Android : Apa itu Android FrameWork ?
Android Framework adalah Rangka Kerja Xposed ,. Dengan ini, anda boleh memilih Rangka Kerja yang berbeza yang anda mahu tambah ke peranti anda.
Gambar 1
Sebelum menjalankan aktiviti RangkaKerja untuk Android , anda perlu Root , untuk mengubah suai System Peranti anda tanpa mengunakan PC / Android sdk.
Lihat Gambar 1 , Ini lah dinamakan Xposed Installer , ada beberapa peranti yang boleh digunakan seperti Nexus 4 , Samsung , Miui , HTC , Lenovo , Sony , Chinese Brand (Tidak semua framework berkesan)
Gambar 2
Pengaktifan Framework memerlukan Root access , yakni superuser supaya Framework boleh membaca /Sistem binari untuk menjalankan aktiviti rangkakerja @ pengubahsuai sistem dalam peranti anda.
Gambar 3
Dan Pemilihan Modul untuk setiap Sistem @ framework boleh diubah suai secara auto tanpa anda perlu menukar apps SDK tersebut . ada lebih kurang 40 sistem modul yang disokong setiap peranti.
Gambar 4
Pengaktifan Secara Auto @ Manual , Sistem Framework ternyata sungguh mudah untuk pengguna newbie , tanpa perlu mengubah apps tersebut , hanya download framework yang disokong dan diaktifkan.
Sebuah lagi mitos mengenai Android yang enggan luput dek zaman. Jadi artikel ini adalah diharap dapat meleraikan mitos sepanjang zaman.
Dipendekkan cerita, adalah lebih baik anda telusuri dan dalami dahulu penjelasan sebenar mengenai Battery Calibration dari Google Engineer, Dianne Hackborn:
Ya.. sebuah post yang boleh dikatakan sudah lama juga. Beliau menjelaskan mengenai mitos fail ‘batterystats.bin’ yang sering diperkatakan oleh para pengguna, peminat, malah pembangun aplikasi Android, sehingga terciptanya aplikasi seperti Battery Calibration.
Untuk meringkaskan artikel ini, cukup sekadar saya menjelaskan bahawa (dengan harapan anda sudahpun membaca post dari Dianne Hackborn) sebarang data/maklumat mengenai bateri adalah tersimpan dalam ‘dedicated chip’ bateri tersebut, dan bukan dikawal-selia oleh fail atau dalam bentuk aplikasi/perisian sistem operasi Android. Jadi sekiranya peranti itu menggunakan sistem operasi yang lain, maka meter bateri tetap akan menunjukkan laporan yang sama seperti sistem operasi sebelumnya.
Bateri yang dicipta sebelum bermulanya zaman Lithium-ion sememangnya mempunyai ‘kaedah memori’, jadi kalibrasi adalah perlu untuk bateri jenis ini. Sebagai contoh jika anda tidak fully discharge dan terus mengecas pada 30% kapasitinya, ia akan melaporkan sebagai 0%, lalu memberi anda kapasiti bateri yang kurang dari sebelumnya. Namun hal ini tidak berlaku pada bateri dengan teknologi Lithium-ion. Rujukan.
Jadi, baik kawal-selia jangka hayat bateri oleh sebuah fail dalam sistem operasi Android, mahupun penggunaan ‘kaedah reset memori bateri’, adalah tidak lagi boleh digunapakai pada bateri-bateri moden zaman ini. Anda rasa bateri anda sudah mula menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan? Beli saja bateri baru atau silakan mula membawa powerbank ke mana-mana. Sekian.
Sebuah topik yang enggan ‘pupus’. Situasi: Seringkali para pengguna telefon bimbit pintar yang dikuasakan dengan sistem operasi Android diberitahu (kebiasaannya oleh pekedai mahupun rakan) bahawa ia perlukan kepada satu aplikasi yang dipanggil sebagai ‘Task Killer’.
Apa Itu Android Task Killer?
