Home Blog Page 258

Anonymous Operating System

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Anonymous OS telah tersebar ke seluruh dunia. Dengar ceritanya sudah 20,000 orang sudah memuat turun sistem operasi yang kita tidak tahu siapa yang menciptanya. Ada yang berkata ianya mengandungi virus. Entah laa. Saya tidak dapat memberi komen kerana saya tidak mencubanya. Ianya menggunakan sistem operasi Linux jenis Ubuntu 11.10 sebagai sistem operasinya dan menggunakan paparan muka(Desktop) Mate. Terdapat beberapa aplikasi tambahan yang terdapat dalam sistem operasi Anomymous ini iaitu:

  • ParolaPass Password Generator
  • Find Host IP
  • Anonymous HOIC
  • Ddosim
  • Pyloris
  • Slowloris
  • TorsHammer
  • Sqlmap
  • Havij
  • Sql Poison
  • Admin Finder
  • John the Ripper
  • Hash Identifier
  • Tor
  • XChat IRC
  • Pidgin
  • Vidalia
  • Polipo
  • JonDo
  • i2p
  • Wireshark
  • Zenmap
  • Dab banyak lagi..

Juga termasuk pemacu wayarles Broadcom BCM43xx.

Walaubagaimanapun, ada satu akaun twitter yang kononya milik Anonymous mengatakan bahawa sistem operasi Anonymous itu adalah palsu dan hanya mengandungi virus sahaja. Berikutan dari tweet tersebut, pembangun yang mencipta sistem operasi Anonymous itu mengemaskini blog Tumblr mereka dengan mengatakan

Please people… in our world, in Linux and opensource world, there is not virus.

If any user believe that Anonymous-OS “is wrapped in trojans” or “backdoored OS by any Law enforcement Company or Hacker” please don’t download it!

But don’t mislead the world that Linux is dangerous and has trojans!

Jadi terpulang kepada anda sama ada ingin mencubanya atau tidak. Yang penting sistem operasi ini tidak dapat mengalahkan sistem operasi yang paling saya gemar iaitu Backtrack!

Anda boleh melihat lebih lanjut dan bagi yang ingin memuat turunnya juga anda boleh pergi ke laman web Anonymous. Saiz fail iso ini adalah 1.4 GB.

Sekian.

Apakah Graphic User Interface?

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Graphic User Interface(di sebut dengan bunyi goo-ey) ini adalah paparan(bukan semata-mata teks) antara muka pengguna kepada komputer. Seperti yang anda baca sekarang ni, anda melihat paparan antara muka pengguna GUI atau grafik pelayar web anda. Istilah ini wujud kerana antara muka interaktif pengguna yang pertama di gunakan tidak mempunyai grafik atau paparan, ianya hanyalah berorientasikan teks-dan-keyboard dan biasanya terdiri daripada arahan-arahan yang harus anda ingat dan komputer memberi respon terhadap arahan anda dengan cepat dan ringkas. Perintah antara muka sistem operasi Disk Operating System atau di panggil DOS(yang anda boleh lihatnya di sistem operasi Windows anda) adalah salah satu antara muka pengguna komputer tipikal sebelum penciptaan GUI. Langkah yang menghubungkan antara muka pengguna dengan antara muka baris arahan dan GUI adalah non-graphical menubased interface, yang membolehkan anda berinteraksi dengan hanya menggunkan tetikus(mouse) dan bukannya menaip perintah pada keyboard.

Contoh Gambar Paparan Antara Muka Pengguna(GUI)

Contoh Gambar Disk Operating System

Kebanyakkan sistem operasi utama di dunia ini menyediakan paparan antara muka. Aplikasi biasanya menggunakan elemen GUI yang datang dengan sistem operasi dan menambah idea serta unsur-unsur paparan antara muka mereka sendiri. Paparan antara muka(GUI) ini kadang kala menggunakan satu atau lebih metafora untuk objek yang biasa anda lihat dalam kehidupan sebenar, seperti paparan muka(Desktop), pandangan daripada tingkap, ataupun susun atur barangan di dalam sebuah bangunan. Elemen GUI ini termasuk perkara-perkara seperti butang(button), bar tatal(scrollbar), ikon imej, tetikus, dan secara kasarnya masih banyak lagi elemen yang akan dicipta. Dengan peningkatan penggunaan multimedia sebagai sebahagian daripada GUI, bunyi, suara, video, dan juga antara muka realiti maya(virtual reality interfaces) juga di lihat menjadi sebahagian daripada GUI untuk kebanyakkan aplikasi. Sistem paparan antara muka bersama dengan peranti input(input devices) kadangkala dirujuk sebagai “lihat dan rasa”.

