Utama Blog Laman 219

[ WHATSAPP ] EVIL DROID ENTHUSIAST

0

Assalamualaikum dan selamat tengah malam. Hari nie, LanDroidXD nak memperkenalkan group WhatsApp yang diasaskan oleh Tuan Arya sendiri. Dalam group nie,kami tak kisah topik apa nak bincang. Kasi bedal je. Muahahahahahahahahahahahhahaha! Janji korg kaki merepek,kaki hayun,kaki bahan dan segala kaki yang ada.  Muahahahhahahahahhahahahahahahaha! Dan yang penting,korg mesti tahan kena bahan,maki dll. HAHA! Boleh pm FB Tuan Arya  sendiri untuk dimasukkan kedalam group. HAHA, btw,maafkan aku sebab tak buat review Hybrom v15,busy sikit kebelakangan nie. Almaklumlah,belajar lagi. Ini sedikit screenshot yang boleh didapati di group EDE.

p/s : aku tengah busy sekarang nie,so susah sikit la nak buat entry ye. so,keep in touch. Choww~~

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bina Blog Dot Com Sendiri: Baru dan Sempurna

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terpanggil diri ini untuk menyediakan sebuah makalah untuk dihadam oleh anda sidang pengunjung sekali gus merangkap pembaca setia blog OMG! Hackers? sekalian. Jarang sekali saya menulis artikel berbentuk ulasan mengenai blog. Jika saya menulis,maka saya rasakan bahawa blog tersebut penting untuk saya dan untuk anda juga. Jadi,artikel ini saya hidangkan kepada anda untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Bina Blog Dot Com Sendiri, saya rasakan anda sudah memahami apakah yang tersembunyi di sebalik namanya yang tersendiri. Jika anda seorang blogger baharu atau anda ingin menjinakkan diri anda untuk menjadi seorang penulis alam maya maka laman ini perlu anda kunjungi. Selaku pentadbir yang juga merangkap penulis di laman ini, Zulhilmi Zainudin banyak mendedahkan kepada umum tentang blog dan apakah yang tersirat di sebalik sesebuah blog yang mesti diketahui dan dipelajari oleh pengguna baharu sebelum memulakan aktiviti menulis di alam maya ini. Melihat pada ruangan arkib laman, saya dapati bahawa laman ini masih baru dalam industri blog dan laman web. Meskipun begitu,saya tidak merasakan saudara Zulhilmi Zainudin seorang blogger yang baru memandangkan kekemasan dan kematangan dalam pengurusan blog beliau sungguh menakjubkan.

Tidak dapat disangkal lagi dengan ledakan era teknologi maklumat dan komunikasi yang giat membangun, maka tercetuslah laman-laman web yang menyediakan maklumat secara terus tanpa sebarang halangan. Ini akan menaikkan semangat rakyat Malaysia agar lebih bersifat terbuka dalam melontarkan pendapat, berkongsi maklumat dan mentarbiah diri untuk menjadi seorang warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Lebih menarik apabila laman-laman tersebut merupakan laman yang menyediakan artikel berkisar inovasi dan teknologi maklumat.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk “Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris”, kehadiran laman-laman seperti ini sedikit sebanyak membantu dalam mencapai hasrat murni kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dipersada antarabangsa. Menjelang tahun 2020, kemajuan dalam sektor ini akan lebih terjamin dek sikap rakyat yang yang lebih terbuka dalam menerima sesuatu inovasi yang dibawakan oleh sesebuah organisasi, kerajaan mahupun persendirian.

Maafkan saya kerana agak keterlaluan dalam merangka penulisan sehingga terlupa dengan tujuan utama artikel ini. Jadi, Bina Blog Dot Com Sendiri melalui laman utama mereka menyediakan akses kepada anda untuk mencuba kursus membina blog berasaskan WordPress. Melalui halaman blog Bina Blog Dot Com Sendiri, mereka ada menyediakan artikel panduan dan info tentang pengurusan platform WordPress dalam segenap aspek seperti keselamatan, pemasaran, SEO dan pelbagai lagi makalah yang padat dengan pengetahuan yang perlu anda hadam dalam pemikiran dan hati.

Saya sudah selesaikan aspek ‘baru’ dalam artikel ini sejak permulaan penulisan lagi. Tapi, apakah aspek ‘sempurna’ yang dimaksudkan oleh saya? Aspek sempurna boleh diterjemah daripada kekemasan antara muka laman web Bina Blog Dot Com Sendiri namun apa yang akan digambarkan oleh saya tentang aspek sempurna ialah sedikit berbeza. Aspek sempurna yang saya maksudkan ialah lahir dari diri saudara Zulhilmi Zainudin sendiri. Saya telah berhubung dengan beliau melalui pelbagai medium seperti e-mel, laman interaksi Facebook dan melalui blog beliau sendiri. Beliau telah melayan kerenah saya dengan ramah. Sifat ini jarang hadir dalam diri blogger termasuklah saya. Saya akan cuba menutup lubang-lubang kelemahan dalam diri saya agar tidak tertiris lalu menyebabkan anda menerima bahana daripada kesilapan saya sendiri. Tapi,kadangkala sikap kurang peramah ini perlu juga untuk mendidik rakyat agar membuang penyakit ‘M’. Penyakit ‘M’ ini tiada ubatnya melainkan tuan empunya badan mengubatinya. Perlahan-lahan nelayan mendayung akhirnya sampai juga ke tepi laut.

