Utama Blog Laman 216

Seedbox Dan Cara Pemasangan

0

Salam alaik, dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menjadi penulis di blog OMG! Hackers?. Dan ya, ini kali pertama saya ingin menulis entri di blog OMG! Hackers? untuk berkongsi ilmu dan berkongsi tips tentang dunia IT.

Permulaan entri saya ini berkenaan dengan tutorial cara-cara pemasangan seedbox di dalam platform LINUX. Apakah itu seedbox? Kegunaan seedbox? Apakah manfaat jika kita menggunakan seedbox?

Seedbox adalah sebuah server yang boleh transload daripada torrent menjadi direct link. Ianya digunakan untuk memuat turun dan memuat naik fail-fail digital. Secara umumnya, seedbox menggunakan protokol BitTorrent untuk memuat naik dan memuat turun. Seedbox selalunya menggunakan sambungan internet yang berkelajuan tinggi dengan daya pemprosesan sebanyak 100Mbit/saat atau 1Gbit/saat.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Seedbox, sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Seedbox

Bismillah, mari kita mulakan tutorial: Cara-cara memasang seedbox bersama “autodl-irssi” dan ruTorrent dalam satu script di dalam Linux anda.

Keperluan untuk pemasangan seedbox ini:

*Mahir dalam menggunakan terminal/command line. (Kalau pandai SSH, lagi bagus.)
*Installer ini hanya boleh dipasang didalam sistem operasi LINUX.
*SSH putty diperlukan (Hanya diperlukan sekiranya anda ingin memasang di server anda).

Berikut senarai sistem operasi yang pernah saya cuba sebelum ini:
Ubuntu Server 6.06.2 LTS
Ubuntu Server 8.04.4 LTS
Ubuntu Server 10.04.1 LTS
Ubuntu Server 11.04
Ubuntu Server 12.04
Ubuntu Desktop 12.04
Ubuntu 10.10
Arch Linux 2010.05
ArchBang 2010.10
CentOS 4.8
CentOS 5.5
ClearOS 5.2
Debian 4.0r7
Debian 5.0.3
Debian 5.0.7
Debian 6.0.0
Fedora 13
Fedora 14
Fedora 15

Pemasangan yang akan dibuat?
*Memasang web server.
*Memasang ruTorrent dengan sokongan multi-user. (http dan https)
*Memasang parti pertama Plugin ruTorrent
*Memasang FTP server (vsftpd)
*Memasang rtorrent dengan sokongan xmlrpc-c.
*Memasang Plugin IRC auto-downloader (autodl-irssi)
*Memasang Webmin.
*Memasang Skrip untuk permulaan untuk rtorrent dan irssi.

“Anda boleh abaikan pemasangan di atas jika anda mempunyai salah satu webserver dengan jawapan “no” apabila pemasangan bermula.
 *Apache, nginx, dan lighttpd.

Sekarang, mari mulakan.

Ubuntu dan Ubuntu Clones:

cd
sudo apt-get install irssi -y
wget http://404.epyv.net/autodl-setup
sudo sh autodl-setup



Untuk sistem operasi yang lain “ex: CentOS/OpenSUSE/Fedora”:

yum update



Akses “root” juga diperlukan untuk kemaskini sistem anda. Guna command:

su –



Kemudian, pasangkan “wget” dalam CentOS/OpenSUSE/Fedora dengan cara:

yum install wget

wget http://404.epyv.net/autodl-setup

sudo sh autodl-setup



Dan paparan pemasangan untuk pilihan bermula. Sila pilih mengikut kesesuaian pilihan anda:

Dalam gambar ini, saya menggunakan Ubuntu 10.04 64bit Debian, dan saya akan memasang Apache web server. Taip “y” untuk pilihan yang anda mahukan seperti gambar di atas. 
Step seterusnya masukkan username yang anda inginkan. Kata laluan juga diperlukan untuk memasuki laman web seedbox yang anda ingin pasangkan.
Dan seterusnya, tekan enter untuk mulakan pemasangan. Kebiasaanya pemasangan ini mengambil masa dalam lingkungan 15minit hingga 30minit. Bergantung kepada kelajuan internet anda.
Jika anda ingin gunakan Webmin, sila ikuti seperti gambar di atas. Jika tidak, abaikan. 

Dan akhir sekali, selesai. Gambar di atas adalah butiran untuk seedbox anda. Pastikan anda menyimpan butiran-butiran ini sekiranya anda memerlukannya.