Paparan antara muka pengguna ini sudah biasa kita lihat sama ada dalam sistem operasi Mac atau Windows dan aplikasi mereka juga berasal dari Makmal Penyelidikan Xerox Palo Alto(Xerox Palo Alto Research Laboratory) pada akhir tahun 1970-an. Apple menggunakannya dalam komputer Macintosh pertama mereka. Kemudian, Microsoft menggunakan idea yang sama dalam versi pertama sistem operasi Windows mereka untuk komputer peribadi IBM(IBM-compatible PCs).

Apabila membuat satu-satu aplikasi itu, banyak alat yang berorientasikan objek wujud bagi memudahkan untuk menulis paparan antara muka pengguna. Setiap elemen paparan antara muka pengguna ditakrifkan sebagai kelas widget di mana anda boleh cipta objek dengan cepat untuk aplikasi anda. Anda boleh membuat kod atau mengubah suai kod itu yang boleh memberi tindak balas terhadap ransangan pengguna.

Sekian.

[Giveaway]Xara Xtreme 5

0

Assalamualaikum..

Xara Xtreme 5 adalah software yang membolehkan anda untuk mengedit gambar,membuat 3D dan macam-macam lagi..Ia senang digunakan dan ringan..Ia juga mewujudkan lukisan yang lebih terperinci…

Nak tengok.
Cantik tak gambar kucing tu..siap boleh wat 3D lagi..
Untuk mendapatkan Giveaway..
-Anda perlu Download dahulu di sini

-Selepas download,anda bukak Xara Xtreme 5 dan anda klik pada Register Online Now..
-Then,ia akan membawa anda ke laman utama untuk register..
-Akhir sekali,selepas anda register sila check Email anda dan akan menerima lesen nya..

Sekian..

Runtime Error

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda semua.

Runtime error adalah masalah yang sering yang di hadapi oleh pengguna apabila menjalankan sesuatu aplikasi. Runtime error ini menghalang beberapa program atau fail daripada di masuki dan melambatkan prestasi komputer.

Puncanya?

Sebagai contoh aplikasi yang selalu menghadapi masalah runtime error ini adalah Internet Explorer. Punca utamanya adalah di sebabkan skrip yang tidak dapat dilaksanakan sebaiknya pada sesuatu laman web. Selain itu terdapat juga beberapa software yang menghadapi masalah runtime error ini berpunca daripada tidak meng”update” software nya. Jadi, selalu-selalulah update software anda. Punca yang lain mungkin disebabkan virus. Virus ini bleh menyebabkan sesuatu program itu tidak dapat berjalan seperti sebelumnya. Jadi ianya penting bagi anda untuk menggunakan anti-virus di komputer anda. Jika berlaku jugak runtime error ini setelah semua di atas anda telah buat iaitu update software anda dan menggunakan anti virus, ianya mungkin di sebabkan oleh memori komputer atau laptop anda. Kadang kala program tidak dapat memasuki ke ruang memori yang memerlukannya untuk melaksanakan kod dengan betul. Hal ini mungkin di sebabkan oleh terdapatnya program lain yang telah menggunakan ruang memori tersebut. Jadi cara yang selalu digunakan untuk membaik pulih masalah ini ialah dengan restart balik komputer anda.

Penyelesaiannya?

Walaupun di atas sudah pun diterangkan serba sedikit tentang cara penyelesaiannya. Yang di bawah ini pula adalah jalan penyelesaian yang lain walaupun no.2 tu dah diterangkan di atas. Hee.

  1. Kadang kala ianya berlaku mungkin di sebabkan anda membuka lebih daripada satu program secara serentak. Jadi anda hanya perlu tekan Ctrl+Alt+Delete untuk membuka Windows Task Manager. Kemudian anda tutup salah satu aplikasi itu sehinggalah runtime error itu di hentikan.
  2. Carilah patches, bug fixes atau upgrade dengan melayari di laman web pembuat software tersebut. Dan cuba pastikan adakah terdapat upgrade file yang boleh menyelesaikan masalah anda itu. Jika ada, muat turunnya dengan segera.
  3. Jika semua cara penyelesaian di atas tidak dapat membantu anda, anda perlulah reinstall program itu semula. Kadang kala mungkin anda perlu reinstall sistem operasi(os) anda. Jadi pastikan anda backup semua file anda yang berkemungkinan akan memadamkan beberapa file semasa reinstallation sedang di jalankan.