Semoga artikel ini membantu anda dalam mentarbiah diri untuk menjadi insan yang gemar akan pengetahuan khusus dalam bidang penulisan menggunakan plaform blog WordPress

Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Windows 8.1 RTM Dan Cara Pengaktifan

0

Assalammualaikum warga OMGHackers..

   Sudah lama tidak menyumbang artikel di blog ini kerana kekangan masa. Otak juga sudah membeku dan saya akan cuba mencairkannya.. huhu..(Boleh ke?). Baiklah, seperti yang kita ketahui, Windows 8.1 sebenarnya akan dilepaskan kepada umum pada tanggal 18 Oktober ini pada pukul 7.30 petang waktu Malaysia yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Store. Windows 8.1 telah menjadi RTM (Release-to-manufacturer) pada 27 Ogos yang lalu. Sebenarnya Microsoft tidak berhajat langsung untuk memberikan RTM ini walaupun kepada pembangun perisian melalui akaun MSDN dan Technet. RTM ini hanya diberi kepada Vendor OEM untuk mencuba perkakas terbaru sesuai dengan Windows ini atau tidak.

   Akan tetapi seorang “Leaker” WZT aka WZOR telah mendapatkan RTM ini pada hari itu juga dan telah memuat naik pada laman torrent. Pada 28 Ogos Windows 8.1 sudah boleh dimuat turun oleh orang awam melalui torrent dengan kelajuan yang sangat menyedihkan oleh kerana leecher melebihi peers. Saya menunggu sehingga seseorang memuat naik ke laman Mega.co.nz. Kelajuan torrent saya sekitar 20-30 kB/s, lebih malang tidak bergerak langsung. Pada mulanya saya muat turun menggunakan pelayar Firefox dan Google Chrome, akan tetapi apabila sudah 60-70% proses muat turun, akan keluar ralat “encryption error“. Akhirnya saya berjaya muat turun menggunakan perisian FreeRapid yang sudah lama tidak digunakan sejak Megaupload terkubur.

Sudah puas bermukadimah kita teruskan dengan tujuan kita. Muat turun Windows 8.1 RTM di sini: [Link]

1. Muat turun pula FreeRapid untuk memudahkan anda muat turun dari Mega: [Link]
2. Selesai muat turun ISO, rakamkan ke dalam USB menggunakan [Win7USB/DVD] atau ke dalam DVD menggunakan apa sahaja Burning Software seperti Nero dengan kelajuan tidak melebihi 4x.
3. Tetapkan pada Bios anda supaya boot dari USB ataupun DVD. Setiap jenama berlainan tetapan.
4. Semasa pemasangan, masukkan kunci ini. Hanya untuk pemasangan, bukan untuk pengaktifan.

Core = 334NH-RXG76-64THK-C7CKG-D3VPT

Pro = XHQ8N-C3MCJ-RQXB6-WCHYG-C9WKB

5. Selepas selesai pemasangan, sila buka command prompt sebagai administrator dengan cara klik kanan pada start button, tukar product key anda kepada salah satu dari kunci tersebut. [Link]
6. Copy-Paste sahaja kunci tersebut dan tekan enter. Pada tetingkap command prompt yang sama, taip slui 4 untuk membuka tetingkap aktifkan melalui telefon atau skype.
7. Pilih negara U.K serta login skype dan dail nombor ini: 08000188354 (PC) atau +448000188354 (HP). Sila gunakan skype versi terbaru dan jikalau anda menggunakan “Desktop”, pastikan anda memasang mikrofon atau anda akan dapat masalah tidak boleh menekan butang nombor di skrin. (Terima kasih kepada bro Mu Ying Ming kerana menjumpai dan menyelesaikan masalah ini)
8. Masukkan Installation ID anda satu persatu dan jika anda tersilap menekan nombor jangan batalkan panggilan, kerana ID anda akan jadi tidak sah. Anda perlu tukar kunci lain untuk mendapatkan ID baru jika ini terjadi. Biarkan sahaja, nanti dia akan ulang semula untuk memperbetulkan nombor yang salah itu.
9. Masukkan Confirmation ID diberi oleh robot itu satu persatu. Jikalau anda kurang jelas boleh ulang semula dengan menekan butang star (*).
10. Windows 8.1 sudah diaktifkan. Selesai.

