Berikut merupakan antara perkongsian pembaca kami yang telah menerima telefon pintar untuk pakej Jaringan Prihatin mereka daripada telco Yes.
Paparan IPS 5.0 inci
Pemproses empat teras 1.3GHz
Android 10 Go Edition
RAM 1GB
Storan 8GB (dengan sokongan kad SD mikro)
Kamera 8MP
Bateri berkapasiti 2000mAh
Seingat abam la, spesifikasi macam ni, buat main-main waktu zaman Lenovo baru nak naik lebih kurang tahun 2014 dulu boleh la.
Telefon macam ni, abam rasa dijadikan sebagai modem – ok. Ubah sebagai CCTV – ok. Buat sebagai telefon kedua – boleh garu kepala sebab bateri cepat habis.
Harga pokok dari RM199, masih berbaki RM101 yang terus masuk ke kocek telco Yes.
Telco lain pun tak buat perangai macam ni. Telefon dengan spesifikasi sebegini, tak kan lah sampai RM199? Buat pula jenama sendiri, beli pukal lagi dengan kilang.
Ini bukan nak membantu rakyat marhaen. Banyak lagi cara nak cari keuntungan, contohnya tawarkan plan yang betul-betul berbaloi sehingga ramai orang tertarik untuk melanggan.
Kalau ada satu ciri pada iOS yang abam harap sangat akan diimplimentasi ke dalam Android, ialah App Tracking Transparency.
Apa Itu App Tracking Transparency?
Ia merupakan satu ciri baharu pada iOS, iPadOS, dan tvOS 14.5 yang memerlukan aplikasi untuk meminta kebenaran terlebih dahulu dari pengguna, sekiranya ia mahu membuat penjejakan atau tracking, terhadap aktiviti pengguna di sepanjang pelbagai aplikasi dan laman web oleh syarikat lain.
Setiap peranti Apple mempunyai nombor unik digelar sebagai ‘advertising identifier‘ yang boleh digunakan untuk melabel peranti secara unik untuk tujuan iklan bersasar.
Dengan menghubungkan nombor ini dengan maklumat lain, pembangun aplikasi dapat membuat catatan terperinci mengenai bagaimana anda menggunakan iPhone atau iPad, termasuk dalam aplikasi lain dan di seluruh web.
Kerangka AppTrackingTransparency perlu digunakan oleh semua aplikasi selepas selesai pemasangan iOS 14.5 apabila aplikasi tersebut mahu menjejak aktiviti anda – di luar aplikasi rasmi syarikat terbabit.
Sebagai contoh mudah, Facebook memiliki aplikasi Facebook (duh), Messenger, Instagram, dan WhatsApp. Atas sebab ini, Facebook dibenarkan untuk membuat penjejakan ke atas semua aplikasi mereka tanpa perlukan sebarang kebenaran.
Tetapi, sebaik sahaja mereka mahu tahu bagaimana anda berinteraksi dengan aplikasi dari syarikat lain, atau mahu tahu laman web apa yang anda sering lawati, Facebook perlu meminta kebenaran anda dahulu.
Telco dan penipuan plan – apa lagi benda baru yang kita boleh baca?
Ada. Jangan tak tahu, di kala semuanya nampak tenang, pasti ada yang berfikir untuk mengaut untung lebih bagi diri sendiri.
Telco Yes ialah salah satu dari pihak yang cuba mengaut keuntungan. Abam ada menerima mesej dari beberapa rakan yang telah merasakan diri mereka ditipu apabila mereka ‘tersekat’ dengan telefon yang ditawarkan untuk plan Learn From Home, yang kemudiannya diubah kepada Jaringan Prihatin.
Isunya, sebelum pengumuman plan Jaringan Prihatin (JP) oleh kerajaan, Yes pada awal sudah menghantar SMS kepada pengguna untuk mendaftar sebagai penerima telefon dan data percuma dalam plan Learn From Home (LFH). Telefon ini tidak dapat dipilih atau ditukar modelnya.
Sebaik JP diumumkan, Yes dengan serta-merta menukar pakej LFH menjadi JP.
Kebanyakan pengguna berasa tidak puas hati dan tertipu kerana pakej RM300 dari program JP diberi untuk mereka yang layak, dan pengguna berpeluang memilih pakej telefon dari telco mana yang disukai.
Tetapi untuk pengguna Yes yang sudah menekan pautan LFH, mereka sudah tidak lagi layak memohon untuk JP, dan ini bererti apa jua model telefon diberi untuk program bantuan LFH secara automatik menjadi telefon untuk JP.
