Home Blog Page 259

[Tinjau] Android Market > Google Play?

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maaf entri kali ni pasal Android =)
Untuk anda yang baru pakai Android Phone model baru,
Jangan terkejut bila Android Market bertukar menjadi Google Play @ Play Store.
Android kan kerjasama dengan Google. Mungkin pertukaran dan penambahbaikkan polisi mereka puncanya^^

Ini contoh SS

Ini Google Play Apps on Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus
Icon begitu menarik, tetapi rindu icon lama =(

Eh, terlupa pulak satu keping.hehe

Dah macam icon Play pulak..hehehe
Ini websitenya
Android Apps on Google Play

Tahun ini banyak betul perubahan..
Antaranya

Sony Ericsson > Sony ==”

Salah satu Apps SE ditukarkan ke S ==”

Nama asal Sony Ericsson PC Companion ditukarkan pada Sony PC Companion ==”
Nama asal sweet kan? huhuhu

Satu lagi,( berapa banyak da )
Google Chrome punya ayat sakit hati betul. ^.P
Tak caya?
Meh tengok

Sekali tengok macam lawak,
tapi banyak2 kali tengok bengang..hahahaha

Terima kasih sudi baca entri tak seberapa ni..
Untuk anda yang nak sambar 1 model android, Selamat Datang ke Dunia Android =)

Full Circle Magazine : E-Majalah Ubuntu

0

Full Circle Magazine isu ke 58 telah dilepaskan kepada para pembaca. Buat mereka yang belum tahu, Full Circle Magazine ialah sebuah laman yang menyebarkan E-Majalah mengenai Ubuntu dan Linux untuk dimuat turun secara percuma. Dahulu, Mr.Hac amat sukakan E-Majalah (E-Maj Ubuntu For Malaysian) dari penulis melayubuntu. Namun nampaknya beliau sudah menghentikan projek tersebut, jadi Full Circle Magazine ialah alternatif terbaik meskipun bukan berbahasa melayu.

Dalam edisi ini, apa yang dibincangkan ialah:

* Command and Conquer.
* How-To : Beginning Python – Part 30, LibreOffice – Part 12, Backup Strategy – Part 6, Screencast Your Desktop, and The Paperless Office.
* Linux Lab – Useful Investigative Tools.
* Review – Linux Mint 12
* I Think – Which Mobile OS.
* Closing Windows – Formatting a USB Device
plus: more Ubuntu Games, My Desktop, My Opinion, My Story, and much much more!

Muat turun edisi ke 58 di sini : Full Circle Magazine issue 58

New and Free For CCFinder

0

Assalamualaikum untuk warga-warga OMG! Hackers?.

  CCFinder atau dikenali sebagai “Finder Creative Commons” ialah satu aplikasi kecil yang membolehkan anda mencari gambar di internet. Anda hanya perlu menaip apa yang anda cari dan dalam beberapa saat gambar tersebut akan keluar…

CCFinder adalah perisian percuma dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu…Semua fail-fail imej ini di bawah lesen “Commons kreatif” dan  anda boleh menggunakan imej-imej ini secara percuma…

-Search pictures by Keywords..
-Find pictures with suitable licenses, that you may re-use (also commercially or on your website)..
-Use color filters on pictures or use them as desktop wallpaper..
-Very simple to use, Windows 8 style, for XP, Vista and 7..
-100% Free of Charge..

Download CC Finder di http://www.abelssoft.net/ccfinder.php

P/S:Ada apa-apa komen di bawah..

[Tutorial] Wifi Problem Windows Vista

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Berjumpa lagi eh kita =)
Macam mana entri Ubuntu for Android ?
Saya tak sabar nak pakai ^.P
Tapi tengok youtube mereka boleh pulak pakai ==” ( jeles deh! )

Ok2, back to topic,
Untuk pengguna Windows Vista, mesti ada masalah wifi kan? ( saya baru pakai vista, yup ada bug )
Boleh letak 8 digit ja kan? ( selalunya 13 digit password wifi )
Jangan risau, Keluang Man sedia membantu..hahaha ^.P

Ini contoh saya buat, nak connect wifi di MyFC

See? Dulu alternatif tukar saja Windows 7 ( jahat gila ^.P )
Dulu ilmu tak penuh di dada..Sekarang penuh da..=)

Jom kita mula..