Antara paparan Seedbox yang telah berjaya dipasang:

Untuk membuat symlink fail yang telah di muat turun di webserver anda, sila gunakan arahan ini:

sudo ln -s /home/<usernameanda>/downloads /var/rutorrent/downloads

Antara paparan symlink fail muat turun yang telah dibuat:

 Siap sepenuhnya.

p/s: Video akan dipos tidak lama lagi. Jika anda tidak faham tentang tutorial yang saya berikan, sila bertanya atau berhubung dengan saya sendiri. InsyaAllah, akan ada lagi tutorial pada masa yang akan datang. Saya sedia membantu anda.

Saya ingin memohon maaf sekiranya tutorial saya sukar untuk difahami. Tapi saya telah mencuba dengan sebaik mungkin. Tutorial dengan cara video akan saya muat naik tidak lama lagi.

Salam ikhlas dari saya, EpyV.

Kemas kini: Pautan link sudah pun ditukarkan dari domain s4.my ke epyv.net.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

360 Cloud: Sedikit Tips

0

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Ada yang menghadapi sedikit masalah selepas mendaftar dengan 360 Cloud untuk menggunakan Desktop Client mereka disebabkan tiada tetapan untuk menggunakan bahasa selain dari bahasa Cina. Jikalau anda menggunakan pelayar sesawang seperti Google Chrome, dan membuka storan awan anda di sesawang maka anda dengan mudah boleh menukar bahasa dari Cina ke Inggeris atau bahasa yang anda kehendaki.

Cuma klik kanan dan pilih “Translate to English
Tetapi desktop client tidak mempunyai ciri yang membolehkan kita terjemah bahasa di dalam client tersebut. Di sini saya menyediakan sedikit tip untuk pengguna semua, harap dapat membantu. Maklumlah, saya jugak tidak berapa faham, tapi disebabkan ingin tahu fungsi setiap butang maka saya klik satu per satu.
1. Untuk upload fail, klik butang tersebut
2. Cipta Folder dan fail yang diingini
3. Untuk download semula fail dari storan awan, klik pada fail tersebut, maka butang muat turun akan timbul
4. Klik butang share untuk kongsi fail dengan orang lain, atau klik butang buka untuk buka fail terus
5. Untuk buka dan tutup tetingkap tepi dan susun fail
6. Tuka view untuk fail dan folder anda
Yang lain itu anda terokalah sendiri ya.. Selamat mencuba.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tutorial Menggunakan OpenVPN Pada Android

0
Salam semua. Susulan permintaan yang ‘hangat’ dari para pembaca dan sahabat-sahabat sekalian, berikut saya tuliskan kaedah untuk menggunakan OpenVPN pada peranti Android masing-masing.

Apa yang anda perlukan untuk menggunakan OpenVPN ialah:

1. Telefon bimbit Android yang sudah di-root.

2. Akaun OpenVPN. Pilihan saya sudah semestinya MyTunnel VPN dan FinchVPN.

3. Otak yang boleh berfikir dan hati yang sabar.

Baiklah. Mari kita teruskan kepada kaedahnya. Jangan buang masa lagi. Pertama sekali, muat turun OpenVPN Installer, dan OpenVPN Settings:

a) OpenVPN Installer

b) OpenVPN Settings

1. Kemudian, buka OpenVPN Installer, dan klik pada ‘Install’.

2. Seterusnya, pasangkan binary OpenVPN pada direktori /system/xbin seperti gambar di bawah:

3. Pilih /system/xbin/busybox ifconfig
4. Setelah itu, sila berikan akses root pada aplikasi OpenVPN Installer, dan tunggu sehingga selesai pemasangan binary.

5. Salin config servis OpenVPN pilihan anda pada folder ‘openvpn’ yang terletak pada root sdcard. Jika folder tersebut tiada, sila buat folder baru dan rename ia kepada ‘openvpn’. Rujuk pada gambar di bawah:

6. Ini ialah contoh fail-fail config yang telah saya salin ke dalam folder openvpn tersebut.

7. Kemudian, buka aplikasi OpenVPN Settings, berikan akses root kepadanya, dan tick (centang/tanda/klik) pada ‘OpenVPN’ untuk menghidupkan OpenVPN. Setelah itu, tick pada mana-mana pelayan (server) pilihan anda dan tunggu sehingga ia selesai disambungkan kepada pelayan tersebut.