Rungutan pengguna yang berkongsi informasi mengatakan jika dipilih plan dari telco lain, mereka boleh mendapat varian telefon yang lebih baik meskipun perlu keluarkan sedikit modal. Telefon yang diberi dalam plan Yes dikatakan model murah dengan nama Altitude 3, berharga bawah RM300 yang agak mengecewakan. Terutamanya dari segi jangka hayat kuasa bateri dan spesifikasi memori dengan 1GB RAM dan 8GB memori storan dalaman?!
Abam berharap SKMM, SPRM, dan pihak berkuasa lain yang berkaitan bolehlah buat siasatan akan manipulasi oleh telco Yes ini.
Tidak mustahil di masa akan datang, Yes tergamak menipu lagi asalkan bantuan diberi kerajaan dapat masuk ke poket sendiri.
Biasanya saya bukan jenis yang terlalu gemar memuat turun sesuatu, terutamanya yang dihoskan dalam laman seperti uptobox, uploaded.to, mediafire, dan sebagainya lagi. Pada saya, adalah lebih baik muat turun di laman web rasmi sesuatu aplikasi itu sendiri.
Tetapi saya mendapati Debrid-Link bukan sahaja dapat menukar pautan laman pengehos kepada pautan muat turun premium, tetapi ia juga dapat menukar torrent menjadi pautan muat turun terus.
Oleh itu, dari membuang masa, mari kita lihat apa kelebihan lain untuk Debrid-Link ini.
Dengan Debrid-Link, anda boleh memuat turun fail dari laman pengehos fail, atau menukarnya menjadi pengehos video untuk strim video berkenaan secara terus. Terdapat sebanyak 175 laman yang disokong.
Selain itu, apa yang menyebabkan saya tertarik untuk melanggan perkhidmatan web ini ialah fungsi seedbox-nya. Anda boleh muat naik fail .torrent atau salin dan tampal pautan magnet pada ruangan disediakan. Debrid-Link akan muat turun fail anda secara automatik dan akan berterusan ‘seed’ fail tersebut.
Fail torrent ini akan disimpan selama 21 hari.
Paling penting, anda boleh gunakan fungsi ‘Downloader’ dan ‘Seedbox’ dengan hanya satu akaun sahaja. Harga langganan untuk akaun Premium pula amatlah mampu dibayar. Hanya 3 Euro (lebih kurang RM15) untuk 15 hari, 4 Euro (lebih kurang RM20) untuk 30 hari, 9 Euro (lebih kurang RM45) untuk 90 hari, dan 16 Euro (lebih kurang RM81) untuk 180 hari.
Jika anda berkongsi dengan kawan-kawan yang lain, anda bolehlah berjimat dan langgan sahaja plan 180 hari tersebut.
Setakat ini, saya sendiri menggunakan Debrid-Link bersama extension rasmi untuk Microsoft Edge. Lebih mudah melihat perkembangan semasa fail yang sedang dimuat turun tanpa perlu membuka laman Debrid-Link.
Terdapat 3 laman pengehos yang diberi kepada pengguna akaun percuma iaitu Soundcloud, Uploaded, dan YouTube. Manakala untuk muat turun fail pula, 5GB dan 1 pautan torrent diberikan per hari (30 torrent per 30 hari). Untuk Downloader, setiap had laman pengehos adalah berbeza. Anda perlu periksa sendiri di ruangannya.
Jika anda hendak cuba, bolehlah terus ke pautan ini: Debrid-Link.
Memang terbaik, dan pilihan laman Debrid kali ini ialah antara yang paling saya berpuas hati. Harapnya anda juga akan turut sama terasa puas menggunakannya.
Well Signal, welcome to ‘The Facebook Banned Club.’
Signal dalam satu kempen pengiklanan sebelum ini cuba menjalankan ‘iklan jujur’ yang memaparkan bagaimana Facebook menggunakan data dikumpul mengenai diri pengguna untuk mencipta iklan bersasar.
Disebabkan itu, akaun pengiklanan Signal disekat dari terus dapat digunakan oleh pihak pentadbir.
Iklan-iklan tersebut menyatakan demografik pengguna yang disasar, dengan tujuan untuk menunjukkan kesemua data peribadi yang dihimpun, dikumpul bersama, lalu dijual oleh Facebook untuk membenarkan penggunanya disasar dengan tepat oleh pengiklan.
Signal juga menyatakan bahawa cara kebanyakan perkara dalam internet berfungsi hari ini akan dianggap tidak dapat ditoleransi jika diterjemahkan ke dalam analog dunia nyata yang dapat difahami, tetapi ia dapat kekal bertahan kerana tidak dapat dilihat dengan jelas.