Android Task Killer ialah satu aplikasi yang (kadangkala boleh secara automatik) memaksa aplikasi lain untuk dihentikan, dengan tujuan membebaskan penggunaan memori (RAM). Ia dicipta sedemikian rupa dengan harapan:
1. Prestasi peranti Android akan lebih baik/meningkat.
2. Jangkat hayat bateri lebih baik – Hipotesisnya semakin kurang penggunaan RAM/CPU, semakin kurang penggunaan bateri.
Kaedah Android Memproses Tugas/Aplikasi:
Dalam sistem operasi Android, proses dan aplikasi adalah dua perkara berbeza. Satu aplikasi boleh berfungsi dan ‘kekal di belakang tabir’ tanpa melakukan apa-apa tugas atau proses dan tersimpan dalam memori. Android menyimpan aplikasi tersebut dengan cara itu supaya ia dapat dilancarkan dengan lebih pantas dan kembali kepada keadaan asal ketika anda ‘meninggalkannya’. Apabila mula kekurangan memori yang diperlukan, Android akan mula memadam/menutup satu demi satu aplikasi yang sedang berjalan di belakang tabir, bermula dengan aplikasi yang telah lama anda tidak gunakan.
Perkara utama yang perlu difahami ialah cara Android menggunakan RAM adalah berbeza dengan sistem operasi peranti yang lain. Salah faham wujud apabila pengguna melihat semakin banyak RAM yang digunakan, maka prestasi semakin menurun sedangkan hal yang berlaku pula adalah sebaliknya.
Memilih untuk menggunakan Task Manager bagi mematikan proses aplikasi yang sedang berjalan di belakang tabir sebenarnya bercanggah dengan sistem Android itu sendiri. Bukanlah dikatakan sistem Android itu sudah cukup sempurna untuk Multitasking, tetapi Task Manager adalah tidak diperlukan, kerana sebaik sahaja ia mematikan proses, boleh jadi aplikasi yang dimatikan tersebut akan kembali bergerak di belakang tabir serta-merta, dan ini meningkatkan penggunaan CPU lalu membawa kepada kesan penggunaan jangka hayat bateri.
Apa yang perlu anda lakukan sebaiknya, bagi meningkatkan prestasi serta jangka hayat bateri seharian ialah:
1. Cari aplikasi yang menggunakan CPU anda tanpa sebab munasabah. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti GSAM, BetterBatteryStats atau Wakelock Detector. Apabila anda dapat mengesan aplikasi seperti ini, anda boleh pilih untuk sama ada nyahpasang, anda bekukan ia (Freeze) dengan menggunakan akses root, sehinggalah aplikasi itu dikemaskini (baik pulih bugs yang menggunakan CPU mungkin?).
2. Kurangkan aplikasi percuma yang menyokong pengiklanan.
3. Jika anda pengguna termaju (Advance User), root peranti Android anda dan pasangkan aplikasi seperti AdAway atau AdFree. Ini dapat menyekat pengiklanan yang tidak bagus untuk anda dan juga peranti anda khasnya.
4. Matikan proses-proses yang anda (sedang) tidak menggunakannya seperti Wi-Fi, GPS, Mobile Data, Bluetooth, skrin dan lain-lain.
5. Gunakan aplikasi secara bijak. Tutup ia apabila tidak lagi digunakan (sentiasa gunakan back button!) dan untuk kembalik kepada aplikasi tersebut dengan lebih pantas, gunakan butang Recent Apps untuk multitasking yang lebih berkesan!
Android bukan Windows, dan bukan iOS. Jadi apa juga yang anda lakukan, sentiasa ingat jangan samakan kaedah sistem ini berfungsi sama dengan yang lainnya. Android tidak perlukan Task Manager/Task Killer, dan ia juga tidak berfungsi dengan baik bersama dengan aplikasi yang telah di-kod secara kurang sempurna, bahkan juga yang banyak pula pengiklanannya.
Benar pengiklanan membantu Pembangun Aplikasi, tetapi biarlah iklan yang berhemah, bukan yang memaksa pengguna seperti Push Ads Service. Inilah antara penyebab utama penurunan prestasi dan juga jangka hayat bateri peranti Android anda. Fikir-fikirkan!
Dalam melakukan proses root terhadap pelbagai jenis telefon dan tab yang pernah saya lakukan, model Lonovo P780 merupakan model yang paling mudah sekali untuk di-eksploit.
Ini adalah kerana proses rooting bagi model ini hampir tidak memerlukan penglibatan PC. Cukup sekadar menggunakan aplikasi yang dipanggil sebagai Framaroot.
Samalah juga halnya dengan pemasangan custom recovery seperti TWRP. Apa yang diperlukan hanyalah fail TWRP dan juga pasangkan aplikasi Mobileuncle MTK Tools.
