Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Saya mulakan bicara dengan menceritakan tentang ketidakcekapan Google dalam menguruskan sistem teknologi dunia. Umum mengetahui bahawa Google merupakan kuasa besar dalam arena teknologi dan inovasi ini, namun sayangnya sikap acuh tak acuh Google kadangkala membuatkan saya tidak berapa selesa menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan Google. Bayangkan beratus mahupun beribu kakitangan dibawah syarikat Google, adakah semuanya hanya berseronok, makan secara percuma di dalam ruangan berkerja.
Sistem pengoperasian telefon pintar Android berasaskan Linux, namun Android memberi keuntungan yang cukup lumayan kepada pihak Google. Menjaga Linux secara umum sesungguhnya tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Oleh itu, pengguna-pengguna Linux ibarat anak kualon yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa (Google). Sebuah soalan yang tidak terjawab walaupun sudah bertahun Google bermaharajalela dalam arena storan awan (cloud storage). Adakah Google tidak berminat untuk melahirkan sebuah aplikasi/perisian rasmi Google Drive untuk sistem pengoperasian Linux?
SyncDrive merupakan aplikasi yang dibina oleh warganegara Perancis iaitu David Tavares yang juga merupakan seorang pembangun sistem pengoperasian yang menyerupai Mac OSX iaitu Pear OS. Beliau mengembang, menaiktaraf dan menambahbaik aplikasi Grive yang juga merupakan aplikasi tidak rasmi bagi Google Drive pada Linux. Aplikasi SyncDrive menggunakan antara muka pengguna grafik (GUI). Segalanya sudah dipermudahkan oleh pembangun. Anda cuma perlu mengikut arahan yang terpampang pada setiap muka aplikasi. Antara muka aplikasi SyncDrive juga tidak akan menjadikan anda kusut dan kalut sewaktu menggunakannya. Memiliki antara muka yang bersih dan ringkas, aplikasi SyncDrive berjaya menaikkan keghairahan saya untuk mencuba dan mengarang sebuah artikel tentang kelebihannya. Menerusi aplikasi SyncDrive juga, anda boleh mengemaskini beberapa akaun Google Drive sekali gus memudahkan anda untuk melakukan pelbagai tugas yang melibatkan dua storan maya Google Drive. Tidakkah itu memudahkan dan tidakkah juga kelebihan ini memukau mata anda?
Kekurangan yang saya dapati semasa menggunakan aplikasi SyncDrive ini ialah masa untuk penyelarasan (synchronize) adalah lambat dan memakan masa yang lama.
Pautan rujukan untuk lebih memahami perihal aplikasi SyncDrive.
Panduan pemasangan SyncDrive pada sistem pengoperasian Ubuntu/Linux Mint 1. Buka aplikasi Terminal.
2. Salin dan tampal baris perintah di bawah satu persatu.
sudo add-apt-repository ppa:noobslab/pear-apps
sudo apt-get update
sudo apt-get install syncdrive
Sebelum saya mengundur diri, maafkan saya sekiranya saya gagal untuk memberikan yang terbaik selepas sekian lama meninggalkan alam penulisan ini. Rasa kejanggalan telah mengkakukan penyambungan sel-sel minda dan pergerakan tangan dan jari-jemari saya.
Berikut merupakan cadangan dari saya, selaku seorang pengguna internet.
Bagaimana menangani masalah kesesakan internet?
Setiap tahun, kapasiti pengguna internet tidak pernah berkurangan, malah bertambah dari semasa ke semasa. Arus trafik internet boleh diibaratkan dengan arus trafik di jalanraya. Ada yang membawa kereta kecil, ada yang membawa motorsikal, ada pula yang membawa lori. Masing-masing dengan kapasiti dan kelajuan yang berbeza. Namun semuanya mempunyai ‘destinasi’, tujuan, dan hala masa.
Mereka yang membawa kereta ibarat sedang menggunakan internet berlajuan tinggi, manakala yang membawa lori seperti orang yang sedang memuat turun fail yang besar. Jika mengambil konsep jalanraya, cara jurutera mengurangkan kesesakan trafik ialah dengan membina jalan yang lebih lebar, menambah lorong, dan juga membina jejambat.