Itu sahaja. Sekian.

Aku pun nak letak gambar jugak macam Luqman Man buat. Hehe. Lawak Petang.

Cara Mudah Mahir Bahasa Inggeris : Bahagian 2

0

Saudara-saudara sekalian. Anda sudah memiliki kesemua ‘bahan-bahan’ yang diperlukan? Jika sudah, ayuh kita ke langkah-langkah seterusnya.

Apa yang anda perlu lakukan ialah bahagikan buku nota anda kepada dua bahagian (Buat garis ditengahnya). Satu bahagian anda labelkan sebagai ‘Vocab’, dan satu bahagian lagi anda labelkan sebagai ‘Meaning’.

Kemudian, setiap hari, anda perlu tulis sekurang-kurangnya satu perkataan yang anda tidak tahu maksudnya ke dalam bahagian Vocab. Cari maksud perkataan tersebut dalam kamus anda dan tuliskan maksudnya pada bahagian Meaning. Lakukan perkara ini setiap hari secara berterusan dan hafal setiap perkataan itu. Ingat, bawa buku nota dan pen anda ke mana saja anda pergi.

Seterusnya, JIKA ANDA:

1. Minat mana-mana lirik lagu, sebagai contoh Mr.Hac minat dengan Cromok, ambil perkataan-perkataan yang menarik dalam lirik itu dan masukkan ia ke dalam bahagian Vocab.

2. Terjumpa mana-mana perkataan yang susah untuk disebut, menarik, atau sukar diingati di mana-mana tempat, sebagai contoh di pusat beli-belah, di kedai-kedai, di jalan, di televisyen atau di mana sahaja, sila catatkan juga supaya anda boleh rujuk dikemudian hari.

3. Menonton televisyen cerita berbahasa Inggeris, pastikan anda kuatkan volume dan dengar betul-betul setiap butir katanya, dan lihat maksudnya pada sarikata. Jika anda khuatir akan mengganggu orang lain, sila gunakan headphone!

4. Menonton cerita Melayu atau lain-lain bahasa, sila pastikan jika anda menonton ia pada komputer, jangan muat turun sarikata bahasa Melayu! Kalau begitu anda tidak akan pandai sampai bila-bila. Muat turun dan gunakan sarikata berbahasa Inggeris.

5. Menonton cerita yang tiada sarikata, jangan segan silu untuk bertanya kepada orang yang lebih pandai. Dengan cara ini, anda mampu menambah minat dan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Ok, cukup. Kita jumpa pada bahagian ke-3.

Cara Mudah Mahir Bahasa Inggeris : Bahagian 1

0

Salam. Bahasa Inggeris ialah bahasa yang kita tahu, menjadi bahasa perantara pada kebanyakan negara. Kebanyakan bangsa mampu bertutur bahasa ini untuk berkomunikasi dengan bangsa lain. Dalam konteks IT, bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi komputer. Meskipun anda boleh gunakan bahasa lain, namun bahasa pengaturcaraan mahupun baris perintah menggunakan bahasa Inggeris. Tak lupa juga kebanyakan tutorial di internet adalah dalam bahasa Inggeris.

Jadi untuk mahir dalam IT, pendek kata anda perlu mahir dengan bahasa Inggeris dan menguasainya dengan cemerlang supaya anda tidak kekok untuk menggunakan komputer mahupun baris perintah. Dalam Linux, baris perintah menjadi nadi untuk membina, membuang, dan melakukan lain-lain perkara pada sistem operasi berasaskannya. Oleh itu, mahu atau tidak, anda wajib kuasai bahasa Inggeris supaya anda dapat kuasai pelbagai perkara.

Dahulu, semasa Mr.Hac tingkatan satu, Mr.Hac bersekolah di sekolah menengah agama (Cerita berapa belas tahun yang lalu ni!). Masih teringat lagi, bonda bekerja di situ sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Tetapi ironinya, anaknya sendiri tidak pandai bahasa asing tersebut! Jika disuruh menulis karangan, Mr.Hac terpaksa selak kamus Melayu – Inggeris beratus kali semata-mata untuk menyiapkannya. Semua ini gara-gara kurangnya penguasaan vocab dan grammar.

Setelah melihat beberapa rakan lain yang jauh lebih pandai menulis karangan dengan pantas, Mr.Hac terasa malu dan segan. Bonda guru bahasa Inggeris, anaknya pula tak pandai. Bermula dari situ, Mr.Hac mencipta sendiri cara cepat belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Jadi, ingin Mr.Hac kongsikan di sini, cara yang telah Mr.Hac ciptakan itu.

