Selamat Hari Raya Kepada Semua Pembaca

Beginilah
takbir raya yang kita ulang-ulangkan selepas terbenam matahari hari
terakhir Ramadhan sehingga solat Hari Raya. Semua Muslim pasti
bergembira menyambut Hari Raya, lelaki atau wanita,muda,tua ataupun
anak-anak. Kerana pada hari ini merupakan simbol kemenangan umat Islam
setelah sebulan mengharungi Ramadhan, menunaikan ibadah puasa dan
amalan-amalan baik lainnya,kemenangan meraih jiwa yang fitrah,
kemenangan meraih cinta Ilahi, kemenangan meraih pahala syurgawi dan
kemenangan-kemenangan lainnya.

Eidil Fitri terdiri dari dua
perkataan Eid dan Fitri. Eid bererti hari raya, Fitri bererti terbuka,
kesucian dan kebersihan jiwa. Ini kerana pada hari itu seorang hamba
diperbolehkan untuk makan dan haram untuk berpuasa atau kembali kepada
kesucian dan juga kerana umat Islam merayakan kebersihan dari noda-noda
dosa hasil dari beribadah dan bertaubat secara intensif selama sebulan
penuh. Oleh itu ia adalah hari kemenangan.

Saya wakil
kepada penulis-penulis
http://www.omghackers.com/ ingin mengucapkan SELAMAT HARI
RAYA AIDILFITRI 1433H, kepada semua Muslimin dan Muslimat yang berada di
seluruh dunia.

Selepas Ramadhan ini marilah kita
teruskan amalan-amalan baik yang telah kita lakukan di sepanjang
Ramadhan ini – bersedekah, solat berjemaah, tilawah al-Quran, bercakap
yang baik menjauhi perkara keji dan mungkar dan banyak lagi. Kalau berat
badan dah turun, bagi yang obses atau overweight tu, teruskanlah usaha
untuk turunkan badan. Bagi berat badan yang naik sepanjang Ramadhan kena
cari cara lain untuk turunkan.

Akhir kata marilah kita berdoa:
Ya
Allah, pertemukanlah di Ramadhan akan datang dalam keadaan sihat
walafiat, mudahkanlah rezeki kami dan segala urusan kami Ya Allah. Ya
Allah janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir
dalam hidupku. Seandainya engkau berketetapan sebaliknya maka jadikanlah
puasa ku ini sebagau puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata-mata.
Ya Allah,Ya Tuhan kami,terimalah puasa kami dengan sebaik-baiknya
penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan dan hakikat
keredaanMu sehingga kau memenangkaan kami dengan segala kebaikan yang
dituntut, segala anugerah yang kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah
kami di dalamnya dari kekhuatiran terhadap bencana yang mengancam atau
dosa yang berlangsung terus
“…

Amin Ya Rabba Alamin….

Mohon Maaf Zahir dan Batin
daru penulis-penulis.

Yang Benar:
Yaloh ohh Yahh 

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img