Utama Blog Laman 74

Leopold FC660M PD : Papan Kekunci Mekanikal 65% Yang Minimalist

0

Hangpa mesti tertanya apa tu papan kekunci 65% kan? Sebelum Mamu ulas tentang papan kekunci mekanikal Leopold FC660M PD ni, mai Mamu cerita sikit susun atur papan kekunci yang biasa orang guna.

  1. Papan kekunci bersaiz 100% atau penuh, biasanya terdapat lebih kurang 102 kekunci. Ini adalah papan kekunci yang paling biasa.
  2. Papan kekunci 80% atau 75% tanpa 10 kekunci (tanpa blok nombor). Papan kekunci ini juga merangkumi satu baris dengan kekunci fungsi F1-F12. Hangpa ada 6 baris kunci secara keseluruhan.
  3. Papan kekunci 65% seperti Leopold FCM660M PD yang Mamu bakal ulaskan. Papan kekunci ini takdak blok nombor tapi ada kekunci kursor. End, Page Up dan Page Down kebanyakannya tidak terdapat pada papan kekunci ini tetapi hangpa boleh gunakan kekunci yang takdak tu dengan menekan kekunci Fn bersama dengan kekunci lain yang telah ditandakan pada kekunci pada papan kekunci.
  4. Papan kekunci 60% tidak lagi mempunyai kekunci anak panah khusus.
  5. Terdapat papan kekunci yang lebih kecil yang dipanggil 40%. Hat tu memang susun atur untuk penaip tegar yang hanya perlukan kekunci penting saja.

Video Unboxing Leopold FC660M PD

Dah tengok video? Mai kita tengok papan kekunci yang ditunggu-tunggu.

Papan kekunci Leopold FC660M PD mempunyai reka bentuk susun atur 65% tapi mempunyai 66 kekunci pada papan kekunci nih. Papan kekunci Leopold yang Mamu terima berwarna gabungan putih & merah jambu (teringat Black Pink – Kill This Love). Warna yang bagi Mamu luar dari kebiasaan yang ada dalam pasaran. Nanti kita tengok warna menarik di bawah naa.

Pada kotak pembungkusan ada tulis sedikit spesikasi papan kekunci ni seperti :

  • Kekunci ini menggunakan 1.5mm PBT double shot keycap (perasaan menaip lebih jitu & padat.
  • Mempunyai pad penyerap bunyi untuk mengurangkan bunyi tiap kali kekunci ditekan.
  • Menggunakan suis Cherry MX (the real OG gais)
  • Serasi dengan pengoperasian Windows XP dan ke atas. (Mamu takdak produk Mac jadi takleh nak cuba serasi ka dak dengan sistem pengoperasian Mac)

Kat belakang kotak ada spesikasi lebih lanjut papan kekunci Leopold ni. Di bawah Mamu sertakan spesifikasi papan kekunci ni hangpa boleh baca dengan lebih lanjut. Informasi ni Mamu ambil dari laman web rasmi depa.

Model nih didatangi dengan 7 jenis suis. Suis yang Mamu dapat adalah warna coklat. Kita akan tengok dengan lebih lanjut kemudian naa.

Bila hangpa buka kotak, hangpa akan dapat lihat papan kekunci ditutupi dgn penutup plastik yang menghalang habuk & untuk menjaga papan kekunci tu dari anak hangpa pi tuang air ribena kat papan kekunci tu. Satu benda yang agak penting kalau hangpa ada anak kecil macam Mamu kat rumah. #truestory

Dalam kotak hangpa akan dapat papan kekunci, penutup plastik, manual, keycap puller, kekunci extra dan juga kabel USB ke Mini USB sepanjang lebih kurang 1.5m.

Kekunci ekstra dengan keycap puller.

Kabel USB ke Mini USB.

Manual pengguna yang hangpa jangan hilangkan pasal ada fungsi yang hangpa perlu guna ada dalam ni.

Jom kita tengok apa yang ada pada papan kekunci Leopold plak.

Papan kekunci ni mengguna skema warna putih & merah jambu dengan aksara bewarna merah jambu pada kekunci putih & aksara putih pada kekunci merah jambu. Kombinasi warna yang bagi Mamu memang menarik. Dengan binaan PBT double shot keycap, aksara pada kekunci tiada masalah untuk hilang bila hangpa gunakan untuk menaip untuk jangkamasa panjang.