Keperluan yang wajib ialah

  1. Hati yang tenang,
  2. Ada wifi
  3. Tangan yang tak cedera ^.P

Langkah2nya ( sila klik gambar untuk kejelasan maksima ^.P

  1. Sila klik Network icon,
  2. Sila pilih ” Network and Sharing Center “

  1.  Sila klik Manage wireless network.
  2. Klik Add

  1.  Sila pilih ” Manually create a network profile “
  2. Ikut langkah seterusnya

  1.  Sila isi ruang yang disediakan..
  2. Security type tu, pilih WEP ( bergantung pada wifi )
  3. Tekan saja next..^^

 Ini contoh yang saya buat untuk connect wifi MyFC KN

Sila Pilih Connect to

Tadaaa..^^
Boleh da connect..

Selamat mencuba ^^

p/s : maaf jika ada kekurangan dalam entri ini =(

[Tinjau] Ubuntu untuk SmartPhone? Tablet?

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Maaf kerana lama tak buat entri,
ada kesulitan yang amat sulit untuk diberitahu.
Terima kasih pada raff kerana refreshkan otak ini.
Exam punya pasal, review pasal ubuntu stop. ==”

Back to topic, anda semua pernah pakai Ubuntu pada PC,Notebook dan Netbook kan?
Adakah anda teringin nak pakai Ubuntu pada Smartphone or tablet anda?
Mesti nak kan?

Seperti ROM lain, GingerDX,GingerXperia,Froyobread dan banyak lagi Custom ROM, kebanyakkan link untuk download ROM terbabit diblock oleh government kita ==”
Alternatif? > forum sajalah.

Apa yang ada di Ubuntu desktop, anda di Android Phone anda. ^.P

Antaranya :

  1. Penyelesaian desktop yang lengkap untuk produktiviti penuh pada Android Phone anda ^^
  2. Mudah untuk menyepadukan dengan Android Phone yang ada sekarang ni =)
  3. Apps disahkan untuk pengguna perniagaan seperti Adobe, Citrix, VMWare dan banyak lagi.
  4. Jualan pemacu multi-core phone dengan kepantasan CPUs, lebih chips, lebih ceria. eh, lebih cores, lebih RAM, high-end grafik.
  5. Memacu penggunaan 4G handsets sejak ” office apps ” menyerlah dengan latensi rendah dan jalur lebar yang lebih tinggi.

dan macam2 lagi lah =)

Anda mahu di desktop anda keluar ni?

Apa2pun, Ubuntu on Phone ini dalam proses pembikinan.
Saya percaya ia gempak dari Customs ROM yang lain dan menjadi stock ROM suatu hari nanti.
Untuk tokey phone or operator netwok ka, feedback mereka na? mereka akan maklum balas dalam masa 5 hari =)
Contact Them

Saya bekalkan 2 link untuk survay =)
Selamat Meninjau ^^

Maklumat Komersial
Ciri2 dan Spesifikasi

Original entri > Ubuntu for Android

Saya suka logo ni ^^

p/s : Maaf jika ada kekurangan =(

update!!!!

Memanfaatkan Google Dork

0

Salam. Sebagai intro, Mr.Hac berikan kepada anda pautan untuk rujukan, supaya memudahkan anda dikemudian hari. Bookmark sahaja entri ini, esok-esok bila nak rujuk klik terus padanya.

1. Apakah Google Dork (Oleh Janjangz)
2. The Google Hacking Database (TGHD)
3. 7 Kaedah Popular Menggunakan Google Untuk Menggodam
4. Cari Random Password Dengan Mudah (Oleh Analyzer)
5. Bagaimana Cara Mendapatkan Akses Ke Webcam Yang Tidak Dilindungi Melalui Google
6. Panduan Menjadi Seorang Hacker (Oleh Abg Saki)
7. Siri Tutorial Suntikan SQL (Oleh Janjangz)

Google Dork yang terkandung dalam laman teragung The Google Hacking Database (TGHD), merupakan satu-satunya ciri yang mampu mengalahkan enjin carian lain. Baris dork ini mampu mencari perincian yang anda berikan dengan super tepat.

Cuma kebiasaannya Google Dork kerap dikaitkan dengan kaedah penggodaman. Biarpun ianya benar, namun Google Dork mempunyai fungsi yang lebih dari itu. Jika anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya, anda akan menjadi lebih ‘rapat’ dengan Google, dan anda dapat mendalami kelebihan Google yang satu ini. Antara yang anda boleh lakukan ialah:

1. Mencari Mp3 Dengan Mudah:

“?intitle:index.of?mp3 cromok“

site:mediafire.com cromok

Meskipun banyak terdapat diluar sana akan blog-blog yang memberikan pautan untuk muat turun Mp3 secara percuma, namun tidak kurang juga laman-laman penipu yang menyebarkan virus atau menipu wang anda. Google Dork di atas juga boleh digunakan untuk mencari fail pdf, fail arkib seperti rar atau zip, dengan hanya mengganikan ‘mp’ kepada ‘pdf’ atau ‘rar’. Gunakan Google Dork untuk carian tepat dan terus, atau anda boleh juga gunakan kata kunci seperti ini:

cromok deafening silence full album mediafire download

Mudah dan berkesan untuk mencari album penuh, atau boleh juga untuk mencari filem-filem yang anda minati. Nyatakan secara terperinci akan apa yang anda hendak cari. Google akan paparkan hasil carian terbaik mengikut ‘permintaan’ anda.

2. Mencari Contoh Resume Atau Dokumen Peribadi

Errr.. Google Dork ini, boleh digunakan untuk tujuan baik mahupun sebaliknya. Terpulang kepada anda akan bagaimana cara untuk anda ‘memanfaatkannya’.

intitle:”curriculum vitae” “phone * * *” “address *” “e-mail”

filetype:xls inurl:”email.xls”

intitle:index.of finances.xls

Sekarang anda sudah nampak di situ? Google Dork bukan sekadar ‘mencari maklumat sulit untuk menggodam’. Ia boleh digunakan untuk membantu kerja-kerja harian kita sekiranya digunakan dengan betul. Jangan sempitkan pemikiran mengaitkan Google Dork dengan penggodaman, biarpun kita tahu fakta bahawa Google adalah sahabat terbaik penggodam.

Sekian. Jumpa lagi!

Konsert Cromok Reunion Live in KL Live Center 2012

0

Penantian para peminat selama 15 tahun akhirnya berbaloi jua apabila BAND METAL LAGENDA MALAYSIA, iaitu CROMOK bakal membuat persembahan dalam satu konsert khas, Cromok Reunion Live in KL Live Center [Thrashing Kuala Lumpur].

Konsert tersebut dianjurkan oleh Clockwork Events dan Uncang Tiga yang akan diadakan pada 8 Aril bermula jam 4 petang di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Cromok ialah band Metal tempatan yang diasaskan di Wolllongong, Australia pada tahun 1987. Anggota asal Cromok ialah Karl (Gitar), Sam (Vokal, Bass), dan Miji (Dram). Gitaris kedua mereka iaitu Din pernah menubuhkan sebuah band setelah keluar dari Cromok, iaitu D’Cromok. Namun hayat beliau tidak lama dan beliau meninggal dunia pada tahun 1997.

Cromok terpanggil untuk menjayakan konsert ini selepas melihat Search menjayakan empat konsert jelajah mereka.

Beberapa band tempatan akan membuat pembukaan bagi konsert tersebut, antaranya Nuclear Strikes, Metalasia dan Langsuyr!

Mr.Hac: Membesar dengan lagu-lagu Cromok. Sejak kecil sudah hafal boleh kata kesemua lagu mereka dan disebabkan Cromok jugalah Mr.Hac pernah membuat band berkonsep Melodic Metal suatu ketika dulu. Anda boleh dengarkan suara growl Mr.Hac melalui embedded mp3 di bawah.

Nak lagi ‘horror’ dengarkan melalui headphone. Pasti anda sukar tidur malam lepas ini! Hahaha!

Hackety Hack : Belajar Bahasa Pemprograman Ruby Dengan Mudah

0

Hackety Hack ialah sebuah aplikasi sumber terbuka yang mengajarkan kepada penggunanya bagaimana cara untuk membuat perisian dengan menggunakan bahasa pemprograman Ruby. Ia menggabungkan IDE dengan sistem pembelajaran yang mudah tetapi ekstensif.

Ia terdapat untuk pelbagai sistem operasi, iaitu Windows, Mac OS dan Linux. Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan diri di laman web rasminya dan berkongsi perisian yang telah anda cipta. Aplikasi ini sesuai untuk semua tahap kemahiran, dari pemula sehinggalah kepada golongan mahir.

Anda boleh muat turun Hackety Hack di sini. Untuk menjalankan aplikasi ini dalam Linux, bergantung kepada lokasi anda muat turun ia, contohnya pada folder Downloads, buka Terminal dan arahkan ia ke direktori Downloads:

cd Downloads

Kemudian, jadikan fail tersebut executable:

sudo chmod +x hacketyhack-1.0.1.run

Setelah itu, anda sudah boleh jalankan aplikasi ini:

./hacketyhack-1.0.1.run

Atau anda boleh pergi ke direktori ia dimuat turun, dan klik dua kali pada fail executable itu tadi.

Sekarang, Bahasa Pemprograman Ruby bakal menjadi ‘mainan’ harian anda!