Cara Root P780:
1. Seperti yang telah dikatakan, muat turun terlebih dahulu Framaroot.
2. Pasangkan ia melalui File Manager pilihan anda.
3. Buka Framaroot, pilih ‘Install SuperSU’, di bawah pilihan tersebut tekan pada perkataan ‘Boromir’.
4. Selesai!
5. Anda cuba perlu reboot peranti dan kini aplikasi SuperSU siap terpasang.
Baiklah. Setelah dua review saya utarakan sebelum ini iaitu di sini dan di sini, kita tibalah waktunya kita beralih kepada kaedah untuk root Lenovo IdeaPhone S890. Kaedah ini saya peroleh melalui laman BukaKotak.com, jadi kredit sepenuhnya kepada penulis laman tersebut. Kudos bro!
5. Sistem operasi Windows 7 – Ini adalah kerana Windows8/8.1 masih tidak menyokong pemacu (driver) yang diberikan di atas. Maka silalah usaha mencari sesiapa yang ada menggunakan sistem operasi Windows 7, atau format kembali laptop/PC anda (nangis aku..).
Langkah-langkah Root Lenovo S890:
1. Pasangkan fail pemacu terlebih dahulu. Pasangkan ia sehingga selesai.
2. Pada peranti Lenovo anda, buka Settings – Development – tandakan pada USB Debugging.
3. Seterusnya, sambungkan kabel USB pada Lenovo dan hubungkan ia ke komputer anda.
4. Salin Fail Root ke dalam sdcard Lenovo S890 anda. Salin juga fail Recovery_S890_install.zip.
5. Cabut kabel USB dari komputer dan matikan Lenovo S890. Untuk kepastian, tanggalkan baterinya.
6. Ekstrak fail TWRP_for_S890.rar. Ekstrak juga fail Flash Tool dan jalankan fail Flash_tool.exe.
7. Klik pada butang Scatter-loading, halakan kepada folder TWRP dan klik pada fail MT6577_Android_scatter_emmc.txt.
8. Klik pada butang Download dan kemudian Yes.
9. Pasangkan kembali bateri Lenovo anda dan setelah itu sambungkan kabel USB dari komputer ke Lenovo S890.
10. Jika fail-fail pemacu berjaya dipasangkan dengan betul, makan proses flashing akan terus berjalan dengan lancar, dan jika berjaya anda terpapar tetingkap ‘Download OK’ seperti gambar di bawah:
11. Sila matikan kembali Lenovo anda dan seperti biasa tanggalkan baterinya untuk kepastian.
12. Boot ke dalam TWRP dengan cara menekan butang power, kemudian disusuli dengan menekan butang volume + dan – secara serentak.
13. Terlebih dahulu anda harus mengemaskini TWRP Recovery. Pada TWRP Recovery tekan ‘Install’ dan pilih external sdcard, kemudian tekan pada file Recovery_S890_install.zip, ‘Slide to Flash’ lalu biarkan proses berjalan sampai selesai, kemudian pilih Reboot to Recovery.
14. Seperti sebelumnya klik pada Install, pilih external sdcard, cari Fail Root yang telah anda salin ke dalam sdcard sebelum ini dan kemudian Slide to Flash. Setelah itu Reboot System.
15. Tunggu proses boot selesai. Siap! Kini peranti Lenovo S890 anda sudah root dan anda boleh periksa ‘kehadiran’ superuser dengan menggunakan Root Checker.
Mari kita ‘skip’ sahaja intro yang panjang lebar kerana semua maklumat mengenai Lenovo IdeaPhone S890 telah saya ceritakan dalam reviu yang lalu. Berikut adalah beberapa sampel gambar yang saya ambil dalam beberapa situasi/keadaan cahaya yang berbeza:
Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Waktu pagi:
Erk.. Ini.. bukan saya yang beli..
Waktu tengahari:
Di dalam bangunan (dengan sokongan cahaya lampu):
Berikut pula adalah sampel video beresolusi 720p yang diambil di dalam rumah dengan sokongan cahaya dari submersible lamp yang diletakkan pada bahagian atas akuarium. Video ini mungkin kelihatan kurang ‘umph!’, akibat dari campur tangan YouTube. Hahaha..