Begitulah jua halnya dengan trafik di internet. ISP boleh memilih untuk menambah kapasiti pelayan masing-masing untuk menyokong penggunaan bandwidth para pelanggan, yang mana ia bakal melibatkan kos. ISP juga boleh mengaplikasikan waktu-waktu puncak untuk mereka yang ingin memuat turun fail bersaiz besar, namun ini tampaknya seperti kurang munasabah.
Cipta Pelayan Cache
Jika diambil konsep bagaimana kaedah Android/pelayar web bekerja, cache digunakan untuk mengurangkan waktu loading sesuatu fail, contohnya gambar. Ia merupakan sebuah ‘informasi berbentuk sementara’ yang dicipta dan digunakan oleh sesuatu aplikasi.
Bagaimana jika ISP mengambil konsep ini, untuk mengurangkan kesesakan? Sebuah pelayan cache dicipta, yang mana pelayan ini bertindak sebagai ‘caching server’ untuk setiap data yang diminta. Contohnya video di YouTube, seorang pengguna membuka satu video, yang kemudiannya disimpan secara sementara oleh pelayan ini. Apabila pengguna yang lain ingin membukanya semula, ia dihantar secara terus oleh pelayan cache ini tanpa perlu melibatkan YouTube secara 100%. Jadi data diperoleh dengan lebih pantas, efisien, serta kurang masa memuat (loading).
Bagaimana pula jika setiap seorang pengguna bertindak sebagai ‘pelayan cache’, di mana setiap komputer, adalah pelayan cache itu sendiri? Ini saya ambil dari konsep BitTorrent, yang mana setiap satu komputer pengguna, adalah bertindak sebagai pelayan kepada setiap aktiviti muat turun dan muat naik. Mungkin ini hanya konsep awal, namun kaedah implementasinya boleh dirancang dan difikirkan kemudian.
Ini cuma sekadar pandangan dan cadangan dari saya. Terpulanglah bagaimana ISP/MVNO mahu menambah baik servis mereka. Saya, selaku pengguna, cuma inginkan internet yang lebih baik di Malaysia.
Menjelang 2014, seringkali saya tertanya-tanya, dimanakah letaknya kedudukan pembangunan internet di negara kita ini. Fikiran seperti itu secara tiba-tiba menerjah minda apabila baru-baru ini, timbul isu mengenai langganan internet dengan kuota ‘tanpa had’.
Isu ini bukan isu baru. Ia telahpun lama diperkenalkan oleh negara-negara luar. Namun sejauhmanakah adaptasi internet tanpa kuota di negara kita? Apakah ia memenuhi jangkaan dan keperluan pengguna di Malaysia, atau sekadar gimik semata?
Ramai yang mula bercakap mengenainya, itupun setelah kad sim Celcom 1 Malaysia diperkenalkan dan ia digembar-gembur oleh para penggunanya sebagai ‘unlimited’, walaupun sebenarnya tidak. Ramai yang masih tidak faham terma ‘penggunaan tanpa had’ ini. Dengan jelas Celcom ada menerangkan pada pek kad sim tersebut bahawa kuota internet berkelajuan tinggi adalah sebanyak 1GB untuk sebulan penggunaan, dan sekiranya melebihi kuota tersebut, kelajuan akan dikurangkan.
Saya tidak mahu mengulas mengenai pengguna yang ‘berjaya’ menggunakan internet melebihi kuota tanpa ada sekatan kelajuan kerana cukup sekadar saya katakan ia merupakan ‘system glitch’ dari pihak Celcom sendiri dan saya yakin ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Apa yang saya cuba bangkitkan di sini ialah ‘Pelan Internet Tanpa Had Pada Kadar Rata‘.