p/s: Hanya untuk mereka yang hendak upgrade sahaja. Jika anda aktifkan Windows 8 anda menggunakan MAK keys, sila jangan upgrade ke windows 8.1, kerana ini akan menyebabkan Windows anda menjadi tidak aktif semula. Upgrade dan kekalkan pengaktifan hanya boleh dilakukan jika anda mempunyai Retail key sendiri atau dengan kata lain anda beli kunci tersebut dan Windows 8 anda sememangnya original.
Untuk menambah WMC pada Windows 8.1 ikuti cara ini:
1. Pasang Windows 8.1 dengan menggunakan kunci pro di atas.
2. Tanpa aktifkan Windows anda, buka PC info dan masukkan kunci tersebut pada get more feature.
RR3BN-3YY9P-9D7FC-7J4YF-QGJXW
3. PC anda akan restart beberapa kali semasa memasang WMC.
4. Muat turun pula “data.dat“: [Link] Tetapkan untuk “view hidden file” kerana “data.dat” ini tersembunyi.
 5. Copy dan pastedata.dat” tadi ke dalam folder: Sila Overwrite fail tersebut
C:WindowsSystem32sppstore2.0
6. Buka command prompt sebagai admin dan tukar kunci kepada “retail WMC” yang anda dapat secara percuma dari Microsoft atau anda boleh pergi ke pautan ini jika anda tiada kunci WMC. [Link]
*Sila ambil perhatian kunci percuma yang anda dapat dari Microsoft boleh digunakan berkali-kali tetapi menggunakan pengaktifan skype, bukan online. Saya sendiri menggunakan kunci WMC yang sama setelah 4 kali format pc.. hehe..* (BUKAN KEY YANG BOCOR DARI INTERNET)
7. Sila guna cara skype untuk aktifkan WMC anda. Selesai..
Jika ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen di bawah. Sekian.. Selamat mencuba..

** Credit to November_ra1n dari nSane forum untuk Retail Key**

Update  05/02/2014 – KMSPico v9.2.1 Beta boleh mengaktifkan Windows 8.1 Pro VL (Volume License) dan Enterprise VL beserta Office 2013 Pro Plus VL.. Pengaktifan secara offline: [Link]

Change Log
v9.2.1
– Fixed bug with faster cpu.
– Add test to emulator after started it.
– Add more servers online for PlanB.

How This Program Works:

  1. Install KMSpico in Windows.
  2. Create Shortcuts for KMSpico.
  3. Disable SmartScreen.
  4. Run automatically KMSELDI and AutoPico.
  5. Make Tokens Backup.
  6. Detect VL or Retail and depending of the License Status activate or convert to VL.
  7. Activate for 180 days all VL products found.
  8. Install a windows service that reactivated every time windows start.
  9. Create a task schedule for AutoPico to run every 24 hours.
  10. Recommendations Optional:
    – Make exceptions to Directory %ProgramFiles%KMSpico*.exe in Antivirus or Defender.

UPDATE 24/01/2014
KMS_VL_ALL oleh Abbodi1406 dari MDL: [LINK]
MD5: 4bf9f82459a180780871bbd079dd7862

– Tidak perlu install seperti KMSPico
– Hanya perlu jalankan KMS_VL_ALL.cmd sebagai administrator
– Pengaktifan secara automatik pada masa yang ditetapkan

Based on latest SppExtComObjPatcher build from qad that includes internal KMS Emulation, which eliminates the need for external KMS Server/Service to activate Local Products, and this leads to no interact or interfere with firewall program at all, and also less hassle with Protection programs.
ReadMe.txt included.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Fail APK Dari Play Store Menggunakan PC

0

Maafkan saya kerana lama tidak muncul dalam blog. Bukan merajuk kerana artikel Ultraman dibidas (hahaha!), tetapi atas kekangan masa dan tekanan dari tempat kerja yang menyebabkan saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada blog, meskipun hati terasa rindu untuk berkarya, menulis dan menabur bakti semula. Apapun, andai ada masa yang terluang, InsyaAllah pasti akan bertemu jua kita di sini.

Disebabkan sekarang saya merupakan peminat fanatik Android, maka kali ini saya ingin kongsikan di sini kaedah untuk memuat turun fail APK rasmi yang dilepaskan melalui Google Play Store, namun dimuat turun bukan dari telefon bimbit pintar, sebaliknya melalui pelayar web di PC.

Kaedah ini telah lama wujud, namun kita semua sedia maklum bagaimana Google menjaga hakmilik (copyright) dan juga fail-fail apk ini dari dilepaskan secara ‘luar’ dari Google Play supaya ia tidak disalahgunakan pihak-pihak tertentu. Maklum saja Android sedang beraja di pasaran sekarang. Jadi kaedah ini dengan cepatnya melupus akibat kemaskini dari laman tersebut.

Namun, pembangun extension APK Downloader ini juga tidak berdiam diri. Pantas sekali beliau mengemaskini versi seiring dengan perubahan Google Play Store. Oleh itu mari kita lihat bagaimanakah kaedahnya untuk kita memuat turun fail APK tanpa menggunakan telefon bimbit pintar. Ambil perhatian, APK yang boleh dimuat turun adalah yang percuma sahaja dan jika berbayar, ianya adalah APK yang telah pun dibeli oleh anda. Tak lupa juga APK tersebut haruslah boleh dimuat turun melalui telefon bimbit pintar anda, tanpa sekatan giolokasi mahupun keserasian dengan peranti.

Oh ya, kaedah ini menggunakan pelayar web Google Chrome.

Muat Turun Fail APK Dari Play Store Menggunakan PC

1. Muat turun extension Google Chrome APK Downloader melalui pautan berikut: APK Downloader

2. Untuk cara pemasangannya pada Google Chrome, anda bolehlah merujuk kepada pautan tersebut.

3. Seterusnya, sila dapatkan Device ID anda. Cara mudah, muat turun saja aplikasi Device ID.

4. Setelah itu, pergi kepada Google Chrome -> Option -> Tools -> Extensions -> Klik pada Options (Lihat gambar di bawah).