Nota kaki: Untuk sesetengah servis contohnya MyTunnel VPN, anda perlu sunting (edit) terlebih dahulu fail ‘credential.txt’ yang berada dalam config untuk mengubah nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Sila tuliskan nama pengguna dan kata laluan yang sama dengan log masuk servis tersebut.
Untuk sesetengah servis yang lainnya seperti FinchVPN, anda hanya perlu salin config sahaja kerana maklumat nama pengguna dan kata laluan sudah dimasukkan dalam config ovpn.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

360 Cloud: Storan Awan Bersaiz 36TB Percuma

0
Assalammualaikum dan salam sejahtera warga OMG Hackers semua.
Sebelum ini kita didedahkan dengan storan awan antarabangsa seperti Dropbox, Box, Shared, SurDoc, Pogoplug, MEGA, Hostr dan banyak lagi storan awan yang tidak kita ketahui dan terokai lagi. Akan tetapi amat jarang di antara kita didedahkan dengan storan awan dari negara China. Mungkin masalah bahasa menjadikan kita tidak berminat untuk menerokai storan awan mereka.
Tahukah anda di China, storan awan percuma tidak lagi di paras GB(gigabytes). Di sana paling kurang kapasiti yang diberikan adalah 1TB(terabytes) bersamaan dengan 1024GB. Antara syarikat yang menawarkan storan percuma bersaiz TB ini adalah Qihoo 360, Tencent iaitu syarikat pengeluar WeChat, Baidu, dan Yunio. Tencent telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan storan awan versi bahasa Inggeris untuk pengguna antarabangsa pada awal tahun 2014. Di sini saya ingin kongsi dengan anda semua 360 Cloud dari Qihoo.
Qihoo sebenarnya adalah sebuah syarikat gergasi dari China yang mengeluarkan produk antivirus seperti 360 Internet Security, 360 Mobile Security untuk peranti Android dan iPhone, serta 360 Browser berasakan enjin chromium. Anda boleh dapatkan informasi tentang syarikat ini di sini [Pautan] beserta produk antivirus mereka di sini [Pautan].
Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan sahaja kepada cara-cara untuk daftar storan awan ini dan seterusnya mendapatkan 36TeraBytes itu.
1. Anda perlu membuat akaun klik pada pautan tersebut: [Pautan]
2. Akan keluar paparan seperti berikut, ikut seperti gambar dibawah:
Klik untuk paparan lebih jelas
3. Akan keluar seperti gambar di bawah ini. Anda akan dapati saiz permulaan yang anda dapat adalah 5GB. Jangan risau, muat turun pula 360 Desktop Client dengan klik pada kotak biru tersebut. Pasangkan pada PC anda sehingga selesai. Kemudian klik pula pada butang berwarna oren untuk mendapatkan 10TB anda.
Klik untuk paparan lebih jelas
4. Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah. Cuba log masuk username dan password anda. Jika tidak boleh klik pada tulisan berwarna oren di sebelah kanan bawah. Saya hadapi masalah untuk log masuk pada laman tersebut tetapi berjaya setelah klik pada tulisan oren tersebut untuk log masuk.
5. Anda sudah berjaya mendapatkan storan bersaiz 10TB (^_^). Sekarang untuk mendapatkan baki 26TB tersebut, anda perlu memasang aplikasi pada telefon bimbit anda pula. Download QR Reader pada peranti anda dan lakukan imbasan pada kod di bawah untuk muat turun aplikasi.
Klik untuk paparan lebih jelas
6. Selesai sahaja memasang aplikasi tersebut pada peranti anda, log masuk ke akaun anda di peranti tersebut dan klik pada pautan ini untuk mendapatkan baki storan awan anda dan seterusnya klik pada butang bewarna oren: [Pautan]
7. Selesai.. anda boleh menggunakan desktop client untuk muat naik maksimum 5GB per fail ke storan awan anda. Jikalau anda tidak mahu menggunakan dekstop client itu, anda boleh guna laman sesawang sahaja akan tetapi had limit untuk muat naik di laman sesawang hanyalah 360MB per fail sahaja. Sekian.. ada apa-apa pertanyaan boleh la diajukan pada ruangan disqus di bawah..
Kelajuan muat turun fail dari storan awan ini juga memuaskan, anda boleh muat turun fail tersebut untuk cuba kelajuan muat turun:
Saya menggunakan Streamyx 4Mbps, jadi (4/8=500KB/s) ok la tu kelajuan nyer.. huhu



Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Menghapus Windows.old

0

Apa itu Windows.old

Windows.old adalah sejenis fail yang mengandungi data-data penting (user data, Program Files, Windows files, etc.) sistem operasi anda yang lama. Fail ini akan wujud sekiranya anda memasang sistem operasi Windows tanpa melakukan `fresh install´. Fail yang bersaiz lebih sepuluh gigabait ini akan mengurangkan ruang penyimpanan bagi partisi tersebut, jadi dengan menghapus fail ini, sedikit sebanyak dapat menambah ruang pada partisi tersebut.