Setelah sekian lama saya ‘bergelumang’ dengan HTC One X, setahun lebih tempohnya, kini tiba masa saya beralih kapal setelah puas bermain dengan ROM-ROM di forum XDA. Apa yang saya cari kali ini ialah sebuah peranti yang boleh bertahan satu hari suntuk baterinya tanpa perlu membawa Powerbank ke mana-mana.
Setelah puas menonton reviu-reviu di seluruh pelosok laman YouTube, akhirnya saya membuat keputusan untuk terus mendapatkan Lenovo IdeaPhone S890 di Challenger, The Mines. Apakah yang telah membuatkan saya tertarik untuk membelinya?
Pada asalnya saya masih berkira-kira sama ada patutkah saya mendapatkan Lenovo P770 yang lebih besar kapasiti baterinya iaitu 3500mAh. Namun setelah saya ‘telek’ dan belek S890 yang lebih besar skrinnya serta mempunyai kapasiti bateri bersaiz ‘boleh tahan’ iaitu 2250mAh, maka tidak teragak-agak lagi untuk saya terus ke kauter pembayaran..
Berikut ialah antara pakej yang saya dapat setelah pembelian:
Apa yang ada di dalam kotak?
Lenovo IdeaPhone S890, standard 3-pin wall charger, in-ear headphone dengan Lenovo Branding, manual.
Apa yang saya dapat percuma dari Challenger?
Beg serba guna dan kalkulator solar.
Apa yang menarik tentang Lenovo S890?
Seperti yang saya katakan pada awal entri, saya cuba mencari telefon bimbit pintar yang tidak begitu kuat penggunaan kuasa baterinya. Jadi, setelah puas saya cuba ‘mendera’ telefon ini dengan penggunaan WhatsApp dan Facebook yang berterusan (kerana dua aplikasi inilah yang kerap saya gunakan seharian bersama HTC One X dahulu), inilah hasil/keputusannya:
Ya. Lebih dari 4 jam setengah penggunaan skrin dan hampir 24 jam waktu sedia dengan masih berbaki 13% lagi kuasa baterinya. Amat menarik sekali! Ini juga berkemungkinan besar jasa dari Lenovo Power Management yang sedia terpasang di dalamnya, dan juga jasa pemproses MTK 6577T serta GPU PowerVR SGX531 yang bijak menguruskan kuasa bateri. Tahniah Lenovo atas inovasi ini!
Bagaimana dengan kameranya?
Lenovo S890 disertakan dengan kamera beresolusi 8MP, flash dan auto focus. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan kamera Lenovo S890:
Anda boleh nilaikan sendiri kualiti kamera Lenovo S890 ini. Bagi saya amat bagi dari segi terjemahan warna asal, pencahayaan dari flash yang baik dan juga kurang masalah noise.
Kualiti audio?
Setakat ini saya masih belum dapat menguji ia secara menyeluruh, namun setelah mendengar beberapa lagu uji, boleh dikatakan kualitinya agak bagus, namun boleh ditingkatkan lagi kualitinya dengan memasang aplikasi Viper4Android atau lain-lain aplikasi seumpama dengannya. Cuma anda perlu root peranti ini terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan Viper4Android.
Secara keseluruhan:
Saya boleh memberi 8 bintang daripada 10 kepada peranti dari Lenovo ini kerana mereka berjaya membuktikan bahawa mereka juga punya daya saing bukan sahaja daripada produk-produk laptop, bahkan juga produk-produk telefon bimbit pintar.
Seperti produk Lenovo yang pernah saya miliki sebelum ini iaitu Lenovo G480 (laptop), peranti Lenovo S890 ini juga membuatkan saya berasa amat berpuas hati dan harapnya selepas ini akan muncul lagi inovasi-inovasi baru dari Lenovo. Kepada yang masih berfikir, sambar je satu!
Megapixel ialah satu juta pixel. Pixel ialah elemen pada gambar. Rujukan : http://wiki.answers.com/
Gambar-gambar digital ialah gabungan dari berjuta-juta titik-titik berwarna, inilah yang kita panggil sebagai pixel. Jadi satu Megapixel ialah satu juta pixel dalam satu gambar.
Gambar di atas menunjukkan satu pecahan dari berjuta-juta pixel yang telah diperbesarkan kepada paparan individual masing-masing. Gabungan dari berjuta-juta pixel inilah yang menghasilkan sebuah paparan gambar digital. Harapnya anda jelas akan perkara ini. Rujukan.