5. Apabila terbuka window seperti di bawah, masukkan e-mail (Gmail) anda, yang anda gunakan pada Google Play Store di telefon bimbit anda, masukkan kata laluan berserta Device ID telefon bimbit pintar anda.

6. Siap! Nah. Sekarang cuba buka mana-mana halaman Google Play Store, pilih mana-mana aplikasi (yang serasi dengan telefon anda serta tanpa sekatan geolokasi pastinya!). Untuk muat turun fail APK, anda cuma perlu klik pada lambang Android berwarna hijau di atas search bar (lihat gambar di bawah):

7. Sekarang simpan (save) fail APK tersebut di mana-mana direktori yang anda mahu.

8. Apa lagi? Masukkan lah ia ke dalam sdcard telefon bimbit dan cuba pasang. Terbaik bukan?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[COMPARISON] Xperia Mini Pro vs Xperia J

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga OMG! Hackers? Its me. LanDroidXD. Recruit baru dari Tuan Arya. Entri baru hari ni, aku just nak buat comparison Xperia Mini Pro dan Xperia J. sbb bagi aku, dua-dua model nie tak banyak berubah. yang berbeda hanya beberapa spec yang nyata dan tidak nyata, Cewaahh. Sempat lagi berbahasa. Wkwkwkwkwkwkwkwk.

Baiklah, berdasarkan versus.com.my, nie antara sebab kenapa peminat-peminat smartphone patut pilih Xperia Mini Pro.

  1. Mendapat update OS terus daripada pengeluar.
  2. Mempunyai butang kamera.
  3. Lebih kecil.
  4. Ada keyboard QWERTY dibina sekali.
  5. Mempunyai lebih kelajuan Upload.
  6. Kurang gap antara kedua-dua lapis. Mengelakkan habuk. 
  7. Lebih banyak RAM.
  8. Ada dua peringkat shutter.
  9. Ada lampu untuk video.
  10. Terdapat dua microphone di phone tersebut.
  11. Lebih rendah SAR (Specific Absorption Rate) untuk kepala.
  12. Boleh mengubah white balance secara manual.
Bagaimana pula dengan Xperia J?
  1. Lebih ringan.
  2. Lebih nipis.
  3. Skrinnya lebih besar.
  4. Lebih besar internal storagenya.
  5. Battery lebih tahan lama.
  6. Body volume dia kurang.
  7. Mempunyai Corning Glass Gorilla Display.
  8. Dilengkapkan dengan speaker stereo.
  9. Mempunyai autofocus yang berterusan semasa merekod video.
  10. Mempunyai resolution lebih tinggi.
  11. Lebih besar pixel density.
Bagi aku, aku lebih suka Xperia Mini Pro sbb aku taksuka onscreen keyboard. XD. Bak kata Tuan Arya, jari aku gemuk. T-T. Memang aku owner Xperia Mini Pro nie. dah setahun dah. tapi,sekali kena masalah ribbon,menangis. T-T. Setiap orang ada citarasa tersendiri. Pilihlah mengikut kemampuan masing2. Dan, HAPPY COMPARING.
p/s : aku nie noob lagi,so comment yang membina harap diberikan. XD. next post pasal hybrom yang aku flash dekat phone nie, so, keep in touch guys. XD.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Shared Menawarkan Storan Awan 100 Gigabait Percuma

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa banyak merubah cara kehidupan masyarakat dunia. Teknologi telah banyak membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Jika dahulu nenek moyang kita membuat kuih Bahulu dengan mengerah tenaga fizikal dan menitiskan keringat hanya untuk memukul telur,kini tidak lagi. Kemajuan teknologi telah melahirkan generasi yang banyak membantu dalam penghasilan mesin dan jentera untuk memudahkan pengusaha industri kecil seperti pengusaha Bahulu untuk memukul telur dengan lebih mudah. Mereka hanya perlu menghidupkan mesin dan tunggu akan hasilnya. Keringat tidak mengalir dan tenaga dapat digunakan untuk melakukan tugasan lain. Itu merupakan kesan perkembangan teknologi dalam bidang masakan. Bagaimana pula kepesatan teknologi dapat membantu dalam penyimpanan dokumen dan perkongsian fail?

Sumber gambar: Google Image.

Pada tahun 1998 kehadiran teknologi pemacu kilat/pemacu pena/pemacu jari yang diperkenalkan oleh Dov Moran dengan kapasiti lapan megabait (8mb) telah membantu pengguna untuk menyimpan dan berkongsi sesuatu fail dengan mudah dan efektif. Meskipun pemacu kilat ini sukar didapati oleh umum kerana pada zaman itu harga jualannya yang tinggi namun itu merupakan sebuah permulaan dalam era kebangkitan teknologi. Silap rasanya sekiranya seseorang itu mengatakan bahawa “teknologi dan inovasi itu merosakkan pemikiran,membantutkan pertumbuhan sosial dan melumpuhkan ketamadunan,peradaban dan tatacara sesuatu kaum,masyarakat atau bangsa” Semuanya terpulang kepada bagaimana seseorang itu menggunakan kemudahan daripada inovasi itu sendiri. Jika baik penggunaanya,maka baiklah hasil yang akan diterima. Tepuk dada,tanya selera.