Dari segi kualiti papan kekunci ni bagi Mamu papan kekunci ni dibina dengan utuh. Ia menggunakan binaan plastik keras dicampur dengan plet besi didalam sebagai tulang belakang papan kekunci. Ini membuatkan papan kekunci ni hampir tiada flexing macam sesetengah papan kekunci murah.

Untuk mengakses fungsi lain, kekunci yang ada fungsi khas telah dicetak pada kekunci & ini menyenangkan pengguna tanpa perlu mengingat kekunci mana perlu ditekan untuk menggunakan fungsi tersebut.

Suis yang digunakan untuk papan kekunci ni menggunakan suis berwarna coklat dari Cherry MX. Cherry MX merupakan pengeluar yang menghasilkan suis yang berkualiti tinggi. Suis coklat ni adalah antara gabungan suis biru dan suis merah. Hangpa boleh rujuk video dibawah perbezaan antara setiap jenis suis Cherry MX & kegunaan setiap jenis kekunci depa ada.

Stabilizer yang ada pada papan kekunci ni bagi Mamu agak bagus & selama Mamu pakai tiada masalah yang Mamu hadapi. Ada sesetengah papan kekunci bila tekan SpaceBar dia tak turun selari tapi masalah tu takdak kat Leopold FC660M PD.

Di belakang pula ada Mini USB port untuk menyalurkan kuasa pada papan kekunci ni. Bagi Mamu port jenis harus ditukarkan ke jenis port Type C. (Dah tahun 2021 dah kot. Harap pihak Leopold tukaq naa.)

Informasi tentang papan kekunci ni ada juga pada sebelah bawah seperti nombor model, nombor bahagian dan juga nombor serial papan kekunci.

Suis DIP ada fungsi khas. Suis ni hanya boleh diaktifkan bila papan kekunci tak dihidupkan. Ini membolehkan hangpa menukar susun atur kekunci tanpa memerlukan perisian atau menekan berturut-turut kekunci di papan kekunci. Cukup dengan aturan suis DIP di bahagian belakang untuk mengatur susun atur ideal hangpa. Dibawah Mamu sertakan fungsi depa.

Switches On Off
DIP 1 Ctrl & Caps Lock swap Normal Layout
DIP 2 Win Key and Alt swap Normal Layout
DIP 3 Win Key and FN swap Normal Layout
DIP 4 Windows Lock Windows On

 

Di bahagian bawah dia ada kaki getah untuk mengelakkan papan kekunci dari tergelincir diatas meja. Ini sedikit sebanyak menolong dari segi stabiliti. Di bawah Mamu sertakan gambar bila kaki getah tak dinaikkan dan setelah dinaikkan.

Leopold FC660M PD dengan tanda harga lebih kurang RM500 ini menawarkan rekabentuk papan kekunci yang premium & pengalaman menaip yang memuaskan bagi Mamu. Sekiranya hangpa mencari papan kekunci yang kelihatan profesional & mempunyai kualiti binaan yang kukuh & tahan lasak, inilah yang perlu dicari. Satu-satunya kelemahan yang bagi Mamu adalah kekurangan port USB-C dan laluan kabel dibawah papan kekunci.

Jika hangpa berkenan nak beli, hangpa boleh lawati pautan dibawah :

PCByte Lazada

PCByte Shopee

PCByte Instagram

PCByte Facebook

Sehingga kita bertemu lagi di ulasan lain, Mamu signing out!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

SoundPEATS TruEngine 3 SE : TWS Dwi Pemacu Yang Berbaloi Untuk Poket Anda

0

SoundPEATS adalah jenama fon telinga yang telah mencapai kemajuan yang besar sejak 2012. Truengine 3 SE adalah salah satu model mereka yang merupakan naik taraf dari model sebelum ini. Rekabentuk SoundPEATS dalam setiap model depa minimal dan cantik. Tetapi adakah TWS ini yang mereka hasilkan adalah yang terbaik? Hangpa akan mengetahui dalam ulasan ini yang Mamu akan tulis.

Sebelum itu, mari kita layan video unboxing dulu naa.