Disebabkan itu, Signal cuba membocorkan apa yang tidak kelihatan ini, kerana menurut mereka kini sudah mungkin untuk pengguna dapat melihat ‘serpihan kebenaran’ menerusi iklan yang mereka tunjukkan.
Facebook tidak suka dengan kejujuran ini, lalu akaun pengiklanan Signal tidak lagi dapat diakses dan dijalankan kerana dinyahaktif tanpa bicara.
Peranti MECOOL dari dulu duk ada masalah dengan Widevine. Tapi itu dulu. Kini tidak lagi. Model terbaru iaitu MECOOL KM2 2021 menjadi pesaing kepada Mi Box S, Tivo Stream 4K, dan Strong LEAP-S1, dalam nicheAndroid TV Box bajet.
Apa yang lebih menarik berbanding model sebelumnya?
Kali ini, Android TV Box MECOOL KM2 disertakan bersama sistem operasi Android TV 10, Chromecast terbina dalaman, sokongan Google Assistant, 4K HDR, YouTube dengan resolusi 4K, dan sebagainya lagi.
Paling ‘two thumbs up‘, ia turut menyediakan Netflix versi TV yang menyokong penstriman 4K!
Antara spesifikasinya ialah:
CPU: Amlogic S905X2-B
GPU: Mali G31
Memori: 2GB LPDDR4 RAM
Saiz storan: 8GB
Sambungan Rangkaian: Dual Band Wifi AC/2T2R
Bluetooth: Bluetooth 4.2
Ethernet Port/USB 2.0 Type A/USB 3.0 Type A, slot kad macro SD
Android TV OS v10
Google Assistant/Chromecast
HDMI v2.1
Menyokong 4K HDR @ 60fps
Menyokong HDR10+
5.1 audio/Dolby Digital/Digital+
Kawalan jauh suara melalui Bluetooth
Widevine L1, Playready 3000
Harganya ialah $76.99USD atau RM317.16 (direct convert). Pembelian boleh dibuat di pautan ini : Mecool TV
*Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan coupon code ini:
Pada ketika ini, survival ialah perkataan yang lebih tepat ditujukan buat Huawei. Mereka sudah kehilangan akses kepada servis Google dan juga pasaran AS.
Salah satu dari jalan survival atau kelangsungan jangka hayat (bisnes) Huawei ialah HarmonyOS, iaitu sistem operasi tersuai berasaskan Android. Jangan tak tahu, bahawa suatu ketika dulu Huawei mengatakan bahawa Harmony a.k.a HongmengOS ini dicipta dari awal rangkaan (created from scratch) dan bukan ‘fork‘ kepada mana-mana sistem operasi.
Tetapi yang lucunya antara unsur yang dibuang dari HarmonyOS selepas penjenamaan semula ini ialah perkataan ‘Powered by Android‘ pada boot screen.
Seterusnya, seorang tipster dari Weibo berkongsi maklumat lain mengenai HarmonyOS, iaitu versi terbaru developer beta menunjukkan sistem operasi itu menyokong Google Mobile Services (GMS).
Sesetengah pengguna yang sudah selesai mengemaskini HarmonyOS memberitahu tentang betapa lancarnya sistem operasi itu berbanding Android.
Menurut Wang Chenglu, Presiden Jabatan Kejuruteraan Perisian Kumpulan Pengguna Pelanggan Huawei dan Pengarah Unit Perniagaan Perisikan AI dan Semua Senario, HarmonyOS akan tersedia untuk pengguna awam mulai bulan Jun tahun ini (nama pangkat dia mencungap nak sebut senafas).
Cuma sepertimana yang kita tahu, ‘sideloaded‘ Play Store memang dapat berfungsi pada custom ROM, tetapi kita maklum akan situasi Huawei dan semestinya peranti syarikat ini bukan lagi ‘Certified by Google‘.
Di China, TV mereka lebih maju lagi dari jenama negara lain. Biasanya penonton yang akan menonton TV, tetapi China sebaliknya pula berlaku.
Seorang pengguna televisyen pintar jenama Skyworth berkongsi penemuan beliau di forum V2EX pada minggu lepas. Beliau pada awalnya merasakan TV tersebut menjadi semakin perlahan dan kemudian cuba membuat analisis sendiri untuk mencari puncanya.
Beliau memperincikan bahawa televisyen digunakan telah membuat imbasan data setiap 10 minit dan mengumpulkan maklumat seperti nama rangkaian WiFi, alamat IP pengguna, nama peranti, kelewatan rangkaian, dan juga nama rangkaian WiFi berhampiran!