Kesesakan Internet dan Pendikitan Jalur Lebar
Seringkali pengguna dimomokkan dengan kesesakan internet (Internet Congestion) dan atas sebab itulah ISP-ISP mengenakan apa yang dipanggil sebagai ‘kuota’ data. Kononnya adaptasi kuota ini mampu mengurangkan ‘kesesakan internet’ dengan cara memperlahankan kelajuan muat turun bagi setiap pengguna yang sudah melepasi kuota tersebut. Kelajuan standard selepas diperlahankan (capped) adalah 64kbps sehingga 384kbps.
Namun, benarkan kesesakan internet adalah isu atau punca utama kepada pendikitan jalur lebar, atau ia hanya ‘gimik’ semata untuk meraih keuntungan? Ini adalah kerana ISP/Telco/MVNO di Malaysia ini sudah lebih daripada mampu untuk menawarkan pelan penggunaan internet tanpa had pada satu kadar rata, akan tetapi ia masih lagi tidak ditawarkan atas sebab pelan beserta kuota lebih memberikan keuntungan kepada mereka.
Jika dahulu, jumlah ‘1GB’ adalah besar dan memadai untuk pengguna, zaman sekarang 1GB adalah sangat kecil dan tidak lagi relevan! Saya dapat melihat akan permintaan yang sangat-sangat tinggi dikalangan para pengguna internet mudah alih untuk mendapatkan pelan internet tanpa had ini setelah keluarnya kad sim Celcom 1 Malaysia, yang mana cuma dikeluarkan sebanyak 100,000 unit sahaja. Meskipun ia bukan ‘pelan tanpa had’ dalam erti kata yang sebenar, namun sambutan pengguna terhadap kad sim ini adalah teramat memberansangkan atas sebab gembar-gembur dan khabar angin mengenai kelajuannya yang tidak dibatasi oleh kuota.
Permintaan yang tinggi memperlihatkan bahawa pengguna internet di Malaysia sudah semakin bijak dalam memilih pelan dan langganan. Ini bukan zamannya untuk kita masih lagi menggunakan kelajuan internet yang sangat perlahan, dan ini bukan lagi zamannya di mana pengguna hanya membuka aplikasi WhatsApp dan Facebook sahaja. Disebabkan pengguna lebih gemar menggunakan internet mudah alih, sama ada melalui kad sim yang dipasangkan pada telefon bimbit pintar masing-masing, atau melalui modem (MiFi), maka permintaan luar biasa terhadap pelan internet tanpa had bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan. Internet mudah alih bukan lagi satu bentuk hiburan semata-mata bahkan ia telah berevolusi menjadi satu keperluan kepada rakyat marhain.
Jika ‘orang-orang besar’ MVNO di Malaysia sudi membuka mata, telinga dan minda mengenai perkara ini, saya yakin dan percaya lembaran tahun 2014 bakal memperlihatkan pelan data internet berkelajuan tinggi tanpa had yang sebenar. Namun kita selaku pengguna hanya mampu menunggu dan terus menunggu. Bagi saya isu kesesakan internet adalah isu lapuk yang harus ditutup agar pembangunan internet di negara Malaysia yang tercinta ini bakal bersemarak pantas, seperti pantasnya kelajuan jualan kad sim ‘Celcom 1 Malaysia tanpa kuota’.
Tak guna saya nukilkan panjang lebar andai mereka yang ‘di atas sana’ tidak mahu membuka mata. Cukup sekadar di sini coretan saya kali ini. Semoga 2014, pengguna menjadi pemenangnya.
ISP/MVNO harus ubah ‘mind setting’ mereka agar perlu selaras dengan kemajuan teknologi maklumat semasa. Tidak guna sekiranya hanya pengguna sahaja yang lebih maju mindanya ke hadapan dalam arena/bidang IT tetapi ISP/MVNO tidak dapat menjadi pemangkin apabila minda masih di takuk lama, lapuk dan usang.
Wahai ISP/MVNO di Malaysia, tolonglah katakan tidak kepada ‘gimik kesesakan internet’ dan adaptasi pendikitan jalur lebar ‘untuk mengurangkannya’, kerana saya percaya anda mampu memberikan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera pembaca blog Omg! Hackers.
