[ Tutorial ] Root Xperia L serta Xperia Yang Lain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maaf atas kelewatan untuk update post mengenai root Xperia L.
Selepas saya upgrade Xperia L saya ke 4.2.2 JellyBean, saya terjumpa satu kaedah root dengan mudah menggunakan software. Fungsi sama seperti SuperOneClick ( yang ini zaman root Xperia X8 dan seangkatan dengannya ). Pastikan anda sudahpun install Sony PC Companion untuk driver phone anda. Jika tidak lagi, sila klik > Sony PC Companion

* sila backup apps, contact dan gambar2 yang simpan dalam internal memory ( memory phone ) takut2 anda kena reinstall semula firmware jika silap sewaktu nak tukar SuperSU tu.

Saya juga cuba software yang sama pada Xperia E Dual ternyata berkesan. Cuma kena setting, install sikit2.
Saya tidak pasti sama ada kaedah ini full-root ataupon root biasa2 sahaja. :(
Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan :D

Pertama sekali sila download software ini > vRoot 
Jika anda pengguna Windows XP, akan lihat tulisan kotak2, jika pengguna Windows 7, bahasa sebenarnya ialah tulisan cina. Seperti software2 lain, kena install, next, next, next, finish :D

Iklan Google

klik untuk lebih jelas

Ini ialah contoh screenshot installer software tersebut. Macam biasa, tekan next, next, next dan finish :D

Kedua, sila download Android SDK untuk ADB driver. ( download siap2 untuk kegunaan akan datang, sama ada anda nak unlock bootloader ataupun tukar kernel :) )
Klik untuk download > Android SDK ( sila tekan download, dan pilih windows version anda. Jika anda pakai 32-bit, ambik 32-bit atau begitulah juga sebaliknya :) )
Selesai download, anda extract ke Local C. Biarkan dia disitu. Kemudian tekan run SDK Manager, tunggu dan sila install sahaja. Anda akan install Google USB Driver. Jika naik agree2 tu anda tekan agree to all then, install :)

klik untuk lebih jelas

SDK Path tu lokasi folder adt-bundle-windows-x86-20130917 ( nombor 20130917 tu rujuk pada latest version Android SDK tersebut ) harus diletak. Letak dekat C jer. :) dan pastikan Google USB Driver sudah ditanda dan tekan Install packages :)

Selesai install, masa untuk setting phone anda pulak.
Sebelum tu, sila pergi ke Settings > About phone > scroll bawah sampai nampak Build number sila tekan banyak kali sampai mode developer keluar. Ini contoh nak tekan, tapi saya dah buat da >.<

klik untuk lebih jelas

Apabila anda sudah tekan banyak kali dekat Build number tu akan keluar satu tulisan anda sudah wujudkan developer mode :)
Bukan sampai disitu sahaja, tekan back, kita masih didalam ruang Settings.
Sila pergi ke Security > enable Unknown sources dan Developer options > enable USB debugging.

klik untuk lebih jelas

✔ sahaja seperti gambar di atas.

Siap sedia untuk root!
Sila sambungkan USB anda ke komputer anda dan phone anda.
Jika keluar installing driver, biarkan. Jika ada masalah untuk install ADB driver sila rujuk hujung post ini. :)

Iklan Google

Sila buka software yang anda install tadi. Namanya ROOT´óʦ kan?
Pastikan ia jadi seperti gambar di bawah :)

Iklan Google

klik untuk lebih jelas

Pastikan model phone anda dapat software itu kenalpasti. Anda hanya perlu tekan 1 button untuk root, iaitu warna hijau itu yang tertera perkataan ROOT. Anda hanya tekan itu sahaja dan ia akan proses. Ia mengambil masa tidak begitu lama.

klik untuk lebih jelas

Keluar jer macam gambar atas ni, maka phone anda sudah pun berjaya root!. Dalam proses nak root ni, phone anda akan automatik restart sendiri. Keluar ja dekat screen anda macam gambar atas tu, anda boleh la remove USB dari phone anda. :)

Tahniah, anda telah berjaya root phone anda. Tetapi saya buat dekat Xperia E Dual, Superuser dia nama Superuser berlogo perisai, manakala dekat Xperia L keluar King apa tah. Itu superuser china punya, jadi anda boleh saja gantikan dengan SuperSU :)

Iklan Google

Terdapat 2 cara, iaitu install SuperSU, biarkan superuser china tu grant SuperSU, boleh la anda stopkan superuser tu. Caranya masuk Settings > Apps / Application pergi dekat Superuser china punya tu, tekan force stop/close dan tekan disable. Pastikan anda dah grantkan SuperSU dan sudah update binary dia :). ( jika anda pakai Titanium Backup, anda boleh freezekan program tu ). Ini yang saya buat dekat Xperia E Dual. 2 kali reinstall firmware sebab silap langkah dekat tukar Superuser kepada SuperSU :(
Ini contoh screenshot

 klik untuk lebih jelas

Satu lagi cara ialah install SuperSU, kemudian pergi dekat SuperSU punya apps, swipe kanan sekali, Settings > System > Install SuperSU into /system. Cara itu ia akan buang superuser china punya tu dan gantikan dengan SuperSU yang anda install tu. Tapi dengan syarat anda haruslah update binary dulu dekat SuperSU, jika naik Normal atau pun TPM/CWM pilih normal :)
Ini contoh screenshot :

klik untuk lebih jelas

Jika anda ada masalah untuk install ADB driver, sila download ini > ADB Driver dan usb_driver ( nak download tu, sila pegi dekat file dan tekan download. Maaf saya pakai Google Drive :3 )
Insyaa Allah masalah anda nak install driver ADB dan sama jenis dengannya dapat diselesaikan :).
Selamat mencuba.
Jika ada apa2 masalah sila feedback komen dibawah :D
Good luck!
# maaf update kali ini agak kalut sedikit, mohon maaf jika ada sebarang kekurangan :(

EDIT :
Untuk keselamatan, sila disable verify apps ( 4.2.2 punya ) untuk mengelakkan sebarang masalah :)
Ini contohnya :

Iklan Google
klik untuk lebih jelas
Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img