Individu itu mendapati terdapat satu komponen dalam sistem operasi TV bernama ‘GoZheng Data Service‘.
Sistem operasi digunakan ialah berasaskan Android, dan dapatan kajiannya menunjukkan bahawa TV berkenaan melakukan imbasan ke setiap peranti yang terhubung setiap 10 minit, dan menghantar kembali paket dengan data hostname, MAC, alamat IP, dan kelewatan masa rangkaian. Ia juga turut mengimbas nama SSID WiFI berdekatan, dan menghantar pakej beserta alamat MAC ke domain gz-data.com.
Kesemua data tersebut dikumpul dan dihantar kepada firma Gozen Data, iaitu syarikat data analisis yang mengumpul data tontonan TV. Laman web Gozen Data menyatakan bahawa perkhidmatan pengumpulan datanya beroperasi di 149 juta isi rumah, 140 juta TV pintar dan merangkumi 457 juta penduduk China. Firma ini telah bekerjasama dengan pengeluar TV pintar sejak tahun 2014.
Abam buka Google Discover dan ternampak iklan dari Astro. Bila diklik, rupa-rupanya ialah iklan untuk pelancaran Disney+ Hotstar dengan countdown timer menunjukkan 27 hari lagi.
Kalau dibuka pada URL hotstar.com/my, tarikh pelancaran menunjukkan 1 Jun, dengan harga langganan adalah sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan, bererti anda bayar RM18.30 untuk sebulan tempoh penggunaan.
Apa yang ada dalam Disney+ Hotstar? Anda boleh strim filem-filem dan dokumentari kegemaran dari Disney, Star Wars, Pixar, Marvel, NationalGeographic, dan filem-filem Melayu yang pecah panggung.
Pada abam andai kata kerjasama antara Astro dan Disney ini membuahkan hasil yang baik, contohnya harga langganan yang memuaskan hati, kali ini kita bolehlah beri peluang kepada mereka untuk membuktikan bahawa dunia masa depan adalah dunia penstriman, dan mereka perlu menjadi sebahagian darinya.
Sebelum ini Astro telah berganding bahu bersama HBO Asia dengan hadirnya HBO GO untuk rakyat Malaysia. Harga langganan sebulan untuk HBO GO ialah RM34.90.
Leopold merupakan pengeluar papan kekunci dari Korea yang telah lama berkecimpung dalam pasaran papan kekunci mekanikal. Kali ni Mamu dengan kolaborasi dari PCByte akan mengulas papan kekunci Leopold FC750R PD.
Sebelum Mamu mengulas lanjut, mai kita tengok video yang Mamu telah siapkan untuk hangpa tonton.
Seperti yang Mamu pernah ulas Leopold FC660M PD kat sini, kotak pembungkusan depa biasanya akan mengikut tema warna papan kekunci itu sendri. Hatni Mamu dapat variasi warna merah & biru dengan warna kekunci putih.
Ciri-ciri pada papan kekunci ni adalah lebih kurang sama dengan papan kekunci yang Mamu pernah ulas sebelum ini dengan ciri kekunci 1.5mm PBT dengan double shot keycap. Ia juga mengekalkan ciri pad penyerap bunyi untuk pengalaman menaip yang lebih padu & senyap tiap kali hangpa menekan papan kekunci ni.
Di belakang kotak pula, tertulis spesifikasi papan kekunci ni. Suis Cherry MX menjadi pemacu untuk papan kekunci kali nih. Mari kita tengok spesifikasi papan kekunci hatni dengan lebih dekat. Hat dalam gambaq tu agak halus nak baca kan?
Papan kekunci ni ada dalam 2 variasi iaitu Korean & English. (Peminat K-Pop mesti ambil variasi Korean kan kan kan?)
Ia juga didatangi dengan dua jenis suis iaitu Cherry MX dan Star. (tak pernah dengaq lagi suis jenama Star. Kena buat research nanti) Papan kekunci yang Mamu dapat menggunakan suis Silent Red. Kalau suis Red bagi hangpa dah senyap, hatni lagi senyap dari hat tu. Seriously I tell you gais!
Bila hangpa buka kotak, hangpa akan disambut dengan papan kekunci Leopold FC750R PD dalam bungkusan plastik ditutup dengan plastik keras untuk menjaga papan kekunci ni. Salah satu ciri yang Mamu suka. Bila tak pakai, boleh tutup dari ancaman anak-anak kat rumah.