Sekali lagi saya ulangi,jika seseorang mengatakan bahawa teknologi itu membebankan,maka dia ternyata silap. Lihatlah kemudahan teknologi sekarang. Dengan terciptanya peranti sebesar tapak tangan,dia bukan sekadar dapat menyimpan berpuluh ribu fail malah dengan peranti tersebut dia juga dapat berhubung dengan kenalan lama,berkongsi fail bersama mereka dengan lebih mudah malah dia dapat berhibur dengan mereka secara langsung. Semuanya hanya melibatkan sebuah peranti sebesar tapak tangan. Jadi,terbukti di sini bahawa inovasi itu tidaklah menyebabkan kemunduran melainkan kemajuan dalam aspek pemikiran,pembentukan sahsiah dan sebagainya. Ketiga-tiga perenggan ini menceritakan bagaimana inovasi dan teknologi dapat membantu seseorang dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Tanpa teknologi,kemungkinan nikmat ini tidak mungkin akan dapat dikecapi. Tapi,perasankah anda bahawa dalam ketiga-tiga perenggan ini sudah saya ceritakan tentang ‘storan awan’ yang juga menjadi tajuk untuk makalah kali ini. Jika anda sudah memahami kegunaan storan awan melalui penulisan ini maka apa yang perlu saya ceritakan sekarang ialah ulasan tentang laman yang menyediakan perkhidmatan storan awan iaitu Shared dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh laman ini.

Aspek yang menjadi objektif bagi artikel kali ini ialah storan atau ruang penyimpanan yang ditawarkan oleh Shared iaitu sebanyak 100 gigabait (100gb) yang diberikan secara percuma. Jika dibandingkan dengan storan awan yang lain,sudah pasti Shared memenangi tempat pertama dalam pertaruhan ini kerana nilai 100gb itu bukanlah saiz yang kecil. Tambahan pula,dengan kelajuan internet yang tidak berapa menghairahkan membuatkan kita merasakan 100gb itu sebuah nilai yang cukup besar. Itu tentang aspek ruang penyimpanan yang ditawarkan oleh Shared. Bagaimana pula dengan aspek lain?

Aspek kedua yang akan saya sentuh ialah tentang kelajuan memuat naik sesuatu fail atau dokumen ke atas pelayan yang dimiliki oleh Shared. Saya sudah banyak menimba pengalaman sewaktu menggunakan storan awan. Terus terang saya katakan bahawa tiada storan awan atau laman perkongsian fail yang wujud pada masa kini setanding dengan storan awan Shared. Kelajuan memuat naik sesuatu dokumen pada pelayan Shared sungguh menakjubkan. Saya ada sebuah pengalaman yang ingin saya kongsikan disini tentang storan awan dan juga laman perkongsian fail. Sewaktu saya menggunakan storan awan seperti ADrive,MEGA,Dropbox,BOX dan banyak lagi storan awan lain, kelajuan muat naik saya ialah sekitar 40-50 kilobait per saat (40-50KB/s). Berbeza dengan Shared,saya mendapat kelajuan muat naik yang sungguh drastik lagi menakjubkan iaitu sehingga 300 kilobait per saat (300KB/s). Perkara ini membuatkan saya duduk terdiam dan tercengang serta dengan kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Shared. Jadi,saya rasakan bahawa anda patut mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Shared ini agar anda juga dapat merasakan apa yang saya rasakan sewaktu kali pertama menggunakan perkhidmatan daripada Shared ini.

Saya rasakan dua kelebihan yang ditawarkan pihak Shared sudah mencukupi untuk menangkap pandangan anda untuk mencuba storan awan Shared dan juga mengusik hati anda untuk mencuba sesuatu yang baru bagi menimba pengalaman yang mengasyikkan ini. Sebelum saya lupa, penyedia Shared juga ada menyediakan kemudahan premium seperti Pro dan Pro Plus. Sedikit tambahan,antaramuka laman Shared juga adalah bersifat ringkas dan mudah untuk difahami meskipun anda baru mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan Shared.

Akhir kalam,saya sudahi dengan sebuah puisi yang berbunyi,

Wahai Shared,
Majukan jangan mundurkan,
Mudahkan jangan kau kusutkan.
Agar kau tetap menjadi pujaan.

Jikda dalam bahasa mudahnya akan berbunyi seperti ini. Pada baris pertama saya menyeru pihak yang bersembunyi disebalik penyedia storan Shared. Pada baris kedua saya mengutarakan pandangan untuk terus memajukan perkhidmatan mereka agar tidak jatuh kerana kemajuan teknologi semakin hari semakin pesat. Baris ketiga juga saya mengutarakan pendapat supaya kelebihan yang sedia ada dimiliki oleh mereka jangan dikusutkan dengan pelbagai masalah seperti masalah pelayan dan lain-lain kerana pelayan yang mereka miliki sungguh menakjubkan di mata saya. Dan baris keempat pula ialah kata-kata semangat yang perlu saya lontarkan kepada mereka kerana jika berlaku ‘sedikit masalah’ sahaja, maka pelanggan akan lari daripada perkhidmatan mereka. Kesimpulannya,baris kedua dan ketiga membantu untuk membentuk baris keempat.

