Desktop Recorder/Screencaster Terbaik Untuk Windows dan Ubuntu

Salam.

Ya! Masih lagi berkisar tentang desktop recorder/screencaster! Inilah dia minat Mr.Hac yang paling digemari ketika mengadap skrin komputer.

Untuk Windows, Mr.Hac telahpun tulis sebuah entri khas iaitu tentang perisian Camtasia Studio 7. Silakan menjenguk dan membacanya. Memang sebuah perisian desktop screencaster terbaik untuk Windows yang pernah dicipta.

Untuk Ubuntu, Mr.Hac telah senaraikan 3 jenis desktop screencaster terbaik yang berada dalam Ubuntu 11.10, yang digunakan oleh Mr.Hac untuk melakukan kerja-kerja dekstop screencasting.

1. Eidete

Setakat ini, Eidete ialah desktop screencaster terbaik yang pernah digunakan oleh Mr.Hac pada Ubuntu 11.10 kerana tiada sebarang lag, yang ada cuma kebaikannya sahaja! Seronok menggunakannya kerana ia ringkas, mudah difahami, dan kurang menggunakan sumber memori komputer. Pasangkannya pada Ubuntu anda melalui PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:shnatsel/eidete-daily

sudo apt-get update && sudo apt-get install eidete

2. Kazam Screencaster

Pernah suatu ketika dulu Kazam Screencaster dikatakan telah ‘mati’, kerana projeknya telah ditinggalkan oleh pembangun asal. Tetapi, disitulah ‘kecantikan’ dunia perisian sumber terbuka apabila kod sumbernya telah diambil alih oleh pembangun yang baru, dan dibangunkan pula secara intensif. Kini, Kazam Screencaster versi 1.0 telah pun dilancarkan. Pasang ia pada Ubuntu melalui PPA di bawah:


sudo add-apt-repository ppa:kazam-team/unstable-series

sudo apt-get update && sudo apt-get install kazam

3. Gtk recordmydesktop

Menduduki tempat ketiga dari carta, ia tidaklah terlalu bagus, tetapi tidak pula terlalu buggy. Cuma mungkin ada hasil video yang tidak lancar kerana anda perlu mengubah tetapannya terlebih dahulu. Bagaimanapun, kalau dah namanya percuma, sapu aja lah! Anda boleh pasangkannya melalui Ubuntu Software Center.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img