Spesifikasi 

Cip Bluetooth: QCC3020

Tahap Kalis Air: IPX5

Bluetooth: 5.0

Codec Audio: SBC, APTX

Julat Kerja: 33 kaki (10m)

Teknologi: BT5.0, HSP, HFP, A2DP, AVRCP

Bateri

Kapasiti Bateri: 500mAH (Casing)

Kapasiti Bateri: 55 * 2mAH (Earbud)

Masa Pengecasan: 2 jam

Masa Sedia: 150 jam

Masa Main: 30 jam

Pakej

Dimensi Produk: 0.8 * 0.84 * 1.03 inci

Berat barang: 1.72 auns

Berat Penghantaran: 4.19 auns

Apa Dalam Kotak

1 x SOUNDPEATS Truengine 3 SE Earbud

1 x Kabel Pengecasan

1 x Kotak Pengecasan

6 x Eartips yang Boleh Ditukar

Manual Pengguna

SoundPEATS menggunakan pendekatan agak minimal pada kotak TWS depa. Ada gambaran produk dan gambaq model menggunakan TWS tersebut.

Di sebelah kiri dan kanan kotak pula ada informasi tentang pengilang dan juga spesifikasi TWS hat Mamu dapat nih.

Bila hangpa buka kotak, hangpa akan disambut dgn TWS tu sendiri dan juga kotak simpanan TWS tu. Rekaletak yang straight to the point.

Walaupun kotak nampak kecil tapi ini yang ada dalam kotak tu. Barang yang hangpa bakal dapat adalah :

  • Kabel Type C
  • User Manual
  • Eartip spare
  • Comply TrueGrip Eartip
  • Manual Untuk Comply
  • Warranty Card

Rekabentuk kotak pengecasan menggunakan plastik yang disalut lapisan getah. Bagi Mamu ini bagus pasal hangpa takkan rasa licin pada kotak dia. Penggunaan jangka panjang mungkin getah ini akan haus gak.

Di tengah antara tempat penyimpanan TWS tu, ada lampu LED yang akan menunjukkan kuasa bateri kotak tersebut. Ada 4 lampu yang mewakilkan 25% untuk setiap lampu tersebut.

TWS dwi pemacu ini menggunakan rekabentuk lutsinar untuk melihatkan rekabentuk pemacu depa dalam TWS ini. Rekabentuk agak menarik bagi Mamu pasai ini adalah TWS pertama Mamu menggunakan rekabentuk serupa ni.

Kawalan sesentuh semua menggunakan kawasan logo berwarna gangsa dengan logo S. Bagi Mamu kawalan sesentuh untuk TWS ni cukup sensitif tapi tidak sampai ke tahap terlalu sensitif bila disentuh seperti sesetengah TWS yang Mamu pernah cuba.

Mamu dah pakai TWS ni dalam sebulan camtu. Selalu pakai masa bawak motor. Rekabentuk dia agak pelik sket. Bila time bawak motor, memang takdak rasa ear fatigue pasal TWS ni duduk rapat ke telinga. Masalah jadi bila korang pakai untuk bersukan atau aktiviti lasak. TWS nih boleh jatuh pasal sokongan kat telinga hanya pada earbuds dia tu ja.

Dari kualiti panggilan, Mamu takdak masalah dengar suara pemanggil dengan jelas tanpa ada bunyi gangguan dari bunyi persekitaran.

Dari segi audio kualiti, bagi Mamu TWS ni membawa satu kelainan dari TWS lain pasai dia pakai 2 pemacu yang menghasilkan bunyi untuk spektrum berbeza. Dibawah adalah lagu yang Mamu gunakan untuk mencuba hasil bunyi yang dihasilkan oleh TWS ni.

SoundPEATS TruEngine 3 SE mempunyai bass yang seimbang antara lembut dan kuat. Sub-bass dapat mencapai kedalaman yang mengagumkan tetapi lebih penting bassnya agak santai bagi Mamu.

Pendekatan santai ini ditarik lebih jauh ke frekuensi lain kecuali pada vokal wanita yang agak menonjol dan vokal lelaki yang bernada tinggi, kedua-dua mids dan highs menjadi agak rendah bagi Mamu. Nada mids juga tidak terkecuali terutama pada bunyi drum dan snare terdengar agak jauh.