Sebuah lagi pesanan daripada saya untuk Shared. Shared jangan dikau menjadi seperti penyedia perkhidmatan storan awan yang hanya mengejar wang. Usah biarkan pelanggan dikau merana dek kerakusan kau membolot kekayaan yang bersifat fana. Bak kata pepatah,habis madu sepah dibuang.

Klik [di sini] untuk memuat turun fail audio = Opick – Tafakkur.
Klik [di sini] untuk memuat turun fail dokumen = Arduino Workshop

Maaf atas kesalahan menulis makalah yang panjang dan mengarut ini. Ini sekadar ingin mengemis kasih daripada anda untuk meluangkan masa membaca kerana membaca itu amalan mulia. Meskipun yang dibaca adalah sebuah komik.

Sebelum saya undur diri. Saya ingin mengambil kesempatan untuk melahirkan perasaan sedih (melankolis) saya terhadap apa yang berlaku ke atas saudara kita di Mesir. Jangan lupa doakan saudara kita di Mesir,Syria,Rohingya dan negeri-negeri lain yang sedang bergolak.

Assalamualaikum.

[Kemaskini Berita Terbaru.]
Terdapat beberapa komen yang menanyakan akan beberapa soalan yang tidak terjawab oleh saya seperti jangka masa sesuatu fail disimpan pada pelayan Shared dan sebagainya. Terima kasih kepada saudara Dorsh yang membantu saya dalam menjawab soalan yang diutarakan oleh pengguna OMG! Hackers. Jadi untuk memudahkan anda mengetahui akan soalan-soalan lain yang bermain di benak fikiran anda,silalah kunjungi halaman bantuan [di sini.]

Tentang jangka masa fail disimpan pada pelayan Shared ialah jika anda melanggan akaun Standard atau Free maka anda perlu log masuk sekurang-kurangnya sekali dalam masa 90 hari atau bersamaan dengan 3 bulan.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[RELEASE] Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

0

Assalamualaikum warga OMG! Hackers? Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Hadirnya diri saya di sini untuk menceritakan serba sedikit tentang isi kandungan buku ini. Kepada yang belum membaca Artikel Mengapa Laptop Anda Terlalu Panas?

Jadi saya cadangkan apa kata anda luangkan masa seketika untuk membaca
isinya. Kepada yang dah pernah baca, ok mari kita tinggalkan yang dok
baca tu.

 

Info Ebook
6 Ogos 2013 | HD PDF | 1.39 MB | Percuma
Amacam dah tengok isi kandungan dia?

Ok di dalam buku ini penulis bercerita secara simple tetapi padat untuk
diterjemahkan  kepada pembaca agar lebih mudah memahami. Penulis juga
menggabungkan bahasa melayu dan inggeris bagi penggunaan term IT yang
menjadi kebiasan orang kita gunakan pada hari ini.

Selain itu ada info-info yang ramai orang tidak tahu seperti mengenal
ESD, bagaimana hendak tanggani dan langkah-langkah juga di beritahu
dalam buku ini. 

Buku ini juga mempunyai keistmewaannya yang tersendiri iaitu penulis
juga ada berkongsi gambar-gambar tool yang digunakan semasa proses
membuka dan pemasangan perkakasan laptop. Jadi pembaca tidak lah akan
berasa seperti terpinga-pinga jika mencari barang ini di kedai-kedai
komputer.

Kenapa penulis tidak menjual ebook ini?

Bagi saya ilmu yang saya dapat ini adalah dengan izin Allah SWT dan saya
wajib untuk berkongsi dengan anda semua. Setiap hasil penulisan saya
biarlah anda yang menilai sendiri kerana setiap penilaian itu adalah
subjektif dan saya tidak berhak untuk meletakkan harga untuk ebook ini.

Jika anda rasa ingin menyumbang kepada saya tidak kira walaupun RM 1,
yang penting keikhlasan anda diutamakan. Saya telah menyediakan no akaun
bank saya pada akhir ebook ini. Terima kasih saya ucapkan kepada yang
sudi menderma dan membaca ebook saya ini. 

Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu saya melahirkan lagi ebook
yang lebih berkualiti dan berguna kepada bangsa, masyarakat dan agama.

Dapatkan Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba  >>

*Tips Memuat turun*

Tekan button Download dan tunggu sehingga iklan habis loading dan ianya
akan automatik keluar paparan download ke dalam pc anda. 
Credit Cover Ebook by Hazwan Hamdan
IKLAN
Sempena officialnya ebook ini maka dengan ini saya ingin mengajak anda semua ke Open Blog Angelezo Sharing yakni saya sendiri di Bulan Syawal yang mulia ini. Blog ini baru dibuka pada akhir bulan 7 dan memandangkan Syawal tiba pada awal bulan 8 maka saya tidak sempat untuk beritahu kepada anda semua.
Terima kasih kerana sudi berkunjung. Selamat melawat >> Angelezo Sharing

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bermain Permainan Video 20 Minit Sehari

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersukan merupakan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan sekali gus meningkatkat IQ atau kecerdasan minda. Bagaimana pula jika kita bersukan di hadapan komputer? Rasanya,ramai yang berpendapat bahawa tiada sebarang aktiviti sukan yang dapat kita lakukan apabila berada di hadapan komputer melainkan hanya mendatangkan penyakit seperti obesiti dan sebagainya. Tetapi,kajian menunjukkan bahawa dengan bermain permainan video kita dapat meningkatkan kecerdasan minda khusus dalam pengiraan. Saya tidak menjamin akannya,terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Dari sudut positif yang lain,bermain permainan video dapat menambah kenalan dan berkerjasama dalam satu pasukan untuk menumpaskan pihak lawan. Namun,sayangnya apabila wujud teamkiller dalam sesebuah pasukan.

Sebenarnya artikel ini bukanlah artikel pengetahuan melainkan artikel ulasan tentang sebuah laman web yang dapat anda manfaatkan untuk bermain permainan video selama 20 minit dalam sehari. 20 minit sahaja? Ya,hanya 20 minit yang dibekalkan untuk anda bermain permainan video secara atas talian di laman web mereka. 20 minit untuk ‘gamer’ tegar adalah tidak munasabah. Tapi,inilah hakikat yang perlu anda terima sekiranya anda menggunakan perkhidmatan daripada mereka. Siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan?

Core Online merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk anda bermain permainan video secara percuma di atas talian. Terdapat pelbagai permainan video yang dapat anda mainkan pada laman web Core Online seperti Hitman: Blood Money,Mini Ninja dan pelbagai lagi permainan video yang menarik. Anda hanya perlu mendaftar, pilih permainan video yang anda ingin mainkan dan nikmatinya selama 20 minit.

Core Online juga ada menyediakan kemudahan premium dengan bayaran serendah 2.99 Dolar ($2.99). Kemudahan yang anda dapat nikmati apabila melanggan akaun premium ialah anda dapat memainkan permainan yang ditawarkan tanpa sebarang gangguan iklan dan tiada masa yang terhad untuk anda mainkan permainan video yang mereka sediakan. Anda juga tidak terikat dengan mana-mana kontrak,jadi sekiranya anda ingin batalkan langganan premium mereka anda tidak akan didakwa pada mana-mana mahkamah atas kes sivil atau anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran atas sebab membatalkan kontrak secara mengejut.

Jika anda baca pada perenggan di atas maka apa yang anda akan dapati ialah kelebihan yang tidak akan dapat dinikmati oleh pengguna percuma. Seperti yang tertera pada perenggan di atas yang menyatakan dimana tiada gangguan iklan jika anda melanggan akaun premium maka untuk pengguna percuma, anda akan menghadapi masalah gangguan berbentuk iklan setiap 5 minit. Jadi,keasyikan untuk bermain permainan video akan terhapus. Meskipun anda bermain permainan video pada pelayar web, tidak semua permainan video dapat anda jalankan pada sistem pengoperasian MacOSX,Linux dan ChromeOS. Begitu juga apabila komputer anda bersifat ‘tua’ maka tiada sebarang permainan video yang dapat anda jalankan. Inilah masalah yang dialami oleh saya. Jadi,sebelum anda melanggan akaun premium,dinasihatkan agar anda memeriksa keperluan sistem anda agar tiada masalah yang akan terjadi semasa anda bermain permainan video pada laman web Core Online.

Rasa-rasanya tiada lagi yang perlu saya perkatakan. Jadi,dinasihatkan agar anda memeriksa keperluan sistem dan mendapatkan beberapa maklumat lain pada halaman FAQ [di sini] sebelum anda tanyakan sebarang persoalan kepada saya.

Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Reviu Permainan Metro: Last Light

0

Renung sejenak apa kaitan Metro dengan kemalangan kapal terbang, satu babak dramatik yang pernah anda tonton dalam filem? Mungkin ada kisah tersendiri di sebalik insiden yang berlaku seperti ini.

Jika anda yang menghempaskan pesawat itu, sudah tentu banyak cerita mengenai anda atau dalam erti kata lain, anda menjadi main point dalam sesebuah keratan tulisan. Namun, tragedi pesawat malang dalam Last Light sekadar kisah sedih, sedangkan perubahan cahaya dan cuacanya lebih dramatik berbanding senario jet penumpang yang jatuh dari langit.

Aksi Tembak Menembak

Seperti tajuk sebelum ini, Last Light bertemakan kemurungan kecil yang tiada paksaan malah bukan juga mengenai kemusnahan dan cinta. Jika dalam permainan video Fallout dasarnya adalah fantasi pencarian dan pembinaan watak, inventori permainan yang rumit, selain sarat dengan dialog antara watak. Berbeza keadaan sekeliling dalam Last Light, tampil suasana muram akibat kemusnahan serta kesedihan.

Biarpun permainan ini menampilkan sedikit aksi tembak menembak yang hampir sama dengan Call Of Duty dari segi senjata api namun memberi anda lebih keseronokan dengan tampilan gaya suara unik.

Penuh Dengan Babak Mencabar


Haa kebiasaannya, pengemar permainan video akan menghayati bahagian ini kerana setengah peratus keseronokan sesebuah permainan bergantung pada bahagian ini.

