1. FasterGPS
Ok, saya tahu terdapat beberapa lagi aplikasi root lain yang boleh mengubah konfigurasi GPS supaya lebih cepat dapat mengunci signal dari satelit, tetapi saya lebih ‘prefer’ FasterGPS, kerana selain ia ringkas, tetapan yang mudah difahami, saya juga telah menggunakan ia sejak ia bertapak dari XDA lagi. Jadi kredibiliti aplikasi ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Hanya perlu ubah kepada negara yang sedang kita duduki, selepas itu tetapan dari aplikasi ini akan membantu peranti anda mendapatkan signal GPS dengan lebih pantas.
Kalau tanpanya, saya rasa tak lengkap, dan buat ‘rugi’ sahaja saya root telefon. Kalau tak guna sekalipun, biarlah ia ada dalam telefon ini! Hahaha! Kebiasaannya saya akan gunakan ROM Toolbox untuk freeze aplikasi-aplikasi yang sedang diuji cuba. Saya akan freeze kesemuanya sekali, dan kemudian uji cuba satu demi satu selepas defrost aplikasi tersebut.
3. Set DNS
Ya, ya, saya tahu. Daripada muat turun pelbagai aplikasi root, kenapa tidak muat turun saja aplikasi semua dalam satu yang boleh freeze aplikasi, tukar konfigurasi GPS, ubah kelajuan CPU, ubah DNS. Hey, apa guna ada memori berkapuk-kapuk kalau tak guna? Lagipun bagi saya, menggunakan aplikasi semua dalam satu ada risikonya apabila salah satu komponen ‘buat hal’ lalu menyebabkan telefon restart atau ‘hang’, maka kita kena buat semula tetapannya. Ahhh.. tak kisahlah alasannya apa pun, asalkan aplikasi itu berfungsi seperti yang dikehendaki, itu sudah cukup baik.
Saya memang sangat sukakan pembelajaran bahasa asing, bahasa yang baru dalam kehidupan, terutamanya Bahasa Inggeris. Google Translate ini, walaupun adakalanya ‘menyakitkan hati’ kerana jika anda cuba terjemahkan ayat Bahasa Inggeris yang panjang kepada Bahasa Melayu, hasil terjemahan tersebut kadang-kadang kelakar, kadang-kadang memeningkan. Namun ia adalah aplikasi terbaik, tak ubah seperti kamus bergerak jika digunakan untuk mencari makna sesuatu perkataan.
Kalau anda seperti saya, yang sudah ‘penat bermain’ dengan aplikasi crack, kini lebih selesa serta senang untuk membeli dan memuat turun aplikasi dari sumber rasminya iaitu Google Play Store, maka aplikasi Easy Currency Converter membantu anda merancang perbelanjaan anda. Saya gunakannya untuk merancang aplikasi mana yang perlu didahulukan untuk dibeli, pada setiap bulan (biasa la, kenalah rancang, saya bukan orang kaya..isk..). Sebulan satu aplikasi, kalau setahun? Kan bagus muat turun dari sumber yang rasmi dan sah, apabila anda boleh kemaskini versinya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
6. SD Maid
Ini satu lagi aplikasi root untuk Android yang saya rasakan ‘tidak sah’ tanpanya. Sudah saya katakan dulu, Android tanpa root ibarat orang bawahan, manakala Android dengan root access ibarat sang tuan, yang bersedia mengarahkan anak buahnya bila-bila masa. SD Maid diibaratkan sebagai ‘anak buah wajib’ bagi peranti yang sudah root. Ia membantu kita membersihkan ‘sampah-sarap’ dalam sdcard, agar kita boleh memperoleh lebih ruang untuk memasang aplikasi lain atau menyimpan data.
Para Audiophiles, ambil perhatian. VIPER4Android bukan sebarang jenis aplikasi equalizer. Aplikasi ini benar-benar memberi impak dan perbezaan ketara pada kualiti audio, meskipun chip DAC peranti anda kurang berkualiti.
Lantaklah apa jua orang lain hendak fikir, saya tetap berpegang kepada ‘Android IS LINUX’. Jadi Linux sememangnya tidak dapat lari dari Terminal dan baris perintah.Tak kira anda pembangun aplikasi, mahupun pengguna biasa, sediakan saja Terminal, supaya anda bersedia untuk menggunakannya ketika ia diperlukan.
9. Duolingo
Saya menggunakan aplikasi ini untuk mula belajar bahasa Perancis (French). Sememangnya mencabar. ~_~
Tetapi jika anda berminat untuk belajar bahasa asing, Duolingo menyediakan modul-modul yang mudah faham, walaupun kadang-kadang sukar untuk diingati (kaedah menyebut perkataan tersebut). Sesiapa yang ingin menguasai bahasa baru, silakan mencubanya.
10. GameCIH, Game Spector, Game Killer
Kesemua di atas adalah aplikasi ‘Cheat Engine’ untuk mengubah nilai-nilai dalam permainan kegemaran anda. Dengan menggunakan Cheat Engine seperti Game Killer, dengan mudah anda boleh ubah nilai, sebagai contoh wang, emas, atau batu permata kepada nilai maksima, supaya anda boleh menang permainan tersebut seperti seorang boss lakunya. Hahaha..
Root Uninstaller Pro ialah aplikasi khusus untuk menyah pasang mana-mana aplikasi yang anda tidak mahukan lagi, termasuklah aplikasi system. Gunakan ia untuk menjadikan ROM anda lebih ‘ringan’ dan kurang ‘bloated’ supaya dapat menjimatkan penggunaan RAM, bateri dan juga ruang sdcard.
12. Greenify
Greenify bukanlah task killer. Saya sendiri tidak menggalakkan anda menggunakan task killer kerana ia akan mewujudkan lebih banyak masalah berbanding menyelesaikannya. Jika anda ingin lebih memori, jangan gunakan task killer, sebaliknya root peranti anda, kemudian pasangkan Root Uninstaller Pro, dan nyah pasang kesemua bloadware. Nah, lebih banyak memori berbanding sebelumnya tanpa menggunakan task killer.
Greenify ialah aplikasi yang akan melakukan hibernasi kepada mana-mana aplikasi yang anda pilih. Jika aplikasi tersebut kerap menggunakan memori anda walaupun tanpa ‘arahan’ penggunaan dari anda, Greenify akan hibernisasikan ia, supaya ia lebih ‘senyap’ di belakang tabir. Greenify akan menjadikan ia ‘tidur’, tanpa menggunakan memori RAM anda. Ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan RAM, bahkan CPU dan juga bateri.