telah merasa menggunakan Internet Explorer 10. Memang ia lebih ‘smooth’, cantik seperti IE 9, dan ringan pula. Ia dicipta untuk pelayaran internet yang lebih baik. Komen Mr.Hac? Firefox sudah pun memasuki versi 10 dan akan berterusan dinaik taraf. Ubuntu pula boleh menggunakan PPA untuk menjalankan Firefox yang paling baharu setiap hari.
6. Boot Lebih Laju: Sistem fail Protogon telah ditambah pada ciri Windows 8 untuk menjadikannya lebih laju semasa proses boot dan menambahkan produktiviti anda. Ubuntu? Perlukah Mr.Hac komen lagi? Dari versi ia pertama dikeluarkan, proses boot tidak pernah pun perlahan. Laju dan terus laju. 10 saat memadai untuk anda menunggu komputer dapat digunakan sepenuhnya.
7. Apps Always On: Ciri ini membantu aplikasi untuk dilancarkan lebih cepat tanpa menggunakan sumber yang lebih dari komputer anda. Dalam Ubuntu, tiada istilah perlahan. Semuanya cepat dan kurang penggunaan RAM.
8. Penggunaan RAM Yang Minima: Windows 8 boleh dijalankan dengan kurang dari 300MB RAM. Ubuntu pula masih mengekalkan minima spesifikasi komputer iaitu 256MB RAM untuk menggunakannya.
9. Platform Tunggal: Windows 8 boleh digunakan untuk kesemua peranti seperti desktop, laptop, netbook, tablet, telefon pintar. Ubuntu pula telah lama mempraktikkannya dan cuma menunggu masa untuk diterima pakai pada pelbagai peranti.
Kesimpulan:
Windows 8 sebenarnya bukanlah bercirikan teknologi baharu, sebaliknya cuma mengikut jejak langkah Ubuntu dalam implementasi teknologi. Ini bermakna Windows 8 cuma mempraktikkan kembali teknologi yang telah lama dipelopori oleh Linux (Ubuntu). Pun begitu, mungkin langkah Microsoft ini boleh dipuji kerana tidak mahu lagi duduk ditakuk lama sedangkan sudah bertahun lamanya Ubuntu menguasai teknologi sistem operasi. Cuma, isu Secure Boot itu sedikit mengganggu pengguna Linux seperti Mr.Hac dan lain-lain pengguna Linux yang tegar. Harap ia tidak menjadi kenyataan atau mungkin Microsoft akan dihentam dengan teruk seperti yang terjadi pada rang undang-undang SOPA!