Aksi tembak menembak yang gempak katakoo pasti diharapkan dalam keluaran terbaru ini. Apabila bermain pada tahap kesusahan biasa (Normal/Regular) tentunya berbeza dengan bermain di tahap yang lebih sukar kerana anda perlu lebih berani, membuat pilihan yang lebih sukar mengenai peluru dan naik taraf senjata serta memilih taktik yang bijak. Ini adalah permainan yang boleh mencabar seperti yang diinginkan dan anda perlu membayar untuk memuat turun mod renjer yang lebih hebat.

Enjin permainan ini agak memuaskan untuk menghidangkan kadar paparan grafik di tahap yang lebih baik selain agak pantas. Malah paparan grafiknya boleh menampilkan perincian yang tinggi juga. Jika anda hanya melihat komponen sampingannya, tajuk ini ada beberapa persamaan. Apa-apa pun, permainan ini mampu membuat anda terpesona dengan kepermainan senjata dan ciri grafik.

Suasana yang menarik serta menakutkan. Jalan cerita yang menyentuh perasaan. Kadar kelajuan permainan yang menarik sebelum aksi meningkat. Banyak pilihan senjata yang berkuasa. 

Skrin Layar
http://imagexsotic.com/wp-content/uploads/2013/05/Game-Metro-Last-Light-HD-Wallpaper.jpg

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pirate Bay Melepaskan Pelayar Anti-Kerajaan

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah sebulan lebih hilang dari pandangan,kini saya kembali melakukan tugas sebagai penulis di blog ini. Bulan lepas merupakan bulan kegelapan bagi saya meskipun diterangi dengan cahaya Ramadhan dan Lailatul Qadar. Namun,apa yang membuatkan saya hidup dalam kegelapan ialah saya gagal menjalankan tugas menyediakan makalah untuk dijadikan santapan minda anda. Jadi,saya memohon keampunan atas beribu kesalahan yang dilakukan. Di bulan kemenangan ini usah kita menyimpan perasaan dendam atau segala perasaan negatif dalam diri. Setelah sebulan mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan,maka kita diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan tiada dosa dan bukanlah pelaku dosa.

Maaf tentang tajuk,mungkin agak sensitif di mata sesetengah masyarakat. Tapi,saya tidak akan menyentuh soal politik dalam penulisan kali ini. Jika saya menyentuh walau sedikit pun,maka perkara itu bersifat umum dan bukanlah politik di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini,kita disajikan dengan berita yang amat mendukacitakan bagi pengguna internet khusus pengguna internet di Malaysia. Kita mendengar berita tentang lumpuhnya beberapa laman yang menawarkan pautan ‘warez’. Tapi,apa yang menarik perhatiaan saya sebagai salah seorang pengguna internet ialah apabila terdapat beberapa pengguna berani mati yang masih sanggup mengerah tenaga,mengeluarkan keringat untuk melawan sekatan yang dilakukan oleh kerajaan.

Itu merupakan sajian dalam negara. Bagaimana pula dengan luar negara atau antarabangsa? Sudah tentu mauduk ini lebih parah dan sukar diatasi. Pencerobohan terhadap hak asasi pengguna internet adalah satu jenayah bagi pemahaman saya. Globalisasi atau dunia tanpa sempadan yang dikhabarkan dahulunya sudah diceroboh melalui beberapa akta yang amat dahsyat. Hanya kerana akta busuk yang dicipta,berpuluh laman yang menawarkan pautan ‘warez’ terpaksa mengubur dirinya sendiri. Lebih parah apabila negara-negara Kapitalis yang bersifat ‘Rakyat adalah Raja’ telah diceroboh oleh kerakusan kerajaan yang mencampuri urusan kebebasan.

Pendapat saya,laman Pirate Bay adalah laman yang paling dahsyat diserang,tapi semuanya gagal sehinggakan terbit sebuah dokumentari tentang Pirate Bay. Sudah banyak domain Pirate Bay yang berubah dan sekarang .sx.

Sekarang kita bercerita pula tentang Pelayar Anti-Kerajaan yang dimaksudkan. Pelayar Anti-Kerajaan ini dinamakan sebagai Private Browser. Buat masa ini,pelayar ini hanya diterbitkan untuk pengguna Windows. Pada pendapat saya,pelayar ini tidak diperlukan pengguna Internet di Malaysia memandangkan sekatan terhadap laman-laman seperti ini tidaklah terlalu keras. Berbeza dengan negara di luar sana,sekatan terhadap kebebasan melayari internet amat dahsyat dan sukar dibendung. Jadi,dengan hadirnya Pirate Browser ini dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan sekatan daripada kerajaan. Setakat ini Pirate Browser hanya hadir untuk sistem pengoperasian Windows dan dijangka akan hadir untuk sistem pengoperasian Linux dan MacOSX tidak lama lagi. Pirate Browser didatangkan dengan beberapa pautan ‘bookmark’ seperti Kickass,IsoHunt,Torrentz dan lain-lain. Pirate Browser sudah terintegrasi dengan beberapa alat yang dapat digunakan untuk melepasi sekatan kerajaan. Pirate Browser juga bersifat mudah alih. Jadi,anda dapat gunakannya dengan mudah. Sebenarnya saya kurang pengetahuan tentang cara kerja TOR, jadi saya sediakan bahan bacaan untuk anda hasil dari karangan saudara Arya Putra.

Segala penerangan tentang penggunaan Pirate Browser ada pada halaman utama mereka. 

Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline