Sebelum kita balik kampung berhari-raya bersama sanak-taulan, apa kata kita hiburkan minda yang bakal stress atas jala’n raya dengan menonton episod ke-4 Ultraman Ginga. Huh.. bak kata pepatah Inggeris, “There is a little boy inside every man!”
Salam kepada pembaca setia yang disayangi hak hak…
Kali ini saya nak share sedikit info tentang Recover File. Apa yang saya ingin kongsikan adalah bukan mengenai recover windows iaitu Operating System tapi konsepnya yang hampir sama iaitu mendapatkan kembali file. Harap anda dapat luangkan masa untuk membaca sehingga tamat. :p
Ok pernahkah anda mengalami situasi terpadam file penting kemudian anda terpadam dari Recycle Bin atau anda telah menggunakan fungsi Permanent Delete (Shift + DEL)?
Jika tidak maka anda boleh baca sekadar pengetahuan. Tetapi jika YA… maka ini adalah artikel yang sesuai untuk anda.
Untuk permulaan mari kita mengenali Hard Disk (HDD) secara lebih dekat. Fail-fail yang di simpan di dalam hdd sebenarnya berada di dalam sector-sector yang berasingan. Jika anda perasan atau pernah melakukan defragment anda akan dapat melihat paparan virtual permukaan tempat penyimpanan data tersebut.
Contohnya jika anda menyimpan fail image. Maka sistem akan memecahkan kepada beberapa bahagian image tersebut dan menyimpan secara random di setiap kawasan yang tidak mempunyai fail atau fail yang telah di delete. Anda boleh lihat beberapa tempat kosong iaitu yang berwarna hijau. Maka di situ lah file image anda yang telah dipecahkan tadi dan disimpan di beberapa tempat yang berwarna hijau tersebut.
Seterusnya mari kita lihat di manakah fail-fail anda yang telah dipadam. Fail-fail anda sebenarnya tidak hilang tetapi akan berada pada layer yang bawah sedikit dari fail sebenar. Jadi jika anda telah format sekalipun hdd tersebut dan anda terus menjual/beri kepada sesiapa. Maka hdd anda dapat di RECOVER kembali kerana fail-fail tersebut masih wujud di dalam hdd tersebut.
Bagaimana hendak hilangkan sepenuhnya?
Ada 2 cara yang boleh dipraktikkan iaitu melakukan secara manual.
1) Manual
Anda hendaklah melakukan copy/paste fail ke dalam hard disk anda. Contohnya anda telah delete 100GB. Maka anda masukkan fail yang baru sebanyak 100GB maka kemungkinan untuk data 100GB yang asal telah ditindih oleh fail yang baru. Dalam erti kata lain Overwrite.
2) Automatik
Anda boleh menggunakan software-software overwrite hard disk. Contoh :-
atau anda ambil hard disk tersebut dan musnahkannya dengan mengambil tukul atau drill untuk menjahanmkan hdd tersebut.
Kita kembali kepada recover, seperti yang anda telah baca dan fahami perenggan di atas. Maka di sini fail-fail yang telah dipadam boleh direcover tetapi tidak boleh mendapat jaminan 100% recover.
Sebab?
Kemungkinan fail yang telah dipadam tersebut berada pada layer yang telah dioverwrite apabila anda telah melakukan beberapa proses Write (Copy, Paste and Cut) setelah anda melakukan proses delete.
Kemungkinan fail tersebut telah ditindih oleh Windows Update yang telah siap install ke dalam hdd anda selepas anda melakukan proses delete.
Kemungkinan anda telah menggunakan software maintainance untuk mencuci fail dan melancarkan sistem operasi anda. Walaupun proses ini tidak dapat memadamkan 100% tetapi iainya akan menjejaskan sedikit sebanyak kedudukan asal fail tersebut dan boleh jadi sama ada corrupt jika anda dapat recover kembali.
Jadi bagaimana jika anda ingin recover juga?
1)Data yang hilang akibat anda terpadam atau telah dipadam dengan sengaja di dalam sistem operasi
Saya sediakan beberapa software yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan balik data-data tersebut. Saya akan bahagikan software kecil dan besar. Perbezaannya hanya lah pada fungsi dan size software tersebut.
Jadi untuk permulaan saya cadangkan anda menggunakan software kecil. Jika tidak dapat, anda boleh gunakan software besar. Andai tidak dapat juga fail yang dicari maka dalam erti kata lain fail anda telah tiada lagi.
2) Data yang hilang akibat dari kerosakan fizikan seperti bunyi klik dalam hard disk tu atau akibat bencana seperti terhempas. Dalam bahasa IT kita akan panggil Click of Death (COD).
Jika anda mendapat masalah seperti ini maka anda perlu risau. Tapi kita boleh menggunakan satu cara yang boleh dijangka untuk hidupkan kembali hard disk itu walaupun dalam beberapa minit.
Langkah-langkahnya :-
1) Cabut/Tanggalkan hdd tu dari pc.
2) Masukkan dalam plastik yang kedap udara supaya tidak ada pengewapan.
3) Kemudian letakkan di dalam peti sejuk dan biar kan selema beberapa jam atau sekelip mata. Tapi saya cadangkan 1 jam.
4) Seterusnya keluarkan dari peti sejuk dan cepat-cepat pasang pada cpu. Jika ianya boleh hidup maka anda harus melakukan proses recover secepat mungkin iaitu copy paste file yang penting sahaja je dalam storage kedua anda seperti pendrive atau external hard disk.
Mungkin ini kelihatan seperti tidak masuk akal. Tetapi saya yakin ianya ada hubungkait dengan suhu seperti yang telah saya ceritakan pada ebook saya yang terdahulu. Tidak salah mencuba dari membiarkan hard disk itu kekal selamanya mati tanpa berbuat apa-apa.
3) Menghantar hdd anda kepada pakar servis recovery yang berada berdekatan dengan tempat anda. Jika anda tinggal berdekatan dengan Low Yat anda boleh mencari Servis Recovery di sana. Cara ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan data-data anda kembali.
Kesimpulannya semakin cepat anda recover setelah delete maka semakin tinggi peluang fail-fail untuk dapat kembali.
Segala apa yang sampaikan di atas berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri. Jika ada salah info atau fakta boleh perbetulkan di ruangan komen. Atau ada suggestion software yang lebih menarik untuk digunakan pun boleh dikongsikan.
Jika anda tidak dapat membuka link yang telah diberikan pastikan anda >> ALLOW POP UP BLOCK.
Jika tidak dapat lihat isi harap anda Login/Register Forum RC.MY terlebih dahulu untuk lihat isi dalamnya.
Bantulah kami (Penulis) dengan share artikel di OMG! Hackers? dengan rakan-rakan yang lain untuk kami sebagai penulis terus hasilkan artikel-artikel yang lebih menarik dan berkualiti kepada anda semua.
Sekian. Selamat mencuba… Nantikan artikel reviu software dari saya yer…
Tahukah
anda terdapat zip bomb yang diberi nama 42.zip yang hanya bersaiz
42.374 bytes sahaja. Failzip ini yang mana mengandungi banyak fail zip
dan setiap file bersaiz 4.3GB. Apabila anda cuba untuk “excract” saiznya
akan mencapai 4.503.599.626.321.920 bytes @ 4.5 Petabytes melebihi saiz
hard disk korang la. Anda boleh muat turunnya secara percuma di sini http://goo.gl/QCp9jW dengan password “42” (w/o quotes).
