Cara Untuk Menukar IP dan Melayari Laman Web Secara Anonymous

Masih ingat lagi tentang Ultrasurf? ape? tak baca pun? jangan macam tu..kita kena jadi masyarakat yang berilmu, dan masyarakat bermula dari seorang individu..siapa individu tu? korang la!
jadi pada yang belum baca, aku sarankan pegi baca dulu kat bawah ni:

Ultrasurf (Klik di sini)

ok..sekarang aku nak ceritakan tentang perisian yang aku baru cuba guna semalam..ternyata perisian ni sangat membantu, bagi yang tak mahu IP nya dikesan oleh hackers mahupun crackers, sila ambil perhatian terhadap perisian yang akan aku perkenalkan ini..
perisian ni dinamakan INVISIBLE IP MAP..

Apa Kepentingan Menyorokkan IP Asal dan Memakai IP Baru?

Ok..pada mereka yang tak tahu, Internet Protocol (IP) ni ibarat alamat tetap kepada sambungan internet ke PC korang..kalau rumah ada alamat tetap sekian-sekian, IP juga begitu..kalau kita boleh cari rumah saudara dengan alamat yang diberikan kepada kita, IP JUGA BOLEH memberi fungsi yang sama..sekiranya seorang hacker atau lebih teruk lagi cracker dapat mengesan IP korang, banyak benda yang kurang baik boleh mereka lakukan..mereka boleh mengkaji perilaku korang seperti laman yang selalu korang lawati dan kemudian memanipulasikan perilaku tersebut kepada apa-apa perkara yang mereka fikirkan boleh dilakukan seperti mendapatkan kata laluan untuk akaun-akaun tertentu dan sebagainya..

Apa Fungsi Utama Produk Ini?

Perisian ini sangat pintar kerana ia dapat menunjukkan kepada umum seolah-olah korang sedang melayari internet bukan dari tempat yang korang berada pada waktu itu dengan menukar IP korang kepada IP yang menjadi pilihan..perisian ini akan memberi anonymous proxy server yang baru setiap kali korang klik pada ‘Get IP Locations’..manfaat utama dari perisian ini ialah korang tak dapat dikesan oleh sesiapa ketika melayari internet..selain itu, sekiranya ada laman web yang telah disekat oleh organisasi tertentu seperti pejabat kerajaan, sekolah, yang telah menyekat facebook, youtube, dan sebagainya, perisian ini akan dapat melakukan bypass terhadap sekatan tersebut..ini bererti sebaik sahaja perisian ini digunakan, korang akan dapat membuka laman web yang telah disekat..banyak lagi fungsi yang aku tak sempat nak explore semalam tapi yang paling penting ia dapat memberi pilihan IP yang sangat banyak..kalau korang pilih IP dari negara China atau Hong Kong, secara automatik google.com pun akan bertukar tulisannya kepada tulisan china..heheheh..

Paparan Utama

Map Menu: Ini ialah fungsi utama perisian ini..dari sini, korang boleh tukar IP (Map Outlook dan Location List), check IP setelah ditukarkan kepada yang baru (Open What is my IP site), lihat IP lebih terperinci dengan melihat kepada peta (View your position on more detailed map), dan boleh juga semak kembali sama ada server tersebut berfungsi atau tidak (Recheck IP Locations).

IP Information: Memberi maklumat terperinci tentang IP asal dan IP yang baru seperti nama bandar, negara, tempat, dan sebagainya.

Yang lain-lain tu tak penting sangat..guna apa yang aku terangkan pun dah cukup..

Invisible IP Map (Klik di sini)

Bagaimana Cara Nak Aktifkan Perisian Ini?


Ooo..ni senang saje..dah habis download? dah install? ok..gantikan fail ‘option.ini’ yang ada dalam folder C:Program Files > Invisible IP Map dengan fail ‘option.ini’ yang ada dalam folder yang korang dah download tu..dah..itu aje..simple..dah dapat pakai full software..:)

Troubleshooter


Ini berdasarkan kepada kajian aku malam tadi..hahaha..kalau korang punya web browser paparkan skrin ‘Cannot connect to proxy server’, apa yang korang perlu lakukan ialah sama ada:

1. Refresh web browser korang tu.

atau

2. Tutup dulu web browser, pegi dekat menu Invisible IP Map, klik pada ‘Open What is my IP site’..tunggu sampai website tu dah habis loading dan menunjukkan IP korang dah ditukar, kemudian baru lah boleh melayari internet seperti biasa..kalau kalau korang pakai browser lain selain Internet Explorer, secara mudahnya tutup aje IE yang dah terbuka tu, kemudian buka aje web browser pilihan korang (macam aku, aku prefer Google Chrome).

Kalau connection lambat, kemudian ada yang tak boleh habis loading atau menayangkan ‘cannot connect to proxy server’, korang hanya perlu refresh/reload, atau tukar aje IP lain yang lebih pantas, atau yang lebih compatible dengan website Malaysia ni..

itu sahaja buat masa ni…kesian..eh…sekian…:)

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

21 Comments

21 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
dgodam

jahat betul hacker dgn cracker ni ekk…huhuhu

keramatanah

bukan jahat…nak memudahkan kerja je..hehehe

Arya Putra

hehehe..keramatanah..ko tau tak sape yang ko tegur kat atas tu?
brader wa tu bro! hackers tegar tu! hehehe!

Anonymous

bro, wa guna tambah laju bro…bukan lambat…ip kat poland bro…untung wa

john

Anonymous

boleh terangkan cara nak aktifkan invisible ip map nih??

asit

aku dah cuba… memang betul bila check ip kat menu dia akan tunjuk ip yg kita select tuh… tapi bila aku check ip guna ip checker lain, ip masih lagi ip real kita… benda ni macam tipu jer..

Arya Putra

ko salah uji..
aku buat takde plak jadi macam tu..

Anonymous

ip masih lagi ip real kita la bro… try tgk kat http://www.whatismyip.com/ x berjaya la ni huhu

Arya Putra

aku tak prefer guna benda ni lagi dah so aku tak tahu pasal ni..
aku sekarang guna VPN..mudah dan berkesan..

Anonymous

aku mmg penah try yg nih,tp trial je la,ni dapat yg blh gne full version nh xblh tgguh2 nh.

Anonymous

Lawala mr.hac..mesti cuba ni..hehehe..nice info..^_*

Anonymous

mr.hac x blh gne la die kte please verify that you have internet connection. Check if you granted access to internet for our program in your firewall/anti-virus software. cmne nk solve ni? internet connection ad.

Arya Putra

Ini dah outdated..tak payah pakai la..

Anonymous

dah ganti dah…tp still trial..knp ea mrhac?

Anonymous

xde ke yg len???

Anonymous

trojan laaa….cmne nk open

Ahmad Ali

bro aku cari file option.ini tu takde pun , bahkan dekat program files tu takde pun aishh , aku buntu ni . please doh , aku percaya sgt software ni , dah try memang bertukar la ip dia

Ahmad Ali

eh bro , dah boleh dah . gua silap cari lah hehe , btw this is really helping . thanks

Ahmad Ali

bro , contoh la internet connection dekat kolej aku lembab . Then bila aku guna software ni , boleh lajukan connection tak dengan hanya pilih area yang speed dia laju . boleh bro ?

Anonymous

camna nak open???? adoi… xleh pon… error jor!!

Ma Sowm

camner guna VPN??

spot_imgspot_img