Apa Yang Anda Perlu Ada:

1. Buku Nota atau dahulu Mr.Hac menggunakan buku tiga lima:

2. Pen untuk mencatat. Sila bawa kedua-dua benda ini ke mana saja anda pergi.

3. Minat yang mendalam terhadap bahasa Inggeris dan kesungguhan untuk belajar yang jitu.

4. Kamus Melayu – Inggeris.

5. Rujukan : Contohnya kawan yang lebih pandai atau guru anda. Jangan malu bertanya jika anda tidak faham apa-apa, seperti cara menyebut sesuatu perkataan.

Anda sudah mempunyai semua perkara di atas? Ok. Kita bersambung pada bahagian seterusnya. Nantikan ia! (Sengaja buat intro panjang-panjang).

Problem event name: StartupRepairOffline? Macam Mana Nak Buat?

14

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Baiklah. Setelah saya melihat masalah yang dihadapi oleh along iaitu tidak dapat boot kan windows 7 di sebabkan oleh windows 7 miliknya adalah versi tiruan. Jadi di sini saya hanya ingin berkongsi bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni. Secara jujurnya saya tidak pernah menghadapi masalah ini, entri yang saya tulis ini berpandukan dari satu forum ni iaitu techsupportforum. Jadi jika ada salah silap di dalam entri ini harap di maafkan. Niat saya hanya ingin berkongsi.

Pertama sekali, berdasarkan apa yang along tuliskan di komen di [Tinjau] Windows 8 Consumer Preview. Dia telah restore windows 7 miliknya tetapi tetap tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Gambarnya seperti di bawah:

Okay punca kepada masalah ini mungkin cakera keras(hard drive), atau DVD driver milik along ada kerosakkan.

Jadi cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cuba menggunakan bootable disk yang lain untuk melihat sama ada ianya dapat menyelesaikan masalah ini dengan menghapuskan segala punca yang yang menyebabkan kerosakkan.

Ada dua bootable hardware diagnostics yang boleh di gunakan :

  • Bootable Memory Diagnostics
  • Bootable Hard Drive Diagnostics

Apa yang anda perlukan adalah:

  • satu CD kosong
  • komputer atau laptop yang mempunyai hubungan internet di mana anda boleh memuat turun fail, burn fail kepada CD. (Tidak semestinya perlu menggunakan komputer anda yang tidak boleh boot itu.)

Langkah-langkahnya adalah:

1)Muat turun fail iso yang anda ingin gunakan untuk membaiki komputer atau laptop anda.

    Ini untuk Bootable Memory Diagnostics

  • MEMDIAG

Cara untuk melihat jenis dan pembekal cakera keras anda:

Untuk WinXP

– Dalam Windows XP – Pergi ke Start…Run…and taipkan “devmgmt.msc” (tanpa ada quote itu) dan tekan Enter. Tekan pada tanda + bersebelahan dengan Disk Drives dan gunakan Google untuk mencari informasi yang telah di senaraikan di situ). Juga cari informasi berkaitan USB, eSATA dan 1394 peranti(devices). Sambil itu, anda menguji mana-mana dan semua peranti storan(sorage device) (menghapuskan apa-apa pemacu kilat(flash drive))

Untuk WinVista/7

-Dalam Windows Vista/7 – Pergi ke Start dan taipkan “devmgmt.msc” (tanpa ada quote itu) dan tekan Enter. Tekan pada tanda + bersebelahan dengan Disk Drives dan gunakan Google untuk mencari informasi yang telah di senaraikan di situ). Juga cari informasi berkaitan USB, eSATA dan 1394 peranti. Sambil itu, anda menguji mana-mana dan semua peranti storan(menghapuskan apa-apa pemacu kilat)

Dari luar laptop atau komputer anda, sila putuskan segala punca elektrik, seperti bateri laptop dan plug yang dipasangkan. Melihat ke dalam untuk mengesan cakera keras(hard drive) dan tuliskan pembuat dan nombor model (walaupun nombor model tidak diperlukan bagi ujian, ia akan membantu anda untuk mengenal pasti cakera keras yang mana perlu digantikan jika ujian berkata bahawa cakera itu rosak). Juga cari informasi berkaitan USB, eSATA dan 1394 peranti. Sambil itu, anda menguji mana-mana dan semua peranti storan(menghapuskan apa-apa pemacu kilat)

2)Tekan apa sahaja key yang boleh buka bios komputer atau laptop anda. Kemudian jadikan CD Drive anda itu kepada tempat di atas sekali bagi boot device.(Kira atas hard drive anda la). Tujuannya supaya anda dapat boot CD anda itu.

  • HP/Compaq – Esc (starting to use F9 also) (F10 will usually access BIOS)
  • Dell – F12 (F2 will access BIOS)
  • Gateway/eMachines – F10 (moving to F12 with newer models) (F2 will access BIOS)
  • Acer – F12 (not always) (F2 will access BIOS)
  • Toshiba – F12 (older systems will be different)
  • Sony – usually will boot to CD, may ask you to “Press any key to boot from CD”
  • Asus – Esc (F2 will access BIOS)
  • Samsung – Esc (F2 will access BIOS)
  • Nokia – F12 (F2 will access BIOS)
  • Lenovo – F12 (?Del wil access BIOS)

3)Baiklah setelah boot kan CD itu.

Bagi Bootable Memory Diagnostics(memdiag)

-Anda hanya perlu ikut saja apa yang di suruh di paparan skrin itu. Jalankan test untuk minimum menggunkan 3 pass. Tetapi ada juga yang menngalakkan minimum 7 pass. Tak kisah la. Janji and cuba je dulu. Hehe.

-Tetapi jika anda mendapat error semasa didalam prosesnya, anda boleh rujuk gambar-gambar di sini

Bagi Bootable Hard Drive Diagnostics(hddiag)

-Anda ikut sahaja arahan yang dipaparkan di skrin untuk meneruskan prosesnya. Pada kebiasaanya anda jalankan Long/Extended/Complete/Comprehensive/etc test – sebab kemungkinan shorter tests tidak boleh diharapkan sepenuhnya.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Jika anda tidak faham anda boleh pergi ke laman web ini untuk keterangan yang lebih lanjut.

Bootable Memory Diagnostics

Bootable Hard Drive Diagnostics

p/s: jika ada mengalami masalah, cuba selesaikan cara itu dengan berpandukan apa sahaja panduan yang di berikan. Tidak kisah la panduan dari forum, web atau apa2 sahaja. Janji anda mencuba. Walaupun dengan cara format dapat menyelesaikan masalah ini, tidak salah jika kita cuba cara lainkan? NO PAIN NO GAIN. Hee.

Sekian.

Cara Menerbitkan Custom dan Naked Domain Pada Blogger/Blogspot

0

Sebelum kita mulakan entri pada hari ini, Mr.Hac ingin bertanya, bagaimana dengan entri semalam? Sudah cuba? Blog Laga World sudah pun berjaya diterbitkan (published) dengan custom domain [dot] com pada pagi ini (kurang 24 jam dari tempoh yang diberikan).

P/S: Paparan skrin (Screenshot) untuk DNS Settings telah dikemaskini pada entri Cara Mendapatkan Domain Secara Percuma tersebut.

Apa Itu Custom Domain?

Bahasa mudahnya ialah domain yang berakhir dengan [dot] com, org, info, net, biz dan sebagainya.

Apa Itu Naked Domain?

Naked domain ialah URL tanpa permulaan ‘www’.

Apakah Faedah Menggunakan Custom dan Naked Domain?

Faedahnya ialah:

1. Lebih kacak bergaya (ye ke..)

2. Daripada URL yang panjang berjela, anda boleh gunakan URL yang pendek dan mudah diingati.

3. Mudah diindeks oleh enjin carian.

Cara Menerbitkan Custom atau Naked Domain pada Blogger/Blogspot:

1. Anda log masuk ke Blogger.com.

2. Pergi ke Settings > Publishing > Custom Domain

3. Dari sini, anda masukkan domain yang telah anda beli atau dapatkan secara percuma. Taipkan captcha dan klik pada Save Settings:

4. Jika anda ingin menerbitkan Naked Domain pula, sila letakkan jarak (Space) pada permulaan URL, tanpa ‘www’, taipkan captcha dan klik pada Save Settings:

5. Selesai.

Jika anda bertanya kenapa blog OMG! Hackers? tidak diterbitkan dengan Naked Domain, jawapan Mr.Hac mudah. Kebanyakan blog-blog luar negara yang 10 kali ganda lebih terkenal dari blog ini seperti blog OMG! Ubuntu! dan Webupd8 juga tidak menggunakan Naked Domain. Tampak ketinggalan zaman? Mr.Hac rasa tidak. Orang Melayu sahaja yang rasa macam tu. Kan? Hakikat. Tapi kalau nak guna pun tiada masalah. URL jadi lebih pendek dan lebih mudah diingati.

