Versi Akan Datang HarmonyOS Boleh Menjalankan GMS

Pada ketika ini, survival ialah perkataan yang lebih tepat ditujukan buat Huawei. Mereka sudah kehilangan akses kepada servis Google dan juga pasaran AS.

Salah satu dari jalan survival atau kelangsungan jangka hayat (bisnes) Huawei ialah HarmonyOS, iaitu sistem operasi tersuai berasaskan Android. Jangan tak tahu, bahawa suatu ketika dulu Huawei mengatakan bahawa Harmony a.k.a HongmengOS ini dicipta dari awal rangkaan (created from scratch) dan bukan ‘fork‘ kepada mana-mana sistem operasi.

Tetapi yang lucunya antara unsur yang dibuang dari HarmonyOS selepas penjenamaan semula ini ialah perkataan ‘Powered by Android‘ pada boot screen.

Seterusnya, seorang tipster dari Weibo berkongsi maklumat lain mengenai HarmonyOS, iaitu versi terbaru developer beta menunjukkan sistem operasi itu menyokong Google Mobile Services (GMS).

Sesetengah pengguna yang sudah selesai mengemaskini HarmonyOS memberitahu tentang betapa lancarnya sistem operasi itu berbanding Android.

Menurut Wang Chenglu, Presiden Jabatan Kejuruteraan Perisian Kumpulan Pengguna Pelanggan Huawei dan Pengarah Unit Perniagaan Perisikan AI dan Semua Senario, HarmonyOS akan tersedia untuk pengguna awam mulai bulan Jun tahun ini (nama pangkat dia mencungap nak sebut senafas).

Cuma sepertimana yang kita tahu, ‘sideloadedPlay Store memang dapat berfungsi pada custom ROM, tetapi kita maklum akan situasi Huawei dan semestinya peranti syarikat ini bukan lagi ‘Certified by Google‘.

Sumber: Huawei Central

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x