Bagaimana Untuk Split Files Menggunakan Winrar

Hello, apa khabar semua? Selamat bertemu lagi dengan tutorial saya kali ini. Ok, kali ini saya akan menunjukkan bagaimana hendak split fail dengan menggunakan winrar. Erm, winrar itu adalah satu perisian(software), yang sememangnya popularlah kepada pengguna komputer.

Untuk apa hendak splitkan fail? Ianya adalah untuk memperkecilkan saiz fail untuk dimuat naik(upload) ke dalam internet. Senangkan nak faham? (^_^) Contohnya macam anda yang kaki download movie, game, dan sebagainya yang fail bersaiz besar. Sudah tentunya mereka (uploader) memberikan anda banyak part untuk dimuat turun. Kerana ruang yang disediakan untuk upload adalah terhad. Jadinya mereka splitkan fail-fail yang besar itu menjadi kecil dan jadilah berpart-part banyaknya.

Okay, mari lihat bagaimana untuk splitkan fail yang saya ceritakan di atas tadi. (^^,)/

1. Langkah pertama anda haruslah perlu ada perisian winrar dan fail/perisian/game atau benda yang hendak displitkan. Seperti saya sebagai contoh, saya ingin splitkan perisian Free Studio seperti gambar di bawah ini.


2. Langkah kedua adalah klik kanan pada perisian tersebut dan pilih “Add to archive…“.


3. Langkah ketiga pula akan keluarnya satu kotak seperti gambar di bawah. Pada anak panah yang pertama itu adalah menunjukkan pada “Browse…“. Di situ adalah untuk lokasi fail yang sudah displitkan nanti. Pada anak panah yang kedua, “Split to volumes, bytes” adalah untuk saiz fail yang anda ingin split. Seperti saya, saya meletakkan 20MB untuk satu part. Kerana perisian Free Studio itu adalah bersaiz 64MB.

*untuk meletakkan saiz split, ianya memang seperti paparan di bawah ini. Ianya 20MB tetapi hanya perlu meletakkan 20m sahaja. Tidak perlu huruf “B”. Itu sebagai syaratnya, hukhuk! Kalau tidak, memang tak menjadi. Setelah itu tekan “OK”. Yang lain-lain tidak perlu ubah.


4. Setelah anda tekan “OK“, akan keluar satu kotak ini pula yang menunjukkan bahawa ianya sedang diproses untuk split files. Hanya perlu menunggu. Sekiranya fail yang anda ingin splitkan itu bersaiz besar, lamalah prosesnya.


5. Okay, sudah siap proses, akan munculnya fail-fail yang sudah displitkan tadi seperti gambar rajah di bawah ini.

Ok, mudahkan? Huhu, semuanya memang mudah sekiranya kita belajar. Kalau tak belajar, macam mana kita nak tahu. Ok, anda tak ada perisian winrar? Hmm, sebenarnya anda boleh cari sendiri di internet dan paling mudah cari di google.com. Tapi kebanyakannya adalah trial, kerana perisian winrar ini berbayar. Bukan percuma ya, hekhek! Tapi dengan OMG! Hackers? adalah percuma sahaja. Waaaahhhh!! Untungnya anda sebagai pembaca blog OMG! Hackers?.
Okay, sesiapa yang tidak ada lagi perisian winrar ini. Boleh muat turun di sini: http://www.mediafire.com/?d5fhekg5qovsvh1
*maaf tentang tajuk fail itu, saya sengaja letak tajuk seperti itu adalah untuk mengelakkan dari dibuang oleh pekerja Mediafire. Hukhuk!
Saya sempat download perisian ini dari entri abang Arya Putra yang sudah sekian lama dulu. Entrinya di sini: http://www.omghackers.com/2011/07/winrar-401-full-crack.html
Tapi, perisian itu sudah pun dibuang oleh pihak Mediafire kerana…. (tanya dia sendiri kenapa!!).
Ok, itu saja tutorial saya kali ini. Semoga anda belajar untuk jadi pandai. Huhuhu (^^,)/
Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img