Benarkah lebih besar Megapixel, maka ia adalah lebih baik?
Jawapan saya ya dan tidak semestinya. Ini bergantung kepada apa keperluan kita sendiri. Berikut adalah petikan dari Choose Your Camera:
Having more does not make for a better image, it only allows for that image to be blown up to a larger size. But 10MP is sufficient for almost any size print you are likely to make these days.
Camera with different megapixels can achieve different max print size at certain ppi
In fact, too many megapixels may actually be a hindrance. If you don’t have a high end computer with a fast processor and plenty of memory, you may not even be able to process your photos smoothly. Plus, too many MPs may actually negatively affect high ISO performance on a lesser camera. So while MPs are important, it is not the specification that should make or break your decision on a basic DSLR.
Berikut pula adalah White Paper dari HTC berkenaan dengan ‘Ultrapixel’ yang telah diperkenalkan dalam produk flagship mereka iaitu HTC One. Anda boleh muat turun melalui pautan dibawah:
Harus diakui kamera dengan resolusi 0.3-2MP menghasilkan gambar yang kurang atau tidak menyerlah dan cantik berbanding kamera dengan 4MP ke atas. Namun disinilah penentu kepada tujuan asal anda.
Kamera dengan lebih Megapixel, menghasilkan gambar yang lebih besar, dengan kebolehan untuk ‘cropping’ tanpa menjejaskan kualiti imej kerana kelebihannya yang terletak kepada saiz pixel yang lebih banyak.
Tetapi adalah harus diingat, Megapixel bukan penentu mutlak kepada kualiti imej yang dihasilkan, kerana didalam sebuah kamera digital, juga kamera yang ada pada telefon bimbit pintar pada zaman ini, apa yang membantu ialah ciri-ciri perkakas dalaman ‘yang tak didendang jasanya’ seperti pemproses imej, sensor, lensa, dan sebagainya lagi.
Para penjual peranti-peranti ini pastilah mahu memberi ‘lebih’ supaya ia dapat terjual, jadi ‘perlumbaan Megapixel’ ini tercipta bagi melengkapkan suasana bahawa ‘yang lebih itu semestinya lebih baik’.
Bukan saya menafikan telefon bimbit dengan ‘kamera 13MP’ berkualiti sama sahaja dengan kamera yang mempunyai resolusi kurang darinya, namun sebelum melakukan pembelian, harapnya anda jadilah pembeli yang lebih bijak dari pembeli yang lain dengan melakukan sedikit kajian mengenai produk yang anda sukai, contohnya dengan membaca atau menonton reviu-reviu dari blog-blog, laman-laman web terkemuka mahupun channel-channel YouTube yang terkenal.
Ini adalah kerana adakalanya, yang ‘lebih’ itu tidak semestinya bagus. Perbandingan yang boleh anda lihat adalah seperti di bawah:
Contoh gambar dengan resolusi 8MP
Contoh gambar dengan resolusi 4MP
Anda punya mata. Nilaikan sendiri. Dari mata kasar, keduanya tampak mempunyai kualiti yang hampir sama bukan?
Assalamualaikum. Baru-baru nie, LanDroidXD ada terjumpa satu entry dalam blog GilerHackers [GH] tentang satu OS yang dibina oleh sekumpulan hacker dari India. OS ini adalah Linux based dan masih dalam development. Tanpa melengahkan masa,terus aku melawat site JarvisCorp. dan mencari mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Salah seorang dari mereka adalah Chiragh Dewan. Dan terus meminta Official Review tentang JarvisCorp daripada Encik Chiragh sendiri. Dibawah adalah teks dan review yang disediakan oleh Encik Chiragh Dewan.
It all started after watching Iron Man 3 where Artificial Intelligence (AI) played a major role in the movie. After a little brainstorming, the project was officially started. A group of Indian Hacker were motivated to start building and designing the whole Operating System called J.A.R.V.I.S. An Artificial Intelligence based operating system, which supports Voice Commands, with which you can do almost anything. Searches the Web, scans information, can easily adapt with the user, opening your social media accounts and it can tweet anything you say. Chiragh Dewan, a 18 years old student was inspired to finish the Jarvis System.
With his team ;
Founders : Chiragh Dewan and Himanshu Vaishnav
Programmers: Vikas Kumar, Krishanu Kashyap and Vinmay Nair
Designer: Sravan Kumar
NLP Programmer: Richa Sharma
Social Media Promoter : Parth Patel.
With 500+ requests of developers to join the team, the HR department is trying their best to respond to all of them.
Another feature of the System (Jarvis) is that it can easily adapt itself towards the users and help them in their work. Example in the IT Security, they can easily gather information and scan any possible treat. As a developer they can easily command Jarvis to do specific task.
On the beta state that you can see on their official video, Jarvis can control your home appliances with their custom engineered hardware.
In the current version of Jarvis v0.1, it is capable of performing the following tasks:
-Answering questions asked by the user.
-Compile reports on any topic asked by the user.
-Using Twitter Account with voice control (Supports tweeting and getting news feed).
-Handling Facebook, Email and Social profile of user.
-Beta test; you can now control your appliances (on/off) feature
All the above mentioned tasks are fully controlled by voice.
You can view their official video at:
The team will announce the OS publicly soon after the completion of phase 3, of which you can see the current state on their Facebook page at http://www.facebook.com/jarvis
To know more visit JarvisCorp.
Visit to the official page of Jarvis : Facebook Page JarvisCorp
To help Jarvis bring to life, visit their website.
p/s : bagi aku kalau OS nie siap,aku harap aku orang pertama download. Dan bila dah reja nanti,nak bina StarkTower aku sendiri jadi LanDroidTower. Panjang sangat nama tu. HAHA! Keep in touch readers! Assalamualaikum.
Hehe lama tak buat artikel, sorry la..Alhamdulilah sejak kebelakangan ini
ada ramai customer… So tak sempat nak tulis artikel…
Ok back to the topic. Artikel kali ini mengisarkan sebuah keluarga chips yang diberi nama Sandy Bridge.
Intel Core i3, Core i5 dan Core i7 telah berada di dalam dunia IT beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun saya dapati ramai yang masih tidak mengenali antara
satu sama lain processor-processor ini. Jika kita lihat dari segi
pandangan kasar, sudah semestinya semakin tinggi versi atau generation
maka semakin tinggilah dia punya power.
Di sini saya bukan nak cerita siapa hebat siapa menang tetapi saya ingin
menceritakan perbezaan ketiga-tiga jenis processor ini. Ramai orang
yang beranggapan i3 mempunyai 3 core dan i5 mempunyai 5 core dan
begitulah i7 mempunyai 7 core. Sebenarnya semua itu adalah tidak benar
sama sekali.
Perbezaan antara i3, i5, dan i7 secara lebih terperinci.
Ok apa yang dapat kita buat perbezaan di antara ketiga-tiga processor ini adalah dengan melihat berapa banyak Core, Clockspeed (in GHz), saiz Cache dan technology yang terkini seperti Turbo Boost dan HyperThreading.
Selain itu kita boleh lihat dari segi star yang akan saya tunjukkan di bawah ini.
Jadi seperti yang anda lihat gambar di atas apa yang saya dapat simpulkan:-
i3 = 3 star
i5 = 4 star
i7 = 5 star
So berapa star untuk celeron dan pentium?
Celeron = 1 star
Pentium = 2 star
Jadi anda sudah lihat dari sege kategori dari STAR yang diberikan.
Sekarang ini kita akan lihat Berapa banyak Core untuk ketiga-tiga jenis
processor ini.
Apa dia CORE?
Ok core nie ianya ibarat otak semakin banyak otak makin semakin banyak
kerya yang boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Begitulah sebaliknya.
i3 adalah yang paling sedikit mempunyai core dari kelasnya yang
tersendiri. Bagi i3 keseluruhan hanya ada 2 core sahaja ianya juga boleh dikatakan dual-cores. i5 pula mempunyai Quad-Core iaitu 4 Core kecuali
i5-661 yang mempunyai hanya dual-core dan mempunyai clock speed yang
sama seperti i3-560 iaitu 3.33 GHz.
Apa yang menyebabkan anda perlu beli i5-661 berbanding i3-560? Walaupun
jumlah Core dan Clockspeed ianya sama? Jawapannya i5-661 mempunyai
technology Turbo Boost.
Apa dia Technology Turbo Boost?
