Anda Yakin Anda Sedang Tonton TV, Dan Bukan TV Yang Tonton Anda?

Di China, TV mereka lebih maju lagi dari jenama negara lain. Biasanya penonton yang akan menonton TV, tetapi China sebaliknya pula berlaku.

Seorang pengguna televisyen pintar jenama Skyworth berkongsi penemuan beliau di forum V2EX pada minggu lepas. Beliau pada awalnya merasakan TV tersebut menjadi semakin perlahan dan kemudian cuba membuat analisis sendiri untuk mencari puncanya.

Beliau memperincikan bahawa televisyen digunakan telah membuat imbasan data setiap 10 minit dan mengumpulkan maklumat seperti nama rangkaian WiFi, alamat IP pengguna, nama peranti, kelewatan rangkaian, dan juga nama rangkaian WiFi berhampiran!

Individu itu mendapati terdapat satu komponen dalam sistem operasi TV bernama ‘GoZheng Data Service‘.

Sistem operasi digunakan ialah berasaskan Android, dan dapatan kajiannya menunjukkan bahawa TV berkenaan melakukan imbasan ke setiap peranti yang terhubung setiap 10 minit, dan menghantar kembali paket dengan data hostname, MAC, alamat IP, dan kelewatan masa rangkaian. Ia juga turut mengimbas nama SSID WiFI berdekatan, dan menghantar pakej beserta alamat MAC ke domain gz-data.com.

Kesemua data tersebut dikumpul dan dihantar kepada firma Gozen Data, iaitu syarikat data analisis yang mengumpul data tontonan TV. Laman web Gozen Data menyatakan bahawa perkhidmatan pengumpulan datanya beroperasi di 149 juta isi rumah, 140 juta TV pintar dan merangkumi 457 juta penduduk China. Firma ini telah bekerjasama dengan pengeluar TV pintar sejak tahun 2014.

Ada pengguna TV Skyworth tak dekat sini?

Sumber: v2ex.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x