Maaf sebab dah terlalu lama sayang tinggalkan bidang penulisan blog ini. Jadi pada hari ini saya cuma nak bercerita tentang programming sahaja. Dalam bahasa melayunya pengaturcaraan. Apa yang saya nampak pada masa sekarang adalah keinginan kita pada masa kini lebih kepada teknologi. Oleh itu, perlulah kita mempelajari serba sedikit mengenai programming ini kerana ianya amat membantu.
Buat masa ini saya cuma belajar Java dan C++. So kalau ada kawan-kawan terutamanya yang masih belajar di IPT boleh kawan-kawan semua post kan soalan di ruang komen, supaya saya mahupun rakan-rakan yang lain dapat membantu anda. Kalau boleh soalan-soalan yang basic seperti assignment ke? Mini project ke? Sebab saya suka membantu orang.
Jadi saya bagi sedikit contoh soalan berkaitan programming. Anda hanya perlu beri algorithm nya sahaja.
“Write a program to find factorial of the given number.”
Jawapannya saya akan beri kemudian. 🙂
Sekian.
Maaf sekiranya tidak bersesuaian dengan blog ni. Heee.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maaf atas kelewatan untuk update post mengenai rootXperia L.
Selepas saya upgrade Xperia L saya ke 4.2.2 JellyBean, saya terjumpa satu kaedah root dengan mudah menggunakan software. Fungsi sama seperti SuperOneClick ( yang ini zaman root Xperia X8 dan seangkatan dengannya ). Pastikan anda sudahpun install Sony PC Companion untuk driver phone anda. Jika tidak lagi, sila klik > Sony PC Companion
* sila backup apps, contact dan gambar2 yang simpan dalam internal memory ( memory phone ) takut2 anda kena reinstall semula firmware jika silap sewaktu nak tukar SuperSU tu.
Saya juga cuba software yang sama pada Xperia E Dual ternyata berkesan. Cuma kena setting, install sikit2. Saya tidak pasti sama ada kaedah ini full-root ataupon root biasa2 sahaja. 🙁
Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan 😀
Pertama sekali sila download software ini > vRoot
Jika anda pengguna Windows XP, akan lihat tulisan kotak2, jika pengguna Windows 7, bahasa sebenarnya ialah tulisan cina. Seperti software2 lain, kena install, next, next, next, finish 😀
klik untuk lebih jelas
Ini ialah contoh screenshot installer software tersebut. Macam biasa, tekan next, next, next dan finish 😀
Kedua, sila download Android SDK untuk ADB driver. ( download siap2 untuk kegunaan akan datang, sama ada anda nak unlock bootloader ataupun tukar kernel 🙂 ) Klik untuk download > Android SDK ( sila tekan download, dan pilih windows version anda. Jika anda pakai 32-bit, ambik 32-bit atau begitulah juga sebaliknya 🙂 )
Selesai download, anda extract ke Local C. Biarkan dia disitu. Kemudian tekan run SDK Manager, tunggu dan sila install sahaja. Anda akan install Google USB Driver. Jika naik agree2 tu anda tekan agree to all then, install 🙂
klik untuk lebih jelas
SDK Path tu lokasi folder adt-bundle-windows-x86-20130917 ( nombor 20130917 tu rujuk pada latest version Android SDK tersebut ) harus diletak. Letak dekat C jer. 🙂 dan pastikan Google USB Driver sudah ditanda dan tekan Install packages 🙂
Selesai install, masa untuk setting phone anda pulak.
Sebelum tu, sila pergi ke Settings > About phone > scroll bawah sampai nampak Build number sila tekan banyak kali sampai mode developer keluar. Ini contoh nak tekan, tapi saya dah buat da >.<
klik untuk lebih jelas
Apabila anda sudah tekan banyak kali dekat Build number tu akan keluar satu tulisan anda sudah wujudkan developer mode 🙂
Bukan sampai disitu sahaja, tekan back, kita masih didalam ruang Settings. Sila pergi ke Security > enable Unknown sources dan Developer options > enable USB debugging.
klik untuk lebih jelas
✔ sahaja seperti gambar di atas.