Dalam kotak hangpa akan dapat :
Papan kekunci
Penutup plastik keras
Keycap puller
Extra keycap
USB to MiniUSB sepanjang lebih kurang 1.5m
Manual pengguna
USB to PS2 Adapter
Keycap ekstra untuk Capslock, Esc dan juga Ctrl. Keycap puller & USB to PS2 adapter juga disertakan untuk hangpa.
Kabel USB to MiniUSB sepanjang 1.5m disertakan sekali. Takdak ni lagu mana hangpa nak pakai papan kekunci nih kan?
Manual pengguna yang rata-rata pembeli akan campak saja dalam kotak tanpa membaca sekali lalu pun.
Material yang digunakan Leopold FC750R PD menggunakan plastik PBT bahkan kekunci juga dihasilkan dengan teknologi PBT Doubleshot, menjadikan aksara pada papan kekunci sangat tahan lama & hampir tidak berisiko tercalar ketika digunakan.
Leopold FC750R PD tiada masalah flexing masa Mamu cuba membengkokkan papan kekunci ni dan beratnya yang mencapai 1KG sedikit sebanyak menolong dari segi kekukuhan papan kekunci ni. Sesuai untuk hangpa yang jenis pahlawan kekunci tu.
Papan ini mempunyai reka bentuk industri yang sangat minimalis dengan sudut tajam, kotak dan sedikit meruncing dari atas ke bawah.
Tidak seperti banyak papan kekunci moden yang menggunakan rekabentuk terapung untuk susun atur aksara, Leopold tidak mempunyai penutup suis yang terdedah & ini sedikit sebanyak menghalang habuk dari masuk ke dalam papan kekunci tersebut.
Selain mengurangkan warna dari luntur dengan cepat, papan kekunci diperbuat daripada plastik PBT ini tahan terhadap habuk & peluh, menjadikan papan kekunci sentiasa dalam keadaan bersih tanpa “glossy”, “dusty” atau “frayed”. Memang sesuai untuk hangpa hat jenis macam Mamu bila taip lama-lama jari akan mula berpeluh.
Kualiti binaan papan kekunci ni bagi Mamu sangat memuaskan. Suis Cherry MX Silent Red digabungkan pada plat keluli yang kukuh di dalam kotak plastik yang pekat dan tahan lama menjadikan papan kekunci terasa padu.
Digabungkan pula dengan pad penyerap bunyi, pengalaman menaip pada papan kekunci ni membuatkan hangpa selesa menaip walaupun untuk tempoh masa yang lama. Stabilizers pada papan kekunci ni seperti Leopold sebelum ni yang Mamu ulas, memang antara yang baik dari segi kualiti.
Papan kekunci ni menggunakan MiniUSB sebagai punca kuasa dia. Macam Mamu cakap sebelum nih kalau boleh pakai port Type C untuk kesejahteraan sejagat. Type C is the future & the future is now – Rip Trippers
Seperti mana hangpa sedia maklum, suis DIP boleh dikatakan ciri standard pada papan kekunci Leopold. Dibawah Mamu sertakan fungsi setiap suis DIP untuk kegunaan hangpa.
Satu ciri yang Mamu berkenan adalah port dia kat tengah dan ada alur laluan kabel untuk hangpa selitkan. Hangpa nak laluan tengah,kiri ataupun kanan takdak masalah. Takdak la hangpa terikat pada satu laluan ja macam sesetengah papan kekunci dalam pasaran.
Papan kekunci ini juga dilengkapi dengan kaki getah boleh laras. Hangpa boleh laras ikut kesesuaian menaip hangpa.
Sebagai kesimpulan jika hangpa memerlukan papan kekunci berprestasi tinggi dan berwarna-warni, Leopold FC750R PD adalah pilihan yang tepat. Papan kekunci mekanikal ini sangat sesuai untuk kerja pejabat.
Masa menyunting teks menggunakan papan kekunci ni hangpa terasa sangat solid pada setiap ketukan aksara & bunyi yang senyap membuat hangpa rasa fokus. Rasa ketika bermain permainan komputer hangpa, Leopold FC750R PD dengan tanda harga RM 525 terbukti tidak menghampakan.
Walau bagaimanapun, Leopold FC750R PD takkan dapat memuaskan pengguna hat suka memilih suis tertentu dan nak lampu lip-lap yang berwarna-warni ala kedai tomyam. Bagi hangpa yang memerlukan sesuatu yang praktikal, Leopold FC750R PD akan menjadi pilihan yang tepat buat hangpa.
Mana nak beli? Bawah ni Mamu sertakan pautan untuk hangpa sekali :