Cara pengiraan: 16 x 4294967295 = 68.719.476.720 (68GB) 16 x 68719476720 = 1.099.511.627.520 (1TB) 16 x 1099511627520 = 17.592.186.040.320 (17TB) 16 x 17592186040320 = 281.474.976.645.120 (281TB) 16 x 281474976645120 = 4.503.599.626.321.920 (4,5PB)
Atas permintaan ‘hangat’ dari rakan-rakan Group Alcatel One Touch Glory 2S, saya gagahkan jua untuk menaip entri yang tak seberapa ini.
Kerana ada Pakej Komunikasi Belia (SKMM), saya juga tak lupa mengambil kesempatan untuk beli telefon bimbit pintar Android yang sangat murah ini. Selepas beli dan ‘godek’, persoalan pertama ialah bagaimana cara untuk root?
Perhatian/Penafian: Kaedah ini digunakan oleh anda, atas tanggungan risiko anda sendiri. Penulis hanya berkongsi caranya. Segala risiko adalah atas tanggungjawab anda.
*Tutorial ini telah dilakukan dalam sistem operasi Windows 8. Kredit kepada DreamerTKM atas tutorial yang berguna ini. Saya cuba tukang terjemah sahaja. Terima kasih.
3. Pada peranti Alcatel anda, sila tandakan pada Development -> USB debugging & Allow mock locations.
4. Buka Root Master, dan sambungkan peranti anda pada komputer menggunakan kabel USB yang dibekalkan.
5. Selepas ia berjaya disambungkan, butang berwarna kelabu pada kotak merah akan bertukar menjadi hijau.
6. Klik pada butang hijau tersebut, dan tunggu proses tersebut berjalan sehingga selesai.
7. Peranti anda akan reboot, dan selepas itu satu aplikasi superuser berbahasa Cina akan terpasang pada peranti anda.
8. Mengikut tutorial DreamerTKM ini, beliau mengatakan peranti sudah siap root. Namun, ada satu lagi proses yang perlu dilakukan, iaitu anda wajib memasang Busybox. Anda boleh muat turun Busybox melalui Google Play Store.
Kaedah menukar aplikasi superuser berbahasa Cina kepada aplikasi superuser yang lain:
1. Kaedahnya mudah sahaja. Ini cara saya, bukan cara saudara DreamerKTM. Apa yang anda perlu lakukan SELEPAS memasang Busybox ialah muat turun mana-mana aplikasi superuser dari Google Play Store. Aplikasi superuser yang menjadi pilihan saya ialah Superuser (Koushik Dutta).
2. Selepas pasang aplikasi superuser tersebut, buka ia dan selepas itu, ia akan meminta anda untuk memasang binary su. Klik ‘Install’ (bukan install via recovery ya!). Tunggu sehingga proses pemasangan binary tersebut selesai. Anda perlu ingat, jika ada popup dari superuser berbahasa Cina keluar, anda cuma perlu klik pada butang disebelah kanan untuk membenarkan tindakan superuser tersebut. Dengan cara ini barulah aplikasi superuser yang baru boleh digunakan, setelah ia (binary su) terpasang dengan sempurna.
3. Kemudian, sila freeze aplikasi superuser berbahasa Cina menggunakan ROM Toolbox Lite/Root Uninstaller/Titanium Backup, dan reboot telefon bimbit anda. Apabila telah selesai, cuba pasang aplikasi Root Checker. Klik pada ‘Check’ untuk periksa sama ada peranti anda telah root atau tidak!
4. Contoh penggunaan Superuser dari Koushik Dutta ini:
5. Untuk menyah-pasang aplikasi superuser berbahasa Cina itu tadi, muat turun ROM Toolbox Lite, buka ‘App Manager’, cari logo superuser tersebut, klik padanya lalu teruskan dengan menekan butang ‘Uninstall’. Siap! Sekarang peranti anda sudah root dengan jayanya! Harap anda berpuas hati dengan tutorial kali ini!