Siap sedia untuk root! Sila sambungkan USB anda ke komputer anda dan phone anda. Jika keluar installing driver, biarkan. Jika ada masalah untuk install ADB driver sila rujuk hujung post ini. 🙂
Sila buka software yang anda install tadi. Namanya ROOT´óʦ kan? Pastikan ia jadi seperti gambar di bawah 🙂
klik untuk lebih jelas
Pastikan model phone anda dapat software itu kenalpasti. Anda hanya perlu tekan 1 button untuk root, iaitu warna hijau itu yang tertera perkataan ROOT. Anda hanya tekan itu sahaja dan ia akan proses. Ia mengambil masa tidak begitu lama.
klik untuk lebih jelas
Keluar jer macam gambar atas ni, maka phone anda sudah pun berjaya root!. Dalam proses nak root ni, phone anda akan automatik restart sendiri. Keluar ja dekat screen anda macam gambar atas tu, anda boleh la remove USB dari phone anda. 🙂
Tahniah, anda telah berjaya root phone anda. Tetapi saya buat dekat Xperia E Dual, Superuser dia nama Superuser berlogo perisai, manakala dekat Xperia L keluar King apa tah. Itu superuser china punya, jadi anda boleh saja gantikan dengan SuperSU 🙂
Terdapat 2 cara, iaitu install SuperSU, biarkan superuser china tu grant SuperSU, boleh la anda stopkan superuser tu. Caranya masuk Settings > Apps / Application pergi dekat Superuser china punya tu, tekan force stop/close dan tekan disable. Pastikan anda dah grantkan SuperSU dan sudah update binary dia :). ( jika anda pakai Titanium Backup, anda boleh freezekan program tu ). Ini yang saya buat dekat Xperia E Dual. 2 kali reinstall firmware sebab silap langkah dekat tukar Superuser kepada SuperSU 🙁
Ini contoh screenshot
klik untuk lebih jelas
Satu lagi cara ialah install SuperSU, kemudian pergi dekat SuperSU punya apps, swipe kanan sekali, Settings > System > Install SuperSU into /system. Cara itu ia akan buang superuser china punya tu dan gantikan dengan SuperSU yang anda install tu. Tapi dengan syarat anda haruslah update binary dulu dekat SuperSU, jika naik Normal atau pun TPM/CWM pilih normal 🙂
Ini contoh screenshot :
klik untuk lebih jelas
Jika anda ada masalah untuk install ADB driver, sila download ini >ADB Driver dan usb_driver ( nak download tu, sila pegi dekat file dan tekan download. Maaf saya pakai Google Drive :3 )
Insyaa Allah masalah anda nak install driver ADB dan sama jenis dengannya dapat diselesaikan :). Selamat mencuba.
Jika ada apa2 masalah sila feedback komen dibawah 😀 Good luck!
# maaf update kali ini agak kalut sedikit, mohon maaf jika ada sebarang kekurangan 🙁
EDIT :
Untuk keselamatan, sila disable verify apps ( 4.2.2 punya ) untuk mengelakkan sebarang masalah 🙂
Ini contohnya :
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Harap anda semua sihat2 belaka. Saya menerima maklumat mengatakan Xperia L kini menerima update 4.2.2 JellyBean. Rasa tidak percaya, lalu saya siasat sendiri, maka ternyata berita tersebut betul 🙂
Saya sebelum ini menggunakan “Custom ROM dan Kernel” iaitu Xperia L Clean ‘n’ TweakedV3 dan Vengeance V2.3. Sudahpun root dan unlock bootloader. ( Anda kena Backup TA untuk boleh restore semula ” Bravia Engine “, dan lain2 punya ciri ).
Post ini juga merupakan tutorial cara untuk mengguna Update Service. Ramai orang berpendapat PC Companion lambat untuk update ( bagi kes soft brick ). Ini juga untuk boleh digunakan di PC Companion dibawah Support Zone, dan klik repair untuk format semula.
Untuk update latest version firmware ini anda hendaklah kunci semula bootloader ( jika anda unlock untuk tukar kernel ataupun tukar ROM ).