‘Jauh’ bukan hanya bermaksud ‘lembut’ di dalam konteks ayat Mamu. SoundPEATS TruEngine 3 SE memaparkan soundstage yang mengagumkan dalam audio berkualiti tinggi Instrumen, vokal dan lapisan elektronik dapat kedengaran dengan jelas arah bunyi. Di kiri, kanan, di hadapan anda dan berdekatan dan jauh. Hangpa boleh meletak arah bunyi dengan tepat dan bunyi depa hasilkan tu terpisah antara satu sama lain.

Memandangkan mids agak lembut bagi Mamu, TruEngine 3 SE tidak memberikan banyak perincian dalam soundstage tapi ini memberikan hasil ruang, bass, mids yang seimbang dan vokal lebih banyak ruang. Lagu seperti Jason Derulo – Take You Dancing sebagai contoh memberi satu hasil yang agak menarik dari sudut audio dan suara Jason Derulo yang jelas.

Itu adalah sedikit sebanyak ulasan Mamu tentang SoundPEATS TruEngine 3 SE. Rasa macam nak beli? Hangpa boleh beli di pautan di bawah :

Lazada—>
Shopee—>

Sehingga bertemu lagi pada ulasan akan datang. Mamu signing out!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apple Music Bakal Menawarkan Penstriman HiFi

0

Strim muzik dengan kualiti HiFi ni memang bukan benda baru, tapi semacam sudah mula nak jadi standard wajib ada pada semua perkhidmatan penstriman muzik.

TIDAL sudah lama menggunakan kualiti HiFi pada lagu di platform mereka, dan paling menarik sekali mereka juga turut mempunyai kualiti ‘Master‘, iaitu audio berkualiti ‘asli’.

Baru-baru ini, Spotify ada mengumumkan bahawa plan Spotify HiFi akan ditawarkan lewat tahun 2021 ini. Pengguna Premium akan dapat menaik taraf akaun masing-masing, tetapi barangkali juga dengan harga ‘naik taraf’.

Dalam satu laporan baru oleh Hits Daily Double, Apple dikatakan akan memperkenalkan satu plan terbaru dengan audio berkualiti CD (lossless/HiFi) untuk bersaing dengan Spotify dan TIDAL.

Tapi satu perkara yang agak mengejutkan ialah tawaran plan baharu ini akan menggunakan harga lama iaitu $9.99, harga langganan bagi plan standard.

Dikatakan juga dalam kod iOS beta 14.6, terdapat baris yang merujuk kepada ‘lossless audio’, ‘high-quality stereo streaming’, dan ‘HiFi’ dalam aplikasi Apple Music.

Sumber: Hits Daily Double

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Menimbal (Buffer) Sepenuhnya Video Di YouTube

0

Bagi pengguna U Mobile, YouTube kebiasaannya dilayan dengan resolusi 480p (standard definition). Ini kerana kelajuan semasa tidak membenarkan video beresolusi HD dimainkan, melainkan kelajuan internet 6Mbps ke atas.

(Sebenarnya nak buat lawak menggunakan nama U Mobile, tapi bila fikir semula ada logiknya juga).

YouTube secara automatik akan menyelaraskan proses penampan/penimbalan atau dalam bahasa Inggerisnya – ‘buffer’ mengikut kepada kelajuan semasa internet anda. Jika kelajuan internet anda ‘semput’ maka proses penampan ini akan menjadi satu bentuk penyeksaan kerana asyik tersekat-sekat.

Dulu, penonton YouTube boleh menjeda video dan hanya perlu menanti sehingga video selesai dimuat turun untuk menikmati video tersebut. Tetapi sejak wujudnya Dynamic Adaptive Streaming over HTTP atau DASH Playback, perkara ini tidak lagi boleh dilakukan kerana DASH Playback akan hanya melakukan penampan dalam 30 saat ke hadapan sahaja. Selebihnya, video tersebut tidak akan ditampan/ditimbal dengan tujuan untuk menjimatkan jalur lebar.

Ketika ia mula-mula diperkenalkan, DASH Playback ini masih boleh dinyahaktifkan. Tetapi apabila YouTube semakin berevolusi, ia tidak lagi dapat ‘dibuang’ dari ciri pemain YouTube, lalu menyebabkan kesukaran kepada mereka yang masih menggunakan internet berkelajuan U Mobile (sekadar ber-punchline).

Jadi, bagaimana caranya jika anda masih hendak mainkan video setelah ia siap ditimbal?

Ada beberapa cara, dan cara paling mudah ialah dengan memuat turun sahaja video yang anda mahu. Tetapi kalau itulah yang dikongsikan di sini, lebih baik tidak perlu tulis sebarang artikel, kerana itu – semua orang pun tahu!

Cara paling mudah untuk memainkan video YouTube yang sudah siap ditimbal sepenuhnya, ialah dengan menggunakan satu skrip khas. Perlu diingatkan di sini, YouTube sentiasa berubah, dan skrip ini pun sudah lama. Anda boleh buat modifikasi skrip ini sendiri sesuai mengikut apa yang anda mahu.

Setakat yang saya cuba, adakalanya menjadi (buffer 100%), dan adakalanya tidak. Tetapi tidak salah kita mencuba, kerana hanya dengan mencuba kita dapat tahu sejauhmana berkesannya sesuatu tips diberi.

Tetapi sebelum itu, sila pastikan cache pelayar web anda adalah cukup besar untuk menampung saiz cache video.

Untuk Chrome (dan semua pelayar berasaskan Chromium), tambahkan –disk-cache-size=2147483647 di belakang pintasannya.

Untuk Firefox pula, taipkan about:config dalam bar URL dan tekan Enter. Tekan butang ‘Accept the Risk and Continue’.

Buat carian kepada browser.cache.disk.smart_size.enabled. Tukar nilainya kepada false.

Mulai semula Firefox. Cari pula browser.cache.disk.capacity. Tukar nilainya kepada nilai maksimum yang dibenarkan oleh Firefox iaitu 2147483647.

Selesai. Sekarang, salin kod ‘Youtube Pause and full buffer’ di sini: Pastebin.com.

Buka mana-mana video di YouTube yang anda mahu. Kemudian, buka console (F12 > Console).

Tampal kod yang disalin ke dalam console. Pastikan video dijeda terlebih dahulu.

Apa yang kod ini akan lakukan ialah ia akan menggerakkan cursor pemain video sedikit demi sedikit sehingga habis video ditimbalkan. Setelah itu, ia akan mengembalikan cursor kepada permulaan video. Anda hanya perlu tekankan butang main sahaja.

Berikut adalah bukti video yang saya siap timbalkan sepenuhnya.

Perlu diingatkan, ia tidak sentiasa menjadi. Anda bolehlah membuat eksperimen sendiri dengan mengubah beberapa nilai dalam kod sehingga penimbalan dapat dilakukan dengan sempurna. Maklumlah, kod ini pun sudah lama.

Selamat mencuba.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Warner Bros Yang Tiada Otak

0

Mengekek abam gelak tengok trailer Justice League (2017) yang diarah semula oleh Joss Whedon dihujani dengan dislike.

Eksekutif Warner Bros (WB) ni makan kerengga ke sampai tak boleh berfikir yang majoriti penonton tak mahukan versi ‘Josstice League‘ sebagai canon? Apatah lagi ingin menggantikan Henry Cavill sebagai Superman dengan seorang Superman berkulit hitam

Semuanya ‘diluahkan’ oleh peminat Zack Snyder hanya melalui butang dislike, kerana itu sahaja termampu apabila masing-masing cuba membutakan mata dan memekakkan telinga.

Setakat screenshot yang abam baru ambil tadi, sudah ada 42 ribu dislikes berbanding 2.8k likes di YouTube. Itu belum diambil kira ‘ribut’ yang sedang melanda warga Twitter, dan sekarang baru perlahan-lahan mula masuk ke Facebook.

Sekiranya ini berterusan, tidak mustahil WB sedang menempah kubur sendiri apabila terlalu sibuk hendak cuba menukar DC menjadi Marvel.

Hey WB, what does WB stands for? Without Brains?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

FluBot: Malware Android Pencuri Kata Laluan

0

Sewaktu Windows sedang meningkat naik jumlah penggunanya selepas ia berakhir dalam setiap komputer sebagai sistem operasi wajib, antara perkara lain yang juga semakin bertambah jumlahnya ialah virus komputer. Dari Windows kita mula mengenai worm, trojan, keylogger, dan sebagainya lagi.

Begitulah halnya yang sedang berlaku dalam universe Android. Apabila sistem operasi ini semakin bertambah bilangan penggunanya, tidaklah menghairankan apabila ia mula menjadi sasaran penjenayah siber dalam usaha mereka untuk mendapatkan keuntungan mudah.

