‘Hosting’ Percuma Terbaik Di Muka Bumi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda seorang yang berminat untuk memulakan perniagaan secara atas talian di alam maya? Anda seorang penulis di alam maya? Anda mahu jadi seorang blogger yang mahu mengatur semuanya secara sendiri? Anda mahu berjinak dengan dunia ‘hosting’? Atau anda mahu mengenali dengan lebih dekat tentang WordPress.org atau Joomla.org? Anda mungkin memerlukan ‘web/blog hosting’. 

2freehosting.com adalah penyedia ‘web hosting’ yang wa maksudkan. Baru-baru ini 2freehosting telah mengisytiharkan tentang peningkatan beberapa ciri-ciri seperti peningkatan ruang penyimpanan,kouta jalur lebar (bandwidth) dan beberapa lagi ciri tambahan yang lain yang akan dimaklumkan selepas ini.

Wa memang sudah kenal dengan 2freehosting ni sejak azali lagi. Lama tak lama,baru tak baru. Dari segi servis pelanggan memang bagus 2 atau 3 hari maklum balas dari pihak penyedia akan dapat (maklumlah barang percuma). Kalau bertuah,dalam hari yang sama pun anda boleh dapat. Untuk makluman anda yang baru kenal atau mahu mengenali bahawa 2freehosting dengan 1freehosting adalah dari kumpulan organisasi/syarikat yang berlainan.

Masa wa berkenalan dengan WordPress.org,’hosting’ ini yang wa gunakan. Cukup sampai disini kita lanjutkan dengan peningkatan/pertambahan ciri-ciri terbaru daripada 2freehosting.

Ciri-ciri tambahan 2freehosting:-
1. Ruang penyimpanan telah ditambah daripada 10 GB ke 20GB. Semakin besar ruang untuk anda merangka penulisan.
2. Pemindahan data (jalur lebar) telah ditambah sebanyak 50 GB daripada 100 GB. Maknanya berapa? Orang OMG! Hackers? bijak belaka.
3. Peti surat alam maya (e-mail) telah ditingkatkan kepada 10. Sebelum ini 5 je. Buatlah cth:[email protected],[email protected] atau [email protected].
4. Akaun FTP pun ditingkatkan dari 5 ke 10.
5. Simpanan data MySQL pun telah ditingkatkan dari 5 ke 10.
6. Ruang simpanan e-mail pun telah ditingkatkan dari 50 MB ke 100 MB.
7.  Satu sub-domain baru .3eeweb.com dan empat sub-domain lama.

Berminat. Kunjungi laman yang tertera di atas dan disini.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img