Teknologi ini adalah dengan menaikkan
ClockSpeed dengan dinamik apabila diperlukan. Ianya akan menaik mengikut
jumlah Core yang tengah aktif semasa itu sahaja. So jika 1 core je yang
bergerak maka clockspeed akan naik pada 1 core je dan ianya akan
menjimatkan tenaga dan suhu processor.
Contohnya kita boleh lihat pada processor i5-661 yang saya cakap
sebentar tadi. Ianya mampu mencapai ClockSpeed sehingga maksimum 3.6 GHz
so disebabkan itulah saya cakap maka lebih berbaloi anda beli i5-661
berbanding i3-560 dengan jumlah harga yang tidak begitu ketara.
Selain itu Turbo Boost ini juga boleh dikatakan dalam bahasa simple
adalah OverClocking (OC) yang sering para-para gamers lakukan sekarang
ini. Untuk lakukan OC memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi
supaya proccesoor anda tidak melebihi had yang sepatutnya. Jadi sedikit
sebanyak teknologi Turbo Boost membantu anda untuk OC dengan cara yang
lebih efisyen dan mudah.
Apa itu Cache di dalam Processor?
Cache nie dalam bahasa mudah anda boleh anggap fungsinya seperti RAM
tetapi lebih laju kerana ianya dicipta di dalam CPU itu sendiri. Ok tugasnya adalah untuk menyimpan data sementara. Tanpa Cache CPU akan
membaca dari hard disk anda, dimana akan mengambil masa yang agak lama.
Secara basicnya RAM mempercepatkan hubungan dengan Hard Disk dan Cache akan mempercepatkan hubungan dengan RAM.
Jadi kesimpulannya semakin besar sesuatu Cache maka semakin banyak data yang boleh diakses semakin cepat.
Apa itu Hyper-Threading?
Kita mula bercerita tentang multitasking
iaitu sesuatu kerja yang banyak boleh dilakukan di dalam satu-satu masa.
Contohnya kita tengah
menggunakan Word dan di samping itu kita juga membuka Player untuk mendegar lagu. Maka itu adalah dipanggil Multiple Thread.
Seperti yang telah ceritakan serba sedikit di atas 1 Core = 1 kerja , 2
Core = 2 kerja dan begitulah seterusnya. Dengan adanya technology ini
seperti i3 yang mempunyai 2 core tetapi mampu bergerak secara efisyen
apabila anda melakukan lebih dari 2 kerja seperti 4 kerja boleh
dilakukan serentak. Sama seperti i5 yang mempunyai Quad Qore tidak mempunyai technology Hyper Threading ini.
Jadi seperti i7 yang mempunyai Quad Qore
yang memiliki Hyper Threading Technology maka ianya mampu untuk
melakukan 8 kerja secara serentak. Ditambah pula dengan Cache 8MB dan
Technology Turbo Boost iainya seperti satu ramuan yang amat menyelerakan
haha.
Jadi di sini jika anda ingin membeli
processor atau pc/laptop hanya ingin melakukan kerja-kerja menulis
document, online banking, mendengar lagu dan membaca maka i3 sudah
memadai untuk anda.
Apa itu Generation di dalam Intel Processor?
Generation adalah penambahbaikan kira dalam bahasa pasar iaitu UPDATE. Apa yang dikemaskini?
Contoh waktu mulanya kenal i3, i5 dan i7 iaitu zaman Sandy Bridge
kemudian 3rd generation iaitu Ivy Bridge iaitu copy dari Sandy Bridge
cuma yg membezakan dari segi penaiktaraf nya sahaja. Kini yang terbaru
4th Generation (Haswell) iaitu copy dari Ivy Bridge dan ditambah
Security yang lebih hebat dengan technology vPro.
Untuk Ivy Bridge (3rd Gengeration) processor nya adalah mengunnakan
power yang sedikit maka haba yang dihasilkan akan menjadi sedikit dan
dibina sekali dengan graphic chip yang lebih power. Dalam bahasa mudah
3rd Generation perfomance nya telah dinaik taraf sebanyak 10-15%.
Untuk mengulas lebih lanjut tentang Generation di dalam artikel ini
adalah sangat banyak. Jadi saya tinggalkan dengan sebuah video dari
Intel sendiri agar anda tahu perbezaan 2nd and 3rd Generation. Selamat Menonton.
Akhir kata dari saya PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Sekian terima kasih.
*Salah dan silap segala info atau fakta harap diperbetulkan di ruangan komen yang disediakan.