Bagaimana Mempercepatkan Startup Windows Dengan MSCONFIG

Hello, selamat kembali bersama saya. Di tutorial kali ini ialah msconfig. Ok, msconfig ialah nama pendek dia, nama panjangnya ialah Microsoft Configuration. Msconfig apakah itu? Ok, ia melibatkan startup, untuk boot windows. Ok, mungkin ramai yang macam pening-pening, ada yang tak tahu.

Ok, mari kita tengok apa itu msconfig.

Langkah pertama, tekan Start > Then masuk Run > Taip msconfig > Tekan OK. So akan keluar popup kotak seperti gambar di bawah ini.

Ok, apa yang perlu kita buat adalah pergi ke Startup Tab. Di komputer saya ada list software yang tidak penting untuk start bila kita [ON] windows. Kerana jika semua itu ditick, ia akan melambatkan you punya loading windows. So anda untick software yang tidak penting bagi anda seperti Yahoo! Messanger, PowerDVD, RealPlayer (32bit) dan macam-macam lagilah.

Seperti HD Audio punya jangan untick, untuk wireless pun jangan untick, ELAN, dan kalau anda ada NVIDIA untuk graphic card, tak perlu untick sebab ia akan loading driver untuk dia punya graphic card. Yang penting anda untick software yang tak penting bagi anda lah. Hukhuk! Jika anda untick software yang tak penting di dalam msconfig ini, ia akan mempercepatkan loading windows, ok. Setelah anda siap untick mana yang tak penting tu, anda tekan “Apply“.

Dan pergi ke Boot Tab seperti gambar rajah di bawah ini.

Ok, anda lihat pada “Timeout” yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu, di situ pada asalnya adalah 30 seconds. Tapi anda boleh tukar menjadi 3 seconds sahaja. So nanti untuk boot akan cepat sikitlah, tak penting pun tunggu 30 saat baru nak boot. Ok? Yang lain tak perlu usik dan terus tekan “Apply” dan “OK“.

Seterusnya akan keluar popup seperti gambar di bawah.

So you boleh restart atau pun tidak mahu restart. Bila anda restart, anda boleh nampak anda punya windows cepat startuplah. Erm, nampaknya itu sajalah pada tutorial kali ini. Dan selamat mencubalah. (^^,)/

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
amrell66

Keep up da good work bro.

spot_imgspot_img