Untuk update ( jika anda standard phone, tidak Custom ROM dan kernel anda boleh terus update melalui Update Service, dan boleh juga pakai PC Companion untuk update ) sila pakai Update Service. Sila klik sini untuk update > Update Service dan Install Pastikan phone anda bateri 50% ke atas dan pastikan anda sudah backup contact anda serta apps / games sebelum melakukan proses ini.
klik untuk lebih jelas
Sila tanda ✔ dikotak disediakan dan sila tekan Next. Jika anda terus buka selepas install ( atau kali pertama install kena tunggu software itu update lalu baru keluar seperti gambar diatas. Jangan risau semuanya berlaku secara automatik, janji ada internet 😀 )
klik untuk lebih jelas
Selepas itu, sila pilih model phone anda. Untuk post ini, model yang saya gunakan ialah Xperia L ( C2105/S36H ). Kemudian tekan Next. Selepas itu, akan keluar 2 option ( ini bagi kes unlock bootloader, tukar ROM dan Kernel ), sila ambil pilihan kedua, dan tanda ✔ dikotak disediakan. Maaf tidak dapat tunjukkan gambar kerana lupa nak screenshot, dah siap baru ingat :(.
klik untuk lebih jelas
Selepas itu sila ikut langkah2 yang tertera discreen anda. Pastikan anda matikan phone anda selama 30 saat. Kemudian sila tunggu kerana ia akan mengambil masa yang agak lama, bergantung kepada kelajuan internet anda :). Tak silap saya saiz update tu bawah 500MB.
Selesai sudah anda boleh tutup Update Service itu, dan cabut USB dari phone anda, dan tunggu sehingga keluar setup yang pertama sekali, pilih bahasa. Untuk yang tukar Kernel dan ROM tu, memang lama juga boot animation itu. Jadi jangan risau sebab dah set asal punya. Jika anda tukar ROM atau Kernel, boot animation begitu lama itu tanyanya kernel tersebut tidak sesuai dengan ROM tersebut ataupun anda kena full-wipe data dengan full-wipe cache baru ia akan berfungsi seperti biasa.
Jadi selamat update, Insyaa Allah akan sambung post akan datang mengenai Xperia L kini boleh kemaskini 4.2.2 JellyBean 🙂
Assalammualaikum ,
Bertemu kembali .. wakakakak ! maaf la lama sangat tak update , bz sikit , lagipun lappy tarak..
Tanpa membuang Masa , gua nak share 1 artikel khas untuk Android fans macam gua ni ..
kekadang kita lupa pattern code @ terlalu cepat zap zap pattern code tu .. sampai la kena blok , so nyusahkan ..
Cara-Cara:
1.) Download File zip flashable ni
2.) Save Zip file dalam sdcard peranti anda
3.)Masuk recovery (Volume – + Home + Power)
4.)Flash zip file tadi
5.)fix permissions
6.)Reboot semula
7.)kalau ada request pattern , korang hantam je pattern pape pun ..
Menorrent (menorrent?) merupakan satu proses yang tidak asing lagi dalam kalangan kita sekarang ni. Sebut saja pasal torrent, pasti anda akan teringat akan ‘muat turun’. Tak kira apa jenis fail, termasuk filem, permainan video malahan buku-buku berbentuk pdf turut sedia dimuat turun.
Ads?
Mungkin ramai yang dah tau apa itu ads. Walaupun begitu, tak menjadi masalah untuk kita mengulang balik, betul dak? Ads adalah singkatan bagi perkataan advertisement yang bermaksud iklan. Iklan-iklan yang terpampang tak kira di laman web atau pun aplikasi merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan pemilik.
S: Sah tak muat turun kita kalau kita buang iklan-iklan ni? J: Wallahualam (ketawa sinis)
Cukuplah saya bermukadimah, jom teruskan dengan tujuan utama kita.
Hapuskan Iklan Pada uTorrent
1. Jalankan aplikasi uTorrent
2. Pada bahagian atas sekali belah kiri, klik pada Options dan pilih Preferences
3. Pada tetingkap Preferences, klik pada Advanced yang ada di bahagian kiri
4. Pada kotak Filter, masuk gui.show_plus_upsell
5. Dengan cara yang sama, masukkan kod-kod ini pada kotak Filter tersebut dan pilih (tick) pada False
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Sudahkan anda download BBM for iOS/Android? Jika belum sila klik link di bawah dan boleh muat turun, ia akan bawa anda ke App Store/Play Store anda. 🙂 Akhirnya, BlackBerry Messenger Untuk iOS dan Android Sudah Keluar
Jadi saya akan buat sedikit tinjauan mengenai aplikasi ini.
Saya telah pasang di iPhone 4S dan Xperia L. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Agak teruja juga apabila mereka sudah lancarkan BBM untuk phone yang lain. Ada yang mengatakan bahawa BlackBerry kehilangan keistimewaan mereka kerana rata-rata orang menggunakan BlackBerry kerana BBM. Tetapi ada yang mengatakan bahawa BlackBerry sesuai untuk mengguna internet kerana quota lambat habis. Khabar angin yang saya dengar lah.
Balik pada topik kita, saya akan tunjukkan screenshot BlackBerry Messenger, perbandingan antara iOS dan juga Android. Sebelah kiri Android, sebelah kanan iOS. iOS yang saya guna ialah iOS 7.0.2 dan Android 4.1.2
klik untuk lebih jelas
Perbandingan di Store masing2
klik untuk lebih jelas
Ini di Home Screen masing2.
klik untuk lebih jelas
Ini lak perbandingan pada Contact. Maaf nama terpaksa ditutup 🙂
klik untuk lebih jelas
Beza dekat sini. Untuk Android, jika phone anda ada LED colour, contoh macam Xperia L saya ni ada LED colour jika sebarang notification masuk. Anda boleh pilih warna untuk bezakan notification SMS, Call or BBM. Kecewa dengan iOS tiada option itu kerana kami mana ada lampu tu. 🙂
klik untuk lebih jelas
Terdapat 4 pilihan untuk tambah rakan, seperti gambar di atas. PIN, Email dan SMS seperti biasa dan Barcode unik sikit.
klik untuk lebih jelas
Ini contoh Invite by Barcode, begitu mudah sekali. Bila fikir balik macam add WeChat ada Barcode. 🙂
Saya hanya boleh huraikan yang ada dalam aplikasi ini. Kemungkinan ada yang dari BlackBerry phone tidak ada dalam aplikasi ini. Saya rasa lah.
Hampir serupa aplikasi ini pada iOS dan Android, cuma ada sedikit perbezaan.
Ini kemungkinan menjadi kemudahan kepada pengguna BlackBerry untuk bertukar phone lain ( sama ada iOS or Android )
Jadi, berikan pendapat anda tentang aplikasi ini di ruang komen bawah.
Jika hendak kongsikan BBPIN anda pun tiada masalah 🙂
Selamat mencuba
*maaf jika entri ini begitu singkat, lama tak update terasa janggal sedikit 🙁
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Lama betul tak update artikel kan? Terasa janggal lak bila nak mula update balik. Maaf tidak sempat untuk update, ada urusan seketika.
Jadi dengan lama tak update, maka banyak lah pekara nak saya kongsi sama anda semua. Sekian lama menunggu, akhirnya BlackBerry Messenger sudah boleh anda download untuk pengguna iOS dan Android.
Untuk pengguna Android, minimum versi Android untuk menggunakan aplikasi ini ialah 4.0 ke atas. Maknaya Ice Cream Sandwish > JellyBean > KitKat ( yang ni saja letak ^_^ )
Manakala untuk iOS pulak, iOS 6 ke atas, boleh digunakan pada iPhone, iPad ( yang ada cellular sahaja.
Untuk yang sudah mempunyai BlackBerry account, anda boleh guna account itu terus, jika belum kena daftar dulu.
Kemudian, anda kenalah menunggu giliran untuk dapatkan BBPIN tersebut. Harap bersabar yer 🙂
InsyaAllah lepas ini akan saya update mengenai review aplikasi ini. Selamat download 🙂