SAM (Saya Amat Mencintaimu): Cinta-Cintun

Hebat dan sungguh mengagumkan. Itulah dia dua perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk filem ini selepas selesai menontonnya di pawagam malam semalam (Sneak Preview).

Sebelum ini saya memang ada menonton filem-filem pendek arahan Syafiq Yusof yang dimuat naik pada channel Youtube beliau. Tetapi filem-filem pendek itu masih belum menunjukkan kredibiliti, kemampuan dan kreativiti sebenar beliau, dan itulah yang ditunjukkan dalam filem pertama arahan beliau iaitu SAM (Saya Amat Mencintaimu).

Kalau dilihat dari tajuk terasa seperti (What??). Sebaik saja filem bermula, kelibat kanak-kanak sedang menguis pasir dipaparkan. Sebentar kemudian Sam (Shaheizy Sam), memulakan monolog penceritaan kehidupannya. Pada waktu itu saya masih belum dapat merasakan bahang genre filem ini iaitu pycho thriller. Faham-faham sajalah, ia dimulai dengan watak Sam yang kelakar, dan romantik (apabila bertemu dengan Lisa, lakonan Lisa Surihani).



Tetapi sebaik sahaja Haikal (Azad Jasmin) muncul dan mengganggu Lisa, segalanya berubah. Debaran makin terasa apabila Haikal bersumpah akan membunuh Sam, dan itulah yang cuba dilakukan olehnya apabila beliau menculik Sam dan Lisa lalu membawa mereka ke sebuah kilang lama. Apa yang telah dilakukan olehnya? Itu anda kena pergi tonton sendiri di pawagam! Serius berbaloi!

Ulasan:

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai filem ini. Saya boleh bagi 9/10 untuk Syafiq Yusof, barisan pelakon serta filem ini sendiri kerana berjaya memuaskan hati saya. Filem seperti inilah yang saya nanti-nantikan untuk ditonton. Saya cuma ingin mengulas, sebenarnya kalau babak-babak percintaan antara Sam dan Lisa dipendekkan, dan babak-babak ‘permainan kematian’ antara Sam dan lelaki bertopeng di kilang lama PV6 dipanjangkan, filem ini akan menjadi lebih baik. Babak percintaan itu dirasakan terlebih dan meleret-leret pula, sehingga habis satu lagu dibuatnya (Urghhh..). Sedangkan tatkala saya masih belum puas melihat Sam disiksa lelaki bertopeng, ia sudahpun tamat. Aduhai.. sadis.

Satu lagi, babak watak budak kecil yang mengidap penyakit Dissociative Identity di akhir cerita tidak begitu kukuh. Tidak pasti mengapa budak tersebut jadi sedemikian. Adakah kerana bapanya? Ibunya? Kawan-kawannya? Saya benar-benar tidak pasti. Kalau hendak dikatakan sikap bapanya, ia tidak begitu meyakinkan. Kalau dimantapkan lagi bahagian ini, pasti menusuk kalbu. Saya benar-benar hendak tahu apakah sebab yang begitu kuat sehingga menyebabkan kecelaruan identiti yang dahsyat kepada seorang kanak-kanak. Anda boleh tonton filem Anniyan (lihat pada pautan Rujukan) untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan. Ini penting, kerana kesemua penyebab kepada penceritaan bermula dari watak kanak-kanak ini.

Apapun anda wajib tonton filem terbaik 2012 ini! Saya sarankan jangan ragu-ragu, jangan fikir panjang. Pergilah menonton di pawagam yang berhampiran kerana ia sudahpun mula ditayangkan. Memang puas hati! Syafiq Yusof, anda memang masa depan perfileman negara kita. Saya harap, kalau anda ingin mengarahkan filem baru, jangan lupa buat filem yang dapat menyaingi The Raid : Redemption (Serbuan Maut) dan juga Merantau. Dua filem Indonesia yang heronya adalah Iko Uwais ini mengangkat martabat persilatan Indonesia ke tahap yang sangat membanggakan. Siapa lagi yang akan mengangkat martabat filem persilatan di Malaysia kalau bukan anda? Saya yakin dan percaya anda mampu melakukannya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Rujukan (Untuk filem ini):

1. Dissociative Identity Disorder, juga dikenali sebagai Multiple Personality Disorder.

2. Filem Identity (2003).

3. Filem Anniyan (2005).

Quote (Untuk filem ini):

“Yesterday, upon the stair,
I met a man who wasn’t there
He wasn’t there again today
I wish, I wish he’d go away

When I came home last night at three
The man was waiting there for me
But when I looked around the hall
I couldn’t see him there at all!
Go away, go away, don’t you come back any more!
Go away, go away, and please don’t slam the door… (slam!)

Last night I saw upon the stair
A little man who wasn’t there
He wasn’t there again today
Oh, how I wish he’d go away”

Don’t tell me,
Tell my ghost,
Cause I blame him
For all I don’t want to know

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img