Hai lama sudah saya tidak datang ke sini untuk membuat artikel jenis review… Maklumla bulan puasa nie mood nak tulis artikel tu berkurangan tapi idea-idea datang melimpah ruah. Cuma nak dengan tak nak je.. Jadi hari nie saya tengok hari pun mendung dan sejuk angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Sepanyol… Telah membangkitkan semangat ku untuk membuat artikel.
Ok kali ini artikel berkenaan sebuah Addon atau Extension pada browser yang dapat membantu anda mendownload file-file jenis media di internet. Kebiasaanya kepada para pengguna Windows mereka lebih cenderung untuk menggunakan Internet Download Manager dan bagi pengguna Linux mereka lebih meminati Youtube downloader, FlashGot dan ClipGrab.
Apa yang saya dapat tekan kan di sini pada konsep asalnya memang nampak sama, tetapi ada perbezaan yang saya akan tunjuk kepada anda.
1) Ianya bukan lah sebuah software untuk di install ke dalam PC malahan ianya hanya sebuah software yang hanya bersaiz kecil dan diletakkan kepada browser anda. Jadi kepada yang dah ada IDM dan sebagainya tu. Masih boleh menggunakan Addon atau extension ini.
2) Antara browser yang dapat menggunakan extension ini adalah :-
4) Apabila anda install sahaja extension ini kepada browser. Secara automatik anda akan dapat lihat beberapa perubahan pada browser anda jika anda melawat laman web seperti youtube, vimeo.com, dailymotion.com dan pelbagai Media Hosting yang lain. Perubahannya adalah akan wujud satu button DOWNLOAD di dalam browser tersebut. Mari kita lihat beberapa contoh di bawah :-
5) Ini adalah FEATURES yang paling saya suka apabila saya install extension ini. Ianya adalah fungsi menyediakan download link kepada playlist yang ada di dalam Youtube. Kita telah sedia maklum Youtube ada menawarkan sistem playlist kepada para uploader video terutamanya muzik video.
Caranya mudah anda hanya perlu buka mana-mana playlist yang ada di dalam Youtube dan mungkin boleh digunakan pada laman web media hosting yang lain. Anda boleh mencubanya.
Jika anda perhatikan ada banyak video di dalam playlist tersebut. Tetapi bagaiman anda ingin mendapatkan link tersebut tanpa memainkan video tersebut? Kerana apabila kita pakai IDM kita perlu memilih salah satu video dan memainkan video tersebut barulah kita dapat mendownload video tersebut.
Anda hanya perlu view kan addon bar jika anda pengguna Firefox. Kemudian lihat di bawah browser bahagian kanan ada simbol seperti logo SaveFrom tu.
Tekan button itu then anda akan dapat lihat satu site yang baru seperti di bawah. Anda juga dapat memilih jenis kualiti video dan terus mendownload tanpa perlu memainkan video tersebut. Boleh lihat contoh di bawah.
6) Seterusnya ada beberapa cara lain anda boleh praktikkan :-
Cara Pertama Masukkan URL dan tekan Enter selepas itu click pada butang “Download” yang berada pada paparan player video tersebut. Seperti paparan di perkara No 4.
Ok, saya tahu terdapat beberapa lagi aplikasi root lain yang boleh mengubah konfigurasi GPS supaya lebih cepat dapat mengunci signal dari satelit, tetapi saya lebih ‘prefer’ FasterGPS, kerana selain ia ringkas, tetapan yang mudah difahami, saya juga telah menggunakan ia sejak ia bertapak dari XDA lagi. Jadi kredibiliti aplikasi ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Hanya perlu ubah kepada negara yang sedang kita duduki, selepas itu tetapan dari aplikasi ini akan membantu peranti anda mendapatkan signal GPS dengan lebih pantas.
Kalau tanpanya, saya rasa tak lengkap, dan buat ‘rugi’ sahaja saya root telefon. Kalau tak guna sekalipun, biarlah ia ada dalam telefon ini! Hahaha! Kebiasaannya saya akan gunakan ROM Toolbox untuk freeze aplikasi-aplikasi yang sedang diuji cuba. Saya akan freeze kesemuanya sekali, dan kemudian uji cuba satu demi satu selepas defrost aplikasi tersebut.
Ya, ya, saya tahu. Daripada muat turun pelbagai aplikasi root, kenapa tidak muat turun saja aplikasi semua dalam satu yang boleh freeze aplikasi, tukar konfigurasi GPS, ubah kelajuan CPU, ubah DNS. Hey, apa guna ada memori berkapuk-kapuk kalau tak guna? Lagipun bagi saya, menggunakan aplikasi semua dalam satu ada risikonya apabila salah satu komponen ‘buat hal’ lalu menyebabkan telefon restart atau ‘hang’, maka kita kena buat semula tetapannya. Ahhh.. tak kisahlah alasannya apa pun, asalkan aplikasi itu berfungsi seperti yang dikehendaki, itu sudah cukup baik.
Saya memang sangat sukakan pembelajaran bahasa asing, bahasa yang baru dalam kehidupan, terutamanya Bahasa Inggeris. Google Translate ini, walaupun adakalanya ‘menyakitkan hati’ kerana jika anda cuba terjemahkan ayat Bahasa Inggeris yang panjang kepada Bahasa Melayu, hasil terjemahan tersebut kadang-kadang kelakar, kadang-kadang memeningkan. Namun ia adalah aplikasi terbaik, tak ubah seperti kamus bergerak jika digunakan untuk mencari makna sesuatu perkataan.
Kalau anda seperti saya, yang sudah ‘penat bermain’ dengan aplikasi crack, kini lebih selesa serta senang untuk membeli dan memuat turun aplikasi dari sumber rasminya iaitu Google Play Store, maka aplikasi Easy Currency Converter membantu anda merancang perbelanjaan anda. Saya gunakannya untuk merancang aplikasi mana yang perlu didahulukan untuk dibeli, pada setiap bulan (biasa la, kenalah rancang, saya bukan orang kaya..isk..). Sebulan satu aplikasi, kalau setahun? Kan bagus muat turun dari sumber yang rasmi dan sah, apabila anda boleh kemaskini versinya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Ini satu lagi aplikasi root untuk Android yang saya rasakan ‘tidak sah’ tanpanya. Sudah saya katakan dulu, Android tanpa root ibarat orang bawahan, manakala Android dengan root access ibarat sang tuan, yang bersedia mengarahkan anak buahnya bila-bila masa. SD Maid diibaratkan sebagai ‘anak buah wajib’ bagi peranti yang sudah root. Ia membantu kita membersihkan ‘sampah-sarap’ dalam sdcard, agar kita boleh memperoleh lebih ruang untuk memasang aplikasi lain atau menyimpan data.
Para Audiophiles, ambil perhatian. VIPER4Android bukan sebarang jenis aplikasi equalizer. Aplikasi ini benar-benar memberi impak dan perbezaan ketara pada kualiti audio, meskipun chip DAC peranti anda kurang berkualiti.
Lantaklah apa jua orang lain hendak fikir, saya tetap berpegang kepada ‘Android IS LINUX’. Jadi Linux sememangnya tidak dapat lari dari Terminal dan baris perintah.Tak kira anda pembangun aplikasi, mahupun pengguna biasa, sediakan saja Terminal, supaya anda bersedia untuk menggunakannya ketika ia diperlukan.
Saya menggunakan aplikasi ini untuk mula belajar bahasa Perancis (French). Sememangnya mencabar. ~_~
Tetapi jika anda berminat untuk belajar bahasa asing, Duolingo menyediakan modul-modul yang mudah faham, walaupun kadang-kadang sukar untuk diingati (kaedah menyebut perkataan tersebut). Sesiapa yang ingin menguasai bahasa baru, silakan mencubanya.
Kesemua di atas adalah aplikasi ‘Cheat Engine’ untuk mengubah nilai-nilai dalam permainan kegemaran anda. Dengan menggunakan Cheat Engine seperti Game Killer, dengan mudah anda boleh ubah nilai, sebagai contoh wang, emas, atau batu permata kepada nilai maksima, supaya anda boleh menang permainan tersebut seperti seorang boss lakunya. Hahaha..
Root Uninstaller Pro ialah aplikasi khusus untuk menyah pasang mana-mana aplikasi yang anda tidak mahukan lagi, termasuklah aplikasi system. Gunakan ia untuk menjadikan ROM anda lebih ‘ringan’ dan kurang ‘bloated’ supaya dapat menjimatkan penggunaan RAM, bateri dan juga ruang sdcard.
Greenify bukanlah task killer. Saya sendiri tidak menggalakkan anda menggunakan task killer kerana ia akan mewujudkan lebih banyak masalah berbanding menyelesaikannya. Jika anda ingin lebih memori, jangan gunakan task killer, sebaliknya root peranti anda, kemudian pasangkan Root Uninstaller Pro, dan nyah pasang kesemua bloadware. Nah, lebih banyak memori berbanding sebelumnya tanpa menggunakan task killer.
Greenify ialah aplikasi yang akan melakukan hibernasi kepada mana-mana aplikasi yang anda pilih. Jika aplikasi tersebut kerap menggunakan memori anda walaupun tanpa ‘arahan’ penggunaan dari anda, Greenify akan hibernisasikan ia, supaya ia lebih ‘senyap’ di belakang tabir. Greenify akan menjadikan ia ‘tidur’, tanpa menggunakan memori RAM anda. Ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan RAM, bahkan CPU dan juga bateri.
Salam OMG! Hackers? dan Selamat Berpuasa kepada yang Muslim…
Avast! sedang mencari seorang yang sukarela menjadi pengalih bahasa bagi perisian mereka kepada Bahasa Melayu.
Jika anda seorang yang mempunyai ciri-ciri pengguna advanced, mempunyai kemahiran IT yang baik dan berminat untuk menjadi salah seorang pasukan elite pengalihbahasa daripada seluruh dunia. Maka anda LAYAK UNTUK MENYERTAI AVAST!
Untuk penyertaan sila hantarkan email kepada Trevor di alamat email wannabesocial@avast.com dengan tajuk email Malay TranslatorSelamat menyertai dan saya ucapkan tahniah jika anda salah seorangnya….
Heh. Tak. Bukan. Ini… errr.. Ultraman Ginga episod kedua datang menerjah entri OMG! Hackers? lagi secara paksa! Huh.. kalau tak post nanti kena fire! Ehhh.. XD
Ingin tahu apa lagi bakal terjadi kepada superhero kita? Nak lawan raksasa atau kuat makan donut macam Kamen Rider Wizard? Apapun sama-sama jom kita layan..
Sebanyak 1.8 juta kata laluan, e-mel dan nama pengguna telah jatuh ke tangan penggodam setelah Forum Ubuntu digodam! Bukan hanya defacement sahaja yang dibuat, tetapi data-data pengguna juga dicuri dengan jayanya.
Berikut adalah gambar yang dimuat naik oleh penggodam tersebut:
Setakat ini, Forum Ubuntu masih lagi dalam status pembaikan:
Harapannya agar para Admin Forum Ubuntu membaiki kelemahan ini secepat dan sebaik mungkin, kerana dengan terjadinya penggodaman, ia memburukkan nama dan imej Ubuntu secara amnya, dan sistem operasi Linux khususnya.
Sesiapa yang pernah mempunyai akaun di forum tersebut, harap tukar kata laluan untuk akaun-akaun anda yang lain agar data-data sulit atau akaun-akaun peribadi anda tidak terjejas dengan tindakan penggodam seterusnya.