Pendek kata jangan tunggu lama-lama. Kalau anda tanya apa faedahnya ‘tangkap’ domain percuma, jawapan Mr.Hac juga mudah. Katakan sekarang anda kurang modal untuk membeli Domain yang anda idam-idamkan, contohnya pelajar yang hanya dapat duit belanja melalui PTPTipu PTPTN, anda boleh ‘chop’ atau ‘booked’ awal-awal Domain tersebut melalui kaedah yang Mr.Hac telah tuliskan. Itu lebih baik berbanding terpaksa berputih mata jika Domain itu disambar helang terlebih dahulu.

Jika ia cuma sah (Valid) dalam tempoh satu tahun sahaja, maka dalam tempoh itu sempatlah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM30 untuk memindahkan (Transfer) Domain anda itu ke syarikat berbayar yang lain.

Selamat maju jaya semua. Jumpa lagi!

[Giveaway]Zemana Anti Logger For Free License Keys

0

Keylogging adalah salah satu teknik yang paling biasa digunakan oleh hacker untuk mencuri data peribadi… Untuk menjaga diri kita kita perlu menggunakan antivirus atau program anti-spyware….Ini adalah di mana Zemana Anti logger datang,Ia merupakan satu program yang mengkhusus dalam pengesanan Logger utama dan melindungi anda dari semua jenis keyloggers termasuk skrin Logger, webcam-Logger dan tanpa bergantung pada kemas kini…

Ia adalah perisian anti malware terbaik yang merupakan kombinasi dengan perisian antivirus / keselamatan sesuai…Zemana Anti Logger juga perisian yang disyorkan saya…

Sistem operasi:

 -Windows XP with Service Pack 2 or higher/Vista/7 (32bit and 64bit)..
-Intel Pentium 300 MHz or higher (or equivalent)..
-256 MB available RAM..
-50 MB free space on the hard drive..
-CD-ROM (for installation of the program from CD)..
-Internet connection (required for product activation and some update features..

Giveaway:
-Untuk download di sini
-Anda perlu pergi ke laman giveaway di sini
-klik pada GET IT FOR FREE..

-selepas klik anda akan ke laman utama giveaway..

-Anda semua akan mendapat lesen nya..

Sapa nak lesen free..ni luqman man punya..

9162-5235-1113-9076 

P/S:Ada apa-apa masalah komen dibawah..

Lawak malam..

Help me please..Comey tak saye..

Sekian..

[Tinjau] Windows 8 Consumer Preview

1

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Entri tentang Ubuntu on KDE tu InsyaAllah akan dibuat, ada kesulitan sikit =(
Jadi saya ganti dengan entri ini ^.P

AMARAN! : Jangan tengok pukul 12 tengah malam entri ni ^.P

  klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

 

Pernah dengar Windows 8 CP?
Windows 8 Consumer Preview atau W8CP ini telah dikeluarkan untuk kaki2 OS untuk mencuba.
Ada yang mengatakan ia sesuai untuk tablet. Ya, betul sebab konsep Metro UI itu tersendiri.
Boleh pakai kat PC/Netbook/Notebook tetapi kekekokkan terserlah disitu ^.P

Tersedia maklum, Windows 8 CP ini ada manis dan pahitnya tersendiri.
Nak tau?
Tapi ini berdasarkan pendapat dan hasil robek2 sikit ^.P
Jika bercanggah harap maaf. ( lain orang lain cita rasa ^.P )
Let’s GO!

Kelebihannya :

1.  Startup yang laju.

Memang terkedu la, bagi saya laju sikit dari Windows 7. Dah laju, tambah pula MetroUI yang menyenangkan orang. ( Jika 1st guna, sapu minyak cap kapak kat hidung ” pening2 ” )
Ini SS yang digunakan hanya menekan ” prt sc ” di keyboard ^.P ( Snipping Tool ada sesetengah port tak boleh guna ==” kena guna OLD SCHOOL ^^ )

 klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

 ok, ini SS Metro UI Windows 8. Bagi yang tak tahu apa itu Metro UI ( bukan Metro Ahad ==” ) > klik Sini ^.P. Jika pakai tablet puas hati kot, boleh slide2 ^^ serta boleh drag susun ikut suka hati anda ^^

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Bukan itu saja, malah boleh ZOOM OUT Metro UI ni..^.P
Ini SS W8 saya. Serabut tak? ^.P

2. Music Player

Music player dia ni, SIMPLE saja. dengan UI tak serabut, sedap mata memandang. Cara nak main lagu, klik kat folder la. Kena sync2 apa tah. Boleh play seperti biasa di Windows Media Player hanya klik kanan, pilih open with > Windows Media Player ^.P. Ini SSnya

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

 Volume UP dan DOWN simple saja. Macam Notebook antik saya ni, tekan hotkey keluar dua skali..==”
( HP Quick Launch Button Volume dengan Volume Metro UI )

3. Photo Preview

Agak simple kerana tak ada banyak butang dan UI yang menyemakkan kepala. ( untuk orang yang nak tengok saja bukan edit ). Hanya boleh tengok saja lah, fullscreen punya gambar =)
Ini SSnya ^.P

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Ini contoh kita preview menggunakan Photos punya apps. Boleh tengok preview macam windows besa, ” Windows PhotoViewer

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^
Ini pula App Preview untuk Photos. Videos dan Music lebih kurang macam ni ja ^.P
UI yang simple bukan?
4. Internet Explorer 10?!
Internet Explorer. Biasa kita dengar kan? Banyak saingan IE ni, antaranya Firefox, Chrome, Safari, dan Opera serta banyak browser2 di luar sana tu.
Yang kita sedia maklum, tiap kali pembaharuan windows, mesti IE di upgrade sekali.
Dari :
  1. Internet Explorer 8 = Windows XP
  2. Internet Explorer 9 = Windows Vista / 7

Tapi, untuk Windows 8 ini, Internet Explorer 10. Yang diwar2kan laju dan selesa. Ya ka?
UI IE 10 tak lari jauh dengan UI IE 9. Tak caya? Mai tengok

 klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^
Lihat? tak caya lagi. huhuhu
Nak tau lebih lajut, tanya > Pakcik Pedia
 klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^
Mai mana ni? hahaha..
Tak adil depa boleh buat, kita tak leh ==” ( ke boleh buat..hehehe ^.P )
Itu Metro UI untuk IE 10 ( rasa2nya tablet kot. sentuh2 katakan ” multitouch ” )

5. Installing

Daripada Windows2 sebelum ini, Windows XP bila kita cucuk USB *tenong* keluar pop banyak2 kan?
Windows Vista dan 7 disatukan jadi 1 pop out, dalam tu akan bagi kita detail2 install driver. Windows 8 lak, special sikit, macam install program pulak. Walhal nak install USB or driver ja ^.P

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Menarik bukan?

6. UI Desktop

UI atau User Interface ( maafkan saya jika silap ) desktop Windows 8 ni menyerupai Microsoft Office 2010 ==”
1st guna kekok, 2nd guna gelak, 3rd guna pening ==”
UI menarik dan mudah untuk cari. ” tak sorok2 aaa “
Ini sedikit SS UI Desktop ini ^^

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Lihatlah, sekali pandang macam M$ Office 2010. hahaha ^.P
UI Windows 7 still ada. Iaitu tree sebelah tu, dengan detail disk. Lainnya logo windows di disk tu =)

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Tadaaa..Microsoft Words 2010 on Windows 8. Tengok tab File dengan tab UI desktop atas..sama tak? hehehe
Program Microsoft Office 2010 tiada masalah kat Windows 8 ni.

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Saja nak share..hehehe..^.P
Ini punya program tiada masalah. Windows 8 sememangnya disediakan Framework 4. Jadi boleh ja guna. Dengan syarat, Windows Defender haruslah untick Real Protection tu. ( ia detect oo )

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Paint pun menarik, dah nak macam program Paint PRO ja.hehehe
Simple, senang guna serta tak serabut kepala anda yang sedia maklum kusut.hehe ( jangan marah ^.P )

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

dan ini bukak folder Music. Tersedianya Music Tools untuk kita pilih sama ada Play? Play All? Add Playlist?
Logo headset tu comel gitu ^.P

7. Store

Ingat Google dengan Apple saja ada Play Store dengan App Store, M$ pun ada.
Store M$ ni ada Free ada Bayar =) Tak caya? Tengok bawah =)

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Teringat daku pada Play Store ^.P
Baru lagi kot, tu tak banyak sangat apps =(

8. User

Yang ini menarik.
Anda boleh buat akaun sama ada User Account ( PC ) or Microsoft Account ^.P
Tak caya?
Ini SSnya

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Bila anda buat Microsoft Account, ia akan menggunakan email dan password email anda sebagai login PC. Jika email anda aga gambar, automatic dia sync ^^. Kalau dah ada account Hotmail, tak apa, tak kena register ^.P ( tertanya2 la, kalau tak ada internet takpa ka? >.< )

9. Personas

Ingat Firefox ja ada Personas. Windows 8 ni pun ada juga pun =)
Anda dibekalkan 8 warna. Perubahan warna itu mempengaruh Metro UI anda setting dan lain2 fungsi, kecuali desktops, itu pakai Windows Colour ^.P
Lihat SS dibawah =)

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

UI yang tersusun, semua ada kat situ. Background tak boleh tukar rasanya, pakai yang tu =(

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Tambahan untuk Windows 8 ni ada Automatic Colour. Saya tak perasan Windows 7 or Vista ada Auto ni or tak =(

10. .pdf?

Dalam Windows 8 ini, tak perlu risau untuk dokumen2 yang berunsur .pdf kerana dalam Windows 8 dah disediakan ^.P
Menggunakan Metro UI, menarik dan fullscreen =)

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Senang bukan?
Tak pakai Adobe Reader or Foxit Reader ok kot..hehehe

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Saja share, tera tu ja laptop antik ni teran =(

Ok, dah tengok kelebihan?
Meh kita gerak kelemahan2 Windows 8 Consumer Preview.

Kelemahan :

1. Setting Internet Explorer 10

Setting dia tak jauh beza dengan si Internet Explorer 9 ( Vista / 7 )
Nak kata IE 10 guna UI macam IE versi lama pun betul juga ==”
Ini contoh SS

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Biasa2 jer kan? huhuhu

2. Driver Problem

Yang ni mana2 OS pon kacau juga kan? Kecuali sesetengah OS.
Selalu kacau Graphic Driver.
Macam saya ni pakai ATI Mobility Radeon X1300. Windows XP dengan Vista amat cemerlang sekali. Cuma 7 problem, apatah lagi 8 yang pakai data 7, lagi tak support ==”.
Terpaksa pakai Windows punya Graphic.
Sakit hati juga la, Graphic Notebook saya ni 512MB on Windows XP, 6++MB on Windows Vista.
Bila di 8, ==” Tengok lah..sedih rasanya :'(

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Driver lain cun dah. Kecuali PCI dengan Mass Storage, itu pun pakai manual.
Ini Display adapters tu, ” Microsoft Basic Display Adapter ” yang mengLOCK resolution 1024 x 786 ==”
Game biasa2 boleh la. Taktau game lain sangkut ka tak ==”

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Tengoklah..KECEWA!!! =(
Spoil tentang driver sebab 80% driver support Windows 8. Bugs yang ada Graphic Driver problem.
Bagi saya la.. Anda?

3. Touch Keyboard

Teringin nak sentuh2 screen yang ada keyboard..hehehe..
Pakai mouse pun boleh. Ada bunyi tau. *tac2 hohoho ^.P

klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Anda tak terasa nak sentuh2..
Rasa nak sambar 1 LCD MultiTouch Screen ==”

Lain2 bugs ( maaf tak ada ss ^.P )

  • Sometimes lagging =) ( biasa la, semua OS tak pernah lari dari tu )
  • Kebanyakkan function prefer kepada tablet ==”
  • Update sikit saja ( mungkin baru lagi )
  • Function Windows 8 Consumer Preview untuk PC tak banyak function seperti tablet ==”
  • Sesetengah Apps tak support negara kita ==”
  • Boleh buat macam video demo tu, tapi boleh tarik jer? tarik separuh tak boleh ==”

Satu lagi,
Ingatkan ada perubahan pada Windows Media Player, rupa2nya ==”
Sama macam Windows 7 ja =(

 klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

 Kan2??
 Dan SS bawah versionnya =)
 

 klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Oh ya, terlupa satu, tentang Video Player Metro UI,
FULLSCREEN baq hang! hahaha
Tak caya? Tengok SS bawah ^.P

 klik gambar untuk kejelasan terserlah ^^

Puas gitu tengok video..^.P

Akhirnya siap juga entri ni.
Panjang dan semak dengan gambar. ^.P
Itu saja tinjauan saya,
” Saya Mei Ax, dari Baring Atas Katil melaporkan untuk OMG! Hackers?

Kalau ada silap salah, respon yer =)

p/s : maaf jika saya silap. Maaf entri tak seberapa ni =(

Untuk menyedut, klik situ > Windows 8 Consumer Preview
Jangan lupa salin Windows 8 Consumer Preview Product Key.
Meh nak tolong, 2x baca cepat ingat ^.P

DNJXJ-7XBW8-2378T-X22TX-BKG7J

Selamat Menyedut,
Selamat Mencuba,
Selamat Mengguna,
dan Selamat Maju Jaya. ^.P