Kaedah untuk hapus Windows.old

Windows.old boleh dipadam dengan cara menekan butang ‘Shift + Del‘. Namun begitu, kaedah ini mungkin akan memberi anda beberapa ralat. Kaedah yang betul dan lebih selamat ialah dengan menggunakan perisian yang siap terbina di dalam sistem operasi anda iaitu, Disk Cleanup.

Anda boleh gunakan butang Cari pada Start Menu untuk membuka Disk Cleanup.

Atau klik kanan pada partisi yang mana Windows terpasang di dalamnya dan pilih Properties.

Satu tetingkap baru akan terbuka.

 Dalam tab General, klik pada Disk Clean-up.
Lepas tekan, anda akan dibawa ke Disk Clean-up for (C:). Kemudian klik pada Clean up system files.
Selepas selesai menganalisa, tetingkap lain akan terbuka. Dalam tetingkap ini, tanda mana yang anda rasa nak padam. Untuk memadam Windows.old, tanda pada Previous Windows Installation(s) kemudian klik OK.

Selamat mencuba!
Sebarang pertanyaan boleh ajukan pada penulis di laman sosial Twitter atau Facebook.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

SurDoc: Storan Awan Percuma Bersaiz 100GB

0
Asalammualaikum dan salam sejahtera.
Penggunaan storan awan memang tidak asing lagi dalam dunia maya ini. Storan awan atau lebih mudah dikenali sebagai `cloud storage´ kini lebih diperluas memandangkan kepengunaannya yang mudah dan senang untuk diuruskan. Antara servis penyimpanan awan terkenal termasuklah, DropBox, Google Drive dan ADrive.
Selain itu, jika anda adalah pengguna Ubuntu, anda pasti tidak asing lagi dengan servis penyimpanan awan seperti ini kerana Ubuntu turut menyediakan storan awan percuma untuk setiap penggunanya iaitu Ubuntu One. Jika anda masih belum mendaftar, silakan mendaftar sekarang. Ruangan 5GB masih disediakan untuk anda.
SurDoc Corporation adalah syarikat yang menawarkan servis storan awan percuma selama setahun yang bersaiz seratus gigabait. Cukup dua belas bulan, anda akan dikenakan bayaran untuk menyambung servis ini untuk tahun seterusnya. 
Dari segi keselematan serta privasi pengguna, SurDoc’s TruPrivacy Technology memberi kawalan eksklusif kepada setiap pengguna. Setiap fail akan dilindungi dengan cara tertentu bagi memastikan data-data yang tersimpan di dalam fail tidak dapat dicuri mahupun diakses oleh orang lain. 
Selain keselamatan yang cukup baik, SurDoc menyokong ratusan komputer untuk melakukan `backup´ pada sesebuah akaun tanpa mengenakan bayaran tambahan (kecuali melebihi had storan percuma kih kih kih..)
SurDoc’s VisiDoc Technology berupaya menyokong kesemua peranti untuk mengakses fail yang tersimpan tanpa masalah. 
Cukuplah dengan penerangan ini. Tak guna juga kalau cakap tapi tak mencuba.
Tunggu apa lagi, 100GB storan percuma sedang menunggu anda. Apa..? Masih tak cukup dengan saiz yang ni? Takpa, boleh dapat banyak lagi. Tengok gambar dibawah untuk lebih info. 
Akhir kata, selamat mencuba dan menyimpan.
Asalammualaikum 🙂
Sebarang pertanyaan boleh ajukan pada penulis di laman sosial Twitter atau Facebook.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

SyncDrive: Aplikasi Google Drive Untuk Linux [Tidak Rasmi]

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Saya mulakan bicara dengan menceritakan tentang ketidakcekapan Google dalam menguruskan sistem teknologi dunia. Umum mengetahui bahawa Google merupakan kuasa besar dalam arena teknologi dan inovasi ini, namun sayangnya sikap acuh tak acuh Google kadangkala membuatkan saya tidak berapa selesa menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan Google. Bayangkan beratus mahupun beribu kakitangan dibawah syarikat Google, adakah semuanya hanya berseronok, makan secara percuma di dalam ruangan berkerja.