FluBot merupakan varian terbaru malware Android yang direka untuk mencuri maklumat peribadi seperti perincian bank dan kata laluan. Apa yang lebih menakutkan, ia dapat disebar menerusi senarai kenalan pengguna.

Ia merebak melalui pautan phishing, yang pertamanya menyamar sebagai mesej teks dari syarikat kurier, dan kedua ia meminta pengguna untuk mengklik pada satu pautan untuk menjejak penghantaran barang.

Sebaik sahaja pautan diklik, FluBot akan melancarkan fail yang perlu dipasang oleh mangsa, kononnya sebagai medium untuk membuat penjejakan bungkusan. Seperti biasa, apabila ia dipasang oleh mangsa, mereka mendapati ia bukanlah aplikasi penjejakan sebaliknya merupakan malware pencuri informasi.

Apabila ia sudah berada dalam telefon, seterusnya FluBot akan memperoleh akses terhadap senarai kenalan, lalu ia menghantar mesej ke kenalan lain untuk mengembangkan lagi jumlah jangkitan.

Kemudian dalam masa yang sama, FluBot mencuri informasi sulit seperti maklumat bank, kata laluan, kenalan, perincian akaun virtual, dan menggunakan maklumat tersebut untuk memberi ancaman kepada mangsa.

Untuk mendapatkan panduan bagaimana cara bagi mengenalpasti dan membuang malware FluBot ini, Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) UK telah mengeluarkan panduan keselamatan yang boleh dibaca di sini: NSC UK

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Individu Dipenjara Kerana Menjual Akaun Curi Netflix Dan Spotify

0

Abam biasa juga gi usya Shopee dan buat carian akaun servis penstriman untuk melihat dan membuat tinjauan. Apa yang kelakar, ramai juga penjual yang memasarkan akaun murahan dengan kata kunci ‘lifetime‘.

Siapa bayor untuk engko lifetime tu? Perdana menteri Uruguay?

Lebih tambah kelakar, tulis ‘lifetime’, tapi diberi ‘waranti’ sekiranya tidak dapat login, akan diganti dengan akaun baru.

Apa ni?

Kalau dah namanya lifetime, atau bahasa Melayunya ‘seumur hidup’, kenapa tak dapat login pula nanti? Melainkan itu akaun;

  1. Curi.
  2. Datang dari leaked database.
  3. Hacked.

Harga yang ditetapkan pun biasanya murah sangat. Bawah RM10. Amboi amboi amboi. Tiada istilah seumur hidup ya untuk akaun penstriman. Bahkan iflix pun minta RM10 sebulan, inikan pula yang ada menyenaraikan filem-filem dari DC dan Marvel.

Itu belum lagi disebut ‘pakej’. Siap VPN pun diberi. Mana datangnya akaun VPN tu kalau bukan…?

  1. Curi.
  2. Leaked database.
  3. Akaun sah yang menggunakan kod promo, akaun percubaan, atau akaun sendiri (ini sahaja yang OK).

Paling, paling, paling tak tahan, jual modded apk, promosikan sebagai ‘lifetime account‘. Kreatif betul orang kita dalam cubaan menjual ni.

Kembali ke berita utama yang berkaitan dengan perkara ini, seorang lelaki yang menjalankan sebuah laman web, yang menempatkan segala jenis akaun penstriman curi, antaranya seperti Netflix, Spotify, Amazon Prime, HBO, Xbox Live, dan EA Origin telah dijatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan di Australia.

(Fuhhh, seller Malaysia mesti lega serta-merta ni).

Lelaki berusia 23 tahun itu menjalankan WickedGen, HyperGen, Autoflix dan AccountBot. Menurut pihak polis, ia membolehkan pelanggan menghindari langkah perlindungan teknologi yang dilaksanakan oleh perkhidmatan rasmi.

Apa sebenarnya yang dibuat oleh individu tersebut?

Beliau menjalankan laman web ‘Premium Account Generator‘, yang menjual akses ke akaun-akaun servis penstriman secara pukal pada harga yang murah.

Sebagai contoh, dengan hanya beberapa dolar setahun, laman web WickedGen menyediakan log masuk ke pelbagai platform seperti Netflix, Amazon, Hulu, HBO Now, Crunchyroll, DIRECTV/Now, CBS All Access, dan Funimation.

Anda mahu sukan? Pun ada juga, dari log masuk ke BT Sports, MLB.TV, NBA League Pass, NFL Game Pass, UFC Fight Pass, dan WWE Network. Anda mahukan servis penstriman untuk muzik? Ada Spotify, Deezer, TIDAL, dan sebagainya lagi.

Tetapi, jangan ingat pihak berkuasa hanya mendiamkan diri. Bermula dari tahun 2018, FBI menjalankan siasatan terhadap laman WickedGen dan pada bulan Mei tahun yang sama, mereka merujuk kes tersebut kepada pihak berkuasa Australia.

Siasatan jenayah siber dilancarkan oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) dan pada tahun 2019 seorang lelaki dari Sydney ditangkap kerana disyaki menjadi pengendali WickedGen dan tiga perkhidmatan lain yang serupa iaitu HyperGen, Autoflix dan AccountBot.

Bagaimana cara beliau melakukannya?

Perincian akaun disahkan melalui proses pemadanan kelayakan (credential stuffing), yang membolehkan senarai nama pengguna, alamat e-mel dan kata laluan yang sebelumnya dicuri atau dibocorkan untuk digunakan semula dan dijual pula kepada orang lain yang ingin menikmati akses tanpa kebenaran pemilik akaun.

Masyuk ke tidak bisnes ni? Masyuk la tuan-tuan.

Beliau berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 152,863 pengguna berdaftar dan memberikan sekurang-kurangnya 85,925 langganan untuk mengakses perkhidmatan penstriman yang sah secara haram.

Polis mengatakan bahawa lelaki Sydney yang kini berusia 23 tahun itu telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan Jumaat lalu, dan dijatuhkan melalui Perintah Pembetulan Intensif (ICO).

ICO adalah hukuman mahkamah yang dijatuhkan di luar penjara di bawah pengawasan ketat dan merupakan hukuman paling serius yang boleh dijatuhkan kepada pesalah. Lelaki itu juga diperintahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 21.04: Rilisan Yang Matang!

0

Walaupun kali ini ialah antara rilisan Ubuntu yang bolehlah dikatakan sebagai ‘boring‘, tetapi apabila dilihat dari sudut lain, ia merupakan versi yang stabil, pantas, dan boleh dikatakan bebas dari ralat.

Mungkin pada sesetengah orang, mereka tidak merasakan sebarang bibit bunga-bunga cinta untuk mencubanya.
Bagi abam pula, cukuplah dengan fakta bahawa ia menggunakan kernel Linux 5.11, menggunakan Wayland secara default, dan ada tema gelap yang lebih gelap lagi berbanding sebelumnya – menjadikan Ubuntu 21.04 dengan pantas berada dalam SSD.
Ia masih lagi bersandar pada GNOME 3.38, dan bukan GNOME 40. Pun begitu, korang kena cuba, sebab serius cakap – ianya laju!

Muat turun: Ubuntu

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

YouTube Memperkenalkan Tetapan Baru Untuk Kualiti Video Di Telefon

0

YouTube dah ada settings baru untuk tukar tetapan resolusi video gais.

Tetapan yang ada kali ni agak advance, cuma pada abam lebih elok kalau tetapan yang kita pilih tu, kekal untuk semua video.

Bila kita mainkan video lain, tetapan akan kembali ke auto. Hmmm.

Ada pilihan Auto yang akan menukar resolusi video mengikut kelajuan internet semasa. Kemudian ada pilihan ‘Higher picture quality’, untuk biarkan YouTube menukar ke resolusi tinggi, tetapi masih juga mengikuti kelajuan internet anda.

Kemudian ada pilihan Data saver, untuk mereka yang gunakan plan data mobil bajet. Akhir sekali ada pilihan Advanced, untuk memilih sendiri resolusi yang kita ingini (force).

Kemaskini aplikasi masing-masing untuk dapatkan pilihan tetapan baru ni. Tapi kalau korang pakai U Mobile elok la buat auto je. Nak force ke 1080p pun buat apa kalau buffer.

Ehh.

Update: Abam ada up gambar baru – ada rupanya setting auto force high resolution untuk setiap video.

Option baru ni boleh dicari dalam Settings – Video quality preferences.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline