BolehVPN Review

Salam semua warga pembaca OMG! Hackers? sekalian.

Servis/Perkhidmatan VPN semakin menjadi perhatian apabila ramai mula sedar akan keperluannya sebagai satu medium untuk melindungi privasi dan beberapa keperluan lain mengikut individu.

Terbaru, saya mencuba perkhidmatan OpenVPN yang seringkali di-reviu oleh blogger-blogger IT diserata dunia iaitu BolehVPN. Saya akan cuba pecahkan reviu kepada beberapa bahagian iaitu paparan user panel pada laman web, pelayan-pelayan yang ditawarkan, dan juga kelajuan.

User Panel

User Panel telah dibahagikan kepada beberapa bahagian menu utama, dan pada bahagian tepi laman web terdapat menu-menu kecil yang meliputi My Profile, My Order, My Referral, Help and FAQ, Support Desk dan Announcements.

Tampilan rekabentuk (design) laman web boleh dikatakan bagus dan kemas, namun pada pandangan saya ia masih boleh ditambahbaik.

Senarai Pilihan Pelayan
Seperti biasa, kita mengerti bahawa dalam versi trial, kebiasaannya perkhidmatan VPN akan memberikan senarai pelayan ‘asas’ untuk para pengguna.
Dalam kes BolehVPN, mereka memberikan lebih kurang 21 pelayan yang terdiri dari beberapa jenis iaitu ‘Fully Routed’, ‘Proxied’, dan ‘Surfing Streaming’. Dari 3 jenis pelayan ini, saya difahamkan cuma terdapat beberapa pelayan sahaja yang ‘full open ports’, manakala yang lain tertakluk kepada port yang telah ditentukan.

Kelajuan

Saya agak cerewet sebenarnya bab kelajuan, jadi saya telah mencuba satu demi satu daripada kesemua senarai pelayan-pelayan trial yang telah diberi. Daripada apa yang saya dapat simpulkan, anda memang wajib mencuba dengan sabar pelayan-pelayan yang ada kerana tidak semua mampu memberi kelajuan yang baik.

Tidak lupa juga, ia tampak seperti agak ‘lambat panas’ sebelum dapat memberikan kelajuan penuh kepada sambungan internet anda. Bergantung kepada keperluan masing-masing, kelajuan pelayan mereka boleh dikatakan ‘ok’.

Kesimpulan

BolehVPN merupakan antara pilihan servis OpenVPN yang boleh diharap. Dengan senarai pilihan pelayan-pelayan yang banyak, serta jawab balas dari Admin yang memuaskan, BolehVPN sememangnya ‘boleh’.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img