Assalamualaikum kepada semua pembaca OMG! Hackers? yang senantiasa setia bersama kami di sini. Di harap semua sihatlah hendaknya ya (sebab saya sedang menghidapi migrain yang agak teruk).
Apapun mari kita teruskan dengan entri ini. Saya terpanggil untuk menulis reviu ini kerana.. kerana.. kerana saya terpanggil untuk menulis lah. Tiada sebab lain.. Err..
Bagi para peminat produk Beats by Dr. Dre, saya amat menyarankan sekiranya anda mempunyai ‘dana’ yang lebih, adalah baik untuk anda membeli dan menggunakan produk asli dari syarikat ini. Selain dari kualiti binaan dan waranti, material yang digunakan juga adalah bersumberkan bahan-bahan yang terbaik, contohnya kabel dari Monster®. Kabel ini mampu menyalurkan data dengan kelajuan maksima dan ini menjadikan setiap bunyi lebih tepat dan jelas.
Namun bagaimana pula sekiranya anda TERbeli produk tiruan (counterfeit/fake)? Atau bagaimana jika anda lebih berminat untuk menggunakan produk tiruan kerana anda kekurangan ‘dana’? Adakah ia berbaloi? Persoalan-persoalan inilah yang cuba saya kupas dalam entri kali ini.
Jawapan saya, jangan bimbang. Anda bukanlah seorang yang bernasib buruk kerana produk tiruan Beats by Dr. Dre, bagi saya berbaloi untuk dimiliki jika bertepatan dengan grednya. Sebagaimana yang diketahui, terdapat beberapa gred yang digunakan oleh penjual tempatan untuk produk replika ini seperti gred A, AA, dan AAA. Untuk gred A atau AA, ia boleh dimasukkan ke dalam kelas ‘ekonomi’, manakala gred AAA atau nama lainnya High Quality yang mana kualiti bunyi dan binaannya menyerupai produk asli sebanyak 99.99%. Imitasi ini bukanlah perkara yang luar biasa kerana produk asli dibuat di negeri China. Oh yeah, produk imitasi atau replika ini juga dari China. Cuba teka, adakah kemungkinan berlaku ‘leakage’ dari kilang pembuatan produk asli sehingga menyebabkan ia dapat diimitasi hampir 100%? Percayakah anda semua pekerja di situ jujur? Haha.. tepuk dada tanya sama Google (what?).
Berikut saya paparkan beberapa gambar Beats by Dr. Dre Solo HD berwarna hitam (replika) yang saya beli di Yik Foong Complex, Ipoh pada harga RM160. Produk ini juga boleh didapati dengan mudah di Mudah.my atau Plaza Low Yat Shopping Center, Kuala Lumpur pada harga yang sama. Maaf, gambar kurang jelas kerana ia diambil pada pencahayaan lampu kalimantang di dalam rumah (ewahhh..panjangnya pengecualian..).
Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas:
Sepertimana yang anda dapat lihat, ia saling tidak tumpah (bererti serupa) seperti produk asli. Cuma ada beberapa ciri sahaja yang dapat membezakan ia, contohnya seperti ciri pada kotak, dan ciri pada headphone itu sendiri. Namun saya telah melakukan beberapa ujian dengan produk asli untuk menguji beza kualiti bunyi yang dikeluarkan antara keduanya, dan percayalah, produk replika ini benar-benar hampir sama dengan yang asli. Ini mungkin menjengkelkan dan sukar untuk disebutkan oleh saya, tetapi produk replika ini sekiranya tidak diberitahu kepada sesiapa bahawa ia adalah tiruan, maka orang yang tahu mengenai produk ini adalah tiruan hanyalah ANDA.
Sebut mengenai adakah ia berbaloi untuk dimiliki, jika anda tanya pada saya, saya jawab ya, sekiranya anda tidak mahu ambil kisah mengenai jaminan dari waranti, dan jika anda tidak kisah mengenai kualiti yang ditawarkan produk asli. Saya ulang sekali lagi jika anda ada dana yang mencukupi, ‘sambarlah’ satu produk asli. Saya sarankan Beats Solo atau Beats Solo HD kerana keduanya memiliki kualiti yang sangat memuaskan. Mungkin ada yang akan berkata anda boleh dapatkan headphone dengan kualiti yang sama pada harga yang lebih rendah, tetapi saya sebagai bekas pemuzik, dan masih lagi peminat muzik yang tegar menyarankan agar anda tidak mendengar kata-kata ‘ulat’ seperti ini.
Mr.Hac : Ulat sampah lebih berguna dari ulat tiket.
Mr hac macam mana nak tau produk beats ori @ fake ? Boleh terangkan ? butik beats ada kt mane ?