Sistem pengoperasian telefon pintar Android berasaskan Linux, namun Android memberi keuntungan yang cukup lumayan kepada pihak Google. Menjaga Linux secara umum sesungguhnya tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Oleh itu, pengguna-pengguna Linux ibarat anak kualon yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa (Google). Sebuah soalan yang tidak terjawab walaupun sudah bertahun Google bermaharajalela dalam arena storan awan (cloud storage).  Adakah Google tidak berminat untuk melahirkan sebuah aplikasi/perisian rasmi Google Drive untuk sistem pengoperasian Linux?

SyncDrive merupakan aplikasi yang dibina oleh warganegara Perancis iaitu David Tavares yang juga merupakan seorang pembangun sistem pengoperasian yang menyerupai Mac OSX iaitu Pear OS. Beliau mengembang, menaiktaraf dan menambahbaik aplikasi Grive yang juga merupakan aplikasi tidak rasmi bagi Google Drive pada Linux. Aplikasi SyncDrive menggunakan antara muka pengguna grafik (GUI). Segalanya sudah dipermudahkan oleh pembangun. Anda cuma perlu mengikut arahan yang terpampang pada setiap muka aplikasi. Antara muka aplikasi SyncDrive juga tidak akan menjadikan anda kusut dan kalut sewaktu menggunakannya. Memiliki antara muka yang bersih dan ringkas, aplikasi SyncDrive berjaya menaikkan keghairahan saya untuk mencuba dan mengarang sebuah artikel tentang kelebihannya. Menerusi aplikasi SyncDrive juga, anda boleh mengemaskini beberapa akaun Google Drive sekali gus memudahkan anda untuk melakukan pelbagai tugas yang melibatkan dua storan maya Google Drive. Tidakkah itu memudahkan dan tidakkah juga kelebihan ini memukau mata anda?

Kekurangan yang saya dapati semasa menggunakan aplikasi SyncDrive ini ialah masa untuk penyelarasan (synchronize) adalah lambat dan memakan masa yang lama.

Pautan rujukan untuk lebih memahami perihal aplikasi SyncDrive.

Panduan pemasangan SyncDrive pada sistem pengoperasian Ubuntu/Linux Mint
1. Buka aplikasi Terminal.
2. Salin dan tampal baris perintah di bawah satu persatu.

  • sudo add-apt-repository ppa:noobslab/pear-apps
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get install syncdrive

Sebelum saya mengundur diri, maafkan saya sekiranya saya gagal untuk memberikan yang terbaik selepas sekian lama meninggalkan alam penulisan ini. Rasa kejanggalan telah mengkakukan penyambungan sel-sel minda dan pergerakan tangan dan jari-jemari saya.

Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Menangani Masalah Kesesakan Internet?

0

Berikut merupakan cadangan dari saya, selaku seorang pengguna internet.

Bagaimana menangani masalah kesesakan internet?

Setiap tahun, kapasiti pengguna internet tidak pernah berkurangan, malah bertambah dari semasa ke semasa. Arus trafik internet boleh diibaratkan dengan arus trafik di jalanraya. Ada yang membawa kereta kecil, ada yang membawa motorsikal, ada pula yang membawa lori. Masing-masing dengan kapasiti dan kelajuan yang berbeza. Namun semuanya mempunyai ‘destinasi’, tujuan, dan hala masa.

Mereka yang membawa kereta ibarat sedang menggunakan internet berlajuan tinggi, manakala yang membawa lori seperti orang yang sedang memuat turun fail yang besar. Jika mengambil konsep jalanraya, cara jurutera mengurangkan kesesakan trafik ialah dengan membina jalan yang lebih lebar, menambah lorong, dan juga membina jejambat.

Begitulah jua halnya dengan trafik di internet. ISP boleh memilih untuk menambah kapasiti pelayan masing-masing untuk menyokong penggunaan bandwidth para pelanggan, yang mana ia bakal melibatkan kos. ISP juga boleh mengaplikasikan waktu-waktu puncak untuk mereka yang ingin memuat turun fail bersaiz besar, namun ini tampaknya seperti kurang munasabah.


Cipta Pelayan Cache

Jika diambil konsep bagaimana kaedah Android/pelayar web bekerja, cache digunakan untuk mengurangkan waktu loading sesuatu fail, contohnya gambar. Ia merupakan sebuah ‘informasi berbentuk sementara’ yang dicipta dan digunakan oleh sesuatu aplikasi.

Bagaimana jika ISP mengambil konsep ini, untuk mengurangkan kesesakan? Sebuah pelayan cache dicipta, yang mana pelayan ini bertindak sebagai ‘caching server’ untuk setiap data yang diminta. Contohnya video di YouTube, seorang pengguna membuka satu video, yang kemudiannya disimpan secara sementara oleh pelayan ini. Apabila pengguna yang lain ingin membukanya semula, ia dihantar secara terus oleh pelayan cache ini tanpa perlu melibatkan YouTube secara 100%. Jadi data diperoleh dengan lebih pantas, efisien, serta kurang masa memuat (loading).

Bagaimana pula jika setiap seorang pengguna bertindak sebagai ‘pelayan cache’, di mana setiap komputer, adalah pelayan cache itu sendiri? Ini saya ambil dari konsep BitTorrent, yang mana setiap satu komputer pengguna, adalah bertindak sebagai pelayan kepada setiap aktiviti muat turun dan muat naik. Mungkin ini hanya konsep awal, namun kaedah implementasinya boleh dirancang dan difikirkan kemudian.

Ini cuma sekadar pandangan dan cadangan dari saya. Terpulanglah bagaimana ISP/MVNO mahu menambah baik servis mereka. Saya, selaku pengguna, cuma inginkan internet yang lebih baik di Malaysia.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cetusan Pemikiran : Internet Congestion & Bandwidth Throttling

0

Bagaimana harus saya mulakan entri ini..hmmm..

Menjelang 2014, seringkali saya tertanya-tanya, dimanakah letaknya kedudukan pembangunan internet di negara kita ini. Fikiran seperti itu secara tiba-tiba menerjah minda apabila baru-baru ini, timbul isu mengenai langganan internet dengan kuota ‘tanpa had’.

Isu ini bukan isu baru. Ia telahpun lama diperkenalkan oleh negara-negara luar. Namun sejauhmanakah adaptasi internet tanpa kuota di negara kita? Apakah ia memenuhi jangkaan dan keperluan pengguna di Malaysia, atau sekadar gimik semata?

Ramai yang mula bercakap mengenainya, itupun setelah kad sim Celcom 1 Malaysia diperkenalkan dan ia digembar-gembur oleh para penggunanya sebagai ‘unlimited’, walaupun sebenarnya tidak. Ramai yang masih tidak faham terma ‘penggunaan tanpa had’ ini. Dengan jelas Celcom ada menerangkan pada pek kad sim tersebut bahawa kuota internet berkelajuan tinggi adalah sebanyak 1GB untuk sebulan penggunaan, dan sekiranya melebihi kuota tersebut, kelajuan akan dikurangkan.

Saya tidak mahu mengulas mengenai pengguna yang ‘berjaya’ menggunakan internet melebihi kuota tanpa ada sekatan kelajuan kerana cukup sekadar saya katakan ia merupakan ‘system glitch’ dari pihak Celcom sendiri dan saya yakin ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Apa yang saya cuba bangkitkan di sini ialah ‘Pelan Internet Tanpa Had Pada Kadar Rata‘.

Kesesakan Internet dan Pendikitan Jalur Lebar

Seringkali pengguna dimomokkan dengan kesesakan internet (Internet Congestion) dan atas sebab itulah ISP-ISP mengenakan apa yang dipanggil sebagai ‘kuota’ data. Kononnya adaptasi kuota ini mampu mengurangkan ‘kesesakan internet’ dengan cara memperlahankan kelajuan muat turun bagi setiap pengguna yang sudah melepasi kuota tersebut. Kelajuan standard selepas diperlahankan (capped) adalah 64kbps sehingga 384kbps.

Namun, benarkan kesesakan internet adalah isu atau punca utama kepada pendikitan jalur lebar, atau ia hanya ‘gimik’ semata untuk meraih keuntungan? Ini adalah kerana ISP/Telco/MVNO di Malaysia ini sudah lebih daripada mampu untuk menawarkan pelan penggunaan internet tanpa had pada satu kadar rata, akan tetapi ia masih lagi tidak ditawarkan atas sebab pelan beserta kuota lebih memberikan keuntungan kepada mereka.

Jika dahulu, jumlah ‘1GB’ adalah besar dan memadai untuk pengguna, zaman sekarang 1GB adalah sangat kecil dan tidak lagi relevan! Saya dapat melihat akan permintaan yang sangat-sangat tinggi dikalangan para pengguna internet mudah alih untuk mendapatkan pelan internet tanpa had ini setelah keluarnya kad sim Celcom 1 Malaysia, yang mana cuma dikeluarkan sebanyak 100,000 unit sahaja. Meskipun ia bukan ‘pelan tanpa had’ dalam erti kata yang sebenar, namun sambutan pengguna terhadap kad sim ini adalah teramat memberansangkan atas sebab gembar-gembur dan khabar angin mengenai kelajuannya yang tidak dibatasi oleh kuota.

Permintaan yang tinggi memperlihatkan bahawa pengguna internet di Malaysia sudah semakin bijak dalam memilih pelan dan langganan. Ini bukan zamannya untuk kita masih lagi menggunakan kelajuan internet yang sangat perlahan, dan ini bukan lagi zamannya di mana pengguna hanya membuka aplikasi WhatsApp dan Facebook sahaja. Disebabkan pengguna lebih gemar menggunakan internet mudah alih, sama ada melalui kad sim yang dipasangkan pada telefon bimbit pintar masing-masing, atau melalui modem (MiFi), maka permintaan luar biasa terhadap pelan internet tanpa had bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan. Internet mudah alih bukan lagi satu bentuk hiburan semata-mata bahkan ia telah berevolusi menjadi satu keperluan kepada rakyat marhain.

Jika ‘orang-orang besar’ MVNO di Malaysia sudi membuka mata, telinga dan minda mengenai perkara ini, saya yakin dan percaya lembaran tahun 2014 bakal memperlihatkan pelan data internet berkelajuan tinggi tanpa had yang sebenar. Namun kita selaku pengguna hanya mampu menunggu dan terus menunggu. Bagi saya isu kesesakan internet adalah isu lapuk yang harus ditutup agar pembangunan internet di negara Malaysia yang tercinta ini bakal bersemarak pantas, seperti pantasnya kelajuan jualan kad sim ‘Celcom 1 Malaysia tanpa kuota’.

Tak guna saya nukilkan panjang lebar andai mereka yang ‘di atas sana’ tidak mahu membuka mata. Cukup sekadar di sini coretan saya kali ini. Semoga 2014, pengguna menjadi pemenangnya.

ISP/MVNO harus ubah ‘mind setting’ mereka agar perlu selaras dengan kemajuan teknologi maklumat semasa. Tidak guna sekiranya hanya pengguna sahaja yang lebih maju mindanya ke hadapan dalam arena/bidang IT tetapi ISP/MVNO tidak dapat menjadi pemangkin apabila minda masih di takuk lama, lapuk dan usang.

Wahai ISP/MVNO di Malaysia, tolonglah katakan tidak kepada ‘gimik kesesakan internet’ dan adaptasi pendikitan jalur lebar ‘untuk mengurangkannya’, kerana saya percaya anda mampu memberikan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Programming Questions Please?

0

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera pembaca blog Omg! Hackers.

Maaf sebab dah terlalu lama sayang tinggalkan bidang penulisan blog ini. Jadi pada hari ini saya cuma nak bercerita tentang programming sahaja. Dalam bahasa melayunya pengaturcaraan. Apa yang saya nampak pada masa sekarang adalah keinginan kita pada masa kini lebih kepada teknologi. Oleh itu, perlulah kita mempelajari serba sedikit mengenai programming ini kerana ianya amat membantu.

Buat masa ini saya cuma belajar Java dan C++. So kalau ada kawan-kawan terutamanya yang masih belajar di IPT boleh kawan-kawan semua post kan soalan di ruang komen, supaya saya mahupun rakan-rakan yang lain dapat membantu anda. Kalau boleh soalan-soalan yang basic seperti assignment ke? Mini project ke? Sebab saya suka membantu orang.

Jadi saya bagi sedikit contoh soalan berkaitan programming. Anda hanya perlu beri algorithm nya sahaja.

“Write a program to find factorial of the given number.”


Jawapannya saya akan beri kemudian. 🙂

Sekian.

Maaf sekiranya tidak bersesuaian